Friday, 7 July 2017

Muhasabah Diri - Dosa Dan Diri

Malam Jumaat. Masih belum tidur. Terjaga. Kenyang selepas makan mee segera sambil menonton drama Korea. Hari cuti hari ini. Masih belum terlena, mungkin sebab paginya aku dah tidur lama.

Banyak urusan dunia aku hari ini. Motor yang aku hantar untuk baiki sudah siap untuk dihantar esok pagi di syarikat penghantaran. Hampir setahun motor tidak terbasuh, aku basuh di tempat cuci motor dan kereta. Cantik dan seperti baharu. InsyaAllah, akan selamat sampai di bumi Che Siti Wan Kembang dalam minggu hadapan.

Tinggallah aku dengan kereta sebagai peneman sekarang.

Kebahagiaan dan ketenangan manusia itu bukan dari wang atau harta. Ia dari ketenangan jiwa apabila merasa kembali nikmat ibadah kepada Penciptanya. Merindui setiap fokus dan teliti dalam ibadah untuk mencari redha Allah Yang Esa.

Walau segunung harta kau hamnburkan di hadapan manusia, tak semuanya mengejar. Baginya, cukup dengan apa yang ada. Namun sering kali ianya leka dengan khayalan dunia, keseronokan sementara yang menjaminnya dengan dosa. Akhirnya dia kembali senyap menyusun atur diri.

Bermuhasabah sebaik mungkin. Menilai salah silap sendiri dan kekurangan yang harus diperbaharui.

Moga tidak leka lagi.

No comments:

Post a Comment