Monday, 28 December 2015

Penghujungnya...


Assalamualaikum...

Mengantuk di pagi hari Isnin. Hari kerja hari ini. Nasib baik masuk kerja petang. Jadi ada masa untuk aku kemas rumah sikit, basuh baju seluar dan cuci pinggan. Sarapan dengan elok ditemani kipas Cornell yang kuat meniup rambut aku yang semakin panjang. Niat nak pergi isi tong air dan beli apa barang yang patut. Sikat rambut aku dah hilang, berus gigi tertinggal. Ternyata tak teratur hari ini. Hehehe..

Niat untuk luangkan masa di kampung terlaksana apabila aku balik juga cuti 4 hari di Kota Bharu. Cuaca cerah dan hujan pada masa yang sama. Aku banyak habis masa kat rumah, tengok televisyen sambil berbual dengan mama dan abah. Kadang kala tengok berita dan layari internet. Macam-macam. Dari kesempitan wang oleh setiap keluarga yang menyiapkan kelengkapan anak-anak untuk buka sekolah sampaikan isu-isu semasa yang sentiasa diselit bersama kematian.

Aku lihat dalam seminggu ini banyak benar kematian disebabkan lemas, tak kira sama ada di sungai atau di pantai. Kehilangan orang yang tersayang sekaligus membuatkan aku sendiri rasa simpati. Yang jadi anak yatim piatu sekelip mata, yang kehilangan anak-anak yang dirindui dan disayangi. Membuatkan aku berfikir tentang ajal dan maut yang Allah tentukan. Mereka yang pergi ini adalah antara yang Allah janjikan mereka syurga, dari latar belakang agama yang baik. Macam mana dengan aku?

Jujur aku rasa bertatih diri nie nak buat baik. Allah lebih mengetahui hari-hari yang aku alami. Dosa dan pahala sama-sama diraih seharian. Tapi lebih ke arah bahu kiri yang tak mengira waktu menulis setiap kemungkaran yang aku dah lakukan. Ya Allah, adakah sudah kecik cahaya Nur yang aku doakan bersemat di dalam hati ini. Jika ya maka bersihkan hati aku ya Allah. Bait-bait tulisan yang aku nukilkan adalah jujur dari hati. Moga tenteram hati dan jiwa.

Telinga, mata dan mulut adalah 3 bahagian utama punca dosa. Allahu Rabbi aku pohon dengan Kau Yang Maha Besar. Lindungi diri ini dari mudah melakukan dosa, hampiri diri aku untuk membuat amal ibadah kepadaMu. Mudah sekali diri ini melakukan dosa, tanpa sedari. Andai syaitan dan nafsu penjana kekhilafan diri ini, maka Allah ku mohon perlindunganMu. Aku lemah.

Matikan aku dalam kalangan yang beriman. Kurangkan masa diriku dengan keduniaan, dengan telefon dan laptopku. Habisi masa pemberianMu ini dengan zikir dan ingatanku padaMu Ya Allah.
Habiskan tahun 2015 ini dengan keinsafan, dengan ketenangan. Doakan hambaMu beroleh syafaat dari Rasulullah. Aku hanya hamba fasik yang meluahkan segala keperitan diri di dalam blog ini. Kau Yang Maha Melihat, saksi akan segala apa yang aku luahkan ini.

Moga kita semua berada dalam rahmatNya, dalam pengampunanNya selagi mana ingatan kita hanya pada Allah Yang Maha Esa.

Sunday, 20 December 2015

Cuti-Cuti Familia Disemberia..

Mind-set nak buat post baru di awal pagi. Let it flow freely in words and expression. Walau kadang kala isinya tak ada. Haha.. Good morning and a very good Sunday to all.

Kerja 12 jam untuk hari kedua setelah 3 hari bercuti. Again, mind-set kena kental. 12 jam kot. Macam-macam jenis orang aku akan jumpa hari nie. Staf yang kerja sekali pun main peranan. Sempoi dan sentiasa ceria dalam tugas. Takdelah aku duduk masam mencuka. Hahaha..

Rumah sunyi lepas mama dan adik-adik semua balik kampung. 4 hari bercuti, melawat abangnya yang kerja di Sungai Siput nan indah nie. Nak merasa jalan-jalan Perak, pergi tempat menarik dan sambil erat hubungan silaturahim. Abah kat kampung, sibuk dengan kerja. Anaknya faham, banyak juga kerja yang nak kena siapkan. Barang elektrik banyak yang nak kena baiki. On time lak tue. Hehe..

Cuaca yang panas serta planning yang sempoi membuatkan cuti 3 hari aku ambil adalah setakat ini yang terbaik dalam mana-mana trip sebelum nie. Nak penuhi la impian adik-adik dengan Mama nak pergi Lost World of Tambun, pastu yang lainnya nak merasa masuk panggung wayang. Hari kedua lak tengok wayang tayangan pagi Star Wars : The Force Awaken. Memang aku nak tengok pun. So, it's killing two bird with one stone aite? Hahaha..

Kereta mama breakdown, rosak kat bahagian tayar masa trip ke Lost World. Hantar kereta repair kat kedai baiki kereta dekat dengan klinik aku. Hari kedua tue pakai kereta aku untuk pergi tengok wayang. Rapat bawah kereta dengan bonggol bila aku bawak. Nampak tak betapa ramainya adik-adik aku? Haha.. Happy kot jalan ramai-ramai.

3rd day was really special. Lepas je solat Jumaat, dengan unexpected journey bertolak dari rumah ke Lumut ikut jalan lama. Try kereta Mama yang dah direpair. Puas hati. Berjalan la kami ke Lumut. Tempat di mana banyak kenangan mama dan abah, kenangan aku masa zaman sekolah rendah dan menengah. Dah lain dah sekarang, tak macam dulu. Pesat membangun.

Mama pun kebetulan kata nak jumpa kawan sekolah dia kat area Lumut, dengan gerai makan berdekaran dengan stesen bas. Tempat aku selalu beli tiket bas bila nak balik Ipoh dari base Lumut. Makan bersama-sama dan balik pun agak lewat. Solat Maghrib di masjid area Manjung. Terus shoot balik. Sampai dalam pukul 10.00 malam. Badan letih da esok nak keje lak. Hahaha..

Esoknya diorang balik kampung dalam pukul 8.35 am. Bunyi bising gaduh diorang, bunyi ketuk senduk, sodek dan kuali dah tak ada. Kembali sepi rumah macam dulu.

Haish.. Kena berumah nie.. Hahaha...

Wednesday, 9 December 2015

Wordful Wednesday - Blues 12 Jam


As the title said, this post might bored you. So, you have been warned! Hahaha..

Spending my free time typing all the things that had coming upon me for the past days. Recently my boss set up  our holidays for the upcoming weeks. Much holidays well spends, little effort in making OT's since financial account is closed for end year. Lots of OT's but most of it would be claim on off days and hours. Meaning that easily i can get a free 1 day off without using my yearly off.

Patient's flow for today is quite good. But i easily bored and tired. Yawning for a couple of hours. My lunch breaks was late. Hahaha.. My stomach is bloated from easily-changing working and eating hours.So you can expect the digestion itself isn't good. Sometimes patient come continously without breaks and sometimes not.

Fuh, tue dia English aku. Punya la penat nak menaip pasal kerja hari nie. Tapi sememangnya semua yang ditaip di atas itu benar-sebenar-benarnya. Ramai pesakit dan berterusan. Angka caller aku tadi pun dah masuk 42. Boleh bayangkan dari pukul 10 pagi sampai jam sekarang aku duk check pesakit. But let's be honest, aku kena bersyukur. Ada klinik yang pesakit ratenya mungkin lebih dari aku. Tak terlayan setiap simptom pesakit. Melainkan kalau dia ada dua orang MA. That's something.

Plan macam-macam dengan kawan karib aku nak travel dalam bulan nie. Planning meticulously, aiming tempat mana nak pergi dan estimation masa, tenaga, wang dan effort. Moga menjadilah yer. Dalam dua tiga hari nie aku cuti dan kerja. Waktu jam pun dah berpinau-pinau. Kadang tidur awal, kadang tidur lewat. Tapi aku cuba usahakan untuk tidur awal, walaupun ends up aku tido lewat dan letih.

Solat alhamdulillah. Berjemaah bila ada peluang. Bila malas memang jaga betul solat kat rumah. Self reminder everyday. Naik turun iman nie toksah cakap la. Kadang-kala tinggi kadang kala rendah. Usaha sedaya mungkin untuk istiqamah dalam amal. Juga untuk sabar. Darah muda nie cepat sangat marah, pra-sangka buruk etc etc. So, aku kerja la nie banyak pakai mask. Senyap-senyap dalam boleh zikir, hide away facial yang kadang tak senang dengan mask. Allah je tau perit sabar tue. =)

Dalam 12 jam, macam-macam benda terjadi. Pelbagai perkara berlaku. Ngantuk ada, letih pun ada. Kadang seronok, mostly tiring la. But who's me to questioning. Siapalah aku nak mengeluh? Allah dah beri rezqi aku melalui kerja ini. Aku sendiri tak bersyukur. Astaghfirullah. Kesedaran harus mengatasi kelemahan diri.

Ok.  Back to work!

P/S : baca balik post-post lama membuatkan aku gelak sorang-sorang memandangkan post aku masa umur 21 amatlah keanak-anakan, tiada perancangan dan lebih kepada hiburan diri. Masa banyak sangat spend dengan blogging. Well, time flies. So does my age.

Hopefully well-spent towards barakah of living. Beribadah untuk Allah.

Wednesday, 2 December 2015

Dun Dun Dun.. December!

Blue Swede - Hooked On A Feelin'
Lagu yang sentiasa aku pasang dari mixtape Guardians Of The Galaxy kalau aku nak menaip post baru. Hey, it's December. Last month of this year. Bulan Safar 1437 Hijrah. Me? I'm good, i guess. Hari nie alhamdulillah dapat juga pergi solat Subuh kat masjid setelah sekian lama kat Sg Siput. Banyak benar dugaan aku nak ke masjid. Ngantuk la, malas la. Hari ini syukur dapat juga pergi. Feels good I started my day with deeds.

Hari nie kerja shift pagi. Jam kat dinding dah pukul 8.16 am. Banyak spend masa dengan laptop, habiskan drama Trick yang aku dah download kat rumah. Aku pun tak tahu, sudden interest in watching mysteries drama ( am I correct on this? ). Hiroshi Abe dan Nakama Yukie. Pasal debunked spiritual phenomena. Kiranya ala-ala macam X-Files tapi ada elemen lucu dan serius at the same time. Setakat yang aku tengok sekarang dah episode 6. Ok la.. Best la jugak.

