Friday, 26 February 2016

Shorts - 1 Hour Of Sense..

cuba untuk elak menaip, berkarya puitis dengan kata-kata pada malam ini. letih kerna kerja yang sentiasa ada tanpa henti. itulah punca rezqi, tak harus aku mengeluh. jujur aku kadang penat, mungkin badan yang semakin berisi ( hehe.. ) atau aturan waktu tidur yang tak menentu. usaha aku menaip kian gagah apabila aku duduk bersila ditemani lampu pendaflor ( betul ke ejaan nie? ) yang terang menyinar kamar ini.

semakin hampir pada penghujung Februari. banyak benda terjadi di dalam berita mahupun viral di mukabuku. tentang politik yang sentiasa dicanang, hak rakyat dalam menentang pendatang asing, trend remaja muda mudi yang semakin mengarut tak masuk akal. banyak tak terkira. semua sibuk dengan dunia, termasuk aku. sampaikan kita lupa bahawasanya kita di sini tak lama. kita dengan Allah sentiasa kita lupa. Na-Sa-Ha.

mengira detik yang semakin berlalu pergi, dengan aku semakin blur memikirkan apa yang harus aku taipkan. soal semasa? soal diri seharian? sudah banyak kali 'cerpen' diri aku nukilkan tanpa ada rasa jemu suatu ketika dahulu. mungkin itu seharusnya aku fokus. pembacaku tidak ramai. ini jua adalah catatan peribadi aku. biarkan mereka membaca. seharusnya mereka juga tahu yang aku bukan manusia popular, ternama mahupun termahsyur. aku tetap manusia ciptaanNya. aku juga punyai kesilapan, dosa yang menggunung tak mungkin terdaki, dan sisa-sisa amalan yang semakin hakis dek umpatan dan kejian.

menguap.

masa untuk tidur.

Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment