Thursday, 24 September 2015

Eid Adha Blues..

Berjubah Ke Kita..

Bismillahi Rahmani Rahim..

Aku mulakan blog dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Mengantuk bukan kepalang, tidur bukan pilihan sekarang. Memikirkan apa yang mahu ditulis, ditaip hari ini. Ide-ide semakin berkumpul di minda, hanya tunggu untuk disampaikan tuntas dengan halus bicara. Mungkin secara bebas atau tertib bicara bagi para pembaca. Blog aku. Kan? Haha..

Ya. Hari ini 10 Zulhijjah, Hari Raya Eidul Adha. Di mana di Kelantan pastinya meriah di setiap rumah famili dengan ibadah korban, sebagai tanda kita mensyukuri nikmat Allah yang tidak terhingga. Menghayati ibadah yang dianjurkan para anbia sebagai memperingati peristiwa Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS, pengorbanan seorang nabi Allah yang mematuhi perintah TuhanNya menyembelih anaknya Ismail, yang akhirnya diganti dengan seekor qibas ( biri-biri ).

Mama dan abah semalam mengerjakan wuquf di Arafah semalam. Hari ini mereka bergerak ke Mina. Moga perjalanan ibadah mereka dipermudahkan Allah. Suasana rumah riuh. Mak saudara balik dari KL bersama suami dan anak-anak. Sudah lama tak merasa meriah macam nie. Hehehe.. Gegar rumah dengan mereka berlari, bermain sama-sama, diselangi dengan gaduh dan tengkar keanak-anakan. Sememangnya tipikal cuti sekolah. Hectic.

3 hari aku kerja 12 jam. Penat hanya Allah tahu. Sampai hari Selasa, aku dah mind-set supaya manage patient properly. Mohon tak ramai. Allah Maha Mendengar. Pesakit tak ramai sangat dan aku manage diri tak stress sangat dengan karenah pesakit. Kami adalah pendengar yang paling setia selepas awek dan boifren. Sebab apa-apa kesusahan, kesakitan dan kesulitan kami akan dengar dan bantu semampu mungkin. Empati lebih pada simpati Tak semua manusia sihat, kaya dan bahgia. Tak semua. Termasuk aku.

Raya Haji tahun ini persiapan lebih kepada mengemas rumah. Kalau mama dan abah ada dah pergi ke tempat penyembelihan untuk mengagihkan daging. Menu selalunya sup kaki yang enak dan sama ada daging masak kunyit atau daging bakar. Jarang bakar. Selama seminggu menu utama adalah daging. Siapa penggemar daging sememangnya heaven dalam seminggu ini. Lembu yang dikorbankan setiap tahun banyak dan diagihkan kepada mereka yang memerlukan. 

Sambutan tahun ini adalah secara sederhana. Adik beradik banyak duduk di rumah tengok tv, main game dan bersembang. Lagipun Abe Chik tak lama lagi akan pulang ke Jepun. Betul-betul nak gunakan masa sepenuhnya bersama famili. Sensitif dia kalau sebut pasal Jepun. Hahaha.. Faham sangat. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik hujan batu, sakit tapi ada hikmahnya ( pandai la aku reka. Hahaha.. )

Tengah fikir nak luang masa kat mana dengan adik-adik. Tak makan tengah hari lagi. Sekarang pun dah petang. Hahaha..

Thursday, 17 September 2015

Maraton Movie Dan Makan..

Berturutan entry. Sememangnya aku memerah idea untuk menaip. Aku cuti. Jadi, aku akan cuba sedaya upaya berkongsi apa yang berlaku pada hari ini. Tak keluar ke mana. Berkurung di rumah. Elok jugak, kalau keluar je mana-mana, duit pun keluar juga. Baik jadi kurang produktif dari proaktif di luar. Fuh ayat. Hahaha..

Hari gaji hari ini. Ramai yang datang ke bank untuk keluarkan duit, bayar bil dan sewa rumah, bayar kereta dan macam-macam. Yang main kutu dengan bayaran bulanannya, yang beli ansuran dengan ansurannya. Hari nie juga la aku merasa agak angin dengan satu syarikat yang ternama, kerap kali menalefon dan hantar mesej kata akan hantar wakil ke rumah aku untuk menuntut bayaran ansuran motor yang tak selesai. Walhal hanya RM 50.

