Friday, 1 May 2015

Labour Day Rectangle Pizza..

Happy Labour Day! Yes, pada hari pekerja.. hari buruh ini aku bekerja mencari rezeki sesuap nasi untuk diri dan keluarga. Membanting tulang dan tenaga walaupun tidak berpeluh namun keletihan minda dalam 'clerking case' dan memikirkan ubat yang berkesan bagi pesakit adalah sama seperti menggunakan otot otot badan untuk kerja kerja berat. It's totally the same, from my opinion.

Hehehe.. juga salute dan respect diberikan kepada mereka yang setiap hari memerah keringat badan dengan membahayakan diri mereka..

berada di atas bangunan untuk membina pencakar langit, mengorbankan nyawa dan masa mereka yang mempertahankan negara dari ancaman musuh dan penjenayah, merisikokan diri dengan penyakit dan bahaya bagi yang bekerja di bidang perubatan dan juga keselamatan. Pendek kata untuk semua pekerjaan.. saya tabik dan respek kerana tanpa kita, mungkin negara tidak akan maju dan ke hadapan.

Peh, panjang karangan pendahuluan aku. Hahaha.. anyway, it's labour day. Hari di mana setiap manusia yang mempunyai kerja disambut. Sama ada mereka diberi cuti setelah penat bekerja agar mereka dapat kembali bekerja dengan penuh semangat...

atau berkumpul beramai-ramai di syarikat atau kilang membuat demonstrasi bantahan, menegakkan hak pekerja, berjuang bermati-matian dalam mencapai kata sepakat antara majikan dan pekerja supaya hak mereka tidak disia-siakan. Gaji yang kerja setimpal dengan apa yang mereka lakukan. Mogok lapar bagi mereka yang terasa diri dianiaya. Itulah lumrah hidup serba sedikit pekerja di seluruh dunia. Masing masing punya cara sendiri untuk meraikan hari pekerja.

So, for today kami staf membelanjekan diri sendiri dengan pizza dengan memesannya dari Pizza Hut. Memandangkan masing masing sudah lama terliur melihat keanehan bentuk pizza yang telah diperkenalkan oleh Chef Nik Michael ( ada rambut lak chef nie.. selalunya botak. Hahaha.. ) maka kami meng'order' pizza melalui talian.

Selang 30 minit kemudian pizza sampai tapi nampaknya hanyalah indah khabar dari rupe. Pizza yang diberi sudah pasti tidak sama rupanya dengan di kertas iklan, kering dan tiada rasa cheese yang disensasikan '3 cheese hebat'..

Oleh kerana kami kepunan sangat, ditambah dengan lapar.. kami membaham pizza tanpa rasa segan silu. Memang benar kata pepatah bujang.. kalau dah lapar, semua benda lahap.. walau kering pelik rupa sekalipun.. Kah kah kah..

Sedikit sebanyak itulah kenangan aku dan staf di sini melayan karenah perut dan mengidam. Dah kalah lapor orang mengandung. Hahaha.. It's worth it. Apabila dikongsi bersama. This is how we welcoming the day. How we celebrate hari buruh pada waktu kerja. Memang benar benar berbaloi. Lama dah tak makan ramai ramai..

Selamat Hari Pekerja!
Penulis bersama teman teman menayangkan hasil pesanan pizza...

No comments:

Post a Comment