Sunday, 12 June 2016

Ramadhan Tiba Lagi

Deep
as requested by my sister, here it is.. a new post just for your pleasure reading.. :)

Assalamualaikum.

Selamat pagi, yang indah lagi tenang. Ramadhan telah menjelang tiba (6th Ramadhan to be exact), seluruh muslimin dan muslimat sekarang menjalankan ibadah puasa dan memperbanyakkan amalan dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dari kecil hingga besar, tua dan muda sama-sama berusaha mencari rahmat, keredhaan dan keampunan dari Sang Pencipta, bagi menghapus dosa-dosa yang telah dilakukan dahulu.

Termasuk juga aku. Yep. Tahun ini buat kali pertama aku berpuasa di bandar Sungai Siput. Tahun lepas aku habiskan masa rehat aku berpuasa di rumah lepas kemalangan teruk bulan Mei. Masa aku berpuasa, sememangnya banyak dugaan. Bukan lapar dan dahaga sahaja, malah kesakitan serta macam-macam benda aku alami masa berpuasa. Aku puasa pun tak penuh memandangkan pada waktu tue aku menjalani pembedahan 'platting' untuk tulang pipi. 


Sakit tak terperi disamping mulut yang telah dibesikan dengan braces sememangnya cabaran untuk aku. Berpuasa dan berbuka dengan makanan yang lebih kurang sama. Soft food dan aku tidak digalakkan mamah/gigit dengan kuat memandangkan gigi masih lemah. Alhamdulillah, bila aku fikirkan balik masa taip nie, betapa syukurnya Allah beri pengalaman sakit tahun lepas. Sememangnya tidak terhingga syukur dan berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat dan kesakitan. Ia mengajar aku banyak mengenai kehidupan dan redha.

Puasa sendirian dan berbuka sendirian buat masa ini. Sama macam aku berpuasa di klinik. Bezanya sekarang di bandar. Bazar pun dekat. Barang makan mudah beli dan lebih selesa. Apa yang kekal sama adalah berbuka dan sahur sendirian. Hahaha.. alhamdulillah. Nikmat tue dapat peluang sahur dan berbuka. Ada yang tak bersahur, ada yang nak berpuasa tapi keuzuran. Ramadhan menyemai pemikiran mendalam mengenai mereka yang kurang berkemampuan, yang tidak bernasib baik seperti mana kita.

Mengajar diri untuk rendah diri dan bersyukur tiap masa, ketika. Bersyukur dengan apa yang ada secara lahiriah dan rohaniah. Satu bulan di mana hati manusia itu tenang dan merasa lazatnya bak kata ustaz, lazatnya ibadah itu dilakukan tanpa ada gangguan. Satu tempoh untuk mengenal diri sendiri, mengukur kemampuan serta menilai diri. Muhasabah atas tiap sesuatu perkara yang dilakukan serta pengharapan yang agung kepada Yang Maha Mengampuni ( Al-Ghafur ).

Sejujurnya terlalu banyak nikmat yang telah Allah beri kepada diri ini. Yang terlihat dan yang tidak terlihat. Kalau nak diceritakan aku pasti tidak habis. Allah telah beri segalanya. Agar kita sebagai hamba bersyukur dan terus istiqamah dalam beramal. Ikhlas dan sabar dalam mengerjakan ibadah agar beroleh keredhaanNya.

Hehehe.. dah macam tazkirah lak post kali ini. But I'm telling the truth from what I had during the past week. Sememangnya berbeda dengan bulan lain. And I'm trully grateful for that. Doakan ia berkekalan setelah perginya Ramadhan. InsyaAllah.
Sekarang aku lebih memotivasikan diri dalam bekerja dan beribadah. Even thou terawikh tahun nie kurang (sememangnya satu achievement yang hambar). InsyaAllah, akan cuba sedaya upaya memanfaatkan masa diberi dengan elok.

Doakan hamba yang lemah ini. Amin.

Oh, dan jangan membazir ketika membeli juadah berbuka. Beli sekadar mampu.

Baik, done. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment