Tuesday, 16 September 2014

Lazy Snoozy Hot Summer..

Assalamualaikum.. 

Bismillahi Rahmani Rahim..
Maybe I need to be more patience..


1st of all.. Selamat Hari Malaysia peeps! 16 September setiap tahun adalah hari penubuhan negara kita yang tercinta Malaysia.. tanah tumpah darahku.. sedikit sebanyak menyuntik semangat patriotik cintakan negara..
Berusaha untuk sentiasa maju kehadapan.. ( Yeah! Macam ucapan YB lak.. )
Tak kerja hari nie dan seperti mana hari cuti yang lain.. Tak aktif, seperti sloth yang bergerak perlahan mencari makanan.. Hehehe..

Selalu kalau hari cuti aku bangun macam biasa... Solat and then sleep.. ( It's bad for your health.. Oversleep.. ) Orang kata tidur lepas subuh tak murah rezeki.. Seems they right.. Hehehe.. pagi-pagi dah ada dua pesakit datang... One of them might have dysentery ( google it.. ) dan makcik seorang lagi rasa gatal-gatal badan. Selalunya hamba akan membuka klinik untuk melakukan dressing bagai sama ada cuci luka diabetik atau old wound mahupun luka eksiden yang memerlukan penyembuhan..

Semalam ada la satu kisah di mana hati agak terasa.. Ada orang post kat wall tentang kualiti klinik dan juga keberkesanan staf. I must admit, memang salah kami jika tidak alert jika pesakit datang ke klinik pada waktu malam. Kadang kala kami sebagai perawat sakit, sama seperti manusia lain dan tidak kedengaran panggilan waris pada waktu malam menyatakan tentang sakit. Yang sedihnya, media sosial digunakan 'penuh efisyen' untuk meluahkan tidak puas hati. Menyatakan bahawa dialah yang benar, dia teraniaya, dia yang menjadi mangsa. Manakala kami sebagai antagonis yang tidak tahu menahu..

Betul juga orang kata, kebaikkan manusia biar seribu orang takkan pandang, namun kesalahan satu sekalipun akan dipertikai. Sememangnya amat terasa. Mohon sahabat berkenaan fikir dengan elok, dengan mata hati dan buang EGO seketika. Kalau dibuat aduan kepada yang berkenaan sememangnya tiada salah tapi ini menyatakan di laman sosial dengan sedia mendedahkan setiap keaiban.. saya rasa tak perlu. Jangan kerana hati panas, bara api menjadi api yang marak membakar.        


Sekarang nie dah chill sikit, minta pesakit yang datang pun supaya consider yang staf klinik juga punya masa untuk diluang..

Bukan sekadar melihat luka dan sakit.. kadang kala kami menjelajah bertanya danda, ruang anda kerana anda percaya kepada kami. Nasihat yang kami berikan biarpun boleh didengar di mana-mana, anggap kami sudah berusaha sedaya upaya untuk kepuasan anda. Kesembuhan dariNya.. kekhilafan kami adalah dari kami sendiri yang disandarkan olehNya.. untuk kami terus memperbaiki..

Dah banyak nasihat la pulak post kali nie.. Luahan hati dan perasaan lak.. Hehehe..

Thanks for reading...

A. Iqbal Hakim

Sunday, 14 September 2014

Mari Layan Hindi..

Bismillahi Rahmani Rahim.. Assalamualaikum..


Semakin aktif diri nie update blog.. Oleh sebab saya banyak masa terluang di hari cuti dan saya tak ke mana-mana ( kalau keluar je mesti nak kena spend duit sekali.. haha.. alahai.. ), saya pun menonton tv dan melayari internet di laptop peneman hidup ini.. =D. 

OK, nampak sangat attitude terlebih baik hari nie.. Hahaha..

Dalam dua tiga hari nie kawan ada minta download filem Hindi. Yang latest dan best. Kalau dulu masa diri remaja ada banyak jugak citer best macam Mann, Kuch-Kuch Hota Hai, Duplicate dan senarainya akan berterusan. 

Filem Hindi ketika itu masih lagi terjaga dari segi maruah, tiada sentuhan melampau atau adegan adegan hangat seperti mana filem filem Hollywood.

