Friday, 13 May 2016

Ketenteraman Jiwa HambaNya..

Assalamualaikum..

' katakanlah yang benar, walaupun ianya pahit '

Benar. Katakanlah kebenaran, walaupun kebenaran itu sendiri penuh dengan kepahitan yakni kekurangan/keburukan. Ujian Allah untuk hambaNya agar kembali mencari jalan kebenaran, jalan ketenangan dan muhasabah diri atas tiap dosa-dosa yang kita lakukan, yang kita sedar dan yang paling utama, dalam ketidak-sedaran kita. Astaghfirullah..

Semalam aku keluar dengan kawan sekerja aku ke kedai makan. Habiskan masa berkualiti dengan menjamu selera. Setelah kekenyangan dan bersiap pulang dengan kereta ke rumah, dia mulakan perbualan dengan memohon kemaafan. Aku dah mula faham kenapa dia luangkan masa dengan aku malam tue. Ada perkara yang ingin diberitahu.

Sedarlah wahai manusia, sesungguhnya ungkapan yang paling jujur dari seorang kawan adalah apabila dia menyampaikan perkara-perkara keburukan diri kita, dengan harapan agar kita berubah. Aku menghabiskan pemanduan dengan diam sambil mendengar setiap luahan, keluh kesah mereka yang tidak berpuas hati pada aku. Tentang kemarahan dan sikap aku. Astaghfirullah hal a'zim..

Pedihnya lebih dasyat dari tusukan pedang ke dada. Kerana ayat dan perkataan itu benar-benar menghiris hati.  Aku rasa begitu juga bagi mereka yang telah aku cakap, tutur tanpa sedar. Tanpa iman. Kemarahan dan stress bukanlah tiket untuk aku lepaskan kepada mereka yang aku sayang. MasyaAllah. Aku sedih dalam hati. Sememangnya teruk diri ini apabila setiap perkara aib aku dia ceritakan agar aku berubah.

Sesungguhnya dia meluahkan kepada aku dengan harapan aku berubah. Menjadi lebih baik. Lebih teratur dan matang dalam perbualan. Berhikmah dan penuh hemah apabila berbicara. Aku mula mengerti dan perlahan-lahan mulutku berzikir kembali kepada Allah. Memohon kekuatan agar aku berubah.

Dia juga berkata syaitan mudah sekali mempengaruhi diri manusia yang tidak terkawal kemarahan dan stress. Sememangnya benar. Apa yang dia beritahu juga benar. Aku mulai rasa kekok dan kurang selesa apabila memikirnya. Aku akan bekerja kembali. Timbul rasa takut untuk bekerja. Apabila kita mula tahu mereka tidak sukakan aku. Aku hanyalah hamba yang lemah. Dan aku menerima kekurangan aku. Ya Allah..

Sampai di rumah, setelah hantar kawanku ke rumahnya, aku kerap kali bermimpi. Banyak sekali mimpi tentang mereka. Aku takut aku akan mula bercakap tanpa berfikir. Malah untuk ke klinik juga mula aku berat. Takut. Kemesraan mereka mulai hilang. Ini ujian dari Allah, Iqbal. Aku takut dan risau.

Maka aku mula berzikir tanpa henti. Ayat kursi tak lekang dari mulutku dari tidur hingga bangun. Memohon keampunan. Dosa aku terlalu banyak, diriku dan dari hubungan bersama manusia. Betapa banyaknya dosa telah aku lakukan dalam hilang kesedaran kepada mereka yang begitu mengambil berat, sanggup berkorban dan menyayangi aku seadanya.

Sememangnya malam yang pahit lagi pedih bagi aku. Sedih dan pilu. Patut aku merasa tidak tenang dan tenteram seperti biasa. Seperti ada sesuatu yang ingin Yang Maha Esa sampaikan. Maka aku terima dengan hati terbuka ya Allah. Aku hanya mahu Kau berikan kekuatan dan peringatan kepadaMu ya Allah. Jagalah perhubungan aku sesama manusia dan berikanlah taufiq dan hidayah kepada Allah.

Aku malu pada mereka, pada Yang Maha Mengetahui. Amiin.

No comments:

Post a Comment