Friday, 22 June 2012

Bile Sembang Pasal Kahwin..

Perkahwinan adalah salah satu sunnah Nabi
Assalamualaikum.. Ape khabar semua? Bertanya khabar amalan mulia.. Hahaha..

Harap sihat-sihat selalu..

Blog updated dengan post baru saye bertajuk.. Erm.. Sile baca kat atas erk..

Hehehe.. ( Dah start ngarut dah.. )


Cuti yang lama nie aku habiskan masa duduk rumah.. Jadi lelaki rumah kot..

Semua benda aku dah boleh buat.. Cakap je apa.. Basuh baju, sidai kain, basuh pinggan..

Menyapu sampah, kemas rumah.. ETC..

Senang sikit sape yang kahwin dengan aku.. Bila isteri letih jer..

' Xper.. Abi buat.. ' ( Wah! Promote diri nampak.. )

Hahaha..


2-3 hari nie aku asyik mimpi pelik... Jumpa kawan lama dan senior..

Dan hari-hari berlalu dengan gembira..

Ramai member aku dah kahwin.. Senior aku dah kahwin.. Sepupu aku baru semalam akad nikah..

Aku terfikir gak.. Mungkin aku belum sampai seru..

Bukan kata tak nak.. Siapa xnak kan hubungan halal yang kekal abadi insyaAllah ke syurga..

Tapi keadaan diri nie masih uzur dari segenap segi..

Jadi, itu maksud belum sampai seru.. Faham? Hihihi.. Jodoh Allah kan indah.. Kita x expect pun..

Tapi Dia tahu yang kita sedia belum..


Dan apabila akad nikah.. Bila masa tok kadi membaca tanggungjawab sang suami kepada isterinya dan sang suami membaca ikrarnya..

Aku teringat satu artikel tentang akad kat Facebook..

Di mana bebanan berat tue dah tertanggung kat suami sepenuhnya..

Memang benar sekali.. Urusan kehidupan isteri, nafkahnya.. Makan minumnya.. Kebebasannya..

Sang suami harus jaga.. Agamanya sang suami harus mendidik dan bersama beramal..

Luaran isterinya dan jika peroleh anak.. Maka tanggungannya..

Beratkan? Tapi itu tak bermaksud kita xleh pegang ( Bagi kaum lelaki la.. )

Memang anda lega lepas habis akad nikah.. Kekadang sesetengah sengih seronok..

Dah boleh bersama isteri dah..

Bear in mind my future to be husband.. Obligation on Allah and on your responsible is important..

Ingatlah selalu.. Kawal amarah.. Selesaikan masalah dengan muhibah..

Dan jangan lupa agama.. Kita takut tapi Allah lebih tahu..

Adakah kita bersedia atau tidak.. = )

Aku akui aku masih belum stabil dari segenap sudut... Malah dalam Islam menetapkan..

Jika tidak mampu memberi nafkah atau menjaga maka hukumnya makruh.. ( Sila perbetulkan kalau salah.. )

Kahwin ini adalah benda indah Allah beri.. Namun penceraian juga adalah perkara yang Allah kurniakan..

Tapi perkara yang paling Dia benci..

So, take care of your wife and your new life.. Amalkan surah dan jaga isteri elok-elok..

Kalau make-up lebih.. Minta dia kurangkan kalau keluar berjalan..

Kalau dedah sana sini.. Nasihatlah mereka.. Jangan marah..

Cuma tegur.. ' Awak, setiap dedahan aurat dosa jatuh kat saya juga tau.. Sebab saya x tegur awak..

Pakai cantik dan tutup la erk..  '

WAH! Sweet.. Hahaha...


Barakallah for my cousin for his akad last night.. Sekali lafaz je..

InsyaAllah.. Berkekalan hingga ke syurga pasti.. = )

Thanks for reading..


Ahmad.Iqbal.Hakim..
p/s : teringin nak perkahwinan sederhana jer.. huhuhu...

Wednesday, 13 June 2012

Exhausted Induction Week

Sesi LDK pertama kitorang..
Hari nie terlebih rajin.. Produktif.. Proaktif dan bersemangat...

Idea umpama cokelat mencurah-curah ke ladang gandum.. ( KoKoCRUCH!! )

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Jawab habis erk.. Hihihi..


Apesal bersemangat je aku petang-petang menaip nie? Selalunya aku tengok tv atau habiskan masa tengok video..

Memandangkan aku pun muak tengok citer yang banyak episod.. macam Liar Game.. Team Medical Dragon..

So, aku curi masa sedikit untuk terangkan seminggu aku habis kat Kolej Kejururawatan Kubang Kerian..

Mesti pelik.. Apesal la aku stay sana dekat seminggu.. Tanpa ada wi-fi ( no regrets.. hahaa.. ) Paling penting tanpa kopi.. ( Leh jadi giler seyh.. Memanjang tido awal jer.. )

Aku bersama member lain menjalani Minggu Induksi yang dianjurkan Kementerian Kesihatan Malaysia.. Bagi penjawat awam macam aku nie ha..

So, lets go!


Aku lupe akta mana yang mewajibkan minggu induksi ini dijalankan.. aku ingat tahun je.. dalam 1992 lagi dah diadakan minggu induksi nie..

Ia bertujuan untuk memberi pengenalan kepada lepasan diploma tajaan KKM tentang kerja..

