Wednesday, 2 September 2015

Seruan Haji..

Abah dan mama..
it's been a while now.. lots of memories and happiness that being inside my head...
all the things are now embedded in my mind.. my soul and love towards both of them...
all the effort i make.. the decision that i take was only and only for both of you..
now i can see the everlasting smile that you create when leaving..
meeting Him and visiting His Messenger.. the ultimate goal of every muslim..

Ya Allah, tiada kata, bahasa dan suara yang mampu aku luahkan betapa gembira, seronok dan bersyukur kepada Allah Yang Maha Esa. Memberi peluang yang besar bagi kedua ibu bapa yang sekian lama menyimpan hasrat. Untuk menunaikan satu-satunya ibadah Allah yang mulia, beribadah dan beramal sebanyak mungkin di sana. Melafazkan kesyukuran tidak terhingga, memohon syafaat dan keredhaanNya dan rasulNya.

Yakni menunaikan haji di Makkah.

Begitu ramai mereka yang datang melawat abah dan mama di rumah tanpa henti. Mengucapkan tahniah dan bersyukur bersama mereka atas peluang yang diperoleh sekali dalam seumur hidup. Berkongsi kisah-kisah di tanah suci bersama mama dan abah. Masing-masing gembira bersua buat kali terakhir sebelum mereka berlepas hari ini. Tidak lupa yang mengirimkan doa dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan ketika tiba di tanah haram. Termasuk juga aku. =)

Sunyi di rumah. Tiada lagi bising mama dan abah memanggil anak-anak. Turun untuk makan tengah hari. Mengajak keluar membeli bahan masak. Naik motor dengan abah untuk bersiar-siar di petang hari. Tapi kami gembira anak-beranak kerana Allah memilih ibu dan ayah kami untuk menunaikan haji di sana. Hanya Allah yang tahu betapa gembira bila mellihat abah memakai ihram dan mama dengan kain tudung putih, sambil di speaker sudah berkumandang panggilan haji.

Labbaikallah Hummalabbaik..

Aku dengan abe cik mengangkat beg ke tempat pendaftaran haji. Memeluk abah dan mama buat kali terakhir sebelum melihat mereka masuk ke dewan untuk taklimat terakhir sebelum berlepas ke KLIA bagi menaiki kapal terbang ke Makkah. Tangisan gembira dan sejuk hati melihat kedua-duanya saling bersama membawa beg pakaian ke dewan. Melambai saat masuk ke dewan. Mereka telah lama menantikannya. Inilah masanya.

Aku dan yang lain pulang dengan kereta. Mengingati tiap pesan mama dan abah untuk kemas rumah dan sentiasa menjaga adik-adik. Pastikan makan dan minum cukup. Ambil mereka di sekolah. Sentiasa pastikan yang mereka ada abang-abang yang akan menjaga hingga mereka pulang. Aku pun esok akan bertolak balik ke Perak. Jumaat dah mula kerja. Kembali bekerja.
Moga Abe Cik dapat jaga mereka dengan baik. InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment