Tuesday, 3 May 2016

Vroooom...

Blank

As blank as it seems, so does my brain from emptiness.

Semalam dengan keinginan tinggi untuk update post baru kat blog, akan tetapi idea itu semakin pudar. Menghilang dari pandangan. Punya tempoh masa luput barang kali. Seharusnya dicatit tiap perkara yang ingin dikata.

Di cerita dengan penuh penghayatan. Seperti mana sang pencerita dengan kisah kisah lagendanya. Seperti mana juga aku. Cuma lenggok gaya dan penyampaian hambar. Seperti mana aku setiap kali ingin parking sisi. Hambar.

Sengaja aku biarkan senyap sunyi dalam rumah ini. Agar lebih fokus. Tak mahu sang penulis leka dan alpa dengan setiap bunyi yang didengarinya. Walaupun sekarang peneman bunyi adalah kipas berkelajuan 3 yang meniup helaian rambut pendek dan panjangku.

Aku cuti hari ini. Hari cuti sahaja masa untuk aku menaip segala apa yang aku mahu. Kebanyakkan dari apa yang aku alami sepanjang seminggu aku kerja/cuti. Kebanyakkan dari masa dibazirkan dengan tidur. Sungguh tiada produktiviti. Norma orang bujang.

Dah lama sangat aku tak naik motor untuk pergi tempat jauh. Setelah aku kemalangan, aku jadi trauma untuk tunggang motor pergi tempat luar dari daerah rumah aku. Mungkin tangan terketar atau flashback kembali semula setiap kali aku pasang niat untuk naik motor dan membayangkan destinasi yang aku pergi itu jauh. Tapi. semalam berbeza. Aku cuba beranikan diri untuk bawa motor sejauh mungkin, walau hanya ke Ipoh.

I feel free. Sudah lama tak merasa angin bahang panas dari terik matahari, embun sejuk pagi setiap kali lalu di kawasan ladang, berhujan dan basah baju meredah hujan. Aku merasai semuanya kembali. Susah payah aku dahulu kerja dengan motor.Berhujan dan berpanas, rosak dan bocor tayar. It's all coming back to me.

Betul orang kata, kesusahan itu adalah pengalaman/memori yang paling berharga, yang dapat engkau simpan sampai bila-bila. Kenang kembali semuanya semalam dengan keberanian aku untuk bawa motor ke tempat lebih jauh.

Aku ada banyak memori bersama motor nie. Dari hari pertama aku pilih motor nie untuk digunakan masa kerja sampai la sekarang duk parking kat luar.

Kemalangan pun dah dua kali, bocor tayar, jatuh dan seret pun kerap sekali. Inilah motor yang aku kerap guna untuk cari rezki. Motor yang mengajar aku setiap makna kehidupan. Walau beroda dua dan tidak segagah mana, ia tetap teman setia. Menunggu tuannya untuk sembuh dahulu, sebelum dirinya dibaiki dan dipulihkan. Melindungi tuannya.

Thanks.. DCE 5933..

See? Idea.. Walaupun dah nampak mengarut sedikit..

Still.. a post from the bottom of my hearts.. I think..

No comments:

Post a Comment