Breakfast hari nie? Tetiba teringin nak menggoreng ayam lak. Siap beli hari Isnin hari tue. Beli banyak sebab nak jimat duit. I start to save more nowdays. Simpan semampu mungkin. Tengok la istiqamah macam mana. Hahaha.. Makan pagi pun aku makan kat rumah je. Kadang tue goreng sosej dengan roti telur. Minyak semua dah ada dah. Kalau makan kat luar mau habis dekat RM 5 lebih. Lagi satu, untuk kurangkan consumption. Kurang makan, trained diri untuk disiplin bab makan.
But caffein still tak leh nak lepas. That's a huge problem. Herm..

Semalam kerja 12 jam pun tak la stress sangat macam biasa. Hujan pun rintik-rintik jer. Elok juga check patient mood baik sampai ke malam. Hahaha.. Berkat usaha dan yang paling utamanya ingat Allah sentiasa. Spend banyak masa jugak la dengan Al-Quran. Surah Ibrahim tak habis baca, Surah Yusuf pun tak habis lagi. Banyak baca translation dan baca at the same time bila ada masa. InsyaAllah akan teruskan pembacaan.

Lupa lak, genap hari nie setahun kerja kat klinik kat sini. Dari lapor diri awal-awal pagi pukul 8 kat PKD, hello dengan in-charged, terus kerja 12 jam. 1st day kot? Bila ingat balik, banyak benar kenangan kat klinik nie. Dari awal masuk, ada staf tukar sampai la staf yang kekal sekarang. Moga Allah berkati pekerjaan aku yang aku usahakan selama ini. Bersih gaji dari segala benda haram. Berkat gaji dan kerja yang aku lakukan.

Pada masa yang sama nak singkirkan segala benda negatif dalam diri. Melihat diri bekerja kerana Allah dan beramal sentiasa seperti setiap masa berharga. Maut tak mengira masa. Al-Fatihah buat Yus Jambu dan seniwati Mariani. Terutamanya Yus Jambu, yang meninggal dunia pada Isnin lepas. Allah berkati dan cucuri rohnya di sana. Banyak kebaikkan dan amalan kat dunia yang dia buat dalam diam-diam. Allah sayangkan hambaNya. Mungkin sudah sampai masa dia berehat. Kembali di sisiNya.

Last but not least, kepada mama dan abah, abe doakan supaya dikurniakan umur yang panjang untuk beribadah dan beramal, semoga dirahmati Allah di dunia dan di akhirah. Doakan jodoh anakmu ini baik dan sentiasa dalam amal kebaikkan. Hari-hari adalah perjuangan bagi seorang anak muda seperti aku. InsyaAllah mama abah. Doakan abe. Abe doakan mama dan abah sentiasa dalam lindungan rahmat Allah. Juga pada famili dan kawan-kawan yang mengenali.

Assalamualaikum....


Friday, 20 November 2015

Self Reflecting : Dunia Dan Akhirah

I guess it takes 10 days for me to type another new post. In the past 10 days, lots of things happen. The Paris Attack, YaPeim scandals, murder of school clerk and father. Most importantly the attack on Gaza's and Syria's which can be noted everyday via Facebook and Twitter, rather than being covered by worldly known news like CNN, BBC and FOX News. Propaganda? Definitely. It's nearly the end of the world as we know it.

We just aren't really noticing it.


Belum dikira isu-isu berbangkit di negara sendiri seperti perjanjian TPPA, 1MDB yang masih belum selesai, korupsi antara pemimpin dan syarikat-syarikat besar, salah guna kuasa dan wang. It is endless. Peritnya rakyat yang menanggung setiap apa yang mereka buat, yang mereka usulkan tanpa terlebih dahulu mengambil kira pendapat dan pandangan rakyat. Sembrono tanpa mengira soal hati perasaan.

Aku walau hanya rakyat biasa, yang daif ilmu kadang kala rasa terpanggil untuk bersama yang lain untuk berdiskusi tentang soal-soal ini. Soal dunia. Soal integriti dan negara, kemajuan dan keamanan sejagat. Namun, sebagaimana yang aku taip, aku daif ilmu.Tidak kuat rasanya hujah kalau hanya berpandukan laman sosial. Ilmu itu kuasa. Ilmu perlu dicari. Islam sendiri menegaskan bahawa kita wajib mencari ilmu tentang dunia dan akhirah. Solat juga jika hanya mengikut pergerakan tanpa ilmu, maka tiadalah penghayatan dan khusyuk.

Sentiasa mata dan telinga ini dijamu dengan berita sedih, menyayat hati. Bagaimana kedaifan, kemusnahan dan kematian bangsa, kehilangan saudara seagama setiap hari. Benar, Qiamat semakin hampir. Terlalu dekat. Tiada pernah ada rasa risau kita manusia. Sedangkan kita tahu mati itu pasti. Qiamat itu pasti. Dosa dan pahala itu tertulis sendiri di Luh Mahfuz. Dalam kita peka dengan dunia, kita sentiasa leka dengan akhirah.

Tarik nafas dalam dan pejamkan mata.

Amal baik jadi amalam seharian kita agar tak lekang diri mencari redha Allah dalam kehidupan. Berdoa dan berzikir sentiasa menenangkan hati, memohon keampunan Allah dan mendoakan kesejahteraan mereka yang pergi, menguatkan semangat dan pertolongan olehNya bagi mereka yang dihimpit dalam perang, kemiskinan dan kematian. Pupuk sabar dalam kehidupan dan tidak lantang terus menilai manusia dari luaran. Menghapus sempadan bangsa dan agama dalam soal peperangan dan menetapkan pendirian bahawa peperangan adalah musuh dalam segenap aspek, bukan penyelesaian.

Aku hanyalah manusia yang memerhati amat. Tanpa pembacaan teliti mungkin aku mudah melatah. Mungkin aku marah dan melenting, harap sabarku mengungkapkan perasaan. Kerna yang diam itu pendirian, yang menyampai perlu berhikmah. Yang berilmu sentiasa membantu dan yang bodoh sentiasa marah mencari alasan. Hakikatnya dunia ini pentas. Akhirah sana tempat semua diadili. Telus tanpa ada simpati.

Allah..

Kami pendosa. Kami mohon keampunan dariMu.

Tuesday, 10 November 2015

Tuesday Thinking - A Walk To Remember

Syurgaku
Duduk dalam rumah. Hari ini cuti Deepavali, jadi klinik tak buka. Aku rasa banyak habiskan masa rehat kat rumah. Walaupun dalam hati ada mood nak kerja. Pelik bukan? Bila tengah kerja nak cuti, bila dah cuti nak bekerja. Hehehe.. manusia tak pernah puas. Walau dalam perkara semudah ini. =)

Dalam 3 minggu kalau tak salah kerja macam-macam benda berlaku. Alhamdulillah yang baik ada yang kurang baik pun ada. Motivated semacam hari ini dalam menaip tentang diri. Sebab hari-hari diri ini bertarung dengan sang tanduk. Jihad dalam amal dan jihad menegah diri buat dosa. Bukan senang wo.. kerap kali kalah.

Genap satu tahun klinik aku buka pada 3 November lalu. Pelbagai jenis pesakit, sakit dan ragam aku jumpa. Yang betul-betul sakit, buat-buat sakit. Kemudian apa yang berlaku sepanjang aku kerja kat sini dan life aku selepas pindah dari Lintang. Kemalangan, masuk wad, putus cinta dan kesunyian. Yup, aku dah merasa semua. Bukan bermaksud aku semakin kuat.

Tidak sama sekali. Tapi banyak buat aku fikir pasal amal. Tentang nilai hidup, kekeluargaan. Setiap pesakit yang datang aku dapat singkap cerita mereka. Tak semua indah, bahgia. Setiap dari mereka ada kisah sedih mereka sendiri. Aku sebagai pendengar adalah seorang yang terbuka menerima cerita mereka. Tapi bukan seorang yang pandai menyelesaikan masalah. = S

Minggu nie banyak OT buat, banyak masa nanti aku luangkan di klinik kesayangan. Moga terus sabar dalam merawat pesakit, tak mudah melatah dan marah. Allah tengah uji hambaNya dalam pelbagai perkara. Komited atau tidak seorang hamba mengekalkan keimanan kepadaNya dalam amal dan pekerjaan. Moga terus kekal dalam istiqamah Iqbal.

Kau perlukan kekuatan itu.

Inilah antara sumber kekuatan engkau. Kalam dari pemikiran diri membantu kau sedar. Jangan dilupa sumber inspirasi ibu dan bapa. Yang ku tahu sentiasa mendoakan kebahagiaan anaknya tak kira masa.

Ya Allah, ampuni dosa ibu bapaku, adik beradikku, guru-guru dan sahabatku. Tunjukkan kami jalan yang benar. Redhai perjuangan kami yang sentiasa rapuh dengan dosa. Untuk mencari cahaya nurMu Ya Allah.

Sesungguhnya Kau Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Amin.

Sunday, 1 November 2015

Noh-Vrem-Brrr

It's November!



It's also rainy season. Cozy in bed, blankets and night breeze. If only my tinnitus weren't as loud as it were today. Sebelah telinga aku pakai headphone, untuk kurangkan bunyi dering.  Nak fokus menaip nie. Banyak nak cover. Hehe.


1st of all mak dengan ayah aku dah pulang dari haji. Alhamdulillah mereka selamat sampai dalam 17 Oktober 2015, tiba di lapangan terbang dalam pukul 7.30 malam. Nasib baik la Maghrib awal, tapi bersesak juga la dengan orang lain yang juga menunggu jemaah haji sampai. Sampai je mama pakai purdah, abah dengan muka gembira tengok kami menunggu kat luar. Ramai. Memang ramai orang masa tue.

Banyak juga ole-ole mereka bawa balik. Kurma dan kacang, air zam-zam, tasbih dan minyak atar/wangi. Berjumpa dengan sanak-saudara yang dah lama tak ketemu. Sememangnya dah lama mama dengan abah di sana. Menceritakan pelbagai pengalaman manis pahit mereka di sana. Aku pun dengar dengan seronok apa yang mama abah ceritakan. Dari saat menara jatuh ke rempuhan di Mina, alhamdulillah mereka selamat.




Hari nie kawan sekerja aku, Asyran bergelar seorang bapa dengan lahirnya anak perempuan pada pagi hari Ahad ( hari ini.. ) Excited weh bila dah jadi ayah nie. Post gambar tangan kat FB, ramai yang ucap tahniah termasuk aku. Moga anak menjadi anak yang solehah dan taat ibu bapanya. 


22 Oktober yang lalu genaplah 3 tahun aku bekerja sebagai seorang PPP. Banyak liku liku kehidupan, suka duka. Dari mula-mula interview dengan kelam kabutnya, selekeh dan serabai. Masuk kolej yang begitu mencabar dari lokasi dan tempat tinggal serta pengajiannya hinggalah ke kerja.

