Friday, 22 July 2016

Friday For Forgiveness - Minggu CME..

Bismillahi rahmani rahim...

Betapa banyak peluangnya aku nak update blog nie. Begitu banyak benda nak dikongsi. Kalau boleh setiap hari nak ber'blog'. Apa kan daya diri ini suka sibukkan diri dengan benda lain. Hingga luahan tak terluah. Perkara nak beritahu pun terpaksa ditangguh. Susunan flow blog pun dah jadi tunggang langgang. Hahaha..

Not an encoragement week for me as I have 4 days full of CME. Duduk mendengar dan kadang kala terlelap mendengar ceramah perubatan dari doktor dan ahli farmasi. Tajuk yang agak berat bagi semua CME yang aku pergi. Isnin dan selasa tentang pengurusan kesihatan bagi kanak-kanak bawah 5 tahun. Hari Rabu tentang Keselamatan Ubat Ubatan dan Khamis tentang update CDC. Semua ilmiah dan penuh manfaat.


Hari nie je aku cuti. Esok lusa kena kerja untuk 12 jam. Dah seminggu lebih la tak mengadap pesakit. Kini Sabtu dan Ahad baru beraksi. Ceh. Hasrat aku nak berpuasa pun longlai bila tiap kali kursus ada makanan terhidang. Mana boleh lawan bai. Membazir la nanti kalau tak makan. Penat je diorang uruskan makanan. Alhamdulillah semua tak dibazirkan. Dan syukur alhamdulillah juga berat semakin naik. Haish.

Just in one week many things happen. Kudeta dengan rampasan kuasa di Turki, yang akhirnya berjaya dipatahkan. Samar-samar sekali perkara yang berlaku disebalik rampasan kuasa tersebut. Kena cari sumber yang sahih tentangnya. Serangan kapak oleh manusia di Nice, Perancis ( benda tue minggu lepas lagi but aku masukkan untuk reminder ). Dan banyak lagi. Nie aku namakan sebahagian yang aku take note.

1. Kematian misteri ibu dan dua orang anak di Sarawak.
2. Skandal 1MDB semakin parah dengan pihak US mendakwa duit digunakan untuk perjudian oleh FBI.
3. Kadar kenaikan tambang dan tiket kepada 150% kepada pengguna kenderaan awam di Kuala Lumpur.
4. Serangan tanpa henti oleh tentera di Palestine dan Syria. Pembunuhan dan pembakaran masjid etnik Rohingnya di Myanmar.

Banyak kali kalau nak dikira. Kalau cakna dengan berita dari sumber sahih sambil berfikir sejenak. Dunia ini semakin tenat. Sebagai mana apa yang aku post di Facebook, ia menjadi wadah kepada akhbar namun adakah ia benar tersentuh di hati kita manusia?

Tak ramai yang Allah beri kesempatan untuk berfikir dengan mendalam sejenak tentang apa yang berlaku di sekeliling sambil menilai amalan harian dan pada masa yang sama takut akan Qiamat yang bakal tiba tak lama.Seingat dulu masa kecil aku amat-amat takut apabila Ustaz dan Ustazah bercerita tentang seksaan kubur dan neraka Jahannam yang di dalamnya banyak golongan fasik dari umat akhir zaman.

Sekarang sekelumit hati itu merasa namun jelas sekali kesibukkan dunia mematikan hati dari mengingati apa yang diperingatkan sentiasa oleh Allah dan RasulNya. Kejadiaan yang berlaku ini semua adalah perancanganNya. Bersediakah kita untuk mati dalam iman? Cukupkah usaha kita beramal dalam mencari redhaNya atau sering kali kita tersadung dek batu-batu khayalan yang melambatkan kita berdiri untuk lari dari fatamorgana dunia.

