Monday, 30 March 2015

Scramble Word.. Puzzling Thinking..

Penulis bersama bunda tercinta..
Another post for this vacation week.. Menghabiskan sisa masa dengan menaip setiap perincian diri, sejarah dan pengalaman hidup di kala yang lain sudah bersiap sedia untuk beradu.. diulit mimpi indah nan tenang..

Aku pun kain baju tak berkemas lagi, hati sudah membuak buak nak kerja balik.. Pada masa yang sama kerinduan masih ada untuk kembali ke kampung. Rasa tak nak balik pun ada. Apa kan daya, dah nama perantau mencari rezeki.. Harus kuat semangat dan teguh iman terutamanya dalam merantau bekerja di tempat orang..

GST dan minyak akan dijangka memberi kesan kepada rakyat-rakyat marhaen, yang kaya menjadi semakin kaya dan yang sederhana semakin terhimpit. Bagi aku yang bujang mungkin kesannya tidak ketara tapi yang berkeluarga sederhana terkesan. Setiap perkara ada cukai jualan dan perkhidmatan. Secara mendalam terdapat banyak pengiraan dan perangkaan.. Anda boleh baca di MukaBuku atau Pencicip untuk dapatkan keterangan lebih lanjut. Diwar-warkan harga rendah namun gambar-gambar yang ditangkap pengguna menyatakan sebaliknya.

Begitu juga dengan minyak yang dijangka akan menyebabkan stesen stesen minyak bakal kehabisan bekalan lagi buat kali kedua setelah harga dijangka naik lagi. Aku bukan pakar analisis ekonomi mahupun ahli politik tapi sebagai rakyat, ini benar benar membebankan. Perubahan ketara harga minyak seliter akan menyebabkan konsumsi minyak meningkat. Rakyat mungkin akan terpaksa beralih kepada kenderaan awam ataupun basikal. Oh.. yer.. lupa kenderaan awam pun naik harga..

That is from my point of view.. Evidencenya terlampau banyak di ruang sosial.. Ada kerajinan.. klik satu persatu.

This is a reminder for me and family to be more cautious on spending.. Amalkan penjimatan dan cuba sedaya upaya bersyukur dan struggle dalam mengekalkan kehidupan seharian. Ada yang kurang bernasib baik, tiada rumah dan mengemis. Ada yang sudah kehilangan anggota badan, ketiadaan tempat bergantung dan warga untuk bekerja. Ada yang ber'busking' demi sesuap nasi. Itu semua adalah dunia.. pada mata aku.

Setiap malam aku akan berfikirkan esok.. Kerja dan kehidupan. Sedangkan kehidupan itu juga wajib diisi dengan ibadah. Neglect it.. Your life would be misery for sure. Deep thought about it. Bangun pagi kita dah disaji dengan perkiraan wang, what to spend.. what not. Makan minum kat mana. Berapa jam keje. Apa nak buat bila dah habis kerja. Kena menghadap customer. Work needs to be done quickly. Chat with colleague.. Bila kita ada masa dengan Dia?

Again this brings back to the main reason i type this post. It's for me to ensure i still got a little bit of imaan in this harsh ups and down of life. Ada naik turunnya.. kadang kala kita gembira, kita malas seharian. Kita jadi marah dan kadang kala kita malu atas ego kita sendiri. Kadang kala kita puaskan hati dan nafsu kita sedangkan concious squeal for wake up call.. to be awake from the sea of sins.. drifted by the waves of uncertainty..

Pengalaman mematangkan diri.. Namun manusia itu tidak mahu matang.. mahu jadi kanak-kanak..
Kerana kanak-kanak itu tidak risaukan apa apa.. Sedangkan maut menanti saban hari..

Hopefully it lighten up a bit of my burden and uneasy feeling.. It already did..

I felt a lil bit better.. InsyaAllah..


Ciao!

No comments:

Post a Comment