Sunday, 25 December 2016

Golden Weeks..



Hari ini hari Ahad. Hari cuti aku. Setelah penat lelah bekerja ( walaupun sehari jer semalam.. hehe.. ) aku bercuti selama 3 hari mulai hari ini hingga Selasa. Sebenarnya aku dah mula cuti panjang dari hari Selasa minggu lepas lagi. Lepas habis semua kerja di klinik, aku kemas rumah untuk bersiap siaga menyambut ketibaan famili aku. Mereka datang tahun ini untuk melawat anak lelaki bujang mereka yang bekerja di Perak nan permai ini.


Jujurnya aku rasa rumah aku memang tak kemas dan berselerak. Aku dikenali dengan kemalasan aku bila mana masuk hari cuti. Cuti aku pun kadang tak tentu jadi ada hari aku akan kemas betul-betul dan ada harinya aku biar macam tue jer. Boleh nampak kan anak bujang yang tak boleh dibuat calon suami. Haha.. Jadi aku rasa aku dah kemas semampu mungkin. Datanglah mama dan abah dengan adik-adik aku yang kecil masuk ke rumah. Semua jadi cantik dan lebih bersih. Sebab mama sukakan kebersihan dan kekemasan rumah. It's in our DNA. But mine wasn't as good as her. Hahaha..

Dari dua tiga hari lagi aku nak post blog tapi idea takder. Kekontangan idea. Lantas aku taip sembrono sambil menunggu mesin basuh membersihkan baju kotor aku dan menggunakan internet Digi pada hari minggu dengan optimumnya. Bulan ini ada naik turunnya iman. I was planning to go to masjid today. Apa kan daya. Syaitan itu lagi kuat godaannya. Ish ish ish.. harapnya dalam tempoh cuti aku ada ini aku aktif untuk ke surau dan masjid. Mama pun dah pesan dalam cuti nie supaya banyakkan masa berzikir dan tambah amalan. Kiamat dekat, ajal dekat kita tak tahu. 

InsyaAllah ma.

Semalam pesakit tak ramai, aku habiskan masa berbual ilmiah dan spiritual dengan kawan baik aku kat klinik. Banyak kami bincangkan, tentang agama. Tentang ketuhanan kebanyakkannya. Kita ini iman senipis kulit bawang kalau nak dibandingkan dengan iman para ulama. Apatah lagi sahabat. Apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan Rasulullah tercinta. Banyak yang aku dapat simpulkan dari perbualan semalam. Tentang self-reflect. Kesabaran dalam menjalankan tugas dan amalan. Serta sikap judgemental diri yang harus dibuang jauh dalam apa jua perkara. 

1. Aku terlalu mudah side-tract bila nak buat sesuatu perkara. Nak buat tapi lengah dan last sekali terbengkalai. Hahaha.. Jadi aku nak pastikan lepas ini semua benda akan selesai mengikut kemampuan diri. Kemudian aku nak rancang dahulu semua dan target bila akan selesai. 

2. Pengurusan kewangan dan masa adalah perkara yang paling aku lemah. Dalam memanfaatkan masa dalam cuti dan kerja serta ibadah pada Allah. Dahulukan ibadah dalam apa jua perkara hatta kerja. Aku sekarang tiada kes kecemasan jadi tiada alasan untuk tidak memperbanyakkan amal kepada Yang Maha Penyayang. Pembaziran duit juga banyak berlaku sebab aku terlalu berkira walhal sebenarnya duit lebih banyak pada kemahuan. 

3. Be nice to others. Tahun ini merupakan tahun perubahan sikap untuk aku setelah aku dinasihatkan oleh kawan supaya menjaga amarah dan tenang dalam bekerja. Alhamdulillah, semakin lama semakin baik. Aku banyak tengok setiap kelemahan diri dan kekurangan dan cuba sedaya upaya untuk kurang marah pada yang lain. Biarlah diri ini dimarah dimaki diherdik sekali pun. Sebabnya yang rugi mereka. Aku tidak. InsyaAllah. Satu lagi adalah supaya tidak cepat reaksi dengan segera. Tenang dahulu dalam melihat tindak tanduk seseorang sebelum menghukum. Atau tidak terus menghukum. Mencari hikmah dalam setiap kekurangan. 

Sebab siapalah diri ini. Hina diri ini di sisi Allah dengan dosa yang tak terbayang banyaknya.

Sambil aku menaip nie pun aku selesaikan banyak kerja rumah. Baru lepas vacuum habuk dan lantai di rumah. Berpeluh jugak la. Ini kiranya macam resolusi tahun depan ke apa? Hahaha.. taip bukan main lagi panjang. Bila baca balik, dah macam azam tahun baru. Takde masalah kalau nak letakkan azam pada tahun mendatang. Hari-hari lebih baik. Sebab hari ini insyaAllah lebih baik dari semalam. Dan esok lebih baik dari hari ini. Setiap hari dilalui sama ada baik buruknya ada hikmah. You just have to find it.

So, yeah.. Panjang sangat taip pun bukan orang baca. Aku jugak. Diari seorang lelaki. Hahaha.. 

Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment