Thursday, 17 September 2015

Maraton Movie Dan Makan..

Berturutan entry. Sememangnya aku memerah idea untuk menaip. Aku cuti. Jadi, aku akan cuba sedaya upaya berkongsi apa yang berlaku pada hari ini. Tak keluar ke mana. Berkurung di rumah. Elok jugak, kalau keluar je mana-mana, duit pun keluar juga. Baik jadi kurang produktif dari proaktif di luar. Fuh ayat. Hahaha..

Hari gaji hari ini. Ramai yang datang ke bank untuk keluarkan duit, bayar bil dan sewa rumah, bayar kereta dan macam-macam. Yang main kutu dengan bayaran bulanannya, yang beli ansuran dengan ansurannya. Hari nie juga la aku merasa agak angin dengan satu syarikat yang ternama, kerap kali menalefon dan hantar mesej kata akan hantar wakil ke rumah aku untuk menuntut bayaran ansuran motor yang tak selesai. Walhal hanya RM 50.

Kalau nak diikutkan hati aku nak pergi syarikat tersebut, nak tanya tertunggak dari sudut mana sebab selalunya aku bayar on time dan dengan nilai yang lebih dari sepatutnya. Tapi dengan memaksa bayar sampai ke tahap nak datang rumah atas nilai tersebut, aku pujuk diri aku untuk bayar selebihnya. Mungkin nampak macam budak-budak sebab alah, bayar jelah duit lebih tue. Kalau anda dari keluarga yang kaya, maka anda seronok bergurau begitu. Saya tidak. Berpeluh bayar.

Hari ini Allah benar-benar sayangkan hambaNya. Rezki melimpah ruah. Kawan datang rumah, jenguk dan tanya khabar. Lama tak nampak. Berbual dan habis masa tengok 3 filem kat laptop. Hahaha.. Sembang dan gelak memanjang. Pagi-pagi lagi dah datang bawa nasi lemak. Erp, alhamdulillah. Baru je cadang nak makan pagi tapi dah ada orang nak belanja. Maka, berhuhuhu lah saya makan dengan kenyang.

Habis je tengok filem, dia beransur pergi. Aku baru teringat, roti ada banyak lagi ( malah tak buka lagi untuk makan ). Pagi tadi lagi dah rancang, bawa ke petang. Lepas je solat Asar tadi teringat nak pergi cucuk duit di ATM. Al-maklumlah, habuk je dalam. Beli barang-barang kat kedai, singgah kat klinik tempat aku kerja. Bos pulak belanja. Again, alhamdulillah. Sambil-sambil sembang pasal dunia. Pasal akhirat, haji dan keberkatan gaji.

Jujur aku hormat dan suka dengar pengalaman dari i/charge aku pasal macam mana dia bekerja dahulu. Layanan macam mana pesakit dan waris bagi kepadanya ketika bekerja, macam mana berkatnya gaji yang diberi dan untuk mendapatkan ketenangan jiwa ketika bekerja. Aku faham dan dari zaman klinik dulu lagi ada dua sahabat baik aku berpesan agar bekerja dengan rezeki yang halal. Biar sedikit asalkan dapat keberkatan rezki. Berpatutan dengan apa yang kita buat. Itu adalah hak dariNya.

Sebab dulu aku pernah kerja lebih masa tapi banyak yang tak kena. Walau gaji dapat banyak tapi dari sumber meragukan, cara yang tak kena maka rezki yang kita dapat tue tak terasa. Walau banyak mana sekalipun, kita akan tetap rasa sedih, ragu-ragu, takut, sempit dan macam-macam lagi.

Perlahan-lahan aku cuba ubah. Alhamdulillah. Walau sedikit tapi aku cuba tak mengeluh.

Rezki dariNya.

Kita hanyalah hambaNya.

No comments:

Post a Comment