Kalau nak diikutkan hati aku nak pergi syarikat tersebut, nak tanya tertunggak dari sudut mana sebab selalunya aku bayar on time dan dengan nilai yang lebih dari sepatutnya. Tapi dengan memaksa bayar sampai ke tahap nak datang rumah atas nilai tersebut, aku pujuk diri aku untuk bayar selebihnya. Mungkin nampak macam budak-budak sebab alah, bayar jelah duit lebih tue. Kalau anda dari keluarga yang kaya, maka anda seronok bergurau begitu. Saya tidak. Berpeluh bayar.

Hari ini Allah benar-benar sayangkan hambaNya. Rezki melimpah ruah. Kawan datang rumah, jenguk dan tanya khabar. Lama tak nampak. Berbual dan habis masa tengok 3 filem kat laptop. Hahaha.. Sembang dan gelak memanjang. Pagi-pagi lagi dah datang bawa nasi lemak. Erp, alhamdulillah. Baru je cadang nak makan pagi tapi dah ada orang nak belanja. Maka, berhuhuhu lah saya makan dengan kenyang.

Habis je tengok filem, dia beransur pergi. Aku baru teringat, roti ada banyak lagi ( malah tak buka lagi untuk makan ). Pagi tadi lagi dah rancang, bawa ke petang. Lepas je solat Asar tadi teringat nak pergi cucuk duit di ATM. Al-maklumlah, habuk je dalam. Beli barang-barang kat kedai, singgah kat klinik tempat aku kerja. Bos pulak belanja. Again, alhamdulillah. Sambil-sambil sembang pasal dunia. Pasal akhirat, haji dan keberkatan gaji.

Jujur aku hormat dan suka dengar pengalaman dari i/charge aku pasal macam mana dia bekerja dahulu. Layanan macam mana pesakit dan waris bagi kepadanya ketika bekerja, macam mana berkatnya gaji yang diberi dan untuk mendapatkan ketenangan jiwa ketika bekerja. Aku faham dan dari zaman klinik dulu lagi ada dua sahabat baik aku berpesan agar bekerja dengan rezeki yang halal. Biar sedikit asalkan dapat keberkatan rezki. Berpatutan dengan apa yang kita buat. Itu adalah hak dariNya.

Sebab dulu aku pernah kerja lebih masa tapi banyak yang tak kena. Walau gaji dapat banyak tapi dari sumber meragukan, cara yang tak kena maka rezki yang kita dapat tue tak terasa. Walau banyak mana sekalipun, kita akan tetap rasa sedih, ragu-ragu, takut, sempit dan macam-macam lagi.

Perlahan-lahan aku cuba ubah. Alhamdulillah. Walau sedikit tapi aku cuba tak mengeluh.

Rezki dariNya.

Kita hanyalah hambaNya.

Wednesday, 16 September 2015

Rant Wednesday - Haze, Overworking dan Hikmah Kesusahan

Everyday..
Dengan muka sembab, letih dan drowsy aku menaip post baru hari nie. It's been a while. Dah banyak kali plan nak update blog dengan benda-benda yang berlaku selama seminggu nie. Lot's of things to tell, yet when i try to type it, it wouldn't out. The idea. Hahaha.. Seminggu yang boleh dikatakan hectic. Masa kat rumah pun antara 10 malam sampai 10 pagi which I sleep and wake up early in the morning to get breakfast and start working. 12 hours non stop.

Luckily today my shift was only until 6 pm. Masa petang yang ada ingat nanti nak ke pasar malam. Lama dah tak pergi. Esok pay-day dan esok juga cuti. How cool is that? Finally got some time to rest and watch Runningman. Banyak episode aku miss. Anyway seminggu nie kualiti udara sememangnya menyesakkan hidung hidung warga Malaysia, dengan kadar IPU yang agak membimbangkan. I know that numbers aren't important tapi bila kau tengok kat luar, kabus yang agak tebal menutupi banyak kawasan, dengan bau seperti kilang dan kadar pandangan yang agak terhad, kau akan mula ambil berat dengan nombor tersebut, that is 178. Yep, kadar IPU di Malaysia is 178 guys. Agak teruk khususnya di Sarawak.