Mula lapor diri PPW di Pulau Pinang, 1st time duduk rumah sewa dengan kawan-kawan, 1st paycheck dan 1st time ambil motor. Sememangnya banyak pengalaman yang sukar dilupakan. Penang banyak kenangan manis.

Sedar tak sedar dah 3 tahun dah kerja. Apa yang aku nak capai dalam jangka masa akan datang? Belum ada secara terperinci tapi aku fikir nak ambil post-basic. Kardiologi. InsyaAllah, 6 November nie dah buka peluang untuk ambil post basic. Aku akan cuba apply.

Doakan aku. Aamiin. 

Thursday, 15 October 2015

Oh Hati Berkecamuk, Minggirlah..


Writing, typing is a way of getting off my unease feelings. Whether that day was really a mess, moody and grouchy time, i tend to let it out via blog post. It relieves me. Spouting all of my worries, my problems here. Although it wouldn't be solved ( or it will be after some times.. ) i guess i'm too a mere mortal, unperfect like others. Who is perfect other than Him. Right?

Assalamualaikum. 2 Muharram hari ini dan mungkin 3 Muharram, bila diamati pada waktu aku menaip blog ini, iaitu selepas Maghrib. Balik kampung selama 6 hari, jaga adik-adik. Habibullah benar-benar jaga adik dengan elok, dalam masa 3 minggu nie. Aku yang duk risau tak tentu pasal, sama dengan mak ayah dan adik-adik yang lain. I know mom and dad won't. They put all their trust in him. Alhamdulillah, berjaya laksanakan tugas dengan baik.

Pabila duk di rumah, tahap kemalasan semakin meningkat dengan tido tanpa henti, semalam tidur lewat download movie dan langsung tak kemas rumah. So much of work i done huh? Banyak mengadap laptop dan game Wii yang Abe Chik pasang kat rumah. Rumah banyak tempat nak kena kemas, especially di toilet dan dapur. Kerap sangat tengok tak kemas. InsyaAllah, tengok keadaan macam mana. Akan kemas jua sebelum Sabtu nie.

Allah duga macam-macam. You have to be patient with it, solved and be a good listener. I have been a quite good listener for sometimes and not a really good solver. Aku boleh tenangkan orang tapi tak mampu nak selesaikan tiap-tiap permasalahan. Both of my sis have difficulties. Moga Allah permudahkan urusan mereka di dalam pelajaran dan kehidupan. Life is hard. So does our believed towards Him, will be tested frequently. I think the test might be given to see how much we loved Him and pray for Him. 

InsyaAllah juga mama dan abah akan sampai di airport Pengkalan Chepa dalam pukul 7.00 malam. Moga mereka sihat dan selamat sampai, sebab sekarang cuaca tak menentu. Tak keruan diri mendengar macam-macam terjadi di sana. Serta kesihatan mama dan abah yang kadang kala tak mengizinkan mereka beribadah. Mama kata mungkin kafarah dosa. Aku faham. Aku juga Allah telah beri kafarah dosa. Namun diri nie jarang sangat nak reflect balik. Haish.

I should be strong will as they are. Raising us when we're little, poured us with happiness and love, care. Didik dengan sebaik mungkin. Mengajar erti bersederhana dan kejayaan dalam setiap perkara adalah berkat usaha dan doa mereka. Allah sahaja tahu betapa banyak pengorbanan yang mereka lakukan untuk membesarkan anak-anak, membahagiakan rumah tangga.

So, should I be sighing a lot?

Definitely nope.

Final answer. Fin.

Sunday, 4 October 2015

Don Quixote is Priceless..

Setting semua dulu. Baru boleh taip dengan aman. Tanpa musik. Hanya bunyi air menitik dari paip yang sememangnya susah nak tutup rapat. Oh well.

 Cuaca hari ini amat jerebu sekali. Sememangnya kadar penglihatan dan penghidupan menjadi semakin teruk, semakin tak nampak dan semakin sesak nafas.

Teruk negara jiran bakar tanah pertanian sampaikan Malaysia dan Singapura terjejas sekali. Paling epik, negara tersebut tidak boleh disaman.

Terdapat beberapa langkah diusulkan untuk dari berlaku kembali. Mohon disegerakan penguatkuasaan unndang-undang terhadap mereka. Lagipun, setiap tahun mesti akan jadi jerebu dek kerana pembakaran dari negara itu.

Jadi aku habiskan masa di rumah. Dua hari cuti bagi aku tidak terbazir dengan duduk kat rumah. It's save, efficient and not time consuming. Aku akan banyak habiskan masa tengok video dan blog. Blogwalking dah lama dah tak terbuat. Video-video yang aku dah download pun belum sempat habis aku tonton. Maka, di kesempatan inilah aku akan luangkan masa dengan menghabiskan drama dan movie.

Jepun memang kaya dengan budaya, tradisi, kemajuan dan drama. Mereka mempunyai drama yang sememangnya menarik perhatian. Aku puji usaha mereka menghasilkan drama yang lain dari yang lain, mengfokuskan tentang kerjaya dan kerja mereka seharian seperti drama Priceless dan Don Quixote ( ini ayat adik aku.. masa rekemen drama Jepun ). Sememangnya menarik, plot cerita dan pelakon.

Mungkin lakonan bagi orang yang pernah tengok drama Jepun, nampak kayu dan biasa. Tapi bagi aku jalan cerita serta usaha setiap pelakon melakonkan kembali watak adalah satu pujian. Berlakon menjadi orang miskin, mempunyai karektor yang lain dari yang lain, kadang kala plot cerita yang mind-blown sememangnya membuatkan aku tak berhenti dari follow setiap episode untuk tahu apa kisah selanjutnya.

Dulu aku suka tengok drama GTO, kat dvd. Sanggup beli untuk tengok dengan adik-adik. Bagaimana seorang bekas geng motor bercita-cita nak jadi cikgu. Dengan perilaku yang sememangnya tak sesuai, kita akan sangkal sama ada dia benar-benar layak atau tidak mengajar pelajar.

Tapi dari sudut aspek sosial, nilai nilai murni sememangnya banyak. Tentang bagaimana masyarakat memandang rendah golongan pelajar, kurang kasih sayang antara ibu bapa dan anak, serta bagaimana buli di sekolah berlaku.

Tiadanya penekanan ibu bapa, kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak menjadi sebab mereka menjadi nakal dan melakukan jenayah. Maka cikgu inilah juga yang menyedarkan mereka tentang apa yang pelajar-pelajar ini mahu lakukan.

Fuh, komentar banyak pasal J-Drama hari nie. Hehehe.. nanti kalau aku ada masa aku akan post banyak tentang tiap-tiap J-Drama yang aku tengok. Mana tahu kot-kot berminat dengan drama yang aku syorkan. Hehehe..

Ja~~

Thursday, 24 September 2015

Eid Adha Blues..

Berjubah Ke Kita..

Bismillahi Rahmani Rahim..

Aku mulakan blog dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Mengantuk bukan kepalang, tidur bukan pilihan sekarang. Memikirkan apa yang mahu ditulis, ditaip hari ini. Ide-ide semakin berkumpul di minda, hanya tunggu untuk disampaikan tuntas dengan halus bicara. Mungkin secara bebas atau tertib bicara bagi para pembaca. Blog aku. Kan? Haha..

Ya. Hari ini 10 Zulhijjah, Hari Raya Eidul Adha. Di mana di Kelantan pastinya meriah di setiap rumah famili dengan ibadah korban, sebagai tanda kita mensyukuri nikmat Allah yang tidak terhingga. Menghayati ibadah yang dianjurkan para anbia sebagai memperingati peristiwa Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS, pengorbanan seorang nabi Allah yang mematuhi perintah TuhanNya menyembelih anaknya Ismail, yang akhirnya diganti dengan seekor qibas ( biri-biri ).

Mama dan abah semalam mengerjakan wuquf di Arafah semalam. Hari ini mereka bergerak ke Mina. Moga perjalanan ibadah mereka dipermudahkan Allah. Suasana rumah riuh. Mak saudara balik dari KL bersama suami dan anak-anak. Sudah lama tak merasa meriah macam nie. Hehehe.. Gegar rumah dengan mereka berlari, bermain sama-sama, diselangi dengan gaduh dan tengkar keanak-anakan. Sememangnya tipikal cuti sekolah. Hectic.

3 hari aku kerja 12 jam. Penat hanya Allah tahu. Sampai hari Selasa, aku dah mind-set supaya manage patient properly. Mohon tak ramai. Allah Maha Mendengar. Pesakit tak ramai sangat dan aku manage diri tak stress sangat dengan karenah pesakit. Kami adalah pendengar yang paling setia selepas awek dan boifren. Sebab apa-apa kesusahan, kesakitan dan kesulitan kami akan dengar dan bantu semampu mungkin. Empati lebih pada simpati Tak semua manusia sihat, kaya dan bahgia. Tak semua. Termasuk aku.

Raya Haji tahun ini persiapan lebih kepada mengemas rumah. Kalau mama dan abah ada dah pergi ke tempat penyembelihan untuk mengagihkan daging. Menu selalunya sup kaki yang enak dan sama ada daging masak kunyit atau daging bakar. Jarang bakar. Selama seminggu menu utama adalah daging. Siapa penggemar daging sememangnya heaven dalam seminggu ini. Lembu yang dikorbankan setiap tahun banyak dan diagihkan kepada mereka yang memerlukan. 

Sambutan tahun ini adalah secara sederhana. Adik beradik banyak duduk di rumah tengok tv, main game dan bersembang. Lagipun Abe Chik tak lama lagi akan pulang ke Jepun. Betul-betul nak gunakan masa sepenuhnya bersama famili. Sensitif dia kalau sebut pasal Jepun. Hahaha.. Faham sangat. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik hujan batu, sakit tapi ada hikmahnya ( pandai la aku reka. Hahaha.. )

Tengah fikir nak luang masa kat mana dengan adik-adik. Tak makan tengah hari lagi. Sekarang pun dah petang. Hahaha..

Thursday, 17 September 2015

Maraton Movie Dan Makan..

Berturutan entry. Sememangnya aku memerah idea untuk menaip. Aku cuti. Jadi, aku akan cuba sedaya upaya berkongsi apa yang berlaku pada hari ini. Tak keluar ke mana. Berkurung di rumah. Elok jugak, kalau keluar je mana-mana, duit pun keluar juga. Baik jadi kurang produktif dari proaktif di luar. Fuh ayat. Hahaha..

