Monday, 27 April 2015

Arigatou Minasan!!

Paling sulung.. paling bongsu..
Blue Swede - Hooked On A Feeling..

Too long. It's too long. 2 week to be exact. Demam denggi dan suspek leptospirosis. What could go wrong? Oh yeah, admission for about 4 days, not to mention demam selama sepuluh hari lebih.

Sememangnya April menduga kesabaran dan ketahanan diri sendiri. Aku tak pernah sakit dalam tempoh yang lama.

Selalunya bila sakit masih ada deria rasa untuk makan. But until now my body is weak. Selera makan kurang. Belum dikira berat badan yang sememangnya susut mendadak.

5 perkara yang selalu orang ambil ringan. Kemudahan yang telah Allah beri tapi tak semua syukur dan hargai, salah satunya adalah nikmat sihat sebelum sakit.

Orang lain yang sakitnya mungkin lebih lama, kesengsaraannya lebih perit, belum tentu boleh bersabar dengan ujian Allah. Aku demam lama pun tiap tiap hari berfikir, bila sakit nie akan sembuh. Aku kemudian tengok mereka yang lain. Ada yang sakit gout di sendi. Setiap hari mengadu nasib kepada Allah atas ujian yang menimpa dirinya.

Ada suspek darah tinggi dan sakit jantung. Terus menung lama tengok diorang. Alangkah tidak bersyukurnya hamba Allah sorang nie. Ish.. ish.. ish..

Sakit yang lama ini juga banyak mengajarkan aku erti menghargai setiap usaha, penat lelah dan ambil berat dari mereka yang selama nie berjuang, bekerja bersama sama aku. Terasa setiap pemberian, setiap perhatian yang diberikan amatlah dihargai dan aku tak mampu nak balasnya. Dari beli air 100+ dalam 2-3 botol untuk aku minum bagi rehidrat, paksa aku minum jus betik yang telah dikisar ( sememangnya rasa pahit terlampau.. )


Juga bubur dimasak penuh kasih sayang oleh mereka yang aku anggap sebagai orang tuaku di sini. Terasa sebak sebab mama abah pun sama ambil masa dan peluang untuk ziarah anak mereka yang sakit di sini.

Tidak dilupa juga kepada jasa-jasa staf staf hospital tidak kira sama ada M.A, sister, nurses, atendan dan mereka yang datang ziarah aku time aku sakit. Allah sahaja yang mampu balas setiap jasa anda. Dari ambil darah kat lengan kanan, hingga masuk N/Saline sampai 10 pint. Kepada doktor yang sentiasa review dan keep up to date pasal kesihatan diri ini. Terima kasih doktor atas nasihat dan juga concern pasal kesihatan diri saya. InsyaAllah makan ubat saya tak tinggal. =)

Paling aku tak boleh lupakan mama dan abah sanggup datang dari Kelantan semata mata nak melawat anak mereka di sini.. siap bawa adik adik lain. Terharu sangat. Spend masa dengan diri nie, tolong sama sama kemas rumah, beli kelengkapan rumah yang serba kurang ini. Terima kasih abah, lampu dah boleh pasang kat bilik air. Kepada mama yang beli barang barang dapur. Saya anak lelaki sememangnya tak pandai masak dan tidak tahu barang dapur apa lagi yang nak dibeli. Hehehe..

Pengorbanan masa dan wang, waktu dan tiap tiap perkara yang dibuat amatlah dihargai. InsyaAllah, kalau ada peluang aku nak balas balik setiap kebaikkan yang telah dilakukan oleh mereka ketika aku sakit tenat. Ya Allah, ku doakan kesejahteraan, permudahkan urusan diriku dan setiap insan yang membantuku ketika aku sakit.  Murahkan rezeki kami dan kurniakan keberkatan dalam setiap perbuatan yang kami buat. InsyaAllah..

Thanks.. for everything...

No comments:

Post a Comment