Friday, 7 July 2017

Muhasabah Diri - Dosa Dan Diri

Malam Jumaat. Masih belum tidur. Terjaga. Kenyang selepas makan mee segera sambil menonton drama Korea. Hari cuti hari ini. Masih belum terlena, mungkin sebab paginya aku dah tidur lama.

Banyak urusan dunia aku hari ini. Motor yang aku hantar untuk baiki sudah siap untuk dihantar esok pagi di syarikat penghantaran. Hampir setahun motor tidak terbasuh, aku basuh di tempat cuci motor dan kereta. Cantik dan seperti baharu. InsyaAllah, akan selamat sampai di bumi Che Siti Wan Kembang dalam minggu hadapan.

Tinggallah aku dengan kereta sebagai peneman sekarang.

Kebahagiaan dan ketenangan manusia itu bukan dari wang atau harta. Ia dari ketenangan jiwa apabila merasa kembali nikmat ibadah kepada Penciptanya. Merindui setiap fokus dan teliti dalam ibadah untuk mencari redha Allah Yang Esa.

Walau segunung harta kau hamnburkan di hadapan manusia, tak semuanya mengejar. Baginya, cukup dengan apa yang ada. Namun sering kali ianya leka dengan khayalan dunia, keseronokan sementara yang menjaminnya dengan dosa. Akhirnya dia kembali senyap menyusun atur diri.

Bermuhasabah sebaik mungkin. Menilai salah silap sendiri dan kekurangan yang harus diperbaharui.

Moga tidak leka lagi.

Tuesday, 4 July 2017

Raya 2K17

Keluarga Mat Yusoff Wan Noorazlaini.
Baru sahaja masuk waktu Isya' tepat jam 8.49 pm. Aku berhenti kejap. Nanti aku sambung balik ber'blogging'.

Done. Almost half and hour. Hahaha..

Assalamualaikum semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. 6 Syawal hari ini. Hari aku pulang ke Sg Siput, kembali untuk bekerja dengan keras untuk mencari rezqi.

InsyaAllah dengan semangat baru barangkali. Raya tahun ini meriah dan panas. Cuaca di Kelantan sememangnya panas pada pagi dan tengah hari, manakala petangnya hujan lebat.


Raya tahun ini macam-macam perkara berlaku. Bermula sehari sebelum Syawal, motor ayah aku kena curi time solat Subuh. Yang bersalahnya aku sebab bawa motor tapi tak 'parking' elok-elok dengan tutup suis motor. Tapi abah dengan mama kata benda dah nak jadi. nak buat macam mana. Itu takdir yang Allah telah tetapkan pada hambaNya.

Pak sedara aku pula masuk wad sebab demam denggi. Mungkin dia digigit nyamuk Aedes masa tinggal di rumah lama. Letih dan kerap muntah serta loya. Sememangnya sama seperti aku masa kena 'admit' masuk dalam wad. Setiap 4 kali cik misi datang ambil darah dan tengok keputusan darah sama ada makin baik atau tidak. Bergantung.

Anak sepupu dan sepupu semua dah besar, tinggi dan 'matured'. Kadang lebih tinggi dari ketinggian aku. Perangai lak bergantung. Ada yang matang dan ada yang masih kanak-kanak tingkah lakunya. Yang matang dengan cara perbualannya yang matang. Yang masih lagi kekanak-kanakan lebih banyak bercakap tanpa input dan isi. Hahaha.. sembrono berkata-kata.

Dari perspektif aku, Hari Raya Aidilfitri hanya meriah pada raya pertama dan kedua. Menjengah masuknya hari raya ketiga, mula kembali seperti biasa. Cuma rasa perayaan itu ada, tidak diraikan sangat. Macam aku sebagai kakitangan kesihatan mula bekerja pada hari raya ketiga.

Bermacam jenis pesakit datang ke klinik, semuanya dengan simptom 'post' hari raya. Sama ada makan banyak, tidur tak cukup kerana melayan tetamu sehingga gula tinggi kerana jaga hati saudara kalau tak makan ketupat dan rendang yang dihidangkan.

Mama dengan abah biasanya akan beraya di rumah melayan tetamu dahulu dan kemudian raya kedua baru berjalan beraya di rumah sanak saudara. Tradisi famili sejak dahulu lagi. Bezanya semakin maju dan moden. Banyak 'update' di laman sosial, 'video call' famili dari jauh dan muat naik gambar famili di laman sosial berserta ucapan hari raya dari famili.

Makin naik berat badan dek kerana serba serbi makanan aku makan. Hilang habis aim nak kurus. Haih. Hahaha..

Thanks for reading.