Thursday, 15 November 2012

Maal Hijrah 1434

1st day keje..
ini post yang ke 90 ( setelah aku bace berape banyak post aku dah buat tahun nie.. )

kinda productive.. hahaha..

tapi pada masa yang sama ada gap yang lama antara satu post dan post yang baru.. banyak perkara yang aku dahulukan..

blogging isn't my 1st priority in life.. sebab blog bukanlah diari sahaja..

tidak aku update apa aku buat tiap-tiap hari dalam blog.. kecuali dalam twitter je..

kebanyakkan benda penting membabitkan pengalaman aku.. dan info..

aku sematkan dalam blog nie..

and it's my blog.. suke hati saye la.. ( tetibe nak ber'saye lak.. )

LOL..



Maghrib masuk malam tadi maka bermulalah tahun baru Hijrah.. 1434 H..

tiada bunyi dentuman bunga api mahupun kiraan detik..

melainkan mukmin dan muslim yang beriman menadah tangan memohon agar tahun baru Hijrah ini..

dikurniakan semangat baru.. azam baru untuk berubah.. dan ikhtiar mencari jalan-jalan syurgawi..

itu adalah lebih dicintai dan disukai Allah..

termasuk aku..


seharian aku fikirkan tentang Maal Hijrah nie.. setiap kali awal Muharam akan aku updatekan dalam blog.. tentang apa maksud hijrah.. pengertian hijrah bagi diri aku..

sekarang.. sudah setahun selepas post itu aku keluarkan..

apakah ada perubahan pada tahun lepas? atau masih kekal sama semangatnya?

aku tidak mahu azam yang meninggi.. InsyaAllah..

cukup aku melengkapi yang kurang.. dan mengurangi yang jahat..

itu lebih baik.. kerana aku cuba mendidik istiqamah dari riak yang berpanjangan..

amal tidak dilihat dari sudut banyak-bergondolan.. ( melainkan mereka yang punya semangat tinggi untuk beramal kepadaNya.. )

amal dilihat dari bagaimana istiqamahnya seseorang hamba cuba mengekalkan imannya..

amal ibadahnya seharian.. dari nafsu yang tak lekang menganggu..

dan bisik syaitan yang halus menusuk hati yang rapuh..


Yup, itu mungkin azam aku.. perbaiki ape yang perlu..

aku pun dah kerja.. dan punya pengalaman belajar yang banyak.. dan kehidupan susah senang aku lalui..

apa aku pasti aku sukar kawal amarah terhadap masalah.. cepat hilang mood dan bosan dalam bekerja..

sayang tido lebih dari belajar.. sayang makan dari badan.. sayang diri dari Dia..

mungkin sebab tue tahun lalu aku kurang rahmatNya.. dan ujianNya berpanjangan..

sudah pasti paku yang bengkok sekali lagi diketuk akan selamanya bengkok..

aku takkan jadi paku itu..

kerana jari jemari menaip sesuatu yang aku sendiri pasti..

PERUBAHAN.. akan aku alami dengan jayanya..


Amin Aamin.. AAmmiiinn ya Allah.. = )

No comments:

Post a Comment