Jelas sekali dunia ini pentas untuk kita. Agar yang kekal dalam iman dan tawakal mencariNya mati lebih awal dalam pentas itu. Maka pelakon lain yang lalai dan leka dengan pementasan itu akan mati akhirnya dalam keadaan mereka yang alpa dari akhirat. Jangan kau lekakan aku ya Allah.

Semoga kita diperkuatkan iman tatkala ianya turun serendah-rendahnya.

Istiqamah semampu diri. Amin.

 

Tuesday, 12 July 2016

Raya Bujang Terlajak..

Bismillahi Rahmani Rahim..

Assalamualaikum. Apa khabar? Moga berada dalam keadaan sihat walafiat. Alhamdulillah, diri masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas, dalam kesihatan yang baik dan juga dimurahkan rezqi dariNya. Amin. Hari Selasa, 7 Syawal 1437 H dalam pukul 10:54 pagi. Off day aku yang kedua. Dua hari bercuti dari Isnin lagi setelah bekerja hari Ahad lepas.

Syukur juga tahun ini dapa sambut raya dengan keluarga di kampung. Tahun lepas merupakan tahun yang agak kurang bernasib baik kerana beraya dalam keadaan sakit.

Alhamdulillah, tahun ini adik perempuan aku balik dari Bali untuk sambut puasa dan raya sekaligus. Jelas nampak kegembiraan dia pulang ke kampung, bantu mak dan ayah dalam buat persiapan raya tahun ini.

Aidilfitri tahun ini seperti biasa. Sederhana tetapi meriah. Walaupun masih ada rasa sedih sebab ayah saudara pulang ke rahmatullah dulu. Raya jelas terasa kurang tanpa dia. Melayan karenah kami anak saudara yang tak sabar main bunga api dan mercun pada malam raya. Tolong memasak dan kemas rumah di malam raya sambil menyanyi lagu-lagu nostalgik raya.

Jujur sebenarnya aku sememangnya tak ambil berat hal baju seluar sepanjang aku hidup. Selagi seluar tue tak koyak teruk, masih boleh pakai biarpun lusuh warnanya, aku pakai. Jadi tak hairan la banyak yang merungut seluar aku makin pudar warna dan nipis kainnya. Jadi aku pun beli baju dan seluar untuk raya tahun nie. Banyak jugak la. Baru nak belajar beli baju seluar masa jualan murah.

Teruk anak teruna sorang nie. Huhuhu..

Raya tahun nie hampir semua rumah aku dapat pergi. Rumah kawan lama, sanak saudara sepupu sepapat. Malah majlis kahwin sepupu pun aku dapat pergi. Memang bersyukur sangat Allah beri peluang untuk erat silaturahim sambil isi perut dengan pelbagai juadah raya, sampai perut meragam dua tiga hari. Jaga hati tuan rumah. Hihi..

Duit raya aku beri kat budak-budak kecik memandangkan aku dah kerja. Jelas nampak seronok diorang bila dapat duit raya. Tahun nie raya sampai raya keempat. Sebab Ahad (raya ke-5) aku dah mula kerja kat Sg Siput. Jadi tengah hari dalam 1.40 petang aku gerak dari rumah naik kereta bertolak ke Perak.

Sememangnya sesak jalan penuh dengan kereta yang datang berayanya.. yang nak balik ke kampung dan yang nak kembali ke bandar untuk kerja pada hari Isnin. Dalam 7 jam jugak aku bersesak-sesak dari rumah aku ke Jeli. Sampai kat rumah dengan mata yang rabak dan badan yang letih pada pukul 12.00 pagi hari Ahad. Terbaik 'jem' hari tue.

Jadi, itu sedikit sebanyak raya aku tahun ini. Kepada mama dan abah, ku pohon ampun dan maaf andai anakmu ini ada menguriskan hati mama abah sepanjang abe hidup di muka bumi Allah. Redha mama dan abah adalah perkara yang abe mohon teramat agar dapat meneruskan kehidupan, beramal dan beribadah dalam mencari keberkatan.

