Sunday, 2 June 2013

Nukilan Diri

Bismillahi Rahmani Rahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Aku menulis pada malam yang sunyi.. Ditemani lampu dan kipas yang sayu membawa kegelapan dunia..
Jariku menaip kerana aku belum pasti.. Apakah ini jalannya.. Bagiku untuk meneruskan bait-bait hidup yang terselindungnya keperitan hati..
Kekurangan ruhani dan ukhrawi.. Dalam benak hati ini sering kali menyapa setiap kata keinsafan..
Setiap hari.. Masa dan detik..
Namun hati ini masih mengingkari rasa nurani dan naluri..
Masih hanyut dek nafsu yang hakikinya memakan diri..

Terkadang aku bertanya.. Apa perlu aku luahkan segalanya..
Permasalahan.. Dan mahu menyelesaikan setiap satu halangan dan nodaan dunia ini..

Jiwa sang anak muda lebur pabila hidup dunia ini menjanjikan segalanya..
Sedangkan ruh dan spiritualnya merasa amat-amat kering..
Seperti keringnya Sahara menantikan sang hujan pembawa rahmat..
Yang mengalirkan air sungai menyubur setiap hidupan dan kehidupan..
Dan alirannya tidak kemana.. Hanya satu..
Terus menuju ke pantai yang tiada penghujung..

Bagiku abjad dan perkataan aku singkap biar penuh rahsia tidak terungkap..
Berbatu-batu jauh pemahaman sang pembaca dan berselirat jalan pengetahuannya..
Tinggi dan utuh dinding yang menyembunyi setiap persoalan pembacanya...
Apa yang disimpannya? Apa permasalahannya? Apa penyelesaiannya?
Tiada siapa untuk dibicara? Mengapa menyimpan sendiri..
Aku sendiri tidak pasti siapa dan dimana aku mahu menzahirkan segala kekusutan...


Allah menciptakan setiap hambaNya keperitan dan kenikmatan di dunia...
Untuk mendidik mereka tentang kehebatan kekuasaanNya..  Sang Maha Mengasihi..
Maha Adil dan Maha Pengampun..
Tika mana hati itu penuh dengan kehitaman yang tidak pasti..
Cahaya yang pernah aku gapai kian malap.. Dan fikiran serta hati itu bagai tidak tenang..
Bagai ada kekurangan..
Sang Pencipta mentadbir alam dan memerhatikan ciptaanNya..
Dan sang hamba yang naif dan fasiq terus berfikiran... Namun tidak dengan kesucian hatinya terhadap agama..
Kabus hasut syaitan terus menyelubungi setiap inci ruang untuk insan tertunduk rebah melayari keseronokan yang bukan hak diri..

Terbit ungkapan dari setiap percaturan.. setiap pertemuan.. setiap detik keinsafan..
Bila mana kau fikirkannya.. Kau akan mula menyedarinya..
Masa itu belum terlambat kerana hidayah Allah itu sangat indah..
Ia hadir jika kau cari.. Ia hilang bila kau jauh..
Kosong hati dan jiwa setelah bebanan dosa kau tanggungkan.. Dan kesesatan yang pasti itu yang Iblis mahukan..
Kuatkan semangat duhai manusia.. Khalifah tidak pernah berundur..
Jangan dibiar dosa menghantui dirimu.. Bukankah Allah itu Maha Penyayang..
Saat kau rebah berkali-kali.. Dosa yang kau pikul jatuh ke bumi..
Dosa yang lampau kau jirus dengan air mata syahdu pilu..
Kuatkan hati dan istiqamah yang perlu kau ungguli.. Kerana manusia itu NA-SA-HA..
Lupa.. LUPA SEGALANYA..
Aku memperingati.. Dan juga kau diperingatkan..
Agar syurga yang kau idami itu SENTIASA MENANTI.. langkah kananmu menuju firdausi..

= )

No comments:

Post a Comment