Hari gaji hari ini. Ramai yang datang ke bank untuk keluarkan duit, bayar bil dan sewa rumah, bayar kereta dan macam-macam. Yang main kutu dengan bayaran bulanannya, yang beli ansuran dengan ansurannya. Hari nie juga la aku merasa agak angin dengan satu syarikat yang ternama, kerap kali menalefon dan hantar mesej kata akan hantar wakil ke rumah aku untuk menuntut bayaran ansuran motor yang tak selesai. Walhal hanya RM 50.

Kalau nak diikutkan hati aku nak pergi syarikat tersebut, nak tanya tertunggak dari sudut mana sebab selalunya aku bayar on time dan dengan nilai yang lebih dari sepatutnya. Tapi dengan memaksa bayar sampai ke tahap nak datang rumah atas nilai tersebut, aku pujuk diri aku untuk bayar selebihnya. Mungkin nampak macam budak-budak sebab alah, bayar jelah duit lebih tue. Kalau anda dari keluarga yang kaya, maka anda seronok bergurau begitu. Saya tidak. Berpeluh bayar.

Hari ini Allah benar-benar sayangkan hambaNya. Rezki melimpah ruah. Kawan datang rumah, jenguk dan tanya khabar. Lama tak nampak. Berbual dan habis masa tengok 3 filem kat laptop. Hahaha.. Sembang dan gelak memanjang. Pagi-pagi lagi dah datang bawa nasi lemak. Erp, alhamdulillah. Baru je cadang nak makan pagi tapi dah ada orang nak belanja. Maka, berhuhuhu lah saya makan dengan kenyang.

Habis je tengok filem, dia beransur pergi. Aku baru teringat, roti ada banyak lagi ( malah tak buka lagi untuk makan ). Pagi tadi lagi dah rancang, bawa ke petang. Lepas je solat Asar tadi teringat nak pergi cucuk duit di ATM. Al-maklumlah, habuk je dalam. Beli barang-barang kat kedai, singgah kat klinik tempat aku kerja. Bos pulak belanja. Again, alhamdulillah. Sambil-sambil sembang pasal dunia. Pasal akhirat, haji dan keberkatan gaji.

Jujur aku hormat dan suka dengar pengalaman dari i/charge aku pasal macam mana dia bekerja dahulu. Layanan macam mana pesakit dan waris bagi kepadanya ketika bekerja, macam mana berkatnya gaji yang diberi dan untuk mendapatkan ketenangan jiwa ketika bekerja. Aku faham dan dari zaman klinik dulu lagi ada dua sahabat baik aku berpesan agar bekerja dengan rezeki yang halal. Biar sedikit asalkan dapat keberkatan rezki. Berpatutan dengan apa yang kita buat. Itu adalah hak dariNya.

Sebab dulu aku pernah kerja lebih masa tapi banyak yang tak kena. Walau gaji dapat banyak tapi dari sumber meragukan, cara yang tak kena maka rezki yang kita dapat tue tak terasa. Walau banyak mana sekalipun, kita akan tetap rasa sedih, ragu-ragu, takut, sempit dan macam-macam lagi.

Perlahan-lahan aku cuba ubah. Alhamdulillah. Walau sedikit tapi aku cuba tak mengeluh.

Rezki dariNya.

Kita hanyalah hambaNya.

Wednesday, 16 September 2015

Rant Wednesday - Haze, Overworking dan Hikmah Kesusahan

Everyday..
Dengan muka sembab, letih dan drowsy aku menaip post baru hari nie. It's been a while. Dah banyak kali plan nak update blog dengan benda-benda yang berlaku selama seminggu nie. Lot's of things to tell, yet when i try to type it, it wouldn't out. The idea. Hahaha.. Seminggu yang boleh dikatakan hectic. Masa kat rumah pun antara 10 malam sampai 10 pagi which I sleep and wake up early in the morning to get breakfast and start working. 12 hours non stop.

Luckily today my shift was only until 6 pm. Masa petang yang ada ingat nanti nak ke pasar malam. Lama dah tak pergi. Esok pay-day dan esok juga cuti. How cool is that? Finally got some time to rest and watch Runningman. Banyak episode aku miss. Anyway seminggu nie kualiti udara sememangnya menyesakkan hidung hidung warga Malaysia, dengan kadar IPU yang agak membimbangkan. I know that numbers aren't important tapi bila kau tengok kat luar, kabus yang agak tebal menutupi banyak kawasan, dengan bau seperti kilang dan kadar pandangan yang agak terhad, kau akan mula ambil berat dengan nombor tersebut, that is 178. Yep, kadar IPU di Malaysia is 178 guys. Agak teruk khususnya di Sarawak.

Dua hari lepas aku tengok kabus yang tebal benar benar membuatkan diri rasa tak selesa. Jalan tak nampak dengan kabus kuning. Seems like it is the end. Tapi ada hikmahnya. Sepanjang perjalanan aku ke kursus di Tanjung Rambutan, aku fikir mungkin hikmah Allah nak beri kepada manusia macam kita. Agar bersyukur atas nikmatnya. Dari udara, awan yang menutupi, langit membiru memayungi manusia dan sinaran matahari yang sentiasa menemai setiap insan, kita jarang bersyukur kepada sekeliling.

Kita hanya bersyukur dengan apa yang Allah beri kepada kita, tapi jarang bersyukur atas persekitaran yang Allah kurniakan. Malu rasanya kita hamba, Allah dah beri kemudahan tapi kita sedar tak sedar. Bila dah mula tak nampak langit baru menadah tangan memohon jerebu agar berkurangan. Kembali kepada Allah. Itulah fitrah manusia. Mohon agar sentiasa kembali kepada Allah.

Workload banyak minggu nie. Sabtu ahad aku kerja 12 jam di klinik, Jumaat aku pergi kursus di Kuala Kangsar, which was my off day. Then Isnin kursus di Tanjung Rambutan, Selasa dan Rabu OT aku. So, you can imagine. Letih dan serabai dengan rumah tak kemas. Biasalah orang bujang. Jadual terlalu padat minggu nie. Hehehe.. Sampaikan masa untuk ponder myself, thinking pun tak ada. Balik kerja dengan badan lenguh letih, paksa diri mandi then tido, Terbabas pun ada kadang-kadang Isya'.

Sekarang, aku pastikan aku selesai solat dulu. Baru rebahkan diri di katil yang empuk. Manusia sentiasa melakukan dosa. Kalau boleh cuba lepaskan diri dari rotasi dosa dan cuba kembali ke rotasi pahala. Positifkan diri. Jujur aku stress. Tapi dalam 2-3 hari aku cuba kuatkan semangat bekerja. Kita kerja kena niat kerana Allah. Kurangkan perkara yang boleh mendekatkan kita dengan dosa. Ejek dan gosip terutamanya. Haish. Kurang-kuranglah Iqbal Hakim. Jadi orang yang hanya bersuara bila perlu. Yep.

Member aku pun dah dapat tukar. Bestnye. Bila la time aku nak tukar. I wonder.

Sekian.

Monday, 7 September 2015

I'm A Loner

Di Gua Tsur
Kesunyian. It's been a while since I felt this. Dulu masa cuti tiga bulan, berehat lepas kemalangan.. aku banyak habis masa kat rumah. Bunyi adik-adik pasang televisyen, tengok kartun sambil gelak benar benar suatu suasana yang aku tak akan merasa masa duk sorang sorang kat sini. Yes, terkadang sunyi time cuti memang aku takkan pergi mana-mana. Habiskan masa cuti ke KSM, berbual dengan staf. Kalau tak, aku tidur jer.

Mama dan abah selamat dah sampai Makkah. Melawat Jabal Rahmah, Padang Arafah dan Gua Tsur. Beruntung mereka kat sana. Boleh habiskan masa kat sana beribadah dan berdoa. Moga abah dan mama beroleh haji mabrur. Adik-adikku semua ada yang tengah praktikal, berjaga malam bertugas pantau pesakit ( Ika ) dan selebihnya di asrama ( Kak Teh ). Lelaki kebanyakkannya duk kat rumah dan dikepalai oleh abangnye, Luqman Hakim. Hehehe..

Mesej kat whatsapp tadi kata dua-dua adik demam. Aku doa agar kesihatan mereka semakin baik. Semakin sihat untuk terus belajar. Kena biasakan diri mama dan abah takder. Kesian semestinya ada memandangkan aku ada yang paling kecik sekali, baru berusia 5 tahun. Harap dia kuat semangat dan tak selalu sedih. Manja sikit yang paling kecil nie. Hehehe.. Tapi dari mesej tadi pun diberitahu yang mereka semakin sihat. Alhamdulillah.

Esok ada sehari lagi cuti. Dua hari cuti setelah kerja straight 12 jam dari Sabtu dan Ahad. Kena berjimat sikit duit, tak boleh spending sembrono macam dulu. Fast food is a no-no. Aku pun dah beli makanan untuk bekal seminggu. Pagi aku cuba makan benda ringan. Tak boleh berat-berat macam biasa. Nasi pun harap sekali sehari. Tapi hari nie dua kali sebab klinik ada makan-makan. Tak boleh la tolak kalau dah orang offer. Hehehe..

Masa lapang aku ada aku habiskan tengok Legal High, drama Jepun pasal peguam. Pada pandangan aku, peguam nie umpama berdiri atas tali, di kanannya syurga dan di kirinya neraka. Kenapa? Mereka ada yang bela orang yang tak bersalah dan kadang kala bela orang yang bersalah. Kerja mereka adalah mempertahankan client setelah dibayar untuk menang dalam mahkamah. Sedikit sebanyak aku tahu pasal hal mahkamah, pasal pembayaran ( settlement ) dan undang-undang. Slightly je la..

Kerap sakit perut sekarang. Mungkin kena kurangkan kaffein..

Aku memang caffein-holic.. Ijo Des. ( That's it. )

Tata..

Wednesday, 2 September 2015

Seruan Haji..

Abah dan mama..
it's been a while now.. lots of memories and happiness that being inside my head...
all the things are now embedded in my mind.. my soul and love towards both of them...
all the effort i make.. the decision that i take was only and only for both of you..
now i can see the everlasting smile that you create when leaving..
meeting Him and visiting His Messenger.. the ultimate goal of every muslim..

Ya Allah, tiada kata, bahasa dan suara yang mampu aku luahkan betapa gembira, seronok dan bersyukur kepada Allah Yang Maha Esa. Memberi peluang yang besar bagi kedua ibu bapa yang sekian lama menyimpan hasrat. Untuk menunaikan satu-satunya ibadah Allah yang mulia, beribadah dan beramal sebanyak mungkin di sana. Melafazkan kesyukuran tidak terhingga, memohon syafaat dan keredhaanNya dan rasulNya.

Yakni menunaikan haji di Makkah.

