Sunday, 25 December 2016

Golden Weeks..



Hari ini hari Ahad. Hari cuti aku. Setelah penat lelah bekerja ( walaupun sehari jer semalam.. hehe.. ) aku bercuti selama 3 hari mulai hari ini hingga Selasa. Sebenarnya aku dah mula cuti panjang dari hari Selasa minggu lepas lagi. Lepas habis semua kerja di klinik, aku kemas rumah untuk bersiap siaga menyambut ketibaan famili aku. Mereka datang tahun ini untuk melawat anak lelaki bujang mereka yang bekerja di Perak nan permai ini.


Jujurnya aku rasa rumah aku memang tak kemas dan berselerak. Aku dikenali dengan kemalasan aku bila mana masuk hari cuti. Cuti aku pun kadang tak tentu jadi ada hari aku akan kemas betul-betul dan ada harinya aku biar macam tue jer. Boleh nampak kan anak bujang yang tak boleh dibuat calon suami. Haha.. Jadi aku rasa aku dah kemas semampu mungkin. Datanglah mama dan abah dengan adik-adik aku yang kecil masuk ke rumah. Semua jadi cantik dan lebih bersih. Sebab mama sukakan kebersihan dan kekemasan rumah. It's in our DNA. But mine wasn't as good as her. Hahaha..

Dari dua tiga hari lagi aku nak post blog tapi idea takder. Kekontangan idea. Lantas aku taip sembrono sambil menunggu mesin basuh membersihkan baju kotor aku dan menggunakan internet Digi pada hari minggu dengan optimumnya. Bulan ini ada naik turunnya iman. I was planning to go to masjid today. Apa kan daya. Syaitan itu lagi kuat godaannya. Ish ish ish.. harapnya dalam tempoh cuti aku ada ini aku aktif untuk ke surau dan masjid. Mama pun dah pesan dalam cuti nie supaya banyakkan masa berzikir dan tambah amalan. Kiamat dekat, ajal dekat kita tak tahu. 

InsyaAllah ma.

Semalam pesakit tak ramai, aku habiskan masa berbual ilmiah dan spiritual dengan kawan baik aku kat klinik. Banyak kami bincangkan, tentang agama. Tentang ketuhanan kebanyakkannya. Kita ini iman senipis kulit bawang kalau nak dibandingkan dengan iman para ulama. Apatah lagi sahabat. Apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan Rasulullah tercinta. Banyak yang aku dapat simpulkan dari perbualan semalam. Tentang self-reflect. Kesabaran dalam menjalankan tugas dan amalan. Serta sikap judgemental diri yang harus dibuang jauh dalam apa jua perkara. 

1. Aku terlalu mudah side-tract bila nak buat sesuatu perkara. Nak buat tapi lengah dan last sekali terbengkalai. Hahaha.. Jadi aku nak pastikan lepas ini semua benda akan selesai mengikut kemampuan diri. Kemudian aku nak rancang dahulu semua dan target bila akan selesai. 

2. Pengurusan kewangan dan masa adalah perkara yang paling aku lemah. Dalam memanfaatkan masa dalam cuti dan kerja serta ibadah pada Allah. Dahulukan ibadah dalam apa jua perkara hatta kerja. Aku sekarang tiada kes kecemasan jadi tiada alasan untuk tidak memperbanyakkan amal kepada Yang Maha Penyayang. Pembaziran duit juga banyak berlaku sebab aku terlalu berkira walhal sebenarnya duit lebih banyak pada kemahuan. 

3. Be nice to others. Tahun ini merupakan tahun perubahan sikap untuk aku setelah aku dinasihatkan oleh kawan supaya menjaga amarah dan tenang dalam bekerja. Alhamdulillah, semakin lama semakin baik. Aku banyak tengok setiap kelemahan diri dan kekurangan dan cuba sedaya upaya untuk kurang marah pada yang lain. Biarlah diri ini dimarah dimaki diherdik sekali pun. Sebabnya yang rugi mereka. Aku tidak. InsyaAllah. Satu lagi adalah supaya tidak cepat reaksi dengan segera. Tenang dahulu dalam melihat tindak tanduk seseorang sebelum menghukum. Atau tidak terus menghukum. Mencari hikmah dalam setiap kekurangan. 

Sebab siapalah diri ini. Hina diri ini di sisi Allah dengan dosa yang tak terbayang banyaknya.

Sambil aku menaip nie pun aku selesaikan banyak kerja rumah. Baru lepas vacuum habuk dan lantai di rumah. Berpeluh jugak la. Ini kiranya macam resolusi tahun depan ke apa? Hahaha.. taip bukan main lagi panjang. Bila baca balik, dah macam azam tahun baru. Takde masalah kalau nak letakkan azam pada tahun mendatang. Hari-hari lebih baik. Sebab hari ini insyaAllah lebih baik dari semalam. Dan esok lebih baik dari hari ini. Setiap hari dilalui sama ada baik buruknya ada hikmah. You just have to find it.

So, yeah.. Panjang sangat taip pun bukan orang baca. Aku jugak. Diari seorang lelaki. Hahaha.. 

Assalamualaikum..

Thursday, 15 December 2016

Heart Swings.

It's December. Last month of this year. 2016. One step closer 2017. What's your revelation?

Been kinda busy with work and juggle with time for my family in Kelantan. Frequent visit nowdays. Gosh how I really miss my family this past few days, even thou I already back last week. Since I work far away from home, goin' back is the only way I can to fulfill my empty life. Hahaha.. such a drama king. Lots of chores are already done. Spick span ( I guess clean and sparkly? ) now I have bought a vacuum cleaner for easy cleaning. Not that I dislike broom and sweeping but man.. my house is always dusty.

Thursday. I fast today. Hoping that I would maintain my fast until the end of the period. It's been a while for me. And why do I fast? Well, lets just say that someone suggested that I fast today. And she's ( yes.. a girl ) wanted to do too. But my intention is only one. To do lots of good deeds. Just to find His Redha especially. So, I set my 'niat' sincerely towards Allah. In everything. InsyaAllah. She was just a mere small reason. I really wanted to do it.

Been trying to lose weight too. Although I didn't hit on the gym yet, I nearly lost a lot by controlling my food intake. It's pain-staking. But it should be done years ago. I really love to eat. Everytime. So, I gain a lot last month just by goin out and having lots of delicacies to be eaten. The regret comes later. Hahaha.. Some of my friend also suggested I do indoor work outs. But I am too lazy to do it. See there? Procrastinate all the way it is.

Knowing someone in the past few days through BaitulMuslim. She seems kinda nice. Pretty. Ask my mom on her opinion about it. Well, she wanted me to find a wife that works. For me, even if she doesn't work, it's kinda okay. I know she worried a lot about me. My salary wasn't high as others and I really bad in money management. My spending and my savings aren't really tallied. She concerned that I might not be able to sustained my family if I was the only one working. Plus, nowadays our country's economic and growth wasn't good as it should be. Price hike and taxes including GST really does a lot to the people. Especially us.

I know the concern. I just know her for about 3-4 days. Let us see what happen next. Taaruf isn't short. It's really a long process of knowing someone. I've been doing this a lot. And most of it wasn't really have a good ending. Maybe this one too. Who knows? I just keep chill and carry on my life. Mom and me also got someone in mind. I said to her that I would think for a while before making decision. I'm 26, so I'm not rushing to find one. But if He wanted, why wouldn't I? It is His fate after all.


So I have 2 people that I taaruf for now. Which one is the one that will accompanied me for the rest of my life? I guess I let time to tell it. And His working. After all the effort that I done, I should istiqamah and rely all the decision to Him. Kinda nervous to know. Both of them said that if I found someone that really suits me, please do tell. They don't want to be burden by it. Let alone fighting for me. That's why for now I'm just being a friend that always there to help. If needed. 


InsyaAllah. Hope that it turn to be a good one. Amin.

Thanks for reading this piece of mind sharing experiences. Pray me.   

Monday, 14 November 2016

Bulan Menangis Lagi...

bila aku tengok balik semua gambar lama dalam Facebook, ternyata aku amat merindui saat belajar di kolej dulu.

kenapa? sebab dalam susah payah bergelut dengan masa dan tugasan, aku masih ada masa untuk digunakan bersama kawan-kawan. tambah dalam dua tiga hari ini agak muram. mungkin sebab bulan penuh? mungkin. atau aku dah semakin tua, semakin menganjak usia. sebab satu hari diluang masa berada di rumah tanpa keluar. mungkin.

bukan sedih atau pilu tapi terkadang rasa diri sunyi sepi bila mana balik ke rumah. di saat rakan sekerja lain yang penat dan letih seharian bekerja, kembali ke rumah boleh meluahkan rasa penat dan berbicara, aku kembali ke rumah bertemu sahabat sejati, tilam empuk yang akan aku baring sehingga esok. tidak kira hari apa. cuti atau kerja, semuanya sama..

aku semakin menganjak usia. 26 pada November dan 27 pada Januari tahun hadapan. sekelip mata masa berlalu dengan senyap. setiap saat aku rugi bila ia dihabiskan, dibazirkan tanpa ada manfaat. masa diberi Allah aku habisi dengan sia-sia. ditambah dosa dan pahala yang sudah tentu pemberatnya beralih ke kiri. kerna diri ini sentiasa leka. alpa.

satu persatu gambar aku lihat dari aku muda hingga sekarang. keluarga semakin bertambah dan ibu bapa semakin meningkat usia. adik-beradik semakin matang berbicara. rindu usah dikata bukan kepalang. hanya mesej di telefon dan komen di Facebook peneman, hilai ketawa pengubat lara. aku bekerja. mereka masih belajar. kita semua masih belajar. untuk mengenal dan memikul tanggungjawab dunia dan akhirah.

hanya blog yang setia menjadi penyinar tatkala aku senyap. diam dan berfikir panjang mengenai berbagai perkara. dunia dan akhirah. dosa dan pahala. diri ini sentiasa bergelut seharian. bukan istiqamah dalam amalan dan bukan juga penentang kepada munkar. tiap kali bertukar. kadang baik kadang jahat. sebati dalam diri dan cuba masing masing untuk berada di dalam diri. nafsu dan iman naik turun. hanya diri memahami.

usah bicara soal hati kerana diri belum yakin pasti lagi. biar masa dan pengalaman mengajar diri. biar menderita sekarang memahami ketentuan Ilahi. agar perlahan mula kenal diri dan erti kehidupan ini. soal hati itu ketentuanNya. mati juga di tanganNya. cinta itu abstrak, sebelah pihak, tidak mengerti, halusinasi mata akan kecantikan harfiah dari kelembutan iman. sama sekali tidak sama.

andai aku muram bukan kerna salahmu. bukan jua dosamu. tetapi dosaku. dalam menghargai nikmat Allah aku sendiri kadang hanyut. aibku tersemat kunci di dalam diri. masa lampau hitam penuh bintik dosa. mulut dan badan sentiasa berdusta. doakan sentiasa dalam tiap lembaran baru. agar detik hati itu untuk terus mencari Yang Satu. setiap lembaran baru. setiap ungkapan baru.

