Friday, 25 August 2017

Sengguk Sang Serabai.

it has been quite a hectic month.. for there were lots of things need to be done..
lots of things to packed and chores to be done, not to mention important things to be settled by the end of the month..
August was really rampaging me with emotions..

I just received a confirmation on a website that I was accepted to be in a advanced diploma program for September intake which will be held at Kolej Pembantu Perubatan Alor Star. Mixed feeling at first because I requested to registered at Kolej Kejururawatan Kubang Kerian which also had the same program, but quite near to my parent's home.

The management said that they already listed me at Alor Star since my working place was among the Northern region. It easier for them to put me here and supervised. I thought. Feeling a bit down I was going to reconsider going because firstly, it is at Kedah which is far. Second, i need to find a new place to rent. Maybe a room will do since I'll be staying there just for 6 months.

Another thing that bothers me is that I need to see the landlord stating that I'll be out from my rented house this month. At the same time I need to work. Only on 29 August I'll be off with my belongings and met the landlord to give back the keys. So, time is limited. And I'm alone doing all the packing.

I've never stressed out.
Ini lama punya cerita. Hahaha.. alhamdulillah. Selesai juga satu persatu urusan aku untuk pergi ke Alor Star nanti. Dari pemeriksaan kesihatannya, stem dan borang pengakuannya dan aku dah pun jumpa tuan rumah untuk bincang pasal ketiadaan aku selama 6 bulan untuk sambung belajar. Alhamdulillah, tuan rumah bagi lampu hijau untuk aku bayar kurang sikit asalkan aku jaga rumah beliau.

Jarang weh dapat tuan rumah baik macam nie.

Rumah sewa aku untuk Alor Star pun aku dah dapat, terima kasih kepada kawan lama aku yang kerja di Alor Star. Dia pun duk sambung belajar pos basik di Johor, jadi untuk jaga barang rumah dia, aku akan duduk di rumah dia sambil bayaq sewa kat dia selama 6 bulan penginapan aku di sana. Selasa nie ambil kunci. Moga segala urusan nanti berjalan dengan lancar seadanya. Allah bantu kita, cuma kita nie hamba duk ralit sangat. Takut dan sentiasa buat dosa. Haih.

Awal dulu memang banyak dilema. Itu pun sebab dah terlampau berada dalam keadaan selesa. Takut dengan perubahan, dengan cabaran yang bakal dihadapi bila sambung belajar. Baru pos basik, belum degree lagi. Belum apa-apa lagi aku dah cuak sangat. Alhamdulillah sekali lagi sebab mak ayah, in-charged aku dan kawan-kawan banyak bagi sokongan dalam keputusan yang aku buat.

Oh, aku pun dah mula buat kira-kira kewangan. Suatu benda yang sememangnya aku tak pernah buat sebelum ni. Memandangkan aku akan ke Alor Star dan kewangan aku belum stabil, maka aku mengambil keputusan mencatat setiap perbelanjaan aku dengan hemah, insyaAllah. Apa aku makan, berapa banyak aku habis. Sebab sekarang aku dah komitmen dengan kereta yang aku baru beli jadi bulanan aku bayar tue agak menyakitkan dari segi duit.

Kena pandai berjimat lebih dari biasa dan buat simpanan selagi mampu. Ini pun atas nasihat kawan aku yang sentiasa buat kira-kira. Dia dah buat lama, dari sebelum kahwin sampai dah ada anak. Aku kagum beb. Patut dia boleh sembang duit dengan pandai dan penuh ilmu. Pengalaman dia banyak, aku sekadar mencedok sedikit dari apa yang dia buat. InsyaAllah, boleh kot na pelan-pelan simpan duit untuk pergi haji. Hehehe..


Rumah aku duk sekarang? Boleh dikatakan 50 peratus selesai kemas. Ada banyak benda nak kena buat macam simpan baju untuk balik kampung, barang-barang lain yang nak dibawa. Mak aku pun pesan suruh bawak balik helmet memandangkan aku dah hantar motor aku ke kampung halaman. Helmet rumah semua kepala kecik. Hahaha..

Kemalasan dan mudah bertangguh itu musuh aku dari azali. Bertangguh tak berkesudahan. Sepatutnya malam nie lepas je habis kerja boleh je aku solat dulu. Nampak tak teruknya aku. Mind set lain, hati kata lain. Ya Allah, aku doa agar boleh tetap mind set dan kerja dengan teratur tanpa ada kemalasan sedikit pun. Benda baik kan kemas mengemas nie. Rumah bersih, selesa lagi kalau rehat. InsyaAllah.

Esok nak hadir walimah cikgunya mak dan ayah aku. Anak dia kahwin. Lepas tue adik staf kahwin. Oh lupa, dah masuk cuti sekolah. Patut la. Kain baju banyak berlonggok untuk mendobi esok. Moga aku kekal istiqamah update blog. Amin.

Tata. Adios.


No comments:

Post a Comment