Tuesday, 28 February 2012

Sempoi Hidup Ini.. Lalala..

Siapa kata Dragonball ganas? Bace nie sket..


Assalamualaikum..

Yes! Mid sem holiday is full of excitement for everyone.. Especially for a die-hard-struggling-student like me.. ( Oh please.. )

But for me.. it's just a week for me to stay at home.. Resting.. And put up a lil weight ( since i had to cut off my meals just becoz of a hefty price per servings.. )

Trying my best to settle up a bit on my medical registration and also research..

So, blogging might be a 32nd thing to do when i'm free ( Yeah right.. )


Badan makin naik.. Mama abah mula risau.. Tapi maintain.. Hahaha...

Iltizam nak turun tue every holiday.. Nampak macam tak jadi jer.. At least kite mencube kan?

Hahaha.. ( Gelak nak sedap hati.. )


Aku pun dah masuk semester akhir.. Macam-macam pengalaman aku dapat..

Aku nak jer travel.. Tapi kewangan la.. Tiada duit mau jalan-jalan..

Member ajak sangat aku keluar semua.. Ntah la