10, 100 malah 1000 pun belum tentu mampu aku huraikan. yang pasti ini satu ilham dari hati dan minda. dari apa aku alami pada detik ini. waktu malam disinari bulan penuh menyinar. terang lagi cerah, membawa berjuta makna. berjuta peristiwa yang berlaku sehingga ke hari ini. menjadi satu sejarah hidup tentang diri yang sedih ini. ketika ini. muram dan pedih.

agar menjadi satu lagi memori selain dari gambar dan kata-kata manis. nostalgia anak muda watan berdarah Melayu, beragama yang satu. moga jadi iktibar tika mana bergelut lagi.

Allah masih di sisi.

Wednesday, 9 November 2016

Leter Orang Malas

It's really tiring this week. Kerja straight 3 hari 12 jam dengan bagi talk hari ini. Not to mention rumah dan depan rumah yang kotor. Balik je keje terbaring kat katil sambil buka phone, skrol FB, Twitter. And then fall asleep.

To wake up again at 4.30 am untuk solah Isya'. The circle continue. Everyday diri struggling untuk cuba kekal tenang dan lancar dalam semua kerja, even though work always pile up. Aku ambil peluang siapkan satu persatu. One thing at a time.

Money management was really poor this month. Banyak spending mengarut. Hajat nak simpan bak angan-angan Mat Jenin. Hanya bermimpi. Tiada effort dan endurance untuk kekal berjimat dalam waktu terdesak. Somethings need to be done.

I gain weight after finishing my antibiotics. I'm not proud of it. Really have regular stomach ache and my digestion isn't as normal as before. Mungkin sebab kerja juga. Waktu kerja dan makan selalu off. So I bite my own tongue too after advising others. Haish...

Esok Khamis. Harap ada perubahan yang dapat aku buat. In all sorts of things. Sebab esok aku cuti. Didn't want my time to be wasted. I hope.

Thursday, 3 November 2016

Minyak Naik, Naik Minyak.

Sekian sahaja dari saya, Pemberita Cilik.
Gee.. I'm really gettin' use of typing one post per month huh? I guess.

Assalamualaikum. Good morning! Awake and already done my solah. Pepagi lagi buka telefon tengok update kat FB dan lain-lain media sosial. Produktif sangat. Heh. Bangun agak awal hari ini untuk sahur dan bersiap untuk kerja, walaupun masuk kerja pukul 10.00 pagi. Hey, early bird gets the earliest worm right? Ayat aku nak sedapkan hati.

Hari ini kena kemas sikit memandangkan khabar-khabar berita yang HOD aku akan datang ke daerah aku untuk buat pemantauan. Silakan, there's nothing to hide. More or less, i hope that she will know more about the problems and figure out a plan to solve, rather than babbling all the way. Kritikan itu membina, akan tetapi leteran berterusan dengan rasa tidak puas hati, well that's kinda personal. Never, I mean never involves private life with works.

This is my 4th day of having tonsitilitis and lucky for me, semakin sembuh. Tiada lagi serak sakit tekak untuk menelan mahupun kahak yang banyak pada tonsil. Aku jujur katakan sebagai perawat yang bagi nasihat kat orang, aku sendiri kurang ikut apa yang aku pesan. But on the bright side, i've already experience what others are having so let's just say I'm in their boots knowing what happens. The pain and agony especially mereka yang mengalami jangkitan tonsil bukan benda main-main. They literally said like having shortness of breath. Aku baru faham macam mana rasanya. It wasn't a joke.

Today is 3rd November. 1 November yang lepas berlakunya kenaikkan harga minyak. Harga minyak naik 15 sen seliter, peningkatan tertinggi setakat ini. Minyak masak juga dihapuskan subsidi di mana minyak sekilo naik hampir sekali ganda. Aku sebagai bujang terasa dari sudut minyak kereta dan motor sebab aku banyak guna untuk pergi kerja. Untuk minyak masak pulak aku bersimpati kepada mereka peniaga kedai makan dan keluarga berpendapatan rendah.

I mean come on goverment. Takder cara lain ke nak kurangkan beban rakyat dari menambahkan beban rakyat? Belanjawan baru-baru nie pun aku tengok sekali lalu. And don't start me on that. Lots of cut off on important expenses. Yang kena teruknya KKM la. Hampir separuh. Aku tak pasti masa depan negara aku macam mana. Dengan korupsi yang teruk dengan kepimpinan yang lemah, tunggu masa rakyat bangkit menentang jer.

Ketelusan? Jujur dan amanah? Hanya sekadar ayat buku teks sekolah. Look around you. Siapa yang berduit dialah yang berkuasa. Sampai satu ketika hilanglah moral dan etika dalam kerja. Jenayah berleluasa dan kadar kemampuan sara diri keluarga semakin kritikal kerana kenaikkan harga barang yang akan berlaku setelah naiknya harga minyak, both minyak masak dan petrol/diesel. Aku bukan pakar ekonomi, bukan juga penyokong mahupun pembangkang. Cuma mahu mereka yang memimpin ini lihat dengan hati.

Nilai sendiri collateral damage yang telah mereka lakukan ke atas negara yang aku sayang ini. Jangan sampai rakyat menjadi hamba di negara sendiri.

Aku mungkin diam, tapi diam aku berisi. Sampai satu masa rakyat akan bangkit menentang. Yang dizalimi akan bertindak. Penzalim akan dihukum. Tika itu kamu lihatlah moral dan etika. Adakah ada belas kasihan mereka yang menentang? Tidak. Kerana kamu sendiri telah menghilangkan bekas-bekas simpati mereka.

Hanya menunggu masa.

Detik demi detik.

Memang dari sudut hati betul ni. Heh, harap negara akan bangkit. Pada masa yang sama bangkit juga semangat cinta Islam. Agama yang aku sayang dan anuti. Agar kembali tika masa keduniaan ini hanya satu persembahan. Satu ladang semaian amalan untuk kembali ke akhirah.

Negara yang kembali kepada fitrah di mana segalanya menurut agama. Menghormati yang lain serta menjaga setiap amalan, setiap perancangan dan setiap kewangan menurut sudut Islam. Suci dan bersih dari syubhah, dari kekotoran. Dari penyelewengan. Kepimpinan yang adil dan saksama dalam menghukum. Serta meletakkan keputusan pada yang benar. Dan menghapuskan yang batil.

Perlahan-lahan diri ini pun sama bangkit. Untuk menentang penjajahan syaitan yang sekian lama berada dalam diri. Agar nur Islam cerah pada hati-hati mereka yang mencari. Amin.

Sekian. Fin.

Friday, 14 October 2016

He Is With Me...

Assalamualaikum. Apa khabar? Harap sihat semuanya. Moga dalam rahmat Allah.

A week full of surprises, i supposed. Satu minggu yang ada naik turunnya. Hari ini adalah hari yang bagi aku kurang enak, disebabkan beberapa perkara. Jangan risau, bukannya teruk. Tapi dari aspek pandangan diri aku, mungkin ya. Sebab aku cuba untuk jadi lebih baik, malangnya hari ini bukanlah seperti hari-hari biasa yang aku dapat tempuhi. Ampuni hambaMu ya Allah.

Jangan kau bolak balik hati ini setelah Kau permudahkan jalan menuju rahmatMu. Tidak lekang sama sekali istighfar hamba hina ini untuk hapuskan titik dosa yang telah dibuat. Ampuni aku.

I push myself for this 5 days, well 4 days to be exact. Berpuasa untuk 3 hari dari Isnin sehingga Rabu. Sempena Hari Asyura dan puasa sunat. Tipu kalau aku tak cakap penat menahan lapar dahaga serta lain-lain. Surprisingly I managed to do 3 days. Can you believed that? Alhamdulillah atas segala usaha yang telah aku lakukan. Makan pun teratur sikit. Siapa kata diri tak boleh kerah untuk jadi lebih baik? Sesungguhnya jalan kebaikan itu penuh duri dan liku.

And I managed to taste it. The Imaan.

Pengalaman baru bila kita semakin banyak beribadah dan ikhlaskan diri kepada Allah. Allah akan tolong. Akan tetapi apabila kita lakukan walau satu dosa, walau sekecil zarah sekalipun, Allah juga akan membalasnya. That's happened. Although not physically but mentally, I feel emptied. The urge to do bad things is strong but so does your Imaan telling you to hold it stronger. Jujur aku lemah hari ini.

Doing good deeds changes your perspective on life itself. Especially when you have a really strong connection towards Him. Yang Maha Melihat. Benar, setiap zikir dan tasbih yang kau sebut tatkala di mana jua akan menenangkan jiwa, membuatkan kau menaakul dan berfikir lebih matang. Menyedari setiap pemberian Allah sama ada kekurangan dan kelebihan adalah sementara di dunia. Amal dan dosalah yang akan menjadi aset penting pada hari akhirah. Bila mana kau bersedia dengan kematian.
Cukupkah amal kamu? bak kata ibunda tercinta.

Aku rasa puasa adalah amalan yang bagus untuk rohani dan jasmani. Ia mengisi masa lapang kau yang banyak setelah berpuasa dengan rehat dan berzikir di samping muhasabah diri sentiasa. Kau akan lebih mengenal Allah, mengenal potensi diri dan naik turun iman. Jelas sekali kau akan jadi lebih baik dari biasa sebab menjaga setiap deria diri agar terjaga dan terhindar dari dosa. Banyak sebenarnya. Kalau aku taip pun rasa panjang nanti.

And it all starts with a simple, honest intention of wanting to fast.

Itu belum cerita tentang sedeqah but that will be explained in the next post. In the meantime, please pray for my Imaan. Doakan kekuatan iman tidak padam saat diri telah berdosa. Kerana penyesalan dan pengharapan itu kembali semula pada Allah.

Dia yang Maha Mengetahui, Maha Melihat segala apa yang dilakukan hambanya.|

Thanks for reading...

Sunday, 9 October 2016

1 Month Hiatus...

Aku biarkan kosong bahagian 'title' sebab aku tak tahu nak taip apa. Memandangkan sebulan aku tak menaip dengan rajin, klik kat 'new post' dan inilah hasilnya. Kosong. Hahaha.. nak kongsi apa aku pun tak tahu. Sebulan lebih tak kemas kini blog. Bila nak menaip malas bukan main. Tapi kalau tak taip maka tak ada la 'post' untuk bulan nie. Nak atau tak.. paksa diri untuk taip.

Mungkin lama-kelamaan idea itu hadir dengan sendiri.

Semalam merupakan Hari Sukan Negara yang dibuat di setiap sekolah dan negara. Satu hari penuh dengan aktiviti sukan seperti senam aerobik, larian serta aktiviti lasak yang lain. Aku pulak duduk hampir setengah hari di rumah macam sekarang, tengok video dan post di FB dan Youtube. 'Sihat' sangat aktivitinya. Dalam tengah hari aku lepak dengan kawan cuba Mee Tarik kat Mydin Amanjaya. Ok la. Nak mencuba boleh la.

Sepinggan mee basah dan air dalam RM 15.00. Restoran. Harga biasa kalau dah makan kedai yang memang terkenal.

Dalam sebulan juga aku jumpa dengan bakal tulang rusuk kiri aku. Mama aturkan perjumpaan dengan dia dan adik-adiknya. Makan kat Aeon Kota Bharu. Alhamdulillah. Berjalan dengan lancar. Tentang perkahwinan, aku dan dia dah bincang. Kami taknak terlalu terburu-buru.