Kepada yang mengenali diri ini, seribu kemaafan dipohon atas kesilapan sama ada yang tersurat atau tersirat. Saya maafkan segala kesilapan anda sepanjang anda mengenali saya. Mari kita sama-sama bermaaf-maafan di hari mulia ini. Serta puasa 6 Syawal jika berkemampuan. Hihi.. baru lengkap puasa Ramadhan dengan puasa 6.

Moga kita sama-sama berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Amin.

Tuesday, 5 July 2016

Panas Dan Lembab

credits to www.kembaraminda7.com
jam hampir masuk pukul 2.00 pagi..
selepas minum dua Wonda Coffee, aku dah tak boleh tidur. Solat Isya' belum lagi. InsyaAllah, selesai blog nie aku beransur solat. chatting dengan adik yang sekarang baru selesai solat Subuh kat Sendai, Jepun. bersembang soal kahwin, soal dunia dan akhirah. mata belum rabak, diri belum letih. aku teruskan menaip agar boleh aku kurangkan sikit rasa kebosanan.

Kelantan cuacanya sekarang amat panas dan lembab. Panas terik pada siang dan malamnya, lembab ialah apabila baju atau seluar dipakai mudah peluh. Perlu kering di ampaian setelah keluar ke mana-mana. Aku kalau di rumah selesa dengan kain pelikat. bak kata brader yang aku jumpa kat bazar Ramadhan petang tadi, terik panas dan dahaga bak sahara sekarang. Amboi madah beliau.

Seharian aku tido. Sememannya bukan antara hari-hari produktif aku. Dari jam 1 sampai la jam 4. Solat jangan dilupa. Beli sikit barang pagi tue kat Aeon Kota Bharu. Suasana? Ramai sangat orang berasak tiap-tiap kedai untuk beli baju seluar kasut untuk raya nanti. Aku dah beli awal dulu, memang ada jualan murah. Jadi, aku ikut sama famili mak sedara beli barang kelengkapan untuk anak-anak mereka.

Laptop pun hari nie aku buka setelah lama aku simpan dalam beg. Keinginan nak sedut cerita tue ada tapi mindset diri sibukkan diri dengan benda lain. Banyak tengok phone je. Kalau tak memang sepanjang masa aku dengan laptop. Kami tak dapat dipisahkan, bagai aur dan tebing. Saling melengkapi. Aku hidupkan dia. Dia berbakti dengan aku. Loyal habis. Haha..

Jadi free time aku lepas nie mungkin waktu malam macam nie. Di mana suasana sunyi dan elok untuk aku post blog, cerita macam-macam tentang apa berlaku di sekeliling, dalam media massa dan media sosial dan berkongsi pengalaman yang aku dapat dari tiap tiap perkara yang aku alami. Right now I'm gathering resources and ideas for my next post. About Baitulmuslim dan juga pertemuan pertama.

But I rather stop right here. That's for another story. InsyaAllah.

Sebelum habis, kepada reader semua.. moga selamat sampai di destinasi. Banyak benar kemalangan sejak dua menjak nie. Kematian sekeluarga yang selalu buat kita insaf. Harap biar berkekalan keinsafan tue tatkala bawa kereta. Jangan laju. Kecuali kalau benar kenderaan tiada. Maka potong dengan berhemah.

Yang tak dapat balik beraya, berkhidmatlah dengan penuh dedikasi, belajarlah dengan penuh keazaman. Penuh kesabaran dan kekentalan jiwa. Aku dah merasa tak balik hari tue, it wasn't that bad. Jangan diikutkan sangat emosi nak beraya tue. Bukan bermaksud ignored terus, tapi hadirkanlah suasana raya tue ditempat kerja atau belajar. Tak la terasa sunyi. Yang ada akses internet tue, webcam la dengan famili. Bukan hanya download cerita je. Hahaha...

Ok. Enough la eh.. Meraban nanti. Assalamualaikum. Nyte.