Friday, 27 May 2016

Alone

Assalamualaikum...

Craving to type. Again, without any ideas. Menaip mengikut gerak hati dan fikiran. Harap dapat puaskan keinginan diri yang sering kali mahukan jari-jemari menari di atas papan kekunci. Biarpun kadang yang dikongsi hanyalah dari apa yang dialami. Normal hidup seorang manusia.

Pelbagai emosi, suka dan duka sepanjang seminggu aku kerja. Sama banyak. Rasa amarah boleh dikatakan tak ada tapi banyak gelak dan sunyi. Biasalah aku pun kerja jauh dari rumah, di negeri lain. Normal jika kadang kala sunyi. Tak sabar nak tunggu cuti hari Isnin untuk balik kampung. Lepaskan rasa kesunyian diri ini. =)

Semakin turun berat badan, walaupun perlahan. Aku kurang senaman dan kurang melakukan aktiviti luar. Banyak guna masa untuk lepak di klinik, bila dah bosan kat rumah, berbual dan bersembang dengan staf. Nak keluar ke bandar pun malas. Keluar seorang diri sememangnya tak seronok. Itu pun dipanggil kesunyian jugak la kan?

Esok mula balik kerja lepas rehat dua hari di rumah. Jujurnya diri sememangnya tak terurus. Walaupun bila dalam masa cuti. Seharusnya aku guna masa cuti sepenuhnya untuk kemas rumah. Bertangguh dan bertangguh, ditambah dengan malas maka hampir banyak kerja jadi tertangguh. Bila nak jadi rajin. Haish. Tipikal budak lelaki.

The main point yang aku nak kongsi kali ini adalah pentingnya anda sebagai seorang perantau untuk kerap balik ke rumah, walaupun banyak kali. Kenapa?

Aku dah merasa satu perasaan yang agak sunyi apabila kerja di sini. Tanpa keluarga dan adik-beradik di sisi, sememangnya bila aku balik dari kerja, teman rapat aku adalah bantal, kipas berkelajuan 3 dan tilam yang menjadi tempat aku luahkan segala perasaan. Selalunya luahan itu adalah kepenatan dan bagaimana teruknya diri ini bila dah tak boleh uruskan masa dengan elok.

Serius.

Pulang ke rumah, mendengar nasihat dan gurauan senda ibu dan ayah, celoteh adik-adik yang sering bergaduh tentang siapa yang nombor satu bila sampai rumah dari sekolah, makanan yang sentiasa disediakan ibunda tersayang atau seringkas melihat ayahanda yang lelap tidur di atas karpet setelah menonton televisyen adalah antara perkara yang buat aku rindu akan rumah.

Akan keluarga.

It's like a medicine. A drug that full of loves. Penuh dengan khasiat. Menjadikan seorang itu fokus. Bersedia untuk bekerja walaupun penat dan lelah. Kerana ada pengubat di rumah. Jujur aku kata antara sebab aku moody pun mungkin sebab ini. It's been 2 months. Macam mana la adik-adik aku yang belajar kat luar negara boleh survived?

Mungkin juga sebab selama nie aku sentiasa balik setiap bulan. Apabila tiba masa aku ambil keputusan untuk tak balik, it was THE worst decision ever. Hilang fokus dan mula senang letih. Kalau dulu aku sentiasa jaga lewat, tidur lewat. Tapi sekarang balik rumah terus terbaring tidur dan terjaga awal pagi.

Ada hikmah kot dalam kesusahan yang aku lakukan. Cuma mungkin aku yang tak nampak. Jauh dari famili tak bermakna jauh dari Allah. Allah kan dekat? Cuma aku jer yang lalai dan leka dengan segala masalah, hingga aku lupa kasih sayang Allah jauh lebih hebat dari segalanya. Pengubat segala kesunyian.

A dose of regrets and also motivation from this post. Deep down baru faham. Aku akhirnya boleh lepaskan apa terpendam dalam hati. I've been neglected, being amazed with world, I forgot The One. Ya Rabb.. ampunkan hamba ini.

Peringatkan diriku tentang kasih sayangMu, tentang rasa rindu hamba ini dalam mendekatkan diri pada Sang Pencipta. Jangan isi kesunyian aku ini dengan kemungkaran yang telah berkali-kali aku ulangi. Aku hanya mahu keredhaan, ketenangan dan pengubat kesunyian diri.

Moga menjadi lebih kuat dalam meniti masa hidup yang semakin sedikit. Amin

Friday, 13 May 2016

Ketenteraman Jiwa HambaNya..

Assalamualaikum..

' katakanlah yang benar, walaupun ianya pahit '

Benar. Katakanlah kebenaran, walaupun kebenaran itu sendiri penuh dengan kepahitan yakni kekurangan/keburukan. Ujian Allah untuk hambaNya agar kembali mencari jalan kebenaran, jalan ketenangan dan muhasabah diri atas tiap dosa-dosa yang kita lakukan, yang kita sedar dan yang paling utama, dalam ketidak-sedaran kita. Astaghfirullah..