Akta dan peraturan serta tatatertib dalam kerja.. Etika kerja serta pendedahan bagaimana dalam kerja kita leh buat penyelewengan.. ( Bukan nak ajar seleweng duit.. cuma ajar cara cegah )

Aku termasuk budak-budak course lain macam x-ray, fisioterapi, farmasi dan nursing terutamanya..

Dibahagikan kepada 12 kumpulan dan diberi tugasan dalam kumpulan..

Macam biasa la.. LDK ( Latihan Dalam Kumpulan ) buat cheers.. Buat logo.. Etc.. Etc..

Kadang-kala aku dah rasa macam balik form 1 jer.. Sebab kebanyakkan benda dah biasa buat..

Ice-Breaking memule tue 202 orang perkenalkan diri.. Dekat setengah jam baru habis..

Hahaha..


Group aku lak diberi nama Medical Unity.. Macam Man Utd jer.. 16 orang..

Pelbagai bangsa ada.. Hehehe.. Memula memang xkenal la satu sama lain..

Bila dah seminggu bersama.. Rindu lak nak berpisah.. Dah rasa macam famili..

Kuliah tentang akta dan macam-macam lagi buat aku mengantuk memanjang.. Hahaha..

Sebab sesi kumpulan hanya waktu malam je.. Dan pagi pulak banyak taklimat..

Lepas tue setiap orang kena siap sedia dengan pengucapan awam..


Jangan pandang minggu induksi macam orientasi jer.. Sebab setiap benda kita buat ada markah..

Tak kira tambah atau tolak.. Itu atas dasar budi pekerti facilitator anda..

Member aku cerita ada yang fail disebabkan tiada penglibatan kumpulan.. Tak tepat waktu..

Buat hal dan langgar peraturan.. Malah ada yang repeat balik induksi..

Induksi pulak untuk semua kakitangan kerajaan.. Bukan untuk kakitangan kesihatan jer..

Hehehe.. So, kalau yang nak habis belajar dan berkhidmat dengan kerajaan..

Bersiap sedia dengan knowledge dan juga aktif dalam kumpulan..


Banyak sangat aku celoteh nie.. HAHAHA.. ( gelak letih.. )

Nanti kalau aku tambah.. Aku beritahu erk.. Hehehe...

Sebab nie berdasarkan pengalaman aku.. Kalau korang leh manage masa bila pergi nanti..

Good for you! Jangan risau...

Buat yang terbaek... Sebenarnya induksi nie melatih diri supaya lebih berdisiplin dan telus dalam bekerja.. Itu yang aku nampak main objectivenya...

Jadi, GOOD LUCK untuk bakal penjawat awam..

Usaha Tangga Kejayaan...


Ahmad Iqbal Hakim..

Journey Of 3 Years.. Officially End!

Keputusan Sem 6.. Tahniah!!
Assalamualaikum..

Actually i was gonna wait for the right moment to blog.. to type a new post..

Then it struck.. The idea.. What can i do? Just type it I guess.. = )

At least my ideas would be cherish it nicely..

Dan kalau nak tambah idea pun boleh jer.. Aku boleh tambah info lagi..

Sebab blog nie tiada sempadan waktu dan tempat.. Cuma malas tak malas seseorang tue 'update' blog saje..


3 hari aku menjadi penjual anggur berjaya.. Lepas habis je minggu induksi yang aku leh cakap sarat dengan maklumat..

Berpisah la aku dengan kawan-kawan.. Semua dah balik negeri masing-masing..

Dari selatan ke utara.. Semua dah bawa haluan sendiri..

3 tahun beb masa aku belajar diploma dulu.. rasa macam sekelip mata je dah habis..

Padahal masa belajar dulu tak sabar-sabar sangat nak habis.. = P

Lumrah manusia kot.. Tak pernah puas dengan apa yang dah diberi..


Keputusan final sem aku pun keluar sehari selepas aku habis induksi..

Guess what..? Aku cemerlang last sem.. Seriuosly I didn't expect that i would get a 4.00..

Tak tahu la salah kira ke apa.. Aku bersyukur sangat-sangat..

Pertama kali dalam hidup kot.. Greatest achievement...

Bila difikirkan balik.. Allah itu Maha Pemurah.. Masa aku miss paper hari tue pun..

Ada je jalan Dia tunjuk.. Supaya aku terus berjuang..

Tak sangka dapat 4.00 weyh.. Nak gosok mata pun belum tentu habuk nie hilang.. = D


Life is unexpected rite?

Qada' dan Qadar Dia lebih hebat dari sangkaan kita.. Dari jalan yang kita sangkakan kebahagiaan..

Dia tunjukkan jalan yang lebih bahagia.. Asalkan kita jangan lupa Allah..

Aku rasa kerdil diri.. Sebab masih berdosa di sisiNya..

Dia masih sayangkan aku.. Aku rasa kecil diri.. Hina disisiNya..

Layakkah aku memperoleh nikmatNya?

Aku sedar.. Hanya doa padaNya dan taat perintahNya aku wajib jalankan..

Terima kasih Ya ALLAH.. Terima kasih MAMA dan ABAH..

Thanks FRIENDS for your support...

Aku ucapkan Alhamdulillah dan bersujud padaMu..

Aku rendah diri.. Aku akan perbaiki diri..


AHMAD.IQBAL.HAKIM

p/s : kepada kawan-kawan sekolej.. berpisah bukan bermaksud selamanya.. jalan Allah itu indah.. ada masanya aku akan jumpa lagi.. = )