Dua hari lepas aku tengok kabus yang tebal benar benar membuatkan diri rasa tak selesa. Jalan tak nampak dengan kabus kuning. Seems like it is the end. Tapi ada hikmahnya. Sepanjang perjalanan aku ke kursus di Tanjung Rambutan, aku fikir mungkin hikmah Allah nak beri kepada manusia macam kita. Agar bersyukur atas nikmatnya. Dari udara, awan yang menutupi, langit membiru memayungi manusia dan sinaran matahari yang sentiasa menemai setiap insan, kita jarang bersyukur kepada sekeliling.

Kita hanya bersyukur dengan apa yang Allah beri kepada kita, tapi jarang bersyukur atas persekitaran yang Allah kurniakan. Malu rasanya kita hamba, Allah dah beri kemudahan tapi kita sedar tak sedar. Bila dah mula tak nampak langit baru menadah tangan memohon jerebu agar berkurangan. Kembali kepada Allah. Itulah fitrah manusia. Mohon agar sentiasa kembali kepada Allah.

Workload banyak minggu nie. Sabtu ahad aku kerja 12 jam di klinik, Jumaat aku pergi kursus di Kuala Kangsar, which was my off day. Then Isnin kursus di Tanjung Rambutan, Selasa dan Rabu OT aku. So, you can imagine. Letih dan serabai dengan rumah tak kemas. Biasalah orang bujang. Jadual terlalu padat minggu nie. Hehehe.. Sampaikan masa untuk ponder myself, thinking pun tak ada. Balik kerja dengan badan lenguh letih, paksa diri mandi then tido, Terbabas pun ada kadang-kadang Isya'.

Sekarang, aku pastikan aku selesai solat dulu. Baru rebahkan diri di katil yang empuk. Manusia sentiasa melakukan dosa. Kalau boleh cuba lepaskan diri dari rotasi dosa dan cuba kembali ke rotasi pahala. Positifkan diri. Jujur aku stress. Tapi dalam 2-3 hari aku cuba kuatkan semangat bekerja. Kita kerja kena niat kerana Allah. Kurangkan perkara yang boleh mendekatkan kita dengan dosa. Ejek dan gosip terutamanya. Haish. Kurang-kuranglah Iqbal Hakim. Jadi orang yang hanya bersuara bila perlu. Yep.

Member aku pun dah dapat tukar. Bestnye. Bila la time aku nak tukar. I wonder.

Sekian.

Monday, 7 September 2015

I'm A Loner

Di Gua Tsur
Kesunyian. It's been a while since I felt this. Dulu masa cuti tiga bulan, berehat lepas kemalangan.. aku banyak habis masa kat rumah. Bunyi adik-adik pasang televisyen, tengok kartun sambil gelak benar benar suatu suasana yang aku tak akan merasa masa duk sorang sorang kat sini. Yes, terkadang sunyi time cuti memang aku takkan pergi mana-mana. Habiskan masa cuti ke KSM, berbual dengan staf. Kalau tak, aku tidur jer.

Mama dan abah selamat dah sampai Makkah. Melawat Jabal Rahmah, Padang Arafah dan Gua Tsur. Beruntung mereka kat sana. Boleh habiskan masa kat sana beribadah dan berdoa. Moga abah dan mama beroleh haji mabrur. Adik-adikku semua ada yang tengah praktikal, berjaga malam bertugas pantau pesakit ( Ika ) dan selebihnya di asrama ( Kak Teh ). Lelaki kebanyakkannya duk kat rumah dan dikepalai oleh abangnye, Luqman Hakim. Hehehe..

Mesej kat whatsapp tadi kata dua-dua adik demam. Aku doa agar kesihatan mereka semakin baik. Semakin sihat untuk terus belajar. Kena biasakan diri mama dan abah takder. Kesian semestinya ada memandangkan aku ada yang paling kecik sekali, baru berusia 5 tahun. Harap dia kuat semangat dan tak selalu sedih. Manja sikit yang paling kecil nie. Hehehe.. Tapi dari mesej tadi pun diberitahu yang mereka semakin sihat. Alhamdulillah.