Begitu ramai mereka yang datang melawat abah dan mama di rumah tanpa henti. Mengucapkan tahniah dan bersyukur bersama mereka atas peluang yang diperoleh sekali dalam seumur hidup. Berkongsi kisah-kisah di tanah suci bersama mama dan abah. Masing-masing gembira bersua buat kali terakhir sebelum mereka berlepas hari ini. Tidak lupa yang mengirimkan doa dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan ketika tiba di tanah haram. Termasuk juga aku. =)

Sunyi di rumah. Tiada lagi bising mama dan abah memanggil anak-anak. Turun untuk makan tengah hari. Mengajak keluar membeli bahan masak. Naik motor dengan abah untuk bersiar-siar di petang hari. Tapi kami gembira anak-beranak kerana Allah memilih ibu dan ayah kami untuk menunaikan haji di sana. Hanya Allah yang tahu betapa gembira bila mellihat abah memakai ihram dan mama dengan kain tudung putih, sambil di speaker sudah berkumandang panggilan haji.

Labbaikallah Hummalabbaik..

Aku dengan abe cik mengangkat beg ke tempat pendaftaran haji. Memeluk abah dan mama buat kali terakhir sebelum melihat mereka masuk ke dewan untuk taklimat terakhir sebelum berlepas ke KLIA bagi menaiki kapal terbang ke Makkah. Tangisan gembira dan sejuk hati melihat kedua-duanya saling bersama membawa beg pakaian ke dewan. Melambai saat masuk ke dewan. Mereka telah lama menantikannya. Inilah masanya.

Aku dan yang lain pulang dengan kereta. Mengingati tiap pesan mama dan abah untuk kemas rumah dan sentiasa menjaga adik-adik. Pastikan makan dan minum cukup. Ambil mereka di sekolah. Sentiasa pastikan yang mereka ada abang-abang yang akan menjaga hingga mereka pulang. Aku pun esok akan bertolak balik ke Perak. Jumaat dah mula kerja. Kembali bekerja.
Moga Abe Cik dapat jaga mereka dengan baik. InsyaAllah.


Monday, 24 August 2015

Car-tastrophe Week

Minggu ini adalah minggu penghabisan duit dan never ending mishaps. Satu-satu dugaan Allah bagi untuk diri ini. Untuk ingatkan kepada hambaNya yang tiap-tiap perkara yang berlaku di dunia, yang di alami adalah sebagai peringatan tentang dosa, kesalahan yang telah kita lakukan. Kafarah kepada dosa-dosa sama ada kita sedar atau tidak. You learn to be more humble and thankful after all that happen, which is by Qada' dan Qadar.
Oh Alignment..

Adalah menjadi kebiasaan kepada pengguna kereta 2nd hand ( atau bagi aku dah 4th-5th hand sebab dah banyak orang pakai kereta nie ) untuk menghabiskan wangnya membaiki setiap alatan, mesin dan bahagian yang rosak dalam enjin. Sama ada alternator, spark plug cable, tayar dan macam-macam lagi, apabila ditukar maka kenderaan akan berjalan dengan sangat lancar. Begitu jua dengan duit, sangat 'lancar' mengalir keluar.
Kereta aku dalam minggu nie banyak rosak. Sampai je dari Kelantan, foreman kata bateri rosak. Tukar bateri baru, kesnya kereta tak boleh start. Bateri dah habis cas. Then second time tak boleh start, tapi ada bunyi kipas. Check tengok alternator aku pulak rosak sedangkan aku baru tukar tahun lepas. Yes, dah kena tipu dengan foreman dulu, silap beli recon punya. Habis dalam RM350 untuk alternator baru.

Kemudian semalam aku baru balik dari Lumut, ziarah kawan sakit lepas kemalangan dan jumpa kawan, jalan-jalan sekitar Lumut dan Manjung. Pagi-pagi lagi kitorang dah disapa dengan flat tire belah depan, kiri. Mujurlah kawan aku ada, kami tukar dengan tayar spare which in fact already tak ada angin. Fuh! Dugaan satu demi satu. Gerak la slow-slow aku ke stesen minyak untuk isi angin semua tayar.


Balik je dari Lumut dengan rasa kelam kabut, dalam pemikiran dah plan nak tukar tayar. Pergi buat kali ketiganya ke kedai foreman untuk tukar 2 bijik tayar dan balancing. Masa dah siap balancing, foreman try bawak kereta aku. Sedu sedan katanya, macam nak kereta lembu. Spark plug dengan cable lak kena tukar, sebab dia tengok cable spark plug untuk enjin dah rosak. Total around RM360.
Mengalir lagi duit keluar dalam minggu ini.


Oh, aku tak bagi tahu yang bateri pun dalam RM180 masa tukar. Banyak habis dalam minggu ini. Aku pening kepala dah. Lepas satu-satu ujian Allah beri. Agak takut untuk beritahu mama dengan abah tapi lepas bagitahu, lega sikit. Sememangnya benda nak jadi. Aku dah terima dengan sabar. Mujur juga aku ada simpanan sikit. Untuk kes-kes kecemasan macam nie. I learn about car in a harsh environment. Mungkin sedikit sebanyak buka mata aku untuk sentiasa bersedia.

Tapi betul juga, niat musafir mestilah baik dan travel mestilah dengan intention yang baik. Itu yang Allah lindungi kita manusia. Tapi kita manusia nie duk fikir nak enjoy, nak buat dosa sampai Allah bagi petunjuk pun kita tak perasan. Jangan lalai. Perbetul niat dalam bermusafir. Sentiasa semat dalam diri Yang Maha Melihat itu sentiasa memerhati kita. Ikhlaskan diri dan jujur dalam setiap perkara. Moga perjalanan hidup kita Allah redhai. Amin.
Tukar jangan tak tukar..

                                              

Saturday, 8 August 2015

Typical Me..

Tukang habis bateri hanset..
Sengaja aku biar tajuk kosong, biar tanpa diisi. Terlalu banyak nak dicerita tapi takut tak dapat disampaikan semuanya. Tiap kali ayat disusun sampai penuh perenggan, aku jadi kurang bersemangat nak menceritakan segala yang diidam.

Terbantut perkataan ditaip tak dapat diungkap. Hahaha.. puitis lak malam-malam nie. Malam Sabtu. Malam kekalahan Kelantan kepada Terengganu di laman sendiri dengan 1-2.

Barang-barang aku belum kemas. Beg terbuka, barang berselerak. Barang yang aku bawa dari rumah sewa pun banyak. Ada toto, beg-beg dan kain baju. Leceh nak melipat. Tapi itulah lumrah bercuti lama.

Bila dah lama bercuti, nak kembali bekerja punyalah liat. Mengalahkan kerbau yang sentiasa berkubang di lumpur, tidak berganjak untuk balik ke kandang setelah ditarik oleh pemiliknya. Ya, kemalasan itu adalah aku. Heh.

Cuaca hari ini paginya panas, kain disidai kering dan pinggan mangkuk dicuci. Another sunny day yang akhirnya petang mendung ribut dan hujan membasahi bumi Kelantan. Kerap hujan di petang hari pada kebelakangan ini. Aku sukakannya. Pluviophile, orang yang merasa tenang apabila hujan turun. Entah kenapa, aku memang suka. Sejuk, nyaman dan tenang. Bukan bermaksud tidur selesa. Tapi keadaan itu benar benar selesakan aku.

Adik perempuan balik esok dari Bali, Indonesia. Setelah berperang dengan praktikel day, akhirnya ada juga masa untuk balik. Lepas rindu katakan. Lama tak jumpa mama abah. Katanya dah beli baju. Siap tunjuk kat aku. BALI. Ada lagi satu collectionku. Hahaha..

Dia suruh abang kesayangannya solat hajat moga airport Bali tak tutup ( Denpasar ) sebab sekarang aktiviti gunung berapi adalah aktif, jadi debu lava menghalang @ menyukarkan penerbangan. Will do sis. Will do..

4-5 hari nie aku layan drama How I Met Your Mother. Start dari Season 1. Roda kehidupan dalam percintaan. Tapi sekadar hiburan memandangkan kalau kita tengok dari aspek pergaulan bebas, memang banyak buruknya.

 Budaya Barat. Aku layan pun cuma nak isi masa lapang kat rumah. Padahal kalau nak diikutkan boleh je buat benda lain macam baca al-Quran, baca buku, tengok tv ( uih.. healthy ek? ). Just tipikal Iqbal. Benda tak berfaedah juga dia minat buat.

Jadi dalam idea aku tadi cadangnya nak buat list apa aku nak buat bila sampai Perak nanti, well bila sampai Sungai Siput a.k.a tempat kerja. Tapi memandangkan karangan Bahasa Melayu aku nie dah panjang, aku akan fikirkan kemudian. Yahahha...

Thanks for reading and keep up to date.. =D

Monday, 3 August 2015

Future Planning..

Klik pada butang 'new entry'. Terbuka lapang, kosong entry baru untuk blog. Minda kosong dengan saki baki idea yang masih ada untuk ditaip. Kumpul kembali, usahakan dan cuba sedaya upaya mencantikkan bahasa agar yang membaca tak bosan. Heh, cukup susah bagi aku. Tadi terbaring memikirkan apa nak ditaip, kini tiba masa melaksanakan. Yosh!

Menghitung kembali hari-hari yang bakal tiba, dalam diri ada sedikit kurang seronok. Minggu depan dua dari adik beradik aku akan balik dari luar negara. Masing masing nak meraikan Syawal yang berbaki berbelas hari di Malaysia, melampiaskan rasa rindu pada keluarga. Aku pula dah bersiap untuk balik ke Perak memandangkan m.c dah habis.

Sedih? Tak sangat. Kurang thrill untuk balik bekerja. Tapi itulah manusia, tak pernah nak berpuas hati dengan apa yang ada. Masa diberi peluang rehat, bosan.. nak kerja. Bila dah beri tarikh bekerja, nak bercuti. Apa yang memuaskan hatinya adalah semua kehendak dipatuhi. Tapi itulah ujian dunia, keduanya dari menyenangkan kepada memeritkan. Ianya seimbang.

Berbalik pada cerita, adik-adik aku balik untuk meraikan Syawal, paling penting sekali untuk menjenguk mama dan abah di kampung. Sudah lama diperantauan, peluang sebegini tidak usah lagi mereka lepas. Sayang mereka tak terkira, banyak pengorbanan mama dan abah telah berikan demi masa depan anak-anak. Aku tak dapat, tak mampu membalas tiap-tiap jasa.

Oleh itu, untuk kembali ke Perak aku kena ada perancangan. Future planning? Apa tue? Sebelum ini aku tak pernah ada perancangan yang begitu rapi untuk masa depan. Walaupun aku tahu ajal maut di tangan Allah tapi paling kurang usaha untuk merancang kena ada. Takkan nak kerja saja tanpa ada perancangan keluarga, kewangan dan masa depan? Erm, macam aku sekarang la. Hish.

