Thursday, 11 September 2014

Semai Cintaku PadaNYA..

Astaghfirullah.. UjianNya tak kira masa..
Sinarkan cahaya nurMu..
Bismillahi rahmani rahim...

Assalamualaikum. Lama sudah aku tak update blog. Hehe.. InsyaAllah akan semakin rajin selepas ini, didorong oleh semangat istiqamah tidak hanya di sini.. malah untuk setiap amal kebaikkan..

InsyaAllah..

Hari ini banyak mengajarku tentang amarah seseorang yang kadang kala sudah tidak boleh dibendung, luahan perasaan dan kenaifan manusia yang sering kali terkapai dalam dosa..
Dan bagaimana sesuatu berita yang sedih benar benar menyentuh hati dan merobek jiwa..

Aku call mama hari nie untuk bertanya khabar famili memandangkan diri tak balik rumah dan adik lelaki balik ke Jepun setelah habis cuti sebulan di sini. Sedih dan pilu bila mendengar pelbagai perkara adik kelima alami. Tidak perlu ku ceritakan lebih mendalam tapi ia benar benar meruntun hati. Abang mana tak risau akan keadaan adiknya yang sering kali sakit. = (

Serta merta ia reflek balik setiap perkara aku lakukan.. banyak dosa dan juga sedikit amal. Jujur aku kadang kala leka dan lalai. Solat sering kali tertinggal. Al-Quran sudah lama berhabuk, tidak terbaca. Aku tersentuh apabila satu peringatan oleh sahabatku di Mesir menyatakan pada zaman khalifah dahulu ilmu adalah perkara utama dan mereka akan sentiasa membaca sehingga ke nafas yang terakhir sehingga ada yang membaca pada saat kematiaannya.. ' Aku khuatir hari dan waktu aku berlalu tanpa baca '..

Ya! Laman sosial sering kali dibuka, tangan tidak lepas dari telefon melihat setiap news feed dan notifikasi yang sering kali bergetar. Padahal pada masa kita kecil dan remaja belum pernah kita benar benar komited dengan telefon, hanya guna untuk bermesej dan telefon. Rugi aku dan kau yang membaca ini, tidak membaca malah menyentuh kalam ALLAH yang suci.. = (

Ingatan kepadaNya kian pudar.. dek hanyut ingin keluar malam, luang masa bersama kawan rapat yang lama tidak ketemu.. sebulan seminggu mungkin, dan apabila keluar lalai mengikut perintah 5 waktunya.. Ya Allah, aku malu.. Apakah mereka akan membantuku kelak di mahsyar ini? Benak hati kian terhiris saat menaip setiap kesilapan, kekhilafan yang aku lakukan...
Khamis yang benar benar memperingatkan aku tentang tujuan kehidupan ini bukan semata-mata membuka laman web melihat akaun duit bank..

Seharusnya masa yang aku rasa tidak cukup ini ku isi dengan memperingatiNya.. mana lagi amalan aku membaca Kursi dikala sebelum tidur? Surah Al-Mulk tiada kedengaran.. Hafalanku mulai kurang. Rapuh ya Allah..
Bagaimana aku harus teguh.. Sudah berpuluh post aku telah isi.. Mungkin inilah waktunya aku berubah.. ISTIQAMAH IQBAL HAKIM!!

Namamu seindah maknanya.. Semaikan cintaku ya Allah.. semaikan cintaku pada Rasulullah.. Sembuhkan penyakit adikku.. = (

Jangan lemahkan diriku.. Jangan sandungkan aku dari jalan berbatu menuju redhaMu..

Aku sudah cukup terluka dan terhina mengingati dosa lampauku..

Kepada ibu bapaku.. aku mohon ampunan dan keredhaan.. ku doakan kau bahagia dan sentiasa berada dalam cintaNya..

Kepada adik-adikku, abangmu ini tidak segagah dan sekuat kau sangka.. kadang tersungkur jua.. sebagai ingatan kepadamu akan bahana kau mengingati dunia semata mata.. kau akan dahagakan kasih sayangNya.. dan keredhaanNya hidup di bumi ini..

Carilah jalan istiqamah.. Kasih sayangNya.. Keampunan akan segala kesilapan dan dosa antaraNya dan juga antara manusia..

SEMAIKAN CINTAKU... SAYANGKU PADAMU YA ALLAH...




jangan jauh diriku daripadaMu..

Sollu Ala Nabi..

IQBAL HAKIM....


No comments:

Post a Comment