Wednesday, 6 May 2015

Sweaty Day

Sebagai mana yang tertera, sememangnya hamba berpeluh seperti lilin yang semakin mencair. Sudah dua hari berada di kampung, bercuti. Cuaca di sini nyata berbeza. Panas dan lembab. Hampir setiap kali aku lepas minum air, muka akan berpeluh. Rasa kalau ditadah air peluh boleh penuh satu tempayan. Tue dia perumpamaan. Tapi sememangnya hari yang amat panas di sini.

Hari ini merupakan hari pertabalan sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah. Jadi di Kuala Kangsar dan jalan-jalan sekitar sememangnya sesak dengan kereta dan rakyat jelata yang ramai meraikan pertabalan baginda. Alhamdulillah, rakyat dan raja sama sama serumpun. Daulat Tuanku. Juga hari ini merupakan hari terakhir berkempen bagi PRK Permatang Pauh, Macam-macam perkara berlaku.


Semalam kereta aku hantar ke Kg Menanti untuk cat baru. Calar habis Yang aku ( ye, dia adalah isteriku.. Hahaha.. ). Belum dikira kemik bumper dan retak. Nampak sangat laki dia gasak bawa sampai langgar banyak benda, dan itu bukan benda yang dibanggakan. Masa banyak aku spend dengan famili, terutama yang paling bongsu. Kerap sekali ajak solat Zohor sama-sama. Sejuk mak mengandung. Kan?

OT dan claim kasut dah disetel. In-charge aku yang baik hati pergi ke klinik untuk diberi pada PT untuk diproses. Duit masuk lambat cepat tak apa. InsyaAllah, masuk aku bersyukur. Tak masuk aku bersyukur juga. Rezeki tetap ada. Allah Maha Pemberi Rezeki. Kita kena sentiasa berusaha dan bertawakal. Cari redha dan rahmatNya.

InsyaAllah akan diamal..

4-5 hari nie aku banyak berfikir dan cuba untuk melawan diri. Lawan kejahatan, godaan syaitan yang sering kali tanpa jemu berbisik untuk melakukan dosa. Tak kira apa dosa sekali pun, apabila sang syaitan menggoda, menjamu keduniaan, terkadang manusia hilang pedoman seketika. Apabila mereka mula sedar dari kesilapan, mereka jadi takut bertaubat, kembali kepada Allah.

Sedang Allah itu Maha Mendengar. Sememangnya dalam tempoh hari itu aku kerap buat dosa, lepas tue kembali kepadaNya. Kitaran dosa pahala itu sentiasa ada. Tapi hati dan jiwa aku masih iktikad kepada Yang Esa, biarpun hanya secebis. Sehalus pasir. Syaitan ketawa melihat manusia semakin jauh dariNya. Dia juga sudah memohon tempoh kepada Allah agar diberi masa sehingga Qiamat agar menyimpangkan setiap anak Adam. Kecuali mereka yang benar benar bertaqwa kepada ALLAH.

Kita? Sudahkah kita teguhkan iman kita? Satu persoalan yang sentiasa bermain main di mindaku. Setiap kali bangun dari tidur. Apakah sumbangan kita, amal kita, ingatan kita kepadaNya? Adakah masa kita hanya terisi dengan melihat notifikasi Facebook atau mesej di Whatsapp? Membuka COC untuk melihat sama ada kubu kita diserang atau tidak? Hakikatnya itu sering kali dilakukan, lebih lagi dari amal ibadah kepada Allah..

Mengeluh panjang tak guna.. Jom berfikir tentang akhirah. Panas berpeluhnya diri aku ini insyaAllah akan ingatkan aku tentang bahangnya neraka yang jauh lebih panas, lebih sakit dan lebih teruk daripada kepanasan dunia, dari azab dunia. Tika itu tiada lagi taubat diterima, amalan diterima dengan tangan kiri dan tertutupnya pintu syurga. Tempoh masa di neraka terlalu lama, tidak terbayang.

Ngeri? Tapi kita masih dengan telefon pintar.. menyala bercahaya menyuluh ke muka..
Ingatan untuk diri khasnya.. Moga kau sedar.. Aamiin..

No comments:

Post a Comment