Monday, 3 August 2015

Future Planning..

Klik pada butang 'new entry'. Terbuka lapang, kosong entry baru untuk blog. Minda kosong dengan saki baki idea yang masih ada untuk ditaip. Kumpul kembali, usahakan dan cuba sedaya upaya mencantikkan bahasa agar yang membaca tak bosan. Heh, cukup susah bagi aku. Tadi terbaring memikirkan apa nak ditaip, kini tiba masa melaksanakan. Yosh!

Menghitung kembali hari-hari yang bakal tiba, dalam diri ada sedikit kurang seronok. Minggu depan dua dari adik beradik aku akan balik dari luar negara. Masing masing nak meraikan Syawal yang berbaki berbelas hari di Malaysia, melampiaskan rasa rindu pada keluarga. Aku pula dah bersiap untuk balik ke Perak memandangkan m.c dah habis.

Sedih? Tak sangat. Kurang thrill untuk balik bekerja. Tapi itulah manusia, tak pernah nak berpuas hati dengan apa yang ada. Masa diberi peluang rehat, bosan.. nak kerja. Bila dah beri tarikh bekerja, nak bercuti. Apa yang memuaskan hatinya adalah semua kehendak dipatuhi. Tapi itulah ujian dunia, keduanya dari menyenangkan kepada memeritkan. Ianya seimbang.

Berbalik pada cerita, adik-adik aku balik untuk meraikan Syawal, paling penting sekali untuk menjenguk mama dan abah di kampung. Sudah lama diperantauan, peluang sebegini tidak usah lagi mereka lepas. Sayang mereka tak terkira, banyak pengorbanan mama dan abah telah berikan demi masa depan anak-anak. Aku tak dapat, tak mampu membalas tiap-tiap jasa.

Oleh itu, untuk kembali ke Perak aku kena ada perancangan. Future planning? Apa tue? Sebelum ini aku tak pernah ada perancangan yang begitu rapi untuk masa depan. Walaupun aku tahu ajal maut di tangan Allah tapi paling kurang usaha untuk merancang kena ada. Takkan nak kerja saja tanpa ada perancangan keluarga, kewangan dan masa depan? Erm, macam aku sekarang la. Hish.

Banyak sebab kenapa aku nak mula buat benda nie. Kawan-kawan aku banyak yang mendirikan rumah tangga. Kebanyakkan dari suami atau kawan aku yang dah berkahwin, pemikiran mereka jauh kehadapan. Mereka merancang dan teliti dalam setiap apa yang mereka lakukan. Aku tahu dalam genetik aku tidak ada istilah merancang. Tapi paling kurang aku kena tahu apa aku nak capai dalam tahun tahun mendatang.

Mungkin juga disebabkan banyak kawan-kawan aku yang kahwin dalam tahun nie, aku jadi kelam kabut untuk merancang. I don't know. Uncertain. But the truth is that i need a solid planning for my upcoming years. I guess. Soal kerja dan rumah tak menjadi masalah. Staf yang baik serta rumah selesa dah diberi oleh Allah. Jadi aku kena manfaatkan sebaiknya.

Topik yang agak berat bukan? Tapi ia dah lama berada di minda sejak awal aku kerja lagi. Simpanan pun aku belum mula. Selama 3 tahun kerja aku lebih kepada semberono, ada simpanan tue adalah. Kalau tak ada maka ikat perut. Makan roti setiap hari. Aku hormat mereka yang ada pendirian, kerana aku sukar mempunyai satu penegasan diri yang kuat. Tapi itulah diri aku sebenar. Ahmad Iqbal Hakim..

Perlahan aku akan perbaiki. Kehidupan diri dan juga persekitaran. I Hope.

Peace.

Finally an ending. Hehehe..



Peace.

No comments:

Post a Comment