Banyak sebab kenapa aku nak mula buat benda nie. Kawan-kawan aku banyak yang mendirikan rumah tangga. Kebanyakkan dari suami atau kawan aku yang dah berkahwin, pemikiran mereka jauh kehadapan. Mereka merancang dan teliti dalam setiap apa yang mereka lakukan. Aku tahu dalam genetik aku tidak ada istilah merancang. Tapi paling kurang aku kena tahu apa aku nak capai dalam tahun tahun mendatang.

Mungkin juga disebabkan banyak kawan-kawan aku yang kahwin dalam tahun nie, aku jadi kelam kabut untuk merancang. I don't know. Uncertain. But the truth is that i need a solid planning for my upcoming years. I guess. Soal kerja dan rumah tak menjadi masalah. Staf yang baik serta rumah selesa dah diberi oleh Allah. Jadi aku kena manfaatkan sebaiknya.

Topik yang agak berat bukan? Tapi ia dah lama berada di minda sejak awal aku kerja lagi. Simpanan pun aku belum mula. Selama 3 tahun kerja aku lebih kepada semberono, ada simpanan tue adalah. Kalau tak ada maka ikat perut. Makan roti setiap hari. Aku hormat mereka yang ada pendirian, kerana aku sukar mempunyai satu penegasan diri yang kuat. Tapi itulah diri aku sebenar. Ahmad Iqbal Hakim..

Perlahan aku akan perbaiki. Kehidupan diri dan juga persekitaran. I Hope.

Peace.

Finally an ending. Hehehe..



Peace.

Wednesday, 29 July 2015

Cuti Sudah Habis Bro..

Sedap je tido..
Deep breathing. Hold. Let the ideas, the reason came naturally. Don't force it. Breezing through all the points and material.

Yet this entry is again nagging a lot. Hahaha.. dramatic entree..

Assalamualaikum.

Belum mula taip lagi dah menguap, macam mana nak teruskan menaip entry? Azan Isya' berkumandang di kampung halaman. Sedikit panas dan lembab, tipikal cuaca Malaysia khususnya di Kelantan di mana purata hujan meningkat tatkala musim monsun.

Bertemankan kipas dan lampu kalimantang, aku menaip penuh tertib. Walaupun idea dan penyampaian kadang kala tak sampai. Sekali lagi aku menguap, dengan lebih panjang.

Hari ini ada temu janji dengan doktor gigi di hospital. Untuk review balik gigi yang dah dibuang arc-bar. Tiap kali datang ke klinik maksilofasial dan dental, aku jadi takut. Cuak kerana pengalaman sebelum ini memang tidak ada yang boleh dikatakan enak. Sakit, pedih dan sampai kadang kala menangis. Yup, crying like a toddler. Pelbagai terma baru aku belajar dari arc-bar hingga ke IMF, open bite, occlusion.

Sikit sebanyak boleh dikatakan aku dah menjadi junior dentist ( ahaks! )

Doktor yang tengok gigi aku kata gigi dah tak ada apa apa. Tak ada nanah, cuma bengkak di bibir beliau kata ambil masa nak surut. Semua pakar dan doktor keliling aku. Yep, macam macam komentar aku dapat. Itu ini. Tiba tiba ada seorang doktor tanya, "M.C dia kita bagi hari tue sampai bila?"

Dalam hati dah fikir dah. Mesti nak start kerja dah nie. Totally correct. Niatnya nak bagi M.C seminggu je tapi aku minta 2 minggu untuk bersiap diri sebelum kembali bekerja. Dulu beria sangat nak kerja. Dah dapat peluang tak nak pergi. Attach to home probably, common thing. Dengan temu janji dia bagi sebulan dari sekarang, bermakna bulan Ogos nie aku akan mula kembali bekerja. Banyak benda nak dibuat, nak diselesaikan kat rumah.

Mama dan abah tak lama lagi akan menunaikan haji di Mekah. Tarikh pun dah dapat cuma sekarang nie fikir tentang siapa nak jaga adik aku kat rumah. Calon dah ada cuma kalau boleh ada aku senang sikit jaga diorang. Ada pengalaman dah jaga budak budak time mama abah takde. But here's the thing, I'm already working in August.

Jadi M.C confirm tak ada. Harap aku boleh tolong jaga diorang kat rumah. Sekarang, aku kena pandai uruskan waktu dan cuti yang aku ada. Semaksimum mungkin agar mudah aku jaga diorang. InsyaAllah. Maaf la kalau masak memang fail. Kecuali kalau goreng telur. Itu pakar. Hahaha..

Macam-macam dilema dua tiga hari nie. Macam-macam berita kat televisyen. TPM kena lucut jawatan, dapat TPM baru. Dengan masalah luar melibatkan hal tanah. Dengan tak cukup tidurnya. Heh.

Grateful that Allah gives me the opportunity to learn and solve. Watch and consider. Reminding myself that we are all weak. And greedy. Greed for everything.

Tak pernah nak puaskan hati..

Moga Allah melengkapi segala kekurangan dan mencukupkan segala kelemahan. Cukup dengan nikmat kehidupan dunia Dia beri.

Agar kita semai benih amalan untuk akhirat.

Banyak dosa kita. Hmm...

Saturday, 25 July 2015

Numb Fingers

Another July entry for today. After a while I realize that I might need to do daily entry since i am hype about Aiman Azlan vlog which he does everyday. Inspired by AnwarHadi's entry which much of it involves his life and now he is focusing on writing fiction stories.  Good for them. Me? Still finding a way to keep  my time occupied with things.

Sejak mula diri recover dari sakit nie, masa diluangkan banyak di rumah. Kerja rumah seperti basuh pinggan dan baju, sapu sampah kadang kala aku buat. Tapi masa banyak dihabiskan mengadap dua benda nie. Yang menjadi angker dalam hidup, membazirkan masa sepanjang hari iaitu laptop dan juga telefon.

Beri saja WiFi sememangnya aku akan ralit dengan video, dengan post dan Facebook paling utama. Dengan phone pula aku banyak habiskan masa main game, Whatsapp dan as always.. Twitter. Have you all every thinked that what is the reason we here on this Earth? What if we died when typing or watching a video. Boleh jadi kan?

Dan aku sendiri tahu aku bukanlah kuat mana dalam menahan godaan gadget-gadget ini. Walau dengan dua gadget ini pun, diri boleh khayal dalam alam maya hingga tak sedar waktu berlalu. Dan masa akan hanya dapat dirasai apabila laptop dan phone aku dicas kerana bateri habis. Mula berfikir nak buat apa sementara menunggu alat-alat ini habis cas.

Aku tak ada masalah dengan blog. Bagi aku blog itu perlu tapi ia tak sekerap dengan laman-laman yang aku lawati. Bagi telefon pula, akan ada satu perasaan di mana bila aku buat tak hirau phone, mungkin akan ada call penting dari bos atau kawan tentang perkara penting. Tapi bila tengok balik telefon, tak ada apa. Hanya bergetar mesej Whatsapp masuk. Itu pun bukan benda penting. Kadang share benda ngarut je.

The main point is let us try our best to fulfill the time that we had with lots of pray and also remembrance to Him. Cuba isi masa dengan benda selain laptop dan telefon. This is my self-reminder, as I seldom thinking about it. Sumbang sedikit tenaga dan usaha dalam perkara yang berfaedah. InsyaAllah, it's hard. But it's  for the best. =)

Tuesday, 14 July 2015

Overflowing Happiness

Belakang dah selerak dah. Snap muka innocent.
Like the tittle said, I am happy. Alhamdulillah atas segala nikmat.  And at the same time ashamed of myself. Kenapa? Well, dengan diri uzur, tak berapa baik nie pun Allah masih bagi nikmatNya selepas ujian ujian yang aku hadapi. Satu satu Allah beri kepada aku biarpun kekhilafan aku padaNya sentiasa ada. Sigh.. Because i am weak and unfaithful yet He overflows me with happiness from Him.

Pertamanya, semalam arc bar aku dah dibuang. Alhamdulillah.Sakit bukan main tapi aku dah tekad taknak respon pada sakit. Senyap sepi. Kaki terhenjut tahan sakit. Tisu yang aku pegang dengan tangan kanan aku kepal sampai kebas. Sebab arc bar nie dia akan removed balik besi yang tertanam dalam gusi gigi aku, without bius. The pain? Bayangkan jari kena paku picit, tapi bukan hujung dia je.. keseluruhan tertusuk jari. Ergh..

Dentist nasihatkan aku jangan makan benda keras. Herm.. InsyaAllah. Bukan tak boleh janji, kadang hidangan ada yang keras jugak. Better elak dari makanan keras sebab gigi tak kuat lagi. Aku perasan susunan gigi pun dah lain dah. Depan gigi chipped, kes pasang ETT tiub masa operate. Mungkin senyum tak berapa cantik macam dulu. But then again I thankful. Ada yang mungkin tak bernasib baik seperti aku.

Singgah kejap ke bazaar kat Peringat beli makanan/juadah berbuka. Semua makanan tunjuk jer. Tak sempat masak memandangkan temu janji aku dengan klinik pukul 2 petang. Beli apa patut, dari murtabak raja cheese, ayam kerat dan ayam madu. Nampak sangat nak mentekedarahnye. Macam dah lama tak makan pulak makhluk Allah nie. Tapi aku beli pun sebab adik nak makan jugak. So its fair. Tak beli banyak pun.

Dapat mesej dari pak sedara yang dia balik lepas berbuka nanti. Tambah lagi kegembiraan sebab leh tengok sepupu comel aku. Lama dah tak main dengan dia. Hahaha.. Dalam pukul 4.30 pagi jugak tadi sampai. Alhamdulillah selamat sampai semua. Ramai-ramai dak kecik nie kumpul, abah pulak bagi diorang main bunga api sampai ke Subuh. Bukan main seronok lagi. Sementara yang lain kelam kabut nak sahur sebab dah nak pukul 5.30 pagi. Sahur lewat hari nie. =P

Cherish all the simple things you face or you had in your life, whether it's an obstacle, a miracle or a gifts. You will find it memorable. You felt strong when you overcome it. You felt thankful for the gifts. You felt a little bit guilty and you try your best to give it all towards Him. 


There's no words to express how i feel right now. And i feel that the feeling could be repay only and ONLY if I always pray and thinking of Him, thankful and non stop zikrullah. Doing lots of deeds and avoiding my best from sins and sinner.

Pray for me guys for I am too weak..

To be strong in imaan everytime I type a post, To remind myself that all this is from HIM.

And to remember that we are all slave of HIM. The Most Merciful.

Aamiiin..

Tuesday, 7 July 2015

Scrambling A Human..