Cuba untuk tetapkan masa dalam tempoh 2 tahun untuk simpan duit dan rancang kahwin. Jadi, bermulalah sesi penyimpanan bagi pemuda berjanggut ini. Kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukan. Mungkin ajal tiba dulu. Siapa tahu. Mungkin dia bukan jodoh aku. Aku doakan sentiasa agar inilah yang menjadi penyeri hidup aku. Perkenankanlah ya Allah. =)

Kerja ok setakat ini. Penat tue biasalah. Alhamdulillah, dengan lancarnya kerja aku. Bulan nie juga aku banyak habiskan duit bayar saman dan cukai jalan beserta insurans. Banyak habiskan duit. Cuba nak simpan tapi nampak gayanya bulan nie tak la. Menunggu la diri ini sampai 20 Oktober baru boleh simpan. Doa-doakan. Perlahan lahan simpan.

Ramai kawan-kawan aku yang kahwin dan bertunang dalam masa terdekat ini. Baru-baru nie jugak aku pergi majlis kahwin kawan matrik aku kat Manjoi. Alhamdulillah selesai dia akad nikah dan majlis resepsinya. Besar juga majlisnya. Mungkin aku pun nak buat majlis macam nie. Tapi tak la mewah. Sederhana.

Baru-baru nie mak aku hantar iklan kat Whatsapp. Kahwin ramai-ramai. RM 2,500. Terkedu kejap. Hehehe.. Tanya si dia. Sama terkedu.

Mudah-mudahan Allah permudahkan diri dan si dia. InsyaAllah. 

Wednesday, 7 September 2016

I'm Getting Sloppy..

It's too tiring...

Ini dari apa yang aku rasa selama 2 minggu nie. More or less. Cuti memang betul-betul diguna sehabis baik. Begitu juga dengan duit. Haish.

Dua kawan aku datang melawat aku sini. Sorang kawan masa kolej. Belajar sekali, keluar jalan pun sama. Aku dah anggap dia macam abang aku dah. Mai nak melawat. So, hari cuti aku lepas 31 Ogos terisi dengan berjalan-jalan di merata tempat. Sambil-sambil sembang hal kerja, hal kawan dan belajar pelbagai perkara. Penat? Of course but it's worth it.

Then dia balik around Friday kalau tak salah aku.. Lepas tue member sekampung aku dari Lumut datang bawak barang dari sana. Dia habis kontrak kerja kat sana dan balik untuk cari kerja tempat lain. Kire rehat sebentar kat kampung untuk release stress. Banyak tempat gak aku jalan dengan dia. And as well penat tetapi banyak benda baru dapat aku buat.

Off kejap music kat phone. Serabut. Hahaha..

So today supposedly aku masuk kerja dalam pukul 12.00 tengah hari. And I will. Rumah pun sejujurnya aku tak bersih lagi. And still got around 3 hours until i punched-in. Kereta sememangnya tak sempat aku nak hantar ke bengkel untuk check bunyi pelik kat enjin. Maybe today, who knows. Check apa-apa yang patut sebab Sabtu nie nak balik dengan kereta. Sebab nak hantar balik bengkel repair air-cond, cari balik sebab apa air cond tak jadi.

Well, more money to spend.

Member sekampung aku kata sememangnya spending aku kat makan memang banyak. And now I gain more weight than ever. Bila la diri nie nak kurus. Effort langsung xder. So, should I reconsider jog again balik kampung ini? Definitely. There's no doubt about that. Sebab masa pergi kat Taman Rimba Kledang Saiong semalam memang pancit. Walaupun cuma untuk mandi kat sungai. Pfft..

There are lots of things that needed to settle.

1. Toto hantar kat kedai, supposedly kata siap by Thursday. Ingat nak pergi tanya hari ini sama ada siap atau tidak. Nak bawa balik kampung nanti ( padahal kalau difikirkan balik boleh jer cuci kat kampung. Again.. nak buat macam mana.. Sesal jelah. )
2. Durian oh durian. Baru teringat mak nak durian. Beli dalam 4-5 biji nanti on the way balik. Mungkin hari nie beli. Who knows?
3. Kemas beg baju dan barang member. Whole bunch of his items and belongings were enough to fit in my back trunk. Aku harap takder yang tertinggal. InsyaAllah.

And somethings that always needed to be reminded.

1. Solat. Solat dan solat.. Jangan lalai Iqbal. Macam mana nak dapat hidup tenteram kalau diri tak jaga solat? Jangan lewatkan solat.
2. Pemakanan dan spending. Strictkan. Dalam 6 hari kawan datang nie dah over-spending and over-eating sebenarnya. Need to be noted.
3. Kesihatan diri. Now that you are a Snorlax, you should consider some exercise to burn the calories OR stop eat much. 


Overall, life was hectic even on holidays. Aku tak salahkan kawan yang datang. Aku jujur akui banyak benar kekurangan sepanjang diorang datang. InsyaAllah akan memperbaiki dari masa ke semasa dari sudut tempat rehat dan kawasan yang ingin dilawati.

Self-reminding me about sins and deeds. Banyak buat dosa dari pahala. Banyak kritik dan sebar fitnah dari mencari kebenaran. Please, Do some minimal good deeds and shush when irritated. Don't frequently finding weakness. Instead find own weakness and see people in different perspectives. Don't rush on conclusions. Don't be fool by ones weakness or lackness. He might ends up more respectful than you thinked.

Dalam 2 minggu nie aje ada 3 weddings yang aku tak dapat hadir atau pergi. Sooo sorry guys. Lots of commitment dalam bulan ini. I know after this, kalau yang tak dapat hadir majlis aku pun, aku tak marah. But barakallah for them and their spouses. Moga kekal hingga ke jannah.

Alrite. The smile on my faces really brighten as I finish mumbling around in this post. After a long time not to be able to post, finally I posted. Kalau tak, kekal dalam draft, berhabuk dan berdebu. Hahaha..

Assalamualaikum. May Allah ease us in everything we done, may He forgave our dreadful sins..

Peace be upon you whom read.

Sunday, 21 August 2016

Sabtu Sengguk : Motivasi Diri Di Malam Hari..

'The effort is real. You put your heart into it. Your passion is overwhelming. The need is strong. But always poor on deliver. And easily satisfying the need. And you crave again.'

Assalamualaikum. Selamat malam para pembaca. Di saat anda membaca post ini, saya sebenarnya rabak mata menaip di waktu malam. Menunggu tengah malam agar dapat direhatkan badan dan minda untuk bekerja esok. Namun, dek kerana idea dan perkara yang ingin dikongsikan.. maka hasrat rehat itu ditangguh sekejap hingga post selesai. Barulah tidur dengan amanjaya.. eh, dengan aman. 


2 minggu yer? Hectic betul dua minggu kerja. Menggantikan member yang tengah menduduki exam. Dalam pada masa yang sama manage diri yang sememangnya tidak terurus, dengan pelbagai masalah dan kekalutan. Namun semua dapat diselesaikan. Alhamdulillah syukur pada Allah yang telah beri peluang untuk aku menaip tentang apa berlaku sepanjang waktu aku kerja.

Bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan dan bulan Olimpik yang dianjurkan di Rio, Brazil. Banyak berita menarik dan kurang menarik yang dapat aku tahu dari media massa dan juga Facebook. Dalam bulan ini juga banyak OT yang aku dah buat. Syukur ya Allah. Penat semestinya tapi aku dah boleh sedikit sebanyak manage stress kerja. Mana-mana kerja pun stress.. It's up to us to manage it wisely. Acewah.


Spending my time reading my so-called diary. Catatan nota kecil yang aku isi dalam buku. Ada banyak buku yang aku tulis. Each and every single book ada aku tulis pasal benda yang berlaku seharian. Mostly aku tak privatekan sangat soal perkara tue, memandangkan setiap bahan aku taip ada kebarangkalian yang ia akan dibaca kembali, sama ada mereka dapat atau tidak. Personally aku jarang masukkan emosi. Aku lebih kepada memerhati dan mencatat.

Nilai sesuatu perkara? Anda tentukan. Allah beri kita akal untuk membezakan baik buruk.

So, in that book aku banyak cerita pasal kerja, pasal staf dan pesakit. Apa yang berlaku. Kadang buat aku gelak, kadang sedih. Itu belum dikira moment gambar yang stored dalam Facebook. Dari gambar aku semasa kolej sampai sekarang. Masa kemalangan dan masa dikecewakan. Allah tahu betapa banyak benda aku tempuhi sepanjang perjalanan. Semuanya aku atasi dengan berkat Allah, kasih sayang Allah dan kedua ibu bapa aku.


Oh, I haved shaved. Serabai pulak tengok misai dan juga jambang. Janggut masih maintain. Rambut pun makin kerap gugur. Semakin hari semakin tua. Masa kerja pulak, divided antara emosi dan akal fikiran. Logik akal lebih mengatasi emosi kalau kerja tapi kadang kala emosi over-throw logik dan nurani. Pesakit banyak sakit dan banyak ragam. Dan aku sejak dari zaman sekolah, adalah seorang pendengar setia, bukan penyelesai masalah.

Paling utama dalam tahun ini aku mula pandang masalah dan sikap manusia sebagai satu rahmat dari Allah. Why? Sebab sikap manusia dan juga masalah adalah satu cara Allah nak ketuk hati kita yang sememangnya jahil dan hina ini untuk mengetahui bahawa ada penyelesaian bagi setiap perkara jika penyerahan diri kita hanya kepada Allah. Sikap dan sejarah gelap sisi manusia itu pun adalah kurniaan Allah. Aib mereka jika kita pelihara.. maka Allah akan jaga aib kita sentiasa.

Jangan cepat melatah. Itu pesan 'in-charged' aku tiap kali berhadapan dengan masalah dan kesulitan. Cari alternatif dan ambil peluang untuk memperbaiki keadaan dengan sebaiknya. Manfaatkan segala kesulitan yang ada agar yang dapat pada kita adalah ketenangan dalam menyelesaikan setiap masalah. Deep aku nak explain tapi lebih kurang macam nie la yang aku faham.

Lots of thinkin for the past 2 weeks too. Sama ada time kerja, atas tilam baring kepenatan. Dari hari paling lapang kerja hingga hari paling sibuk kerja, sampaikan tangan kanan aku krem, telinga aku sakit dan badan rasa penat. Tapi Allah itu Maha Mengetahui. Singkap semua kemudahan bagi hambaNya yang penat. Dipermudahkan segala urusan. Biarpun hati dan jiwa ini tahu aku belum betul-betul beribadah dengan ikhlas hati kepadaNya.

Memikirkan soal dunia yang aku rasa terlalu singkat dan akhirat yang semakin hari semakin mendekat. Konon hati tidak mahu dirantai dengan dunia tapi terangan merasakan keindahan syurga itu khayalan semata-semata. Sedangkan janji Allah itu pasti. Syurga tersergam indah bagi mereka yang sabar dan taat dalam menunaikan ibadah. Jahanam itu selalu menantikan sang fasik dan kafir yang Allah istidrajkan mereka dengan kemewahan dunia. Aku berada di tengah-tengah.

Setiap kali aku blog, aku rasa tenang. Seperti ia adalah kesedaranku yang ingin sekali membawa diri menghadap Allah dengan ketenangan. Namun pastinya jalan itu bukan mudah. Kerana dunia itu Allah cipta untuk menduga manusia. Hanyut jauh dalam kemewahan, gelojak nafsu syahwat dan pangkat sampaikan Islam dan Allah tidak lagi semat selalu di hati. Aku dan Allah tahu betapa banyak dosa yang dilakukan sehingga kini.

