Tuesday, 7 April 2015

Saya Dan Selasa...

Hari ini hari Selasa.. Saya suka hari Selasa..

Hahaha.. alasan. Hari nie la eden boleh bercuti, beristirehat di rumah. Tidur tanpa ada batasan. Rehat sampai terjaga balik dek kerana masa banyak. Namun aku pun faham, cuti sehari jer. Manfaatkan sebaik mungkin. Jadi awal pagi lagi dah buat check-list kat phone apa nak dibuat hari nie. Boleh kata banyak juga chores dan juga tempat aku nak singgah hari ini.

Pedulikan.. yang penting urusan aku selesai semua hari ini. Ada bertangguh tue aku akan selesaikan.

Breakfast pun agak lewat. Dalam pukul 11 pagi aku jamu makan nasi dengan lauk ayam, ikan goreng rebus. Mi favorito! Kuah singgam sememangnya kena dengan taste bud aku yang emangnya mengidam makanan pantai timur. Nampak makcik duk berbual, aku ambil nasi kat periuk nasi. Portion sikit je ( poyo giler.. hahaha.. ) Lantas makan di meja. Cuaca? Panas terik. Habis makan baru teringat, aisey.. kunci rumah kuaters tertinggal. Nak kena hantar juga nie dah alang alang ke Kuala. Maka walau menarik muka masam aku teruskan usaha naik motor balik rumah ambil kunci.

Lapar la pulak duk update blog nie.. Hahaha.. Kira jap jam.. Baru 5 jam. Sabar. Jangan dilayan sangat keinginan perut tue. Puasa leh je tahan lapar. Kan?

Ok. Naik ke Kuala Kangsar dengan motor aku yang telah banyak berjasa tak kira masa dan waktu. Kesian. Pudar dah warna. Aku naik ke Kuala dengan penuh keazaman. Glove siap pakai lagi. Aku tahu itu mungkin agak poyo memandangkan glove hanya untuk bikers dan riders yang bawa motor berkuasa tinggi. Tapi aku ada sebab nak pakai. Panas. Cuaca memang panas. Udara kering. Sampai je PKD aku selesaikan segala urusan. Dari bagi kunci. Ke bank-in duit. Seterusnya selesaikan deposit bank. There. I'm done.

Petang belum plan apa. Blog tamat di sini. Sekian.. Hehehe..







No comments:

Post a Comment