My inner self kept fight against good and bad. The fight keeps happening ever since i realize i can make a judgement out of things, whether to do or not to do. It's called temptation. It lurks deep into your deepest desire, wanting to do things that obviously by all means is not good, but again it' satisfying. Scary isn't it?

Tambah tambah bulan Ramadhan bila terang terang 'tukang bisik' kena ikat. Terserlah diri sebenar seorang manusia yang mana sebaik-baik malaikat dan sejahat jahat jin. Pernah dengar? Persekitaran juga main peranan di mana akses kepada benda-benda lagha nie banyak merugikan masa dan juga diri kita dari sudut amalan.

Semalam besi dawai dah dicabut dari gigi aku, termasuk juga kapas dari pipi. Sememangnya pengalaman yang mengilukan. Berdarah kerap gigi aku semalam sampaikan nak tidur pun tertelan lagi darah dengan air liur. Bengkak kat pipi makin kurang dan akhirnya aku diberi kesempatan Allah untuk makan setelah sekian lama.

Ia membuka mata aku. Dia Maha Mendengar. Sekejap je kesusahan Dia bagi. Nikmat makan yang telah diberi memang menyedarkan aku. Tapi, mengapa susah bagi manusia yang lupa ini mensyukurinya? Tidak cukup bagi aku ucapan di mulut sedangkan kemudharatan masih dilakukan, malah dilakukan ketika diri semakin sihat. Hmm..

Macam depan syukur amat, belakang masih buat jahat.. masih degil..

Aku perasan waktu aku nak menunggu berbuka banyak habis dengan tengok laptop dan handphone macam sekarang. Well, sekarang berblogging jadi tak ada masalah ( Alasan.. ) dan masa kat sejadah semakin pendek. Risau diri nie kerana semakin hari rasa semakin jauh dariNya. Sedangkan dugaan Allah beri nie adalah satu peringatan untuk diri agar tak mudah alpa dan leka.

Taking time writing this. There is much more bigger problem that i need to tackle. It has been a habit since i started in college. Intended to stop the habit but the temptation is too much. Elak macam mana pun akan terjadi juga. Kekadang diri nie malu rasanya. It's obviously wrong. It's need to stop. I pause again. Thinking to avoid it, i need the commitment.

InsyaAllah.. Hari nie pun ambil masa diri sendiri muhasabah walau seketika. Blog juga boleh jadi ubat kurangkan anxious aku terhadap benda tue. Moga niat aku untuk terus elak perkara tersebut menjadi kenyataan. Tak larat lagi bergelumang dengan dosa. Tiba masa untuk repent for all the bad things, sins that i have done in my life.

It's stops now...

Sunday, 5 July 2015

IMF Dillema

Scary isn't it? This is my teeth right now ( contoh je nie.. )
Tatkala manusia semua masih ada yang lena dibuai mimpi, mengantuk disorongkan bantal setelah bersahur dan solat Subuh, aku yang masih lagi segar seperti baru pekena kopi menaip bagi meredakan rasa tidak senang hati ini.

Hehehe.. Banyak benda nak dikhabarkan, diceritakan buat diri masa hadapan agar membacanya tak lekang mengambil pengajaran darinya.

It's official. Sebulan aku akan pakai IMF kat arc-bar nie. Benci, bengang macam mana pun aku kena terima memandangkan rahang aku dah beralih ke arah kanan. Doktor gigi kata mungkin dagu dan rahang akan bengkok permanent kalau tak pasang. Aku dengar dan aku patuh, walaupun dah terlepas beberapa ayat geram dan mood yang tak baik.

IMF ialah er kejap, google. Ok, IMF ialah Intramaxillary Fixation di mana arc bar yang telah dipasang di gigi akan diikat pula dengan besi di keliling arc-bar tersebut. Dia ada besi penyakut khas untuk pastikan gigi aku sentiasa terkatup, tidak terbuka selama sebulan. Makan? Langsung tak boleh masuk memandangkan gigi depan dan kiri kanan diikat.

Jadi macam mana nak dapatkan nutrien? Puasa macam mana? Well mula-mula aku tak berpuasa dulu. Lama kelamaan dah dapat terima pasang benda nie aku train jugak puasa. Nutrien banyak dapat dalam susu, yogurt dan nestum. Pendek kata aku mat bijirin sekarang. Minyak tak makan, roti dan nasi apatah lagi. Berat pun dah kian susut.

Perasaan? Macam-macam. Still try to cope with sadness sebab nikmat Allah untuk menikmati makanan Dia tarik sementara. Untuk kebaikkan dan kemaslahatan aku gak. 1st and 2nd day memang letih, campur marah dan geram. Bulan puasa kot, lagi terserlah la diri aku. Dengan tanpa apa-apa bisikan aku cepat marah dan moody.

Perspektif aku kat doktor gigi berbeza-beza. Mixed. Kadang geram, kadang relieved. Mungkin sebab banyak benda dah diorang buat kat muka dan gigi. Esok nak buang kapas kat pipi lak. Wonder how they will pull it off. Sebab masa pasang arc bar, bersih gigi dan pasang IMF tak pernah tak sakit. Mesti akan sakit jugak. So, aku agak takut untuk esok.

Doa moga mudah buang kapas di pipi. Sebab muka dah makin kurang bengkak. Gusi still ada darah campur air liur jadi kadang tue sampai 6-8 kali buang air liur. Rasa darah ngalir. Tapi kadang dah tidur telan jer walau pahit masam. Dugaan yang Allah beri. I may seems strong typing this but inside only He knows.

Doa dan juga pesanan mak abah aku especially banyak buat aku fikir. Banyak bagi nasihat suruh sabar. Tabah. Sama juga cikgu dan kawan-kawan. Lemah beb hal sakit nie. Tak pernah kena sakit seteruk nie. Allah baru uji sikit jer. Tapi pemikiran aku, perangai aku dah macam orang tak tentu hala. Highly respect mereka yang ada sakit lama. Anda memang betul-betul kuat.

InsyaAllah. Train my best mentally for anything. Put aside brag, i really need a boost on confidence and supports from everyone. Especially Him. He knows all the things that I need for the past years.

He knows all the sins i did and how few my deeds are towards Him *sigh*

Moga aku yang baca nie lebih beramal dan ingat pada Allah.
Moga sentiasa mencari redha dan hidayah. Jauh sangat dah diri nie. Cuba dekat sikit denganNya.

=)

Wednesday, 1 July 2015

Obat Hati

Hahaha.. Nampak sangat la bujangnye..
Something kept me going. What is it? It's old memories. Why?

Sudden urge to read back all the post that i had type. I was fresh at first. Noted that I didn't know much about blog.

But after some time i feel interested. Seeing the followers, the views and of course the widgets. Widgets are funky back in the days. Hahaha..

Penulisan dulu lebih kepada satu idea then post. Lain lain yang nak diluah harus di'post' pada hari lain agar kekal segar. Cara taip pun dulu hahaha.. lucu. Aku akan sengkang banyak antara ayat. Nampak interested sikit baca. Kan?

Tapi aku lagi nampak kalau tulis berperenggan pendek lebih mudah dan senang dibaca. Maka aku ambil keputusan untuk taip macam nie. Biar banyak pun perenggan asalkan sampai mesej. Ini post ketiga aku dalam bulan nie. Aku ada post sebelum nie tapi kekal draft. Sampai bila siap aku pun x pasti.

Kalau dikira diikut perkiraan dah 14 hari dah berpuasa dan hampir 9 hari aku tinggal puasa. Muka bengkak nie benar benar ganggu banyak benda. Tapi masih kekal sabar, insyaAllah. Hari nie 1 Julai 2015. Sekejap je masa berlalu.

Hari nie juga la minyak naik lagi untuk RON95 dan RON97 ( RM 2.15 dan RM 2.55 ). So much increase. Peningkatan ini mungkin tak terasa bagi mereka yang berada tapi yang sememangnya terbeban dari dulu lebih terasa kepayahan dalam hidup.

Bayangkan famili ayah kerja isteri tidak anak saraan 4 orang, gaji hanya RM 1K. Gaji RM 1K bukan semewah dulu dik kak. Bil air api naik. Barang dah kena GST, sekolah anak, duit bahan makanan, pakaian dan lain-lain. Keep in mind that si ayah kerja dengan penuh rajin dan berdedikasi. Kais pagi makan pagi.

Nampak tak macam mana dia nak bahagikan gaji dia dengan keluarga dia? Kau tak boleh nak salahkan dia sebab ada anak banyak, takde perancangan keluarga, belajar dulu malas. Semua NEGATIF! What you should do is to help when you need. Or just senyap sambil doa moga Allah permudahkan kehidupan keluarga tersebut.

Tiba-tiba nampak macam serius je blog nie.. hehe..

But on a serious note, selain dari masalah nie terdapat banyak lagi perkara yang kadang kala kita ambil berat, kadang kala kita tak. Ada masa kita bersungguh, ada masa berita tue macam dah basi sangat. Meh nak listkan apa terjadi dalam bulan Jun nie.

- Supreme court luluskan gay dan lesbian berkahwin di USA. ( tepuk dahi jendul, dekat sangat dah dengan Qiamat nie.. )
- Penderaan kanak-kanak tidak mengira bangsa dan ketika
- Gaza, Yaman, Iraq, Syria bergolak lagi. Banyak syuhada mati dibawah tangan tangan laknatullah.. ( aku sedih dan takut tengok mayat mereka, ada yang masih bayi lagi.. )
- Pergolakan politik Malaysia yang serius, dengan statement pak menteri yang sememangnya buat rakyat sakit kepala.
- Barang naik menjelang Ramadhan dan Syawal.
- Isu 1MDB yang masih belum ada penyelesaian.

Well, that's about it. Aku taknak mention pasal hal artis. Cari dan ambil tahu sendiri.

In conclusion, manusia atau NA-SA-HA diberi Allah kesempatan dalam kehidupan ini, sama ada sihat atau sakit, masa terluang banyak atau sempit, kaya atau miskin agar menggunakan akal dan iman agar sentiasa beramal dan mengingati Allah sentiasa dalam setiap permasalahan, pertelingkahan yang dialami.

Gunakan peluang itu sebaiknya kerana ramai yang dikubur sana mahu hidup kembali di dunia untuk beramal dengan bersungguh-sungguh. InsyaAllah. Tatkala hidung menghirup udara Allah ini, ambil peluang untuk mengenali Pencipta kita.

Agar mendidik hati istiqamah, bersyukur dan bertawaduk. Menyelesaikan masalah dengan hikmah dan tidak mudah cepat melatah.

Polish iman agar kekal sinarnya.. =)

Friday, 19 June 2015

Ketuk Keletuk Ramadhan

Terbabas sudah sampai Ramadhan kedua, tiada ucapan selamat yang selalu dibuat tiap kali masuknya bulan barakah nie. Hehe.. Bukan bermakna tiada post.