Berapa banyak kali aku memohon keampunan dan sentiasanya akan tersungkur dengan fatamorgana dunia. Maka blog adalah satu cara untuk aku cuba fahami diri dengan setiap luahan perasaan agar aku lebih faham tentang tujuan manusia itu diciptakan. Aku dambakan syurga. Aku sayang Allah dan Rasulullah. Aku sayang Al-Quran. Aku sayang ibu bapa dan keluargaku. Maka dengan itu, perlahan diri ini bangkit dari tersungkur untuk membaca tiap doa dan semangat di dalam blog.

Agar kekal kuat dalam perjuangan. Amin.

Lari topik dah nie. Haha.. InsyaAllah. Ini perkara yang sentiasa aku tekankan dalam blog. Agar lebih komited dalam segala usaha. Belum dikira target yang dicadangkan sampai ke sudah tak menjadi.

Moga lebih kuat dan lebih efisyen dalam pengurusan masa dan diri. InsyaAllah. Nanti sambung tentang pengurusan masa. Sembang nanti.

Assalamualaikum.

Thursday, 11 August 2016

Lalala.. Hari-Hari Kerja..

Spending most of my days here at the clinic, I take this opportunity to type down what's happening in past few days. And now I'm blurred. Hahaha..

Assalamualaikum dear readers. Apa khabar? Moga hidup diberkati, kesihatan sentiasa dijaga and as always, do good deeds. Even though everyday you face with hardship and temptation of all sorts. Me? Alhamdulillah masih bernafas dan diberi kesempatan Allah untuk menaip post ini. Stay kat klinik untuk sementara, teman staf. Anyhow, my weeks was hectic with works. Yours?

Beban kerja semakin bertambah dengan kadar kenaikkan pendaftaran pesakit kat klinik. Which is great in statistic but rabak mata dan jiwa dari sudut man power. Kerja 12 jam pada satu satu tempoh boleh buat badan terasa bebanannya. I mean dengan kekurangan tidur dan rehat serta mentaliti yang semakin tumpul, boleh jadi kualiti kerja juga semakin kurang.

Sometimes I think the best way to solve this problem is through discussion and brainstorming. That's why leader is needed. But I guessing tak semua ketua yang benar benar memahami anak buah. Ketua yang memahami ialah ketua yang tahu masalah dari akar umbinya bukan sekadar memalitkan kesalahan pada orang lain. That's my opinion. InsyaAllah, akan ada penambah baikan jika perkara ini diambil berat.

Kerja sememangnya penat. Walau apa-apa kerja sekalipun, hatta yang menggunakan minda atau pemikiran. It use more energy and power to solve things rather than do things. Mengira kebarangkalian misdiagnosis, salah beri ubat atau salah pesakit, risiko itu tetap ada. Jadi bila kualiti kerja kurang, rasanya risiko perkara ini terjadi adalah sangat tinggi. Hopefully bila ada penyelesaian bagi perkara ini, kerja akan jadi lebih senang dan lancar. |

All of the points that I made out here is because I've been discussing with my in-charged about certain things that should be clear. Terkadang fikir juga staf yang letih dan penat dengan beban kerja banyak. Bila mana kita mencadangkan kerja lebih masa, ada sahaja mereka cuba untuk membangkang. Padahal dari sudut positifnya ia dapat melancarkan sesuatu prosidur.

Dan jangan dicakap pula tentang soal sikap. Sebab tak semua orang atau individu sikapnya sama. Itu hal lain pula yang harus dibincangkan secara panjang lebar. Realitinya staf dan kerja tidak dapat dipisahkan. Yang mengukuh dan menguatkan staf itu adalah hubungan baik antara staf sendiri. Tiada kompromi dan saling bekerja sama antara satu dan lain. Bukan sekadar mendengar tapi tidak hadam.

Fuh, ilmiah lak aku hari nie. Hahaha..

Kesimpulannya.. persekitaran yang baik serta komitmen dan ambil tahu (cakna) antara staf dan ketua adalah penting dalam membantu melancarkan segala program, kerja dan bebanan. Sikap toleransi antara kita seharusnya diamalkan dan diperbaiki dari semasa ke semasa agar mutu kerja berkualiti.

Sekian.

Hahaha.. = D

Saturday, 6 August 2016

Menunggu Detik Cinta..

Bismillahi rahmani rahim..

I steal some time today to spend most of it here. For my new post. Sudah masuk bulan Ogos dan Zulkaedah. Lots of things happen and I don't know where to begin.

1st thing is about my perspective on love and the commitment on finding the one. Balik je dari kampung aku cerita kat mama pasal sahabat mak saudara aku, junior dia masa kerja yang telah kehilangan ibu dan ayah. Mama baru tahu dan ambil keputusan untuk melawat dia nanti bila dia balik kampung.

Aku yang kebetulan ada kat sana menceritakan perihal jodoh dan komitmen. Tidak dipaksa diri ini sama sekali untuk menerima tapi aku cakap, berikan masa. Berkawan dan kenal rapat gadis yang telah mak aku lihat sendiri, bersembang. Beliau berkenan sangatlah kalau gadis ini dijadikan sebagai suri penyeri rumah tanggaku. Hahaha..

Aku? Allah sahaja tahu. Bukan menidak dan bukan juga mengiyakan. Sebab selalunya aku yang cerita kat mama pasal gadis-gadis yang aku berkawan. Kali ini mama pula bercerita gadis yang dia berkenan. Tiada dilema diri ini cuma aku menung seketika. Allah telah beri jalan untukku dan aku harus memberi kata putus.

InsyaAllah. Pupuk diri ini untuk menerima jodoh pemberian Allah. Dalam pada masa yang sama berkawan dengan yang lain. Bukan hanya fokus pada seorang. Kerana komitmen dan rasa kasih sayang itu tidak harus dipaksa. Biarkan ia hadir sendiri tatkala diri benar-benar Allah katakan, anta bersedia. Anta menerima suri hidup untuk dunia dan akhirah.

Sama-sama dalam mencari redha Allah di samping memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri.
Sebab diri ini juga sudah tak terurus. Hehehe.. Tapi bukan dalam masa terdekat. Tidak sekarang. Biar hati itu berdetik sendiri oleh ketentuan Allah. Hanya Allah yang mampu menentukan jodoh pertemuan dan cinta itu sendiri.

Kerana Allah sendiri tahu hambaNya belum cukup cinta padaNya..

Amin Ya Allah. 

Friday, 22 July 2016

Friday For Forgiveness - Minggu CME..

Bismillahi rahmani rahim...

Betapa banyak peluangnya aku nak update blog nie. Begitu banyak benda nak dikongsi. Kalau boleh setiap hari nak ber'blog'. Apa kan daya diri ini suka sibukkan diri dengan benda lain. Hingga luahan tak terluah. Perkara nak beritahu pun terpaksa ditangguh. Susunan flow blog pun dah jadi tunggang langgang. Hahaha..

Not an encoragement week for me as I have 4 days full of CME. Duduk mendengar dan kadang kala terlelap mendengar ceramah perubatan dari doktor dan ahli farmasi. Tajuk yang agak berat bagi semua CME yang aku pergi. Isnin dan selasa tentang pengurusan kesihatan bagi kanak-kanak bawah 5 tahun. Hari Rabu tentang Keselamatan Ubat Ubatan dan Khamis tentang update CDC. Semua ilmiah dan penuh manfaat.


Hari nie je aku cuti. Esok lusa kena kerja untuk 12 jam. Dah seminggu lebih la tak mengadap pesakit. Kini Sabtu dan Ahad baru beraksi. Ceh. Hasrat aku nak berpuasa pun longlai bila tiap kali kursus ada makanan terhidang. Mana boleh lawan bai. Membazir la nanti kalau tak makan. Penat je diorang uruskan makanan. Alhamdulillah semua tak dibazirkan. Dan syukur alhamdulillah juga berat semakin naik. Haish.

Just in one week many things happen. Kudeta dengan rampasan kuasa di Turki, yang akhirnya berjaya dipatahkan. Samar-samar sekali perkara yang berlaku disebalik rampasan kuasa tersebut. Kena cari sumber yang sahih tentangnya. Serangan kapak oleh manusia di Nice, Perancis ( benda tue minggu lepas lagi but aku masukkan untuk reminder ). Dan banyak lagi. Nie aku namakan sebahagian yang aku take note.

1. Kematian misteri ibu dan dua orang anak di Sarawak.
2. Skandal 1MDB semakin parah dengan pihak US mendakwa duit digunakan untuk perjudian oleh FBI.
3. Kadar kenaikan tambang dan tiket kepada 150% kepada pengguna kenderaan awam di Kuala Lumpur.
4. Serangan tanpa henti oleh tentera di Palestine dan Syria. Pembunuhan dan pembakaran masjid etnik Rohingnya di Myanmar.

Banyak kali kalau nak dikira. Kalau cakna dengan berita dari sumber sahih sambil berfikir sejenak. Dunia ini semakin tenat. Sebagai mana apa yang aku post di Facebook, ia menjadi wadah kepada akhbar namun adakah ia benar tersentuh di hati kita manusia?

Tak ramai yang Allah beri kesempatan untuk berfikir dengan mendalam sejenak tentang apa yang berlaku di sekeliling sambil menilai amalan harian dan pada masa yang sama takut akan Qiamat yang bakal tiba tak lama.Seingat dulu masa kecil aku amat-amat takut apabila Ustaz dan Ustazah bercerita tentang seksaan kubur dan neraka Jahannam yang di dalamnya banyak golongan fasik dari umat akhir zaman.

Sekarang sekelumit hati itu merasa namun jelas sekali kesibukkan dunia mematikan hati dari mengingati apa yang diperingatkan sentiasa oleh Allah dan RasulNya. Kejadiaan yang berlaku ini semua adalah perancanganNya. Bersediakah kita untuk mati dalam iman? Cukupkah usaha kita beramal dalam mencari redhaNya atau sering kali kita tersadung dek batu-batu khayalan yang melambatkan kita berdiri untuk lari dari fatamorgana dunia.

Jelas sekali dunia ini pentas untuk kita. Agar yang kekal dalam iman dan tawakal mencariNya mati lebih awal dalam pentas itu. Maka pelakon lain yang lalai dan leka dengan pementasan itu akan mati akhirnya dalam keadaan mereka yang alpa dari akhirat. Jangan kau lekakan aku ya Allah.

Semoga kita diperkuatkan iman tatkala ianya turun serendah-rendahnya.

Istiqamah semampu diri. Amin.

 

Tuesday, 12 July 2016

Raya Bujang Terlajak..

Bismillahi Rahmani Rahim..

Assalamualaikum. Apa khabar? Moga berada dalam keadaan sihat walafiat. Alhamdulillah, diri masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas, dalam kesihatan yang baik dan juga dimurahkan rezqi dariNya. Amin. Hari Selasa, 7 Syawal 1437 H dalam pukul 10:54 pagi. Off day aku yang kedua. Dua hari bercuti dari Isnin lagi setelah bekerja hari Ahad lepas.

Syukur juga tahun ini dapa sambut raya dengan keluarga di kampung. Tahun lepas merupakan tahun yang agak kurang bernasib baik kerana beraya dalam keadaan sakit.