Semalam aku keluar dengan kawan sekerja aku ke kedai makan. Habiskan masa berkualiti dengan menjamu selera. Setelah kekenyangan dan bersiap pulang dengan kereta ke rumah, dia mulakan perbualan dengan memohon kemaafan. Aku dah mula faham kenapa dia luangkan masa dengan aku malam tue. Ada perkara yang ingin diberitahu.

Sedarlah wahai manusia, sesungguhnya ungkapan yang paling jujur dari seorang kawan adalah apabila dia menyampaikan perkara-perkara keburukan diri kita, dengan harapan agar kita berubah. Aku menghabiskan pemanduan dengan diam sambil mendengar setiap luahan, keluh kesah mereka yang tidak berpuas hati pada aku. Tentang kemarahan dan sikap aku. Astaghfirullah hal a'zim..

Pedihnya lebih dasyat dari tusukan pedang ke dada. Kerana ayat dan perkataan itu benar-benar menghiris hati.  Aku rasa begitu juga bagi mereka yang telah aku cakap, tutur tanpa sedar. Tanpa iman. Kemarahan dan stress bukanlah tiket untuk aku lepaskan kepada mereka yang aku sayang. MasyaAllah. Aku sedih dalam hati. Sememangnya teruk diri ini apabila setiap perkara aib aku dia ceritakan agar aku berubah.

Sesungguhnya dia meluahkan kepada aku dengan harapan aku berubah. Menjadi lebih baik. Lebih teratur dan matang dalam perbualan. Berhikmah dan penuh hemah apabila berbicara. Aku mula mengerti dan perlahan-lahan mulutku berzikir kembali kepada Allah. Memohon kekuatan agar aku berubah.

Dia juga berkata syaitan mudah sekali mempengaruhi diri manusia yang tidak terkawal kemarahan dan stress. Sememangnya benar. Apa yang dia beritahu juga benar. Aku mulai rasa kekok dan kurang selesa apabila memikirnya. Aku akan bekerja kembali. Timbul rasa takut untuk bekerja. Apabila kita mula tahu mereka tidak sukakan aku. Aku hanyalah hamba yang lemah. Dan aku menerima kekurangan aku. Ya Allah..

Sampai di rumah, setelah hantar kawanku ke rumahnya, aku kerap kali bermimpi. Banyak sekali mimpi tentang mereka. Aku takut aku akan mula bercakap tanpa berfikir. Malah untuk ke klinik juga mula aku berat. Takut. Kemesraan mereka mulai hilang. Ini ujian dari Allah, Iqbal. Aku takut dan risau.

Maka aku mula berzikir tanpa henti. Ayat kursi tak lekang dari mulutku dari tidur hingga bangun. Memohon keampunan. Dosa aku terlalu banyak, diriku dan dari hubungan bersama manusia. Betapa banyaknya dosa telah aku lakukan dalam hilang kesedaran kepada mereka yang begitu mengambil berat, sanggup berkorban dan menyayangi aku seadanya.

Sememangnya malam yang pahit lagi pedih bagi aku. Sedih dan pilu. Patut aku merasa tidak tenang dan tenteram seperti biasa. Seperti ada sesuatu yang ingin Yang Maha Esa sampaikan. Maka aku terima dengan hati terbuka ya Allah. Aku hanya mahu Kau berikan kekuatan dan peringatan kepadaMu ya Allah. Jagalah perhubungan aku sesama manusia dan berikanlah taufiq dan hidayah kepada Allah.

Aku malu pada mereka, pada Yang Maha Mengetahui. Amiin.

Sunday, 8 May 2016

Hijrah Positif


Bismillahi rahmani rahim..

Selamat malam semua. Or to me who type this. Sudah hampir tengah malam dan mata masih belum rabak. Menguap sudah semestinya tapi keinginan untuk menaip mengagahkan diri, lebih hebat dari keazaman untuk mengemas rumah. Selalunya bertangguh hingga tidak ketahui bila perlaksanaannya. Hanya bila mana mata mula rasa tak selesa, melihat rumah tunggang langgang baru dikemasnya. Tipikal aku. Heh.

Sambil mendengar lagu di pada telefon pintar, aku menaip menceritakan betapa teruknya aku belanja pada hari ini. Atas alasan untuk 'reward' diri, walaupun sebenarnya tiada apa yang perlu diberi ganjaran dengan kemalasan melampau, serta stress yang agak luar biasa dua-tiga hari ini. Minggu ini kurang bahgia. Allah duga macam-macam walaupun pada dasar pemikirannya, boleh diatasi jika tidak ambil cakna atas punca stress tersebut. Again, manusia adalah selemah lemah makhluk. Begitu jua aku.

