Thursday, 16 February 2017

Nervous Fella..

Assalamualaikum. A new post after some time absent.

Kerja dan kerja tanpa henti. Sambil lagi Awesome Mix Vol 1 diputarkan. Lagu-lagu lama yang 'easy listening' untuk aku.

Hari nie ulang tahun perkahwinan abah dan mama. 28 years menempuh badai dan ombak demi kebahagiaan keluarga dan anak-anak. Alhamdulillah Allah atas segala nikmat yang diberikan kepada mama dan abah serta kami adik-beradik. Dari susah payah membesarkan anak, mendidik dan mengajar tentang Islam serta makna kehidupan. Moga Allah permudahkan anak-anak untuk membahagiakan mama dan abah setelah banyak pengorbanan yang mama abah lakukan.

Dalam beberapa hari nanti akan ada macam-macam perkara yang terjadi. Yang pertamanya perkahwinan sahabat baik aku Izzul Zakwan. Majlis akad nikah dan resepsi sebelah wanita dah dibuat di KL. Ahad ini pula di Ipoh. Allah beri kemudahan untuk aku pergi memandangkan jika dilihat jadual kerja, aku bertugas. Tapi ada yang nak ganti tugas aku. Jadi, hari ini aku kena beritahu kepada in-charged aku yang Ahad nie ada orang yang mengganti. Moga beliau bersetuju. Hehe..

Yang kedua, trip aku ke Bali dalam beberapa hari lagi. Memandangkan ini kali kedua aku terbang dan kali pertama terbang di luar negara, jadi aku agak gugup. Persiapan tue ada cuma baru minima. Beg travel aku dah beli, passport dan insurans aku dah ada. Cuma bila tengok travel itinerary nama ibu aku. Agak cuak memandangkan aku isi online, jadi mungkin ada salah taip kat bahagian nama travelers. Tapi kat guest memang nama aku dah. Hari nie aku akan ke airport Ipoh, tanya terus dengan kaunter AirAsia tentang travel itinerary aku. Doakan setel dengan aman.

Yang ketiga, dalam jam 10.00 pagi nanti aku akan ke KPJ Ipoh untuk urusan temujanji dengan doktor. Untuk pemeriksaan kesihatan bagi perbicaraan kes kemalangan aku yang dah aku lupa sebelum nie. So, I'm a bit nervous. Hari nie pun plannya nak ke sana naik motor jer. Kereta aku masih lagi tak isi gas air-cond. Kalau pandu ke sana boleh cuma panas. Juga nak dapat parking payah memandangkan hari kerja hari ini. Jadilah aku seorang penunggang motorsikal hari ini. Menyelesaikan segala-gala tugas hari ini.

Boleh nampak kan hari ini hari yang amat sibuk bagi aku? Semua dah siap plan cuma nak jalankan jer. Aku tak banyak pengalaman nak handle most of it. But I take it as a challenge.

Belum lagi kira sembang pasal diri setelah lama tak cerita apa berlaku sekeliling. Maybe next post.
Maybe today. After my appointment is over. We'll see bout that.

Thanks for reading. Ciao.

No comments:

Post a Comment