Alhamdulillah, tahun ini adik perempuan aku balik dari Bali untuk sambut puasa dan raya sekaligus. Jelas nampak kegembiraan dia pulang ke kampung, bantu mak dan ayah dalam buat persiapan raya tahun ini.

Aidilfitri tahun ini seperti biasa. Sederhana tetapi meriah. Walaupun masih ada rasa sedih sebab ayah saudara pulang ke rahmatullah dulu. Raya jelas terasa kurang tanpa dia. Melayan karenah kami anak saudara yang tak sabar main bunga api dan mercun pada malam raya. Tolong memasak dan kemas rumah di malam raya sambil menyanyi lagu-lagu nostalgik raya.

Jujur sebenarnya aku sememangnya tak ambil berat hal baju seluar sepanjang aku hidup. Selagi seluar tue tak koyak teruk, masih boleh pakai biarpun lusuh warnanya, aku pakai. Jadi tak hairan la banyak yang merungut seluar aku makin pudar warna dan nipis kainnya. Jadi aku pun beli baju dan seluar untuk raya tahun nie. Banyak jugak la. Baru nak belajar beli baju seluar masa jualan murah.

Teruk anak teruna sorang nie. Huhuhu..

Raya tahun nie hampir semua rumah aku dapat pergi. Rumah kawan lama, sanak saudara sepupu sepapat. Malah majlis kahwin sepupu pun aku dapat pergi. Memang bersyukur sangat Allah beri peluang untuk erat silaturahim sambil isi perut dengan pelbagai juadah raya, sampai perut meragam dua tiga hari. Jaga hati tuan rumah. Hihi..

Duit raya aku beri kat budak-budak kecik memandangkan aku dah kerja. Jelas nampak seronok diorang bila dapat duit raya. Tahun nie raya sampai raya keempat. Sebab Ahad (raya ke-5) aku dah mula kerja kat Sg Siput. Jadi tengah hari dalam 1.40 petang aku gerak dari rumah naik kereta bertolak ke Perak.

Sememangnya sesak jalan penuh dengan kereta yang datang berayanya.. yang nak balik ke kampung dan yang nak kembali ke bandar untuk kerja pada hari Isnin. Dalam 7 jam jugak aku bersesak-sesak dari rumah aku ke Jeli. Sampai kat rumah dengan mata yang rabak dan badan yang letih pada pukul 12.00 pagi hari Ahad. Terbaik 'jem' hari tue.

Jadi, itu sedikit sebanyak raya aku tahun ini. Kepada mama dan abah, ku pohon ampun dan maaf andai anakmu ini ada menguriskan hati mama abah sepanjang abe hidup di muka bumi Allah. Redha mama dan abah adalah perkara yang abe mohon teramat agar dapat meneruskan kehidupan, beramal dan beribadah dalam mencari keberkatan.

Kepada yang mengenali diri ini, seribu kemaafan dipohon atas kesilapan sama ada yang tersurat atau tersirat. Saya maafkan segala kesilapan anda sepanjang anda mengenali saya. Mari kita sama-sama bermaaf-maafan di hari mulia ini. Serta puasa 6 Syawal jika berkemampuan. Hihi.. baru lengkap puasa Ramadhan dengan puasa 6.

Moga kita sama-sama berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Amin.

Tuesday, 5 July 2016

Panas Dan Lembab

credits to www.kembaraminda7.com
jam hampir masuk pukul 2.00 pagi..
selepas minum dua Wonda Coffee, aku dah tak boleh tidur. Solat Isya' belum lagi. InsyaAllah, selesai blog nie aku beransur solat. chatting dengan adik yang sekarang baru selesai solat Subuh kat Sendai, Jepun. bersembang soal kahwin, soal dunia dan akhirah. mata belum rabak, diri belum letih. aku teruskan menaip agar boleh aku kurangkan sikit rasa kebosanan.

Kelantan cuacanya sekarang amat panas dan lembab. Panas terik pada siang dan malamnya, lembab ialah apabila baju atau seluar dipakai mudah peluh. Perlu kering di ampaian setelah keluar ke mana-mana. Aku kalau di rumah selesa dengan kain pelikat. bak kata brader yang aku jumpa kat bazar Ramadhan petang tadi, terik panas dan dahaga bak sahara sekarang. Amboi madah beliau.

Seharian aku tido. Sememannya bukan antara hari-hari produktif aku. Dari jam 1 sampai la jam 4. Solat jangan dilupa. Beli sikit barang pagi tue kat Aeon Kota Bharu. Suasana? Ramai sangat orang berasak tiap-tiap kedai untuk beli baju seluar kasut untuk raya nanti. Aku dah beli awal dulu, memang ada jualan murah. Jadi, aku ikut sama famili mak sedara beli barang kelengkapan untuk anak-anak mereka.

Laptop pun hari nie aku buka setelah lama aku simpan dalam beg. Keinginan nak sedut cerita tue ada tapi mindset diri sibukkan diri dengan benda lain. Banyak tengok phone je. Kalau tak memang sepanjang masa aku dengan laptop. Kami tak dapat dipisahkan, bagai aur dan tebing. Saling melengkapi. Aku hidupkan dia. Dia berbakti dengan aku. Loyal habis. Haha..

Jadi free time aku lepas nie mungkin waktu malam macam nie. Di mana suasana sunyi dan elok untuk aku post blog, cerita macam-macam tentang apa berlaku di sekeliling, dalam media massa dan media sosial dan berkongsi pengalaman yang aku dapat dari tiap tiap perkara yang aku alami. Right now I'm gathering resources and ideas for my next post. About Baitulmuslim dan juga pertemuan pertama.

But I rather stop right here. That's for another story. InsyaAllah.

Sebelum habis, kepada reader semua.. moga selamat sampai di destinasi. Banyak benar kemalangan sejak dua menjak nie. Kematian sekeluarga yang selalu buat kita insaf. Harap biar berkekalan keinsafan tue tatkala bawa kereta. Jangan laju. Kecuali kalau benar kenderaan tiada. Maka potong dengan berhemah.

Yang tak dapat balik beraya, berkhidmatlah dengan penuh dedikasi, belajarlah dengan penuh keazaman. Penuh kesabaran dan kekentalan jiwa. Aku dah merasa tak balik hari tue, it wasn't that bad. Jangan diikutkan sangat emosi nak beraya tue. Bukan bermaksud ignored terus, tapi hadirkanlah suasana raya tue ditempat kerja atau belajar. Tak la terasa sunyi. Yang ada akses internet tue, webcam la dengan famili. Bukan hanya download cerita je. Hahaha...

Ok. Enough la eh.. Meraban nanti. Assalamualaikum. Nyte.

Tuesday, 28 June 2016

Anak-Anak Syurga..

Bismillahi rahmani rahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Harap semua dalam keadaan sihat walafiat. Masih berpuasa? Alhamdulillah. Sudah masuk 23 Ramadhan, 10 hari terakhir Ramadhan, fasa 'itqun minan nar' iaitu pembebasan dari api neraka (maaf dan sila tegur kalau silap). Iaitu masa kita berlumba untuk memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah, menghayati 10 terakhir Ramadhan dengan zikir dan tasbih serta sibukkan diri dengan membaca Al-Quran serta memahaminya.

Sedikit sebanyak peluang ini aku ambil. Tahun ini agak rajin sedikit. Berbanding tahun lepas yang sememangnya penuh dengan depression. Menjadi pembakar semangat diri bila aku ingat balik memori tahun lepas. Betapa lemah dan daifnya kita manusia tatkala diuji dengan dugaan. Runtun hati sedih dan merasakan diri ini lemah apabila ditimpa musibah yang Allah janjikan hanya sementara. Untuk kita tadabur diri kembali kepadaNya.

Walhal mereka diluar sana ada yang menghadapi kematian setiap hari di medan perang. Kebuluran dan kehilangan harta benda dek tentera zalim yang saban hari membunuh mereka yang tidak bersalah serta memusnahkan tempat tinggal mereka. Dalam doaku sebak tiap kali qunut nazilah aku baca, membayangkan keperitan saudara Islam. Moga Ramadhan ini penuh barakah dengan bantuan dan kasih sayang sesama saudara dalam memperkuatkan iman kepada Allah.

Aku tersentuh dengan satu artikel yang tentang misi kemanusiaan di Palestin di mana mereka kembali dari 'Misi Berani Mati' untuk menghulurkan bantuan ke kawasan Gaza. Panjang artikelnya namun worth of reading. Tentang adab dan kelakuan mereka kanak-kanak Palestin tatkala diberi bantuan. Penuh dengan hilai tawa dan senyuman. Saling membantu dan membahagikan bantuan.

Seperti tiada berlakunya peperangan. Tiada seperti digambarkan di dalam media di mana mereka berasak dan bertolak-tolak, trauma dan sentiasa kemurungan. Jauh berbeza tanggapan itu bila mana mereka sampai di kawasan bantuan. Para-para hafiz di pusat tahfiz sana semuanya beribadah dan membahagikan makanan sesama sendiri. Mendahulukan yang kecil dan mengutamakan yang lemah.

Para pemberi bantuan merasa bagaikan mereka berada di planet lain. Kegembiraan dan penuh kecintaan mereka kepada Allah. Penuh ketenangan dan senyuman serta salam. Apabila ditanya mereka, mahukah mereka mengikut rombongan bantuan pulang ke Malaysia dan belajar di sana, mereka menjawab ' terima kasih tapi Syurga menanti kami '
Aku sebak membaca.

Artikel tersebut aku kepilkan di sini untuk menjadi motivasi kepada yang lain agar kekalkan momentum ibadah dan amalan pada bulan Ramadhan ini. Ikhlas dan terus istiqamah dalam mencari Lailatul Qadr dan sentiasa positif dalam meneruskan kehidupan. Cukup sudah nukilan aku hari ini. Kekal positif dengan hidup dan sentiasa rendahkan diri kepadaNya. Beramal dan beribadah seolah-olah kita mati esok.

Kita hanya manusia. CiptaanNya yang sentiasa berdosa. Hina kita disisiNya.
Moga Allah menerima taubat kita hambaNya.

Amin.

Anak-Anak Syurga : Aqsa Sharif

Saturday, 25 June 2016

Penamat Yang Indah, Pecutan Menuju Keampunan..

Semoga kau tenang di sana..

I had many chances in my life that I wasted. I might seems busy but actually I'm the one who finding myself occupied with things that weren't even important for me. As time flows, regrets and sadness are the only moments that I can share with myself. Appreciate the time and the ones that you cared. Everytime, everyday.

Assalamualaikum. Diberi peluang untuk menaip dan menghirup udara segar adalah antara nikmat pemberian Allah yang tidak terkira kepada aku. Dalam sesibuk mana diri, atau menyibukkan diri sendiri.. ada juga masa untuk aku bersila menghadap laptop sambil menaip tiap apa yang tak terucap oleh mulut, nukilan idea dan perkara yang berlaku dalam masa seminggu ini.

Pertama, aku sedeqahkan al-Fatihah kepada arwah pak sedaraku, Nurulbakti Imran yang telah menghadap Illahi pada 20 Jun 2016, pagi waktu Malaysia. Beliau meninggal dunia disebabkan serangan jantung semasa tidur. Amat mengejutkan kerana beliau satu-satunya bapa saudara sebelah mak yang agak rapat dengan aku, dari kecil hingga dewasa.