Pesakit kebelakangan ini ramai. Sehingga sampai satu ketika aku terfikir, adakah mereka datang ini benar-benar sakit atau pura-pura? Sekali lagi, lihat betapa negatifnya pemikiran apabila stress. Sememangnya kurang kesabaran dan hilang fokus kerja. Entah la, mungkin aku tak pandai menguruskan kerja dan masa. Mengimbangi kedua-duanya dengan elok, penuh hikmah dan teratur. Mujur tiada jeritan atau pekikan. InsyaAllah. Doa-doakan agar hati sentiasa lentur dalam mendengar setiap rintihan pesakit.

Hari ini adik aku cadangkan satu drama Jepun yang baru. Memandangkan aku adalah peminat drama Jepang, maka beliau memberi tajuk cerita kepada aku. 'Fragile'. Rapuh dalam Bahasa Malaysia. Tentang bagaimana doktor yang hebat dalam mendiagnosa penyakit pesakit dengan kajian dan ujian.

Drama ini fokus kepada bahagian patologi pesakit, iaitu mencari punca dan sebab penyakit. Mereka dari jabatan patologi akan mengkaji dan menyiasat punca pesakit melalui sampel darah dan sel yang telah diberi oleh pesakit dari wad. Dari episod satu aku tonton walau separuh, jabatan ini sememangnya tiada sebarang perhubungan dengan pesakit. Mereka hanya akan mengkaji sampel dan akan memberikan keputusan, selanjutkan akan didiagnosa oleh doktor.

Sememangnya menarik. Oleh sebab siri ini masih baru, maka aku mula keluar dari rumah untuk cadangnya ke mana-mana kawasan yang mempunyai wi-fi laju. Perangcangannya adalah supaya aku dapat download video dari internet. Ia memerlukan kelajuan internet yang agak pantas.

Sayang sekali di sini wi-fi hanya untuk kegunaan browsing dan bukannya muat turun. Speed download pun lambat. Haish. Aku tamatkan misi pencarian wi-fi aku dan sms kawan sematrik untuk jumpa. Mungkin luang masa dengan dia kat sini, memandangkan rumah dia pun dekat dengan tempat aku lepak.

Jujur aku cakap, kerja seorang Houseman (HO) sememangnya sibuk. Dari awal pagi sehingga petang. Jadual yang padat serta kekangan rehat boleh buat mereka stress. Kesian aku tengok kawan aku yang lepak sekali. Tak berhenti telefon dia berdering, panggilan dan Medical Officer (MO) bertugas untuk tanya pasal pesakit dan rawatan yang telah dia beri pada shift dia. Aku doakan dia akan terus sabar dan bertahan sehingga ke titis peluh terakhir dia dalam bekerja. InsyaAllah, jadi doktor yang terbaik wahai Akram Hj Ramli.

Balik sahaja dari Amanjaya, aku gerak ke klinik sekejap. Dan kemudiannya balik rumah. That's how i spend my holiday. Bosan? Sememangnya. Kalau aku tinggal di rumah pun sama sahaja. Bezanya aku jimat dalam perbelanjaan. Tapi cuti juga kena produktif. Walau hakikatnya seperti mana perenggan awal-awal, kerja bertangguh aku pun belum selesai. Kan? Seperti satu tembok besar yang harus dipanjat.

Berceloteh panjang lebar. Hahaha..

There are lots of things that I need to change. Kalau tak boleh buat segera, buat secara perlahan-lahan, sebagai mana aku taip dengan tekun menyusun ayat. Antaranya :

1. Malas. Harus/Wajib rajin tiap masa. Kena buat sesuatu. Tak boleh statik diam. Aku sentiasa bertangguh dalam buat kerja. Maka ini harus ditukar. Ke arah menjadi khalifah yang lebih produktif. Aku mohon ya Allah.

2. Amal ibadah dan dosa. Elakkan munkar dan dekati makruf. Kena kerap hadir majlis, rapat dengan ahli masjid dan kariah. Berzikir dan bertasbih kepada Allah. Kerap baca Al-Quran, walau sehelai. Doa sentiasa dalam hati agar diri berubah. Pohon keampunan pada Allah agar diampunkan dosa, lampau dan kini.

3. Pembahagian masa. Harus lebih efisyen dalam penggunaan masa terluang dengan amal dan perancangan rapi mengenai kerja-kerja yang dilakukan. Tidak bertangguh dalam pekerjaan.

4. Positif dan sabar. Ujian Allah pada hambaNya adalah apabila datang perkara yang tidak diingini, tidak disangka dan musibah. Berdoa pada hati agar sabar. Tidak amarah dan kekal dalam iman. Sentiasa husnuzon pada sesuatu dan tidak su'zon, tidak mengadu domba dan gelak.