Kalau ada pun ketika babak lagu atau nyanyian di mana si hero akan bergolek-golek dengan si heroin di padang rumput hijau nan luas.. bahagian produksi nie pandai cari tempat yang ada pemandangan cantik.. membuatkan siapa yang tengok terpukau.. bukan saja dari rupa hero dan heroin tetapi juga dari sinematografi.. pemandangan.. tarian yang memukau dan nyanyian yang merdu..

Anyway, member pun suruh la download dalam 3-4 movie yang dia cedok dari lagu-lagu Arjit Singh ( you can google it.. serious lagu-lagu dia semua best dan masyuk.. ) dan antara filem yang dimuat turun seperti Barfi! dan Jab Tak Hai Jaan. Both are nice movie and you should watch it tapi rasanya baik cerita sikit pasal movie Hindi sekarang...

It's a little bit censored and full of sexual approach.. Dulu kalau scene cium nie hanyalah di pipi atau paling ektrim laga hidung.. tapi sekarang rasanya dah hilang sekatan.. Kissing is like the next thing and it isn't good for others especially kid.. Bayangkan tengok cerita Hindi dengan anak.. cerita of course dah best tapi ada lak babak babak yang memaksa kita menutup mata anak atau tukar channel lain semata-mata untuk mengalihkan perhatian...

Another thing about Hindi movies nowdays is that.. Penekanan tentang budaya Barat yang sudah semakin lama semakin meresap dalam setiap filem... 

Perhubungan bebas yang tanpa batasan, hedonisma.. pakaian yang agak menjolok mata dan jalan cerita yang semakin lama semakin mengarut. 

You can see it for yourself.. Memang terselit kisah cinta tapi lawak lawak yang dihidangkan kadang kala lucah.. Mungkin kena letak penapisan sikit untuk anak-anak kecil yang nak menonton..

Tapi bukan semua filem Hindi begini.. Terdapat juga beberapa filem Hindi yang benar benar memberi pengertian tentang hidup, nasihat tentang persahabatan dan perhubungan antara manusia.. 

Seperti Barfi!, My Name Is Khan, Three Idiots dan Rab Ne Bana Ki Jodi.. This movies are awesome cuma ada sesetengah babak yang memerlukan guidance dari orang dewasa.. Misalannya dalam My Name Is Khan, perkahwinan berlainan agama adalah dilarang keras dalam agama Islam..
Jangan kita cedok budaya mereka, cukup kita menikmati filem dan mengambil pengajaran darinya.. bukan mengikut budaya mereka sepenuhnya.. Filem adalah hiburan.. Bukan pegangan.. = )

Sakit belakang lak berceloteh panjang nie.. Duk terbongkok menaip.. Hehehe.. Thanks for reading..

Iqbal Hakim

Hindi Movie lover.. = D

Friday, 12 September 2014

UPSR.. Again?

= (
Bismillahi Rahmani Rahim..

Assalamualaikum.. Dimulakan dengan bismillah..

Hati bercampur aduk.. Diuji macam-macam.. Itulah manusia.. Kalau tidak diuji dengan kesusahan, akan diuji sama ada terkhilaf atau tersilap.. terlepas cakap dan sebagainya.. Makanya setiap kali melakukan sesuatu harus diucap bismillah.. dengan itu kita akan lakukan kerja dengan lebih tenang atau berfikir sebelum melakukannya..

Heboh tentang kertas soalan UPSR bocor.. Subjek Bahasa Inggeris dan Sains.. suatu yang bagi aku terkejut tapi tidak terlalu terasa.. Akan tetapi hairan bagaimana boleh bocor satu kertas yang boleh di anggap sulit lagi sukar untuk dilihat? Teknologi zaman ini benar benar canggih sehingga setiap perkara boleh dikongsi tanpa perlu ada wayar mahupun gigi biru ( bluetooth ) lagi..

Dulu zaman sekolah aku.. Susah nak bocor..
Pemeriksa pulak muka garang sangat.. Misai lentik ada.. Muka tebal ada.. Ada yang baik.. Setiap kali mereka datang masuk je ke dewan peperiksaan mesti dengan kertas bag hitam yang tidak dipotong.. dilekat elok-elok agar tidak terkoyak plastik simpanannya.. Betapa ketatnya kawalan kertas soalan ketika itu.. nak jenguk muka surat sebelum exam pun dah kena marah.. ini sekarang senang-senang je satu paper boleh download.. hehehe..