Jasa dan keceriaan dia akan aku rindui. Jenaka dan juga nasihat yang diberikan juga akan aku semati dalam minda dan kotak memori. Meninggalkan isteri dan dua orang anak, aku jadi sebak. Mereka masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Semoga Kak Sue tabah dalam menghadapi hari mendatang dengan kekuatan dan semangat yang tinggi. Amin.

Pulang aku ke kampung menunggu jenazah sampai ke rumah dari Hospital Sungai Buloh. Dalam pukul 9.00 malam, jenazah tiba di rumah. Ramai sahabat dan sanak saudara hadir menziarahi arwah buat kali terakhir. Setelah imam tiba, aku dan jemaah solat jenazah dan terus ke perkuburan di Perol untuk pengebumiannya.

Masuk ke liang lahad sambil membantu mengangkat jenazah adalah perkara baru bagi aku. Sama-sama memasukkan jenazah ke dalam liang lahad, menutup dengan kayu lahad lalu dikambus tanah ke lahad sehingga selesai. Kemudian talkin dibaca oleh imam. Suasana sayu dan sepi diiringi bunyi hujan renyai yang tenang menangisi pemergian insan ini.

Sememangnya Allah lebih sayangkan dia.

Moving on. Kini sudah masuk fasa terakhir atau minggu akhir Ramadhan iaitu 'pelepasan diri dari api neraka'. Sekejap je aku rasa Ramadhan berlalu. Semakin hari semakin ramai menunggu saat Syawal tiba. Aku? Terkesima seketika menaip. Sedih kerana Ramadhan semakin pergi meninggalkan diri. Sesal, kerana amal ibadah dan keikhlasan diri untuknya juga tidak sekuat mana. 


Mungkin dek terisi masa dengan dunia hingga lupa meletakkan hati, memperhambakan diri kepada Allah. Benar kata orang, pabila syaitan diikat.. maka yang berperang dengan kejahatan itu adalah diri manusia itu sendiri. Bertarung dengan nafsu dan keinginan yang tak pernah kenyang. Lalu ia memakan diri. Nauzubillahi min zalik.

Dalam kesempatan 20 Ramadhan ini aku berdoa kepada Allah, semat dalam hati agar dapat memperbanyakkan amal ibadah, berzikir dan ikhlaskan hati dalam kerja. Misi mencari Lailatul Qadr sudah pastinya. Melekakan diri dengan bacaan al-Quran dan diam, menuturkan perkara yang baik dan penting sahaja. Moga usaha aku ke arah kebaikkan ini diberkati dan diredhai Allah.

Kerana aku hanya seorang pendosa tegar, seorang fasik yang mendambakan pengampunanNya.

=)

Sunday, 12 June 2016

Ramadhan Tiba Lagi

Deep
as requested by my sister, here it is.. a new post just for your pleasure reading.. :)

Assalamualaikum.

Selamat pagi, yang indah lagi tenang. Ramadhan telah menjelang tiba (6th Ramadhan to be exact), seluruh muslimin dan muslimat sekarang menjalankan ibadah puasa dan memperbanyakkan amalan dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dari kecil hingga besar, tua dan muda sama-sama berusaha mencari rahmat, keredhaan dan keampunan dari Sang Pencipta, bagi menghapus dosa-dosa yang telah dilakukan dahulu.

Termasuk juga aku. Yep. Tahun ini buat kali pertama aku berpuasa di bandar Sungai Siput. Tahun lepas aku habiskan masa rehat aku berpuasa di rumah lepas kemalangan teruk bulan Mei. Masa aku berpuasa, sememangnya banyak dugaan. Bukan lapar dan dahaga sahaja, malah kesakitan serta macam-macam benda aku alami masa berpuasa. Aku puasa pun tak penuh memandangkan pada waktu tue aku menjalani pembedahan 'platting' untuk tulang pipi. 


Sakit tak terperi disamping mulut yang telah dibesikan dengan braces sememangnya cabaran untuk aku. Berpuasa dan berbuka dengan makanan yang lebih kurang sama. Soft food dan aku tidak digalakkan mamah/gigit dengan kuat memandangkan gigi masih lemah. Alhamdulillah, bila aku fikirkan balik masa taip nie, betapa syukurnya Allah beri pengalaman sakit tahun lepas. Sememangnya tidak terhingga syukur dan berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat dan kesakitan. Ia mengajar aku banyak mengenai kehidupan dan redha.

Puasa sendirian dan berbuka sendirian buat masa ini. Sama macam aku berpuasa di klinik. Bezanya sekarang di bandar. Bazar pun dekat. Barang makan mudah beli dan lebih selesa. Apa yang kekal sama adalah berbuka dan sahur sendirian. Hahaha.. alhamdulillah. Nikmat tue dapat peluang sahur dan berbuka. Ada yang tak bersahur, ada yang nak berpuasa tapi keuzuran. Ramadhan menyemai pemikiran mendalam mengenai mereka yang kurang berkemampuan, yang tidak bernasib baik seperti mana kita.

Mengajar diri untuk rendah diri dan bersyukur tiap masa, ketika. Bersyukur dengan apa yang ada secara lahiriah dan rohaniah. Satu bulan di mana hati manusia itu tenang dan merasa lazatnya bak kata ustaz, lazatnya ibadah itu dilakukan tanpa ada gangguan. Satu tempoh untuk mengenal diri sendiri, mengukur kemampuan serta menilai diri. Muhasabah atas tiap sesuatu perkara yang dilakukan serta pengharapan yang agung kepada Yang Maha Mengampuni ( Al-Ghafur ).

Sejujurnya terlalu banyak nikmat yang telah Allah beri kepada diri ini. Yang terlihat dan yang tidak terlihat. Kalau nak diceritakan aku pasti tidak habis. Allah telah beri segalanya. Agar kita sebagai hamba bersyukur dan terus istiqamah dalam beramal. Ikhlas dan sabar dalam mengerjakan ibadah agar beroleh keredhaanNya.

Hehehe.. dah macam tazkirah lak post kali ini. But I'm telling the truth from what I had during the past week. Sememangnya berbeda dengan bulan lain. And I'm trully grateful for that. Doakan ia berkekalan setelah perginya Ramadhan. InsyaAllah.
Sekarang aku lebih memotivasikan diri dalam bekerja dan beribadah. Even thou terawikh tahun nie kurang (sememangnya satu achievement yang hambar). InsyaAllah, akan cuba sedaya upaya memanfaatkan masa diberi dengan elok.

Doakan hamba yang lemah ini. Amin.

Oh, dan jangan membazir ketika membeli juadah berbuka. Beli sekadar mampu.

Baik, done. Assalamualaikum.

Friday, 27 May 2016

Alone

Assalamualaikum...

Craving to type. Again, without any ideas. Menaip mengikut gerak hati dan fikiran. Harap dapat puaskan keinginan diri yang sering kali mahukan jari-jemari menari di atas papan kekunci. Biarpun kadang yang dikongsi hanyalah dari apa yang dialami. Normal hidup seorang manusia.

Pelbagai emosi, suka dan duka sepanjang seminggu aku kerja. Sama banyak. Rasa amarah boleh dikatakan tak ada tapi banyak gelak dan sunyi. Biasalah aku pun kerja jauh dari rumah, di negeri lain. Normal jika kadang kala sunyi. Tak sabar nak tunggu cuti hari Isnin untuk balik kampung. Lepaskan rasa kesunyian diri ini. =)

Semakin turun berat badan, walaupun perlahan. Aku kurang senaman dan kurang melakukan aktiviti luar. Banyak guna masa untuk lepak di klinik, bila dah bosan kat rumah, berbual dan bersembang dengan staf. Nak keluar ke bandar pun malas. Keluar seorang diri sememangnya tak seronok. Itu pun dipanggil kesunyian jugak la kan?

Esok mula balik kerja lepas rehat dua hari di rumah. Jujurnya diri sememangnya tak terurus. Walaupun bila dalam masa cuti. Seharusnya aku guna masa cuti sepenuhnya untuk kemas rumah. Bertangguh dan bertangguh, ditambah dengan malas maka hampir banyak kerja jadi tertangguh. Bila nak jadi rajin. Haish. Tipikal budak lelaki.

The main point yang aku nak kongsi kali ini adalah pentingnya anda sebagai seorang perantau untuk kerap balik ke rumah, walaupun banyak kali. Kenapa?

Aku dah merasa satu perasaan yang agak sunyi apabila kerja di sini. Tanpa keluarga dan adik-beradik di sisi, sememangnya bila aku balik dari kerja, teman rapat aku adalah bantal, kipas berkelajuan 3 dan tilam yang menjadi tempat aku luahkan segala perasaan. Selalunya luahan itu adalah kepenatan dan bagaimana teruknya diri ini bila dah tak boleh uruskan masa dengan elok.

Serius.

Pulang ke rumah, mendengar nasihat dan gurauan senda ibu dan ayah, celoteh adik-adik yang sering bergaduh tentang siapa yang nombor satu bila sampai rumah dari sekolah, makanan yang sentiasa disediakan ibunda tersayang atau seringkas melihat ayahanda yang lelap tidur di atas karpet setelah menonton televisyen adalah antara perkara yang buat aku rindu akan rumah.

Akan keluarga.

It's like a medicine. A drug that full of loves. Penuh dengan khasiat. Menjadikan seorang itu fokus. Bersedia untuk bekerja walaupun penat dan lelah. Kerana ada pengubat di rumah. Jujur aku kata antara sebab aku moody pun mungkin sebab ini. It's been 2 months. Macam mana la adik-adik aku yang belajar kat luar negara boleh survived?

Mungkin juga sebab selama nie aku sentiasa balik setiap bulan. Apabila tiba masa aku ambil keputusan untuk tak balik, it was THE worst decision ever. Hilang fokus dan mula senang letih. Kalau dulu aku sentiasa jaga lewat, tidur lewat. Tapi sekarang balik rumah terus terbaring tidur dan terjaga awal pagi.

Ada hikmah kot dalam kesusahan yang aku lakukan. Cuma mungkin aku yang tak nampak. Jauh dari famili tak bermakna jauh dari Allah. Allah kan dekat? Cuma aku jer yang lalai dan leka dengan segala masalah, hingga aku lupa kasih sayang Allah jauh lebih hebat dari segalanya. Pengubat segala kesunyian.

A dose of regrets and also motivation from this post. Deep down baru faham. Aku akhirnya boleh lepaskan apa terpendam dalam hati. I've been neglected, being amazed with world, I forgot The One. Ya Rabb.. ampunkan hamba ini.

Peringatkan diriku tentang kasih sayangMu, tentang rasa rindu hamba ini dalam mendekatkan diri pada Sang Pencipta. Jangan isi kesunyian aku ini dengan kemungkaran yang telah berkali-kali aku ulangi. Aku hanya mahu keredhaan, ketenangan dan pengubat kesunyian diri.

Moga menjadi lebih kuat dalam meniti masa hidup yang semakin sedikit. Amin

Friday, 13 May 2016

Ketenteraman Jiwa HambaNya..

Assalamualaikum..

' katakanlah yang benar, walaupun ianya pahit '

Benar. Katakanlah kebenaran, walaupun kebenaran itu sendiri penuh dengan kepahitan yakni kekurangan/keburukan. Ujian Allah untuk hambaNya agar kembali mencari jalan kebenaran, jalan ketenangan dan muhasabah diri atas tiap dosa-dosa yang kita lakukan, yang kita sedar dan yang paling utama, dalam ketidak-sedaran kita. Astaghfirullah..