5. Hindari riak, ta'jub dan takabur. Syaitan paling suka apabila manusia apabila berbuat kebaikkan, mereka berlagak. Menghakimi orang dan menuduh tanpa usul periksa. Amal yang dibuat hanya akan sia-sia. Moga Allah tidak lekakan kita dengan perasaan ini.

6. Kurang makan dan tidur. Itu adalah punca kepada kemalasan.


*7. Amarah. Sesungguhnya sifat amarah dan stress itu adalah dari syaitan. Maka padamlah ia dengan zikrullah. Tenangkan jiwa dan tidak menunjukkan tanda bahawa kita marah ataupun tertekan. Lemparkan senyuman dan berbicara seikhlas mungkin. Doa dan pohon agar Allah kurniakan kekuatan untuk berubah. Secara istiqamah. 
Berbicara biarlah berfikir dahulu. Diam adalah lebih baik dari berkata-kata yang sia-sia. InsyaAllah. Aku bermohon kepadaMu ya Allah agar dikurniakan kematangan dalam bicara, perbuatan dan berubah ke arah lebih baik. Amin.

Rasanya setakat ini yang aku tulis. Kalau ada penambahan, aku akan cuba baca kembali dalam blog ini. Apa-apa pun aku mahukan perubahan dalam diri. Persediaan mencari redha Allah. Pahala aku terlalu sedikit nak dibandingkan dengan dosa aku yang meninggi, banyak tak terkira. Andai Allah pertunjuk pada aku, aku akan resah gelisah.

Aku tak layak ke syurgaMu, dan aku juga tak sanggup ke nerakaMu ya Allah..
Moga diteruskan peringatan ini, dari hari ke hari. Istiqamah aku dalam amal ya Allah. Amin.

Tuesday, 3 May 2016

Vroooom...

Blank

As blank as it seems, so does my brain from emptiness.

Semalam dengan keinginan tinggi untuk update post baru kat blog, akan tetapi idea itu semakin pudar. Menghilang dari pandangan. Punya tempoh masa luput barang kali. Seharusnya dicatit tiap perkara yang ingin dikata.

Di cerita dengan penuh penghayatan. Seperti mana sang pencerita dengan kisah kisah lagendanya. Seperti mana juga aku. Cuma lenggok gaya dan penyampaian hambar. Seperti mana aku setiap kali ingin parking sisi. Hambar.

Sengaja aku biarkan senyap sunyi dalam rumah ini. Agar lebih fokus. Tak mahu sang penulis leka dan alpa dengan setiap bunyi yang didengarinya. Walaupun sekarang peneman bunyi adalah kipas berkelajuan 3 yang meniup helaian rambut pendek dan panjangku.

Aku cuti hari ini. Hari cuti sahaja masa untuk aku menaip segala apa yang aku mahu. Kebanyakkan dari apa yang aku alami sepanjang seminggu aku kerja/cuti. Kebanyakkan dari masa dibazirkan dengan tidur. Sungguh tiada produktiviti. Norma orang bujang.

Dah lama sangat aku tak naik motor untuk pergi tempat jauh. Setelah aku kemalangan, aku jadi trauma untuk tunggang motor pergi tempat luar dari daerah rumah aku. Mungkin tangan terketar atau flashback kembali semula setiap kali aku pasang niat untuk naik motor dan membayangkan destinasi yang aku pergi itu jauh. Tapi. semalam berbeza. Aku cuba beranikan diri untuk bawa motor sejauh mungkin, walau hanya ke Ipoh.

I feel free. Sudah lama tak merasa angin bahang panas dari terik matahari, embun sejuk pagi setiap kali lalu di kawasan ladang, berhujan dan basah baju meredah hujan. Aku merasai semuanya kembali. Susah payah aku dahulu kerja dengan motor.Berhujan dan berpanas, rosak dan bocor tayar. It's all coming back to me.

Betul orang kata, kesusahan itu adalah pengalaman/memori yang paling berharga, yang dapat engkau simpan sampai bila-bila. Kenang kembali semuanya semalam dengan keberanian aku untuk bawa motor ke tempat lebih jauh.

Aku ada banyak memori bersama motor nie. Dari hari pertama aku pilih motor nie untuk digunakan masa kerja sampai la sekarang duk parking kat luar.

Kemalangan pun dah dua kali, bocor tayar, jatuh dan seret pun kerap sekali. Inilah motor yang aku kerap guna untuk cari rezki. Motor yang mengajar aku setiap makna kehidupan. Walau beroda dua dan tidak segagah mana, ia tetap teman setia. Menunggu tuannya untuk sembuh dahulu, sebelum dirinya dibaiki dan dipulihkan. Melindungi tuannya.

Thanks.. DCE 5933..

See? Idea.. Walaupun dah nampak mengarut sedikit..

Still.. a post from the bottom of my hearts.. I think..