Tapi soalan spots tue biasa la.. Kita aim topik mana masuk dalam peperiksaan dan insyaAllah ada sebahagian yang dapat kita jawab.. 

Manakala yang lain sama ada hentam keromo atau sememangnya Allah beri bantuan di kala kita sudah baca tapi tidak ingat.. Kehidupan ketika sekolah semuanya based on papers.. dan grade.. sama ada gred A,B dan pada masa tue juga mula diperkenalkan pointer..

Siapa yang dapat pointer rendah akan kadang kala terasa malu.. Kertas result dan pointer terpapar untuk setiap tingkatan melihatnya.. Yang tinggi takpe la.. boleh berbangga. Macam aku  kadang suruh kawan je tengok, xnak cerita.. sedih..

Hehehe.. Sekolah mengajar pelbagai perkara.. Bukan sekadar pointer. Dan bila dah berusia, bila aku fikir balik betapa teruknya zaman sekolah aku, zaman sekarang mungkin kian parah.. Benar.. Kian parah..


Berbalik kepada kebocoran kertas peperiksaan.. Ini disebabkan teknologi yang bagi aku terlalu canggih dan advance.. mungkin rasa ingin tahu yang membuak-buak remaja ( bagi aku diorang dah masuk awal remaja dah.. 12 tahun nie umpama selangkah masuk alam keremajaan.. ) dan juga stress disebabkan expectation daripada ibu bapa ( mungkin.. aku rasa mungkin.. ) yang nak anak kalau boleh 5 A dalam exam.. Aku ada tanya budak-budak sekolah tentang cara pembelajaran diorang dan terus terang diorang tertekan kerana sekarang dah ada sistem band macam zaman MUET aku dulu..

Jika ok.. Maka mereka akan dikelaskan Band 6, dan jika tidak ok semakin menurun sehingga Band 1. Mereka juga ada soalan berkenaan kemahiran berfikir. Macam zaman sekolah aku juga tapi rasanya soalan pada zaman ini lebih hebat lagi.. Mereka juga lebih menekankan soalan berteraskan ayat dari bulat atau hitamkan jawapan betul. Mereka juga ada ujian lisan, ujian pendengaran and who knows.. Even more..
Aku bukan cikgu.. Apatah lagi pengajar.. 


Jadi tanyalah mereka yang berada di bahagian pendidikan tentang pembelajaran mereka sekarang.. ( dan betulkan kalau salah.. hehe..)

The point is they might afraid of their grades.. Murid-murid ini cuba mencari alternatif lain untuk mengurangkan bebanan dan salah satu cara adalah dengan mencari leak paper UPSR tahun ini.. And it wasn't a good way though.. banyak pihak yang akan terlibat dan bersalah..

Aku tak mahu komen tentang bahagian atas pendidikan.. They got their hands full.. Mereka dah lakukan terbaik untuk anak-anak watan kita agar lebih elok pelajaran dan terdidik dari segi rohani, jasmani dan pemikiran..  insyaAllah.. Harap kesemua perkara ini dapat diselesaikan..

Tiada lagi isu kertas soalan bocor untuk mereka.. Sudah cukup mereka berusaha setahun bersedia untuk menghadapi peperiksaan..

Kesian tengok anak staf klinik duk termenung kena re-seat paper UPSR 30 September nie.. belum dikira anak murid yang mahu bercuti di US dan telah merancang tapi tidak expect akan kejadian ini berlaku.. be strong kids..

Aku dah merasa reseat paper yang aku tertinggal.. Definitely didn't have a good feeling at all..

InsyaALLAH ANDA BOLEH ADIK-ADIK!! Semoga berjaya.. =)


Ahmad Iqbal Hakim

Thursday, 11 September 2014

Semai Cintaku PadaNYA..

Astaghfirullah.. UjianNya tak kira masa..
Sinarkan cahaya nurMu..
Bismillahi rahmani rahim...