Semalam aku keluar dengan kawan sekerja aku ke kedai makan. Habiskan masa berkualiti dengan menjamu selera. Setelah kekenyangan dan bersiap pulang dengan kereta ke rumah, dia mulakan perbualan dengan memohon kemaafan. Aku dah mula faham kenapa dia luangkan masa dengan aku malam tue. Ada perkara yang ingin diberitahu.

Sedarlah wahai manusia, sesungguhnya ungkapan yang paling jujur dari seorang kawan adalah apabila dia menyampaikan perkara-perkara keburukan diri kita, dengan harapan agar kita berubah. Aku menghabiskan pemanduan dengan diam sambil mendengar setiap luahan, keluh kesah mereka yang tidak berpuas hati pada aku. Tentang kemarahan dan sikap aku. Astaghfirullah hal a'zim..

Pedihnya lebih dasyat dari tusukan pedang ke dada. Kerana ayat dan perkataan itu benar-benar menghiris hati.  Aku rasa begitu juga bagi mereka yang telah aku cakap, tutur tanpa sedar. Tanpa iman. Kemarahan dan stress bukanlah tiket untuk aku lepaskan kepada mereka yang aku sayang. MasyaAllah. Aku sedih dalam hati. Sememangnya teruk diri ini apabila setiap perkara aib aku dia ceritakan agar aku berubah.

Sesungguhnya dia meluahkan kepada aku dengan harapan aku berubah. Menjadi lebih baik. Lebih teratur dan matang dalam perbualan. Berhikmah dan penuh hemah apabila berbicara. Aku mula mengerti dan perlahan-lahan mulutku berzikir kembali kepada Allah. Memohon kekuatan agar aku berubah.

Dia juga berkata syaitan mudah sekali mempengaruhi diri manusia yang tidak terkawal kemarahan dan stress. Sememangnya benar. Apa yang dia beritahu juga benar. Aku mulai rasa kekok dan kurang selesa apabila memikirnya. Aku akan bekerja kembali. Timbul rasa takut untuk bekerja. Apabila kita mula tahu mereka tidak sukakan aku. Aku hanyalah hamba yang lemah. Dan aku menerima kekurangan aku. Ya Allah..

Sampai di rumah, setelah hantar kawanku ke rumahnya, aku kerap kali bermimpi. Banyak sekali mimpi tentang mereka. Aku takut aku akan mula bercakap tanpa berfikir. Malah untuk ke klinik juga mula aku berat. Takut. Kemesraan mereka mulai hilang. Ini ujian dari Allah, Iqbal. Aku takut dan risau.

Maka aku mula berzikir tanpa henti. Ayat kursi tak lekang dari mulutku dari tidur hingga bangun. Memohon keampunan. Dosa aku terlalu banyak, diriku dan dari hubungan bersama manusia. Betapa banyaknya dosa telah aku lakukan dalam hilang kesedaran kepada mereka yang begitu mengambil berat, sanggup berkorban dan menyayangi aku seadanya.

Sememangnya malam yang pahit lagi pedih bagi aku. Sedih dan pilu. Patut aku merasa tidak tenang dan tenteram seperti biasa. Seperti ada sesuatu yang ingin Yang Maha Esa sampaikan. Maka aku terima dengan hati terbuka ya Allah. Aku hanya mahu Kau berikan kekuatan dan peringatan kepadaMu ya Allah. Jagalah perhubungan aku sesama manusia dan berikanlah taufiq dan hidayah kepada Allah.

Aku malu pada mereka, pada Yang Maha Mengetahui. Amiin.

Sunday, 8 May 2016

Hijrah Positif


Bismillahi rahmani rahim..

Selamat malam semua. Or to me who type this. Sudah hampir tengah malam dan mata masih belum rabak. Menguap sudah semestinya tapi keinginan untuk menaip mengagahkan diri, lebih hebat dari keazaman untuk mengemas rumah. Selalunya bertangguh hingga tidak ketahui bila perlaksanaannya. Hanya bila mana mata mula rasa tak selesa, melihat rumah tunggang langgang baru dikemasnya. Tipikal aku. Heh.

Sambil mendengar lagu di pada telefon pintar, aku menaip menceritakan betapa teruknya aku belanja pada hari ini. Atas alasan untuk 'reward' diri, walaupun sebenarnya tiada apa yang perlu diberi ganjaran dengan kemalasan melampau, serta stress yang agak luar biasa dua-tiga hari ini. Minggu ini kurang bahgia. Allah duga macam-macam walaupun pada dasar pemikirannya, boleh diatasi jika tidak ambil cakna atas punca stress tersebut. Again, manusia adalah selemah lemah makhluk. Begitu jua aku.

Pesakit kebelakangan ini ramai. Sehingga sampai satu ketika aku terfikir, adakah mereka datang ini benar-benar sakit atau pura-pura? Sekali lagi, lihat betapa negatifnya pemikiran apabila stress. Sememangnya kurang kesabaran dan hilang fokus kerja. Entah la, mungkin aku tak pandai menguruskan kerja dan masa. Mengimbangi kedua-duanya dengan elok, penuh hikmah dan teratur. Mujur tiada jeritan atau pekikan. InsyaAllah. Doa-doakan agar hati sentiasa lentur dalam mendengar setiap rintihan pesakit.

Hari ini adik aku cadangkan satu drama Jepun yang baru. Memandangkan aku adalah peminat drama Jepang, maka beliau memberi tajuk cerita kepada aku. 'Fragile'. Rapuh dalam Bahasa Malaysia. Tentang bagaimana doktor yang hebat dalam mendiagnosa penyakit pesakit dengan kajian dan ujian.

Drama ini fokus kepada bahagian patologi pesakit, iaitu mencari punca dan sebab penyakit. Mereka dari jabatan patologi akan mengkaji dan menyiasat punca pesakit melalui sampel darah dan sel yang telah diberi oleh pesakit dari wad. Dari episod satu aku tonton walau separuh, jabatan ini sememangnya tiada sebarang perhubungan dengan pesakit. Mereka hanya akan mengkaji sampel dan akan memberikan keputusan, selanjutkan akan didiagnosa oleh doktor.

Sememangnya menarik. Oleh sebab siri ini masih baru, maka aku mula keluar dari rumah untuk cadangnya ke mana-mana kawasan yang mempunyai wi-fi laju. Perangcangannya adalah supaya aku dapat download video dari internet. Ia memerlukan kelajuan internet yang agak pantas.

Sayang sekali di sini wi-fi hanya untuk kegunaan browsing dan bukannya muat turun. Speed download pun lambat. Haish. Aku tamatkan misi pencarian wi-fi aku dan sms kawan sematrik untuk jumpa. Mungkin luang masa dengan dia kat sini, memandangkan rumah dia pun dekat dengan tempat aku lepak.

Jujur aku cakap, kerja seorang Houseman (HO) sememangnya sibuk. Dari awal pagi sehingga petang. Jadual yang padat serta kekangan rehat boleh buat mereka stress. Kesian aku tengok kawan aku yang lepak sekali. Tak berhenti telefon dia berdering, panggilan dan Medical Officer (MO) bertugas untuk tanya pasal pesakit dan rawatan yang telah dia beri pada shift dia. Aku doakan dia akan terus sabar dan bertahan sehingga ke titis peluh terakhir dia dalam bekerja. InsyaAllah, jadi doktor yang terbaik wahai Akram Hj Ramli.

Balik sahaja dari Amanjaya, aku gerak ke klinik sekejap. Dan kemudiannya balik rumah. That's how i spend my holiday. Bosan? Sememangnya. Kalau aku tinggal di rumah pun sama sahaja. Bezanya aku jimat dalam perbelanjaan. Tapi cuti juga kena produktif. Walau hakikatnya seperti mana perenggan awal-awal, kerja bertangguh aku pun belum selesai. Kan? Seperti satu tembok besar yang harus dipanjat.

Berceloteh panjang lebar. Hahaha..

There are lots of things that I need to change. Kalau tak boleh buat segera, buat secara perlahan-lahan, sebagai mana aku taip dengan tekun menyusun ayat. Antaranya :

1. Malas. Harus/Wajib rajin tiap masa. Kena buat sesuatu. Tak boleh statik diam. Aku sentiasa bertangguh dalam buat kerja. Maka ini harus ditukar. Ke arah menjadi khalifah yang lebih produktif. Aku mohon ya Allah.

2. Amal ibadah dan dosa. Elakkan munkar dan dekati makruf. Kena kerap hadir majlis, rapat dengan ahli masjid dan kariah. Berzikir dan bertasbih kepada Allah. Kerap baca Al-Quran, walau sehelai. Doa sentiasa dalam hati agar diri berubah. Pohon keampunan pada Allah agar diampunkan dosa, lampau dan kini.

3. Pembahagian masa. Harus lebih efisyen dalam penggunaan masa terluang dengan amal dan perancangan rapi mengenai kerja-kerja yang dilakukan. Tidak bertangguh dalam pekerjaan.

4. Positif dan sabar. Ujian Allah pada hambaNya adalah apabila datang perkara yang tidak diingini, tidak disangka dan musibah. Berdoa pada hati agar sabar. Tidak amarah dan kekal dalam iman. Sentiasa husnuzon pada sesuatu dan tidak su'zon, tidak mengadu domba dan gelak.

5. Hindari riak, ta'jub dan takabur. Syaitan paling suka apabila manusia apabila berbuat kebaikkan, mereka berlagak. Menghakimi orang dan menuduh tanpa usul periksa. Amal yang dibuat hanya akan sia-sia. Moga Allah tidak lekakan kita dengan perasaan ini.

6. Kurang makan dan tidur. Itu adalah punca kepada kemalasan.


*7. Amarah. Sesungguhnya sifat amarah dan stress itu adalah dari syaitan. Maka padamlah ia dengan zikrullah. Tenangkan jiwa dan tidak menunjukkan tanda bahawa kita marah ataupun tertekan. Lemparkan senyuman dan berbicara seikhlas mungkin. Doa dan pohon agar Allah kurniakan kekuatan untuk berubah. Secara istiqamah. 
Berbicara biarlah berfikir dahulu. Diam adalah lebih baik dari berkata-kata yang sia-sia. InsyaAllah. Aku bermohon kepadaMu ya Allah agar dikurniakan kematangan dalam bicara, perbuatan dan berubah ke arah lebih baik. Amin.

Rasanya setakat ini yang aku tulis. Kalau ada penambahan, aku akan cuba baca kembali dalam blog ini. Apa-apa pun aku mahukan perubahan dalam diri. Persediaan mencari redha Allah. Pahala aku terlalu sedikit nak dibandingkan dengan dosa aku yang meninggi, banyak tak terkira. Andai Allah pertunjuk pada aku, aku akan resah gelisah.

Aku tak layak ke syurgaMu, dan aku juga tak sanggup ke nerakaMu ya Allah..
Moga diteruskan peringatan ini, dari hari ke hari. Istiqamah aku dalam amal ya Allah. Amin.

Tuesday, 3 May 2016

Vroooom...

Blank

As blank as it seems, so does my brain from emptiness.

