Thursday, 29 May 2014

Unbearable Thoughts..

sebagai seorang manusia.. aku tak dapat lari dari kesilapan dan dosa..

sebagai hamba aku gagal taat perintah pada Yang Esa..

sebagai lelaki aku tidak dapat mengawal nafsu dan dusta..

andai dihitung tidak terkira banyak dosa padaNya.. pada manusia..

benak yang tidak enak dari hati ini sering kali dahagakan istighfarNya..

mahukan setiap tahmid kepadaNya..

setiap hari bersyukur dan bertakbir atas kekuasaanNya..

namun.. hati kian rapuh dengan segala macam dugaan duniawi...


Diberi peluang meneroka ilmu tanpa sempadan tapi sering kali disalah guna...

Mengenal kawan tapi niat hati mahu mencari yang istimewa..

Menyebar dusta dan fitnah dan bulat-bulat terpedaya..

Masa lantas suntuk untuk yang wajib kerana yang remeh temeh diutamakan..

Termanggu aku duduk di kerusi malas menaip setiap benak dada..

Kesemua perkara yang aku alami aku baitkan dalam perkataan...

Hati siapa tidak takut dengan dosa.. Bila dah berdosa baru timbul penyesalan...


Itu makna Allah sayang namun kita rendah diri merasa tidak layak padaNya..

Berdosa dan terus takut seperti mana aku...

Taubat sang fasik yang entah selepas ini akan kembali merosakkan diri..

Leka dengan fatamorgana duniawi yang hanya abstrak dan fantasi maya..

Sedang masa dikurnia untuk terus mengingati mati.. mengingati Dia..

Bersholawat pada rasulNya.. adakah aku semakin alpa?

Adakah syaitan sudah menutup pintu hati? Membiarkan gelap hati.. minda dari menerima hidayahNya...

Buang segala kerisauan di dada ini Ya Rabbi..

Hilangkan segala keresahan ketakutan diri.. Penyesalan adalah pasti...

Dan kembali kepadaNya juga adalah pasti...


Jangan leka aku akan diriMu ya Allah.. Aku bukan kuat.. Aku bukan sang alim..

Aku bukan sang pendeta... Aku cuma hamba.. Dan mendambakan ketenangan..

Hapuskan ya Allah segala kegelisahan..

Jauhi aku dari dosa... = (

No comments:

Post a Comment