Assalamualaikum. Lama sudah aku tak update blog. Hehe.. InsyaAllah akan semakin rajin selepas ini, didorong oleh semangat istiqamah tidak hanya di sini.. malah untuk setiap amal kebaikkan..

InsyaAllah..

Hari ini banyak mengajarku tentang amarah seseorang yang kadang kala sudah tidak boleh dibendung, luahan perasaan dan kenaifan manusia yang sering kali terkapai dalam dosa..
Dan bagaimana sesuatu berita yang sedih benar benar menyentuh hati dan merobek jiwa..

Aku call mama hari nie untuk bertanya khabar famili memandangkan diri tak balik rumah dan adik lelaki balik ke Jepun setelah habis cuti sebulan di sini. Sedih dan pilu bila mendengar pelbagai perkara adik kelima alami. Tidak perlu ku ceritakan lebih mendalam tapi ia benar benar meruntun hati. Abang mana tak risau akan keadaan adiknya yang sering kali sakit. = (

Serta merta ia reflek balik setiap perkara aku lakukan.. banyak dosa dan juga sedikit amal. Jujur aku kadang kala leka dan lalai. Solat sering kali tertinggal. Al-Quran sudah lama berhabuk, tidak terbaca. Aku tersentuh apabila satu peringatan oleh sahabatku di Mesir menyatakan pada zaman khalifah dahulu ilmu adalah perkara utama dan mereka akan sentiasa membaca sehingga ke nafas yang terakhir sehingga ada yang membaca pada saat kematiaannya.. ' Aku khuatir hari dan waktu aku berlalu tanpa baca '..

Ya! Laman sosial sering kali dibuka, tangan tidak lepas dari telefon melihat setiap news feed dan notifikasi yang sering kali bergetar. Padahal pada masa kita kecil dan remaja belum pernah kita benar benar komited dengan telefon, hanya guna untuk bermesej dan telefon. Rugi aku dan kau yang membaca ini, tidak membaca malah menyentuh kalam ALLAH yang suci.. = (

Ingatan kepadaNya kian pudar.. dek hanyut ingin keluar malam, luang masa bersama kawan rapat yang lama tidak ketemu.. sebulan seminggu mungkin, dan apabila keluar lalai mengikut perintah 5 waktunya.. Ya Allah, aku malu.. Apakah mereka akan membantuku kelak di mahsyar ini? Benak hati kian terhiris saat menaip setiap kesilapan, kekhilafan yang aku lakukan...
Khamis yang benar benar memperingatkan aku tentang tujuan kehidupan ini bukan semata-mata membuka laman web melihat akaun duit bank..

Seharusnya masa yang aku rasa tidak cukup ini ku isi dengan memperingatiNya.. mana lagi amalan aku membaca Kursi dikala sebelum tidur? Surah Al-Mulk tiada kedengaran.. Hafalanku mulai kurang. Rapuh ya Allah..
Bagaimana aku harus teguh.. Sudah berpuluh post aku telah isi.. Mungkin inilah waktunya aku berubah.. ISTIQAMAH IQBAL HAKIM!!

Namamu seindah maknanya.. Semaikan cintaku ya Allah.. semaikan cintaku pada Rasulullah.. Sembuhkan penyakit adikku.. = (

Jangan lemahkan diriku.. Jangan sandungkan aku dari jalan berbatu menuju redhaMu..

Aku sudah cukup terluka dan terhina mengingati dosa lampauku..

Kepada ibu bapaku.. aku mohon ampunan dan keredhaan.. ku doakan kau bahagia dan sentiasa berada dalam cintaNya..

Kepada adik-adikku, abangmu ini tidak segagah dan sekuat kau sangka.. kadang tersungkur jua.. sebagai ingatan kepadamu akan bahana kau mengingati dunia semata mata.. kau akan dahagakan kasih sayangNya.. dan keredhaanNya hidup di bumi ini..

Carilah jalan istiqamah.. Kasih sayangNya.. Keampunan akan segala kesilapan dan dosa antaraNya dan juga antara manusia..

SEMAIKAN CINTAKU... SAYANGKU PADAMU YA ALLAH...




jangan jauh diriku daripadaMu..

Sollu Ala Nabi..

IQBAL HAKIM....