Semalam dengan keinginan tinggi untuk update post baru kat blog, akan tetapi idea itu semakin pudar. Menghilang dari pandangan. Punya tempoh masa luput barang kali. Seharusnya dicatit tiap perkara yang ingin dikata.

Di cerita dengan penuh penghayatan. Seperti mana sang pencerita dengan kisah kisah lagendanya. Seperti mana juga aku. Cuma lenggok gaya dan penyampaian hambar. Seperti mana aku setiap kali ingin parking sisi. Hambar.

Sengaja aku biarkan senyap sunyi dalam rumah ini. Agar lebih fokus. Tak mahu sang penulis leka dan alpa dengan setiap bunyi yang didengarinya. Walaupun sekarang peneman bunyi adalah kipas berkelajuan 3 yang meniup helaian rambut pendek dan panjangku.

Aku cuti hari ini. Hari cuti sahaja masa untuk aku menaip segala apa yang aku mahu. Kebanyakkan dari apa yang aku alami sepanjang seminggu aku kerja/cuti. Kebanyakkan dari masa dibazirkan dengan tidur. Sungguh tiada produktiviti. Norma orang bujang.

Dah lama sangat aku tak naik motor untuk pergi tempat jauh. Setelah aku kemalangan, aku jadi trauma untuk tunggang motor pergi tempat luar dari daerah rumah aku. Mungkin tangan terketar atau flashback kembali semula setiap kali aku pasang niat untuk naik motor dan membayangkan destinasi yang aku pergi itu jauh. Tapi. semalam berbeza. Aku cuba beranikan diri untuk bawa motor sejauh mungkin, walau hanya ke Ipoh.

I feel free. Sudah lama tak merasa angin bahang panas dari terik matahari, embun sejuk pagi setiap kali lalu di kawasan ladang, berhujan dan basah baju meredah hujan. Aku merasai semuanya kembali. Susah payah aku dahulu kerja dengan motor.Berhujan dan berpanas, rosak dan bocor tayar. It's all coming back to me.

Betul orang kata, kesusahan itu adalah pengalaman/memori yang paling berharga, yang dapat engkau simpan sampai bila-bila. Kenang kembali semuanya semalam dengan keberanian aku untuk bawa motor ke tempat lebih jauh.

Aku ada banyak memori bersama motor nie. Dari hari pertama aku pilih motor nie untuk digunakan masa kerja sampai la sekarang duk parking kat luar.

Kemalangan pun dah dua kali, bocor tayar, jatuh dan seret pun kerap sekali. Inilah motor yang aku kerap guna untuk cari rezki. Motor yang mengajar aku setiap makna kehidupan. Walau beroda dua dan tidak segagah mana, ia tetap teman setia. Menunggu tuannya untuk sembuh dahulu, sebelum dirinya dibaiki dan dipulihkan. Melindungi tuannya.

Thanks.. DCE 5933..

See? Idea.. Walaupun dah nampak mengarut sedikit..

Still.. a post from the bottom of my hearts.. I think..

Monday, 25 April 2016

Nite Talk - Procrastination Orang Bujang...

Sambil menaip, sambil menonton tv. Akhirnya setelah sekian lama, setiap channel tv aku dapat tengok. Aku terpaksa keluar duit upah orang baiki piring Astro baru la tiada gangguan. Kalau tak, asal bukak tv jer siaran takder. Padahal bayar.

Teruk kan? Benda nie sebenarnya boleh selesai dengan kadar cepat dan segera, akan tetapi disebabkan perangai atau tebiat manusia ini, maka aku tak dapat selesaikan dalam masa yang pantas. Iaitu sikap bertangguh atau procrastination.

Bila dah ralit sangat tengok televisyen, laptop kat depan pun tak perasan, ruangan tempat post pula kekal dengan perenggan pertama. Again, procrastination. Hahaha..

Drama US, Containment. Bayangkan bila tersebarnya satu virus yang bahaya, cepat merebak melalui sentuhan, air iaitu bersin ataupun peluh dan kadar maut dalam masa 24 jam tanpa ada ubat atau vaksin untuk mencegah. Kalau aku terkena virus macam tue, aku pun rasa takut.

Cukuplah cerita pasal drama (sebab aku baru selesai tonton.. hihi..) Minggu ini ada naik turunnya. Iman, diri dan kesedaran diri. Letih bekerja bukan kepalang memandangkan jadual kerja aku dah berubah, daripada shift pagi dan petang pada shift pagi ke malam selama tiga hari. Selesai kerja berturut selama 3 hari aku akan dapat off day sebanyak 2 hari. Macam kerja kat hospital. Kerja malam 3 hari, night off 2 hari. Suka? InsyaAllah, biasakan diri untuk suka dengan kerja.


Aku sebenarnya amat-amat mengantuk nak menaip, apatah lagi nak buat slide show anaphylaxis untuk CME hari Jumaat nie. Disebabkan hati ini kuat semangat, aku akan teruskan juga menaip, tak nak lagi tangguh-tangguh kerja. Kalau tidak sampai bila nak update blog bukan? Walaupun benda nie nampak remeh tapi bagi aku tak. Blog dah jadi sebahagian dari diri aku. Dari aku awal belajar kat kolej, kerja dan sekarang membujang. Hahaha.. (ayat pujuk diri nie..).

Blog nie pun aku perasan dah hilang fokus sera tiada isi. Kalau kira karangan, dah boleh menaip ceritera dah nie. Tapi pembaca akan pening sebab isi takder. Hahaha.. Ini pun sebenarnya luahan diri, aku tak jangka orang akan membaca, kecuali aku sendiri. Sebab setiap perkataan yang aku taip ini adalah dari masa dan ketika aku taip. Perasaan dan pengalaman aku sendiri serta cara untuk menyelesaikan masalah. Pandangan serta perspektif aku tentang kehidupan.

Fuh, mengantuk siot. Bertahan-bertahan.. Esok kerja lagi. Baju tak gosok lagi. Berkedut. Lapar pula tue. Nak masak atau tak? Last-last aku rasa tidur sampai esok pagi. Hihi.. Angin perut nie. Aish..

Ok, stop. Dah mengarut. Hahaha..

Assalamualaikum..


Wednesday, 6 April 2016

Descendent Of Yawning..

It's April folks! 6th April 2016, around 10.20 am. Sitting on my bed type, hype bout today. It's my brother's birthday! Both of them that is. One is today and tomorrow the other one. My youngest siblings kept reminding me about his upcoming birthday. Nearly every chance he gets. Hehehe.. And turns out I'm wishing the wrong person in the morning. *Sigh..

Turns out my 5th bro's birthday is tomorrow. Awful mistake. Luckily only he knows. Gingling bout my mistake, he knows that his brother must be confuse with it. Hihi.. Anyhow, he hung up and the day went by. Spending my off day listening to music and type at the same time. It's English time by the way. All the way, till the end of this post. Hahaha.. try to adapt myself typing. It's been a while.

My English might also rusty as I rarely speak to patients with it. I love Malay and also i adore English language. It widen my perspective and I get to learn more about culture and surroundings. Although some time I didn't get the tradition, the slang or the trend that they following. It takes time. But knowledge is power. The more you conquer, the wiser you get.

Moving on...

Months never been a good friend with me. It always come with surprises..

Hopefully... April will be good with me. Lots of things happen in the past month. The struggle that I had with inner self which it is a war of mind domination every single day, fighting the bad and the good. Reckless time and money spending, that should supposedly be manage efficiently as I gain lots of experiences trying to resolved it. But yet again, passion wins organize management. Again. Hahaha..

Lazy and kept having lots of headache.

Supposedly I need to manage things accordingly, yet again procrastinations is the my nemesis. Tend to put it aside and finish it when nearly at the end. Man, I need to change this.

Again, blank when wanna talk more bout life. Seems that there were lots of ideas but as I type my next words, it disappears.

+ been playing COC again with a new base and new clan.. but not occasionally as I used to. play just to kill some times when waiting.
+ started to watch this Korean drama call 'Descendent From The Sun'. My sis said that it is quite a good drama. But if there are some heavy romance scene, I need to stop. It wasn't my type. Just a simple romance will do. Like me. Wah! Hahaha..
+ planning to save some money by restricting myself goin' to stall or restaurant that is far or expensive. Hopefully I'll achieved my aim on saving. Whatever it takes.
+ need to lose weight too.. Hahaha..

Oh well.. I think that's all? Aite?

Hehehe

Monday, 28 March 2016

Dear Concious, Please Hold My Heart...

Eminem - Lose Yourself

Ambil mood menaip malam nie. Bulan Mac sememangnya macam-macam benda nak dicerita. Nak dikata dan diluah tanpa ada batas. Tentang diri dan apa di alami setiap ketika. Yang baik dan buruk. Buruk diperhalusi dengan mencari kelemahan dan diperbaiki. Yang baik dicedok sehingga dari biasa terus menjadi amalan seharian. Dengan rentak lagu Eminem yang membuat mana-mana orang mendengar mengangguk kepala secara tidak dipaksa.

Tapi isinya tiada. Hehe..

Ok, Kembali sunyi.

Kerja tanpa henti pada minggu ini, memandangkan aku akan balik kampung esok malam. Beg dah terbuka, tak terisi dengan baju seluarnya. Cuaca kurang panas dan agak redup. Mungkin hujan tapi sehingga kini tiada. Kuasa Allah.. syukur sentiasa tak kira apa jua yang diberi. Kerja habis shif sampai petang dan terus balik ke rumah. Rehat.

Terus terang pengurusan merupakan satu perkara yang sememangnya aku gagal. Gagal dalam merancang kewangan dan masa untuk diri. Rehat yang kadang kala ada dan selalunya kurang cukup. Masa yang diri ini terasa singkat walhal sebenarnya menyusahkan diri dengan perkara yang remeh temeh, yang boleh diselesaikan dengan segera ( procastination ). Juga pengurusan wang yang kadang kala terlalu banyak keluarkan duit tanpa ada belanjawan yang bijak.

It needs to stop and to be manage.

Aku harap siapa yang baca ini boleh bagi idea bernas tentang pengurusan kewangan yang bijak serta pengurusan masa yang efektif. Kalau ada yang membaca. And I'll try my best to seek others yang boleh ajar cara manage diri. I'm 26 and supposedly it wouldn't be a problem, aite? InsyaAllah. Walau usaha untuk berubah tue sedikit tapi lebih baik dari tiada effort langsung.

Again dulu pun dah pernah buat reminder pasal masa spending terlalu banyak pada laman sosial dan gadget. It needs to be control. Otherwise, it would be out of hand. InsyaAllah masa cuti kat kampung juga aku nak kurang masa luang dengan alat elektronik. More on family. Tendency untuk jawab phone dan download cerita tue ada tapi kena tahan. Unless kalau benar-benar kecemasan. If not, then sememangnya kat rumah nanti, dah jadi macam cyber cafe. *Sigh

Mohon concious diri sentiasa dengan Islam dan menjadi seorang Muslim dan Mu'min yang baik. Bukan sekadar nama di I/C. Banyak benar Allah bagi hint suruh berubah cuma diri ini tertewas dengan syaitan yang tak pernah puas sesatkan anak Adam agar turut bersamanya ke neraka. Nauzubillah.

Ingat Allah.. Ingat mama dan abah di rumah.. Ingat adik-adik..

Merekalah yang lebih memahami diri dari segalanya..

Amin..

Jadikanlah aku seorang yang tenang dan sabar menerima dugaanMu..