Saturday, 29 April 2017

Thundering Ending April..

Ini muka rabak namanya...
Good day peeps. Semoga dalam keadaan sihat walafiat dan dirahmati Allah sentiasa. Memperingati tentang dosa dan pahala dalam menyelusuri kehidupan seharian sebagai seorang muslim dan hamba hanya kepada Allah Yang Esa.

Assalamualaikum.

It's nearly the end of April. I'm working currently. Bawa laptop siap untuk siapkan borang permohonan untuk sambung belajar. Pengkhususan pos basik pengurusan diabetis. Memandangkan in-charged aku pun dah peringat banyak kali maka hari ini aku ambil peluang untuk isi form dan print yang mana patut.

Sebab esok sampai Selasa aku akan bercuti selama 3 hari. Buat kali pertama aku rasa dalam tempoh aku kerja, aku bercuti pada Hari Buruh. Alhamdulillah. Planning belum ada tapi ada kawan aku cadangkan untuk keluar bercuti. Ke mana? Belum pasti. Mudah-mudahan berjalan lancar. Kalau tak jadi pun aku ok. Sebab boleh luang masa kat rumah. Buat kerja apa yang patut.

Bulan nie memang aku banyak makan. Aku pun tak tahu. Awal April memang aku jaga betul makan. Tengah hari aku skip. Perut berbunyi tapi digestion ok. Sekarang main taram je semua makanan yang ada. Ish.. ish.. ish. Mana misi 10kg? Rasanya hanya tinggal mimpi kot. InsyaAllah, aku taknak janji tapi penurunan berat badan tue akan diusahakan. Dalam masa terdekat. 


It's Sya'ban already? Aku buka jer Beetalk dan terus ada ucapan salam 2 Sya'ban. Sekejap je masa berlalu. Lagi sebulan nak berpuasa. So, boleh sangat la kalau nak slow down intake makanan. Hahaha..

Lawyer case hampir selesai. Tunggu masa settlement jer. Baitulmuslim aku subscribe balik. After all this years. Cari balik calon isteri. Hahaha..

Other than that, semuanya ok kot? Cuma malas tue semakin menjadi-jadi. Hahaha.. kadang tidur tak ingat dunia bila dah pulun kerja sakan. Balik tue menghadap laptop dengan phone lak. Nampak sangat addiction tue.

Maka aku kena kurangkan. Harap ianya bukan kata-kata manis dari mulut sahaja.

Guardians Of The Galaxy Vol 2 adalah epik. 5 bintang bagi aku. Pedulikan mereka dengan ekspektasi tinggi. Sebab filem nie memang bukan untuk mereka. Bagi aku, ok dan superb. Cukup untuk melangkaui jangkaan aku. Padat dan mampat. Mereka yang komen kata plot kurang atau lawak sama yang berulang, mungkin ada yang tak kena pada minat mereka.

Yang penting, siapa yang peminat Marvel, aku amat-amat sarankan. Kudos to James Gunn sebagai direktor filem ini.

Ok, penat celoteh. Asar dah masuk. Hamba mengundurkan diri. Moga tidak lagi tertinggal kunci bilik atas. Leceh lak nak pakai kunci spare in-charged. Kasihan beliau. Hahaha..

Tata. Adieu.

No comments:

Post a Comment