Thursday, 9 February 2012

Kasih Sayang dan RahmatMU..

Jalan lurus penuh berliku..
Peace be upon you fellow readers.. Sudah lama tidak menaip..

Jari jemari lebih sibuk melayan pesakit dari menaip di papan kekunci nan lembut..

So, a bit busy bout a 2 weeks now.. Disebabkan saye di kecemasan..

Jadi, idea mencurah ke ladang gandum tue.. tak seperti yang diharapkan la..

Tapi takder plan pun nak ber'blogging' secara kerap memandangkan belajar diutamakan ( iyer la sangat iqbal oii.. )

Tapi ( berapa banyak tapi da.. ) hamba benar-benar tiada kelapangan..


Masa di rumah je la aku spend untuk menaip.. disebabkan kesukaran internet dan sebagainya..

Aku x expect others to read this.. more likely for me to read..

Self-motivation rasanya.. betul juga sabda Nabi SAW : Setiap amalan haruslah disertakan dengan niat..

Masa aku mula-mula ber'blogging'.. expectation aku supaya follower aku ramai..

Nak jadi terkenal la katakan.. tapi sekarang..

Blog memang macam diari peribadi.. boleh share feelings sebenarnya..

Pedulikan apa kata diluar.. maki hamun.. kata gedik what-so-eva..

Itu adalah ruang anda.. tempat anda berkongsi..

Niat itu penting.. So, kalau plan nak ramai pengikut.. er.. susah sikit la..

Aku baru hari nie sedar ( yup.. sememangnya.. ) dan bila aku bukak balik blog nie..

Gelak sorang diri ada.. Insaf pun ada..

Menaip setiap perkataan yang sememangnya sudah lama terbuku di hati..


Manusia itu kompleks bukan? Hati dan perasaan... pemikiran mereka.. cukup menakjubkan ciptaan ALLAH ini..

Bercakap.. Bergaul.. Hidup dalam keluarga... Memimpin.. Mengikuti.. Mencari ilmu..

Setiap perasaan dan ideologi mereka hasil dari kuasa Allah sendiri..

Ada bersyukur atas nikmatnya.. Ada mengkaji.. Yang terleka dan yang masih tertanya tanya..

Sejarah mereka ukir dan nostalgia pahit manis mereka bina..

Allah sudah tahu dari awal lagi.. Tapi bukankah kita yang berusaha?

Usaha baik.. baik jadinya.. Buruk usahanya.. buruklah hasilnya..

Umpama menanam tanaman.. Tiada jaganya.. Tidak ada hasilnya..


Terlampau berat erk? Hahaha.. aku dilahirkan dengan pandangan ke arah lebih kompleks..

Namun apa aku cakap hanyalah simple.. Sujud dan menerima setiap kurniaanNya..

Nikmat dan musibah.. Setiap keadaan..

Selalu kepadaNya.. Kita terlampau mengagungkan duniawi.. hingga saat Dia mengingati kita..

Kita hanya ingatiNya di setiap 5 waktu tetapanNya..

Malah aku sendiri tertinggal.. bergelumang nafsu.. minda manusia perlu dibuka..

Hati mereka perlu disinar dengan cahayaNya..

Kembali kepadaNya adalah satu kewajipan kita hambaNya..

Hindari salah faham yang hanya membazirkan kotak fikiran sahaja..

Rasulullah contoh tauladan terbaik.. Cara pemikirannya..

Terbuka hatiku sedikit demi sedikit..

Mengenalinya.. Rasulullah hanya bersandarkan kepadaNya.. dan perjuangannya diredhaiNya..

Aku masih terkapai.. Tapi sedang mencari tali berpaut..


Dah bertulis.. tengok la apa aku hasilkan.. Hehehehe.. Dah jadi karya dah..

Ape-ape pun yang aku nak cakap ( for real ) is that.. Believed in HIM as HE always believed in you...

Diciptakan Adam hanyalah untuk bersujud padaNya..

Remembering me on HIM and HIS messenger.. the Prophet Muhammad..

Masih belum terlambat.. Maulidur Rasul buat semua.. = )

No comments:

Post a Comment