Tetap ada, cuma tukang tulis struggle dengan macam macam benda seharian. Dua hari nie baru beliau berasa boring teramat sehingga mengambil keputusan menaip blog seperti sedia-kala, walau dalam hati kemalasan melanda lagi bak ombak membadai pantai ( ayat baek punye.. )

Alhamdulillah banyak perubahan aku nampak dalam bulan Ramadhan mulia nie. Pertamanya aku akhirnya berpuasa di rumah setelah sekian lama tak. Jujur awal-awal sebelum Ramadhan aku tak terasa sangat. Selalunya akan seronoklah mereka yang ingin memperbanyakkan amal ibadah, yang nak bersedeqah sebanyak mungkin dan mengkhatamkan al-Quran secepat mungkin.


Pada akhir hari Rabu, setelah selesai Asar baru aku terasa ringan, gembira dan tenang. Tandanya 'tukang hasut dan bisik' telah diikat di Neraka sepanjang bulan Ramadhan. Nampak sangat banyak dosa buat kes hasutan diorang nie. Tiap tiap tahun aku akan terasa benda nie. Tekad juga nanti lepas habis Ramadhan nak teruskan amalan yang dibuat pada bulan-bulan lain. Doakan aku kekal TEGAR dan ISTIQAMAH.


Awal Ramadhan nie sambutan yang sederhana. Alhamdulillah. Mama dan abah pun dah mula terawikh. Anak laki dia yang besar nie jer tak memandangkan kena jaga dak-dak kecik nie. Tambah lagi aku still sakit kat kawasan muka, arc-bar dan bengkak pipi serta tengkuk yang masih sakit membantutkan pergerakan. Solat pun masih duduk. InsyaAllah pelan-pelan nak try berdiri lak.. =)

Bagi aku Ramadhan tak sah kalau tak ada Murtabak. Tak kira sama ada Murtagi ke, murtabak cheese ke.. semua aku bedal. Mamak ada buat murtabak kan? Tak boleh celen Murtabak bulan puasa. Bagi aku murtabak tue special sebab dibuat dengan penuh kasih sayang, aura puasa dari semua orang yang lalu lalang menyerap kedalam kelazatan murtabak. DIcicah dengan kuah bawang, sememangnya UMPH!! Tue diaa...


Esok aku akan admit wad. Lusa operate untuk kawasan muka. Pasang platting kat kawasan patah di area pipi. Doakan perjalanan pembedahan berjalan dengan lancar. Berpuasa kat wad dan operate time puasa, satu benda baru bagi aku. Tang kat wad leh la puasa, after operate? Sangsi nie. Tak pernah tinggal lagi puasa ( kecuali time bebudak la.. belum baligh.. hahaha.. ) Hope for the best.

Aku nampak diri ada perubahan sedikit. Alhamdulillah, lengan dan jari semakin ok. Pipi kekal tembam. Berat makin menurun. Solat alhamdulillah still on. Manfaat masa Ramadhan dengan bacaan Al-Quran, baca page by page. Still on going. Rasa malas tue still ada tapi insyaAllah leh kekang kot. Banyak baca artikel yang kawan share pasal Ramadhan dan manfaatnya, tips dan juga rahmat Ramadhan.

Salah satu dari artikel tue adalah tentang tiga perkara yang harus dielakkan dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak supaya Ramadhan kita penuh dengan keimanan dan kerohanian. Nak tahu? Aku pendekkan.

1. Jangan jadikan puasa hanya semata mata amalan ibadah wajib kepada ALLAH. Pelik bunyinya kan? Berpuasa itu bukan sekadar hanya sebulan, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Ia adalah ibadah yang diwajibkan ALLAH dan terdapat hikmah disebalik puasa itu sendiri. Ia menahan diri, mengawal diri kita dari melakukan perkara yang membatalkan puasa, nafsu dan diri dari melakukan kekhilafan. Kita jarang mencedok kebaikkan dari ibadah ini. Menjadikan ibadah ini sebagai perkara yang wajib tanpa memikirkan kenapa, mengapa dan apakah kebaikkannya? Setiap kewajipan perintah Allah terdapat kecantikan kebaikkannya.. =D

lagi 2 perkara aku masukkan bila aku tak ngantuk.. hehehe..

Penat dah celoteh.. tido dulu.. Da..

Marhaban Ya Ramadhan..

Saturday, 13 June 2015

Bila Jari Gatal Menaip

Mak saya cakap saya nie iklan ubat gigi..
Post terakhir aku dalam bulan Mei kalau tak salah. 12 Mei kalau tak silap. Pasal apa aku pun tak ingat. Kena tengok balik ( hehe.. malas nak buka post.. ) New post nie adalah berkenaan kenapa aku tak menaip dalam masa hampir sebulan nie. Briefly aku ada buat post sebelum nie, tapi aku rasa terlalu panjang. So, this is my shorter version of my story.

Jari dan tangan aku saling sakit. Tengkuk dan muka kerap berdenyut dan gigi dah dipasang besi 'arch-bar' bagi mengelak gigi dan rahang dari lari. Soft food je makanan dan benda yang boleh dimamah dengan lembut adalah rutin pemakanan aku. Solat duduk, tidur yang tak lena dan kerap letih dan pening setiap hari.

Aku kemalangan 14 Mei yang lepas di Sungai Siput. Kereta dan motorsikal. Tulang pipi patah. Luka dan seliuh di lengan kanan dan jari kiri. Lebam di mata. Namun nasib bukan pengsan, tak sedar diri atau pendarahan otak. Aku bersyukur. Alhamdulillah. Bermulanya hidup aku dengan kertas cokelat M.C yang selalunya jarang-jarang aku request.

Kalau difikirkan balik tahun nie macam-macam berlaku. Kena reject, masuk wad sebab denggi, masuk rumah baru dan terkini eksiden, berehat di rumah menunggu tarikh pembedahan untuk tulang pipi aku. Dikira balik tarikh dan keadaan, sememangnya aku sudah 1 bulan rehat dan masuk bulan kedua, sikit hari lagi nak masuk bulan mulia Ramadhan.

Recovery? Sememangnya banyak benda menyakitkan. Mula pakai soft-collar, mulut tak boleh buka sangat. Luka habis satu badan.  Jari kiri tengah aku terkepak dan lengan kanan aku langsung tak boleh angkat. Ambil masa dan usaha untuk fisio lengan kanan, cuci luka dengan alovera ( thanks my mom.. ) dan urut untuk bagi regang urat yang tegang di tengkuk.

Paling seksa adalah arc-bar yang aku pakai nie. Aku boleh kunyah ( walau kalau nak diikutkan tak boleh.. ) benda yang lembut. Makan sisa akan lekat di besi menyebabkan aku kena kumur dan gosok gigi dengan berus gigi budak budak. Nak beli yang dental of course mahal. So, aku beli Oral-B budak punye yang ada soft-bristle untuk gosok sisa makanan yang lekat.

Bagi aku, seteruk aku eksiden ada lagi yang lebih teruk. Koma, patah kaki atau tengkuk, lumpuh dan kadang sampai ada yang hilang panca indera. Actually i'm lucky. Luckiest man. Aku redha Allah beri aku nikmat ini. Bagi aku, ianya nikmat Allah juga. Untuk diri ingat balik dosa, kesalahan dan kekhilafan ( sama je.. ) yang dah dilakukan. Agar tak ulanginya lagi.

Doakan penyembuhan diri hamba ini.

Kekalkan keimanan yang tiap hari goyah.. tiap hari diuji..

Aku tahu aku tak sempurna namun itu bukan alasan aku untuk buat dosa..

Kerana aku sebaik-baik ciptaan Allah..

Thanks for reading..

Tuesday, 12 May 2015

Baymax Chubbymax

Kurusnya den time nie..
113.. nombor keramat. Or let just say it's a number that i need to decrease from the upcoming days to come. Berat badan yang semakin chubby ini memang membuatkan aku tak selesa.

Complain all you want but this heavy-weigh-er isn't happy when his shirt always accidentally unbutton, having trouble buttoning and more seriously situation, the button itself becomes a deadly weapon, a bullet button that shoots anyone, gaining a necessarily energy to repulse back the button from a shirt to anyone, ricochet nearly radius of 100 metres. Boy, it was really exaggerating.

Berat badan dah naik sejak aku lepas baik dari demam dengue. Selera dah kembali. Memandangkan minggu lepas aku balik kampung, aku telah membaham hampir semua left-overs yang tidak dihabisi oleh keluarga aku.

I meant EVERYTHING. Sebab dari tingkatan 4 lagi aku telah dididik agar makan makanan hingga habis, biarpun tak sedap atau kurang menyelerakan. Duduk sekolah menengah, sekolah asrama lagi tue, mak dan ayah telah membayar duit dewan makan. Maka setiap makanan yang dihidang ketika itu haruslah dimakan tidak kira sedap atau tidak. That started my weight gain.

I didn't blame anyone. Hehehe.. Sebab aku semakin bertambah suka pada makanan. Pernah sekali termimpi nak jadi food critics, ada juga kedai yang telah dikritik oleh aku. Me and my silly mouth. Tak sedap tapi makan juga. Makan tetap makan, kritik tetap kritik. Pernah sekali aku pergi makan dengan kawan masa praktikal, lepas habis shif kerja kitorang.

Kitorang makan kat restoran Western, which is my favourite. Then lepas je makan ( atau membaham..) chicken chop, aku panggil pelayan tanya apa  kuah yang dia guna, bahan apa  dia pakai. Then mulut nie lak pi gatai kata.. kalau buat gravey mushroom sedap jugak, walhal time tue aku dah makan BBQ sauce dia. Mungkin aku dah kena banned kot dari kedai tue. Hahaha.. Atau mungkin kedai tue dah takdak. Hmm..


Working out for me isn't really a thing. The previous incident really makes me nervous. Sebab exercise tengah panas hari tue aku sakit badan dan demam. Teruk pulak tue. Badan mungkin tak boleh nak push sangat. But then again aku push diri to the limit.

Teruk badan sakit dan demam, siap suspek denggi lagi. The point is mungkin aku akan mula balik bersenam, cuma tempoh dan waktunya tak pasti bila. Starting pun dah sakit satu badan, now i'm afraid to do it. Ngee..

InsyaAllah, doa doa badan makin mengecut. Orang nak dekat pun takut. Badan dah macam ahli sumo. Erk.. Tak mau. Bukan ahli sumo. Baymax. Chubby and comel. Penyayang

Kan perut boroi itu penyayang.. unless kalau nak sangat store penyakit.. Hermmm.. deep sigh..

Almost forgot.. Happy Nurses Day.. Everyday's A Mothers Day.. =)