Esok ada sehari lagi cuti. Dua hari cuti setelah kerja straight 12 jam dari Sabtu dan Ahad. Kena berjimat sikit duit, tak boleh spending sembrono macam dulu. Fast food is a no-no. Aku pun dah beli makanan untuk bekal seminggu. Pagi aku cuba makan benda ringan. Tak boleh berat-berat macam biasa. Nasi pun harap sekali sehari. Tapi hari nie dua kali sebab klinik ada makan-makan. Tak boleh la tolak kalau dah orang offer. Hehehe..

Masa lapang aku ada aku habiskan tengok Legal High, drama Jepun pasal peguam. Pada pandangan aku, peguam nie umpama berdiri atas tali, di kanannya syurga dan di kirinya neraka. Kenapa? Mereka ada yang bela orang yang tak bersalah dan kadang kala bela orang yang bersalah. Kerja mereka adalah mempertahankan client setelah dibayar untuk menang dalam mahkamah. Sedikit sebanyak aku tahu pasal hal mahkamah, pasal pembayaran ( settlement ) dan undang-undang. Slightly je la..

Kerap sakit perut sekarang. Mungkin kena kurangkan kaffein..

Aku memang caffein-holic.. Ijo Des. ( That's it. )

Tata..

Wednesday, 2 September 2015

Seruan Haji..

Abah dan mama..
it's been a while now.. lots of memories and happiness that being inside my head...
all the things are now embedded in my mind.. my soul and love towards both of them...
all the effort i make.. the decision that i take was only and only for both of you..
now i can see the everlasting smile that you create when leaving..
meeting Him and visiting His Messenger.. the ultimate goal of every muslim..

Ya Allah, tiada kata, bahasa dan suara yang mampu aku luahkan betapa gembira, seronok dan bersyukur kepada Allah Yang Maha Esa. Memberi peluang yang besar bagi kedua ibu bapa yang sekian lama menyimpan hasrat. Untuk menunaikan satu-satunya ibadah Allah yang mulia, beribadah dan beramal sebanyak mungkin di sana. Melafazkan kesyukuran tidak terhingga, memohon syafaat dan keredhaanNya dan rasulNya.

Yakni menunaikan haji di Makkah.

Begitu ramai mereka yang datang melawat abah dan mama di rumah tanpa henti. Mengucapkan tahniah dan bersyukur bersama mereka atas peluang yang diperoleh sekali dalam seumur hidup. Berkongsi kisah-kisah di tanah suci bersama mama dan abah. Masing-masing gembira bersua buat kali terakhir sebelum mereka berlepas hari ini. Tidak lupa yang mengirimkan doa dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan ketika tiba di tanah haram. Termasuk juga aku. =)

Sunyi di rumah. Tiada lagi bising mama dan abah memanggil anak-anak. Turun untuk makan tengah hari. Mengajak keluar membeli bahan masak. Naik motor dengan abah untuk bersiar-siar di petang hari. Tapi kami gembira anak-beranak kerana Allah memilih ibu dan ayah kami untuk menunaikan haji di sana. Hanya Allah yang tahu betapa gembira bila mellihat abah memakai ihram dan mama dengan kain tudung putih, sambil di speaker sudah berkumandang panggilan haji.

Labbaikallah Hummalabbaik..

Aku dengan abe cik mengangkat beg ke tempat pendaftaran haji. Memeluk abah dan mama buat kali terakhir sebelum melihat mereka masuk ke dewan untuk taklimat terakhir sebelum berlepas ke KLIA bagi menaiki kapal terbang ke Makkah. Tangisan gembira dan sejuk hati melihat kedua-duanya saling bersama membawa beg pakaian ke dewan. Melambai saat masuk ke dewan. Mereka telah lama menantikannya. Inilah masanya.

Aku dan yang lain pulang dengan kereta. Mengingati tiap pesan mama dan abah untuk kemas rumah dan sentiasa menjaga adik-adik. Pastikan makan dan minum cukup. Ambil mereka di sekolah. Sentiasa pastikan yang mereka ada abang-abang yang akan menjaga hingga mereka pulang. Aku pun esok akan bertolak balik ke Perak. Jumaat dah mula kerja. Kembali bekerja.
Moga Abe Cik dapat jaga mereka dengan baik. InsyaAllah.