Friday, 18 May 2012

What Did You Do For Them?

Freedom For Palesinian Prisoner..
Bila buka je new post.. Pelbagai benda nak dicerita..

Suka duka la.. Pengalaman hidup lah.. Ilmu yang kita dapat la..

Padahal bila dah sampai je kat ruangan kosong..

Maka dalam diam.. idea pun hilang..

Kalau dikira dengan post nie.. dah banyak post aku delete..

Tulis serangkap.. Dengan tetiba macam xder mood atau takder benda nak cerita..

Mungkin lumrah manusia macam tue.. Ilham datang jer kena kita ambil berat..

Catat.. = )


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh ( Balas balik panjang yer.. )

Kaifa haluka? Ana bikhair.. ( saya sehat jer.. )

Yes! Sudah bebas dari kesengsaraan paper ulangan yang telah berlangsung pada 16 Mei 2012 ( rabu lepas.. )

Barulah aku rasa lega sebagaimana kawan-kawan aku rasakan ( mak aih.. yang lain dah habis bosan cuti aku baru nak nikmati.. )

Bila duk rumah jer.. Aktiviti harian aku.. Menghadap laptop seharian..

Tido dan makan ( Malas giler nak buat kerja.. )

Tipikal budak 'U'.. Hehehe...


Kebelakangan nie aku rasa panas je bumi bertuah nie.. Iklim sekarang memang tak menentu..

3-4 hari nie panas tak terhingga.. Tak la sampai kering air sungai..

Tapi bila ko mandi malam-malam.. Masih lagi rasa haba tue..

Padahal mandi nak hilang peluh.. Nie pakai baju jer.. Dah berpeluh habis baju..

Aku terpaksa beli bedak menthol keluaran Dettol ( sengaja mempromote.. ) untuk sejukkan diri..

Dan terbukti berkesan.. ( buat sementara je la.. hahaha.. )


15 Mei lepas adalah hari Nakbah bagi memperingati kejadiaan di mana kaum Yahudi menjajah bumi Palestine setelah berjaya membantu Amerika dalam peperangan..

Hampir keseluruhan negara Palestine dikuasai tentera Israel.. selama 64 tahun tanpa henti mereka membunuh hampir jutaan rakyat Palestine..

Tahanan mereka diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh rejim Zionis..

Maka pada hari itu juga ramai member aku letak gambar warna cokelat manusia menutup mata..

dan tertulis di badan dalam tulisan Hebrew IPS ( Israel Prison Service )

kita mungkin ingat hari guru dan hari ibu ( terutamanya hari ibu yang sebenarnya haram disambut kerana mengikuti fahaman Greek kuno ( hari Cybele ) dan Roman kuno ( hari matronalia )

ada lah dikalangan kawan-kawan aku yang post selepas dari Hari Nakbah..

yang tak boleh nak letak default picture gambar tue..

menyatakan mata ditutup ( dalam gambar tue.. ) menandakan kita tak nampak kekejaman Zionis @ tak ambil peduli..

tulisan Hebrew tue adalah Zionis..

dan sebagainya..


Sumber lain pula menyatakan sebaliknya.. Hmm..

Di sini kita boleh dapat lihat betapa hebatnya media elektronik.. terutamanya medan sosial..

Dalam menyebarkan maklumat yang bagi aku.. Lebih cepat dari berita jam 8.00 malam..

Hingga ke satu tahap aku sendiri gelak sakan..

Sebab berita dah sebarkan video viral.. Namun pengguna interenet sudah tahu lebih 24 jam sebelum ini..


Tentang Hari Nakbah dan default profile di FB.. gunalah default profile hunger strike tersebut..

Kita membantu saudara seislam kita.. Jangan mempersoalkan kebaikkan..

Persoalkan setiap keburukan yang kita lakukan.. jangan kerana hanya tulisan Hebrew atau perlambangan gambar tersebut...

Anda tiba-tiba berubah fikiran.. ( Ini termasuk aku.. Sebelum aku sedari.. )

Mereka di sana melakukan hunger strike berhari-hari.. Tanpa mempersoalkan mengapa mereka melakukannya..

Kita di sini bersenang lenang chatting dan surfing internet.. Mudah menerima khabar angin..

Tukar default profile menandakan kita sokong.. Itu adalah usaha kita yang paling minima yang kita boleh lakukan..

Jadi, tidak timbul lagi persoalan mengenai gambar tersebut..

Hidup sesama Islam harus bantu membantu bukan? Biar terbuka mata mereka dunia tentang kekejaman Israel itu..

Umpama satu kisah mengenai Nabi Ibrahim yang dibakar oleh Raja Namrud kerana menyembah ALLAH..

Dalam ramai binatang hanya seekor burung pipit sahaja yang menolong memadamkan api yang membakar..

Dan seluruh binatang memperlekehkannya..

Kejadian itu dilihat oleh Jibril A.S lalu Jibril bertanya kepada burung pipit itu..

" Adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu?"

Jawab sang pipit " Aku tahu bahawa air yang ku bawa ini tidak cukup untuk memadamkan api yang membakar kekasih Allah ini. Namun sekurang-kurangnya aku menjalankan tanggungjawabku.."

" Iaitu membantu nabi Allah dan tidak mendiamkan diri.. "


Banyak lak celoteh aku malam nie.. Hehehe.. Nie yang aku alami sepanjang minggu nie..

Mostly dari apa aku tengok kat media elektronik je la..

Pandai guna pandaila manfaat.. Kalau salah guna merana jiwa woo..

Hehehe..

Thanks for reading..

Yang baik jadikan teladan... Yang buruk jadikan pedoman...


= )

No comments:

Post a Comment