Friday, 22 July 2016

Friday For Forgiveness - Minggu CME..

Bismillahi rahmani rahim...

Betapa banyak peluangnya aku nak update blog nie. Begitu banyak benda nak dikongsi. Kalau boleh setiap hari nak ber'blog'. Apa kan daya diri ini suka sibukkan diri dengan benda lain. Hingga luahan tak terluah. Perkara nak beritahu pun terpaksa ditangguh. Susunan flow blog pun dah jadi tunggang langgang. Hahaha..

Not an encoragement week for me as I have 4 days full of CME. Duduk mendengar dan kadang kala terlelap mendengar ceramah perubatan dari doktor dan ahli farmasi. Tajuk yang agak berat bagi semua CME yang aku pergi. Isnin dan selasa tentang pengurusan kesihatan bagi kanak-kanak bawah 5 tahun. Hari Rabu tentang Keselamatan Ubat Ubatan dan Khamis tentang update CDC. Semua ilmiah dan penuh manfaat.


Hari nie je aku cuti. Esok lusa kena kerja untuk 12 jam. Dah seminggu lebih la tak mengadap pesakit. Kini Sabtu dan Ahad baru beraksi. Ceh. Hasrat aku nak berpuasa pun longlai bila tiap kali kursus ada makanan terhidang. Mana boleh lawan bai. Membazir la nanti kalau tak makan. Penat je diorang uruskan makanan. Alhamdulillah semua tak dibazirkan. Dan syukur alhamdulillah juga berat semakin naik. Haish.

Just in one week many things happen. Kudeta dengan rampasan kuasa di Turki, yang akhirnya berjaya dipatahkan. Samar-samar sekali perkara yang berlaku disebalik rampasan kuasa tersebut. Kena cari sumber yang sahih tentangnya. Serangan kapak oleh manusia di Nice, Perancis ( benda tue minggu lepas lagi but aku masukkan untuk reminder ). Dan banyak lagi. Nie aku namakan sebahagian yang aku take note.

1. Kematian misteri ibu dan dua orang anak di Sarawak.
2. Skandal 1MDB semakin parah dengan pihak US mendakwa duit digunakan untuk perjudian oleh FBI.
3. Kadar kenaikan tambang dan tiket kepada 150% kepada pengguna kenderaan awam di Kuala Lumpur.
4. Serangan tanpa henti oleh tentera di Palestine dan Syria. Pembunuhan dan pembakaran masjid etnik Rohingnya di Myanmar.

Banyak kali kalau nak dikira. Kalau cakna dengan berita dari sumber sahih sambil berfikir sejenak. Dunia ini semakin tenat. Sebagai mana apa yang aku post di Facebook, ia menjadi wadah kepada akhbar namun adakah ia benar tersentuh di hati kita manusia?

Tak ramai yang Allah beri kesempatan untuk berfikir dengan mendalam sejenak tentang apa yang berlaku di sekeliling sambil menilai amalan harian dan pada masa yang sama takut akan Qiamat yang bakal tiba tak lama.Seingat dulu masa kecil aku amat-amat takut apabila Ustaz dan Ustazah bercerita tentang seksaan kubur dan neraka Jahannam yang di dalamnya banyak golongan fasik dari umat akhir zaman.

Sekarang sekelumit hati itu merasa namun jelas sekali kesibukkan dunia mematikan hati dari mengingati apa yang diperingatkan sentiasa oleh Allah dan RasulNya. Kejadiaan yang berlaku ini semua adalah perancanganNya. Bersediakah kita untuk mati dalam iman? Cukupkah usaha kita beramal dalam mencari redhaNya atau sering kali kita tersadung dek batu-batu khayalan yang melambatkan kita berdiri untuk lari dari fatamorgana dunia.

Jelas sekali dunia ini pentas untuk kita. Agar yang kekal dalam iman dan tawakal mencariNya mati lebih awal dalam pentas itu. Maka pelakon lain yang lalai dan leka dengan pementasan itu akan mati akhirnya dalam keadaan mereka yang alpa dari akhirat. Jangan kau lekakan aku ya Allah.

Semoga kita diperkuatkan iman tatkala ianya turun serendah-rendahnya.

Istiqamah semampu diri. Amin.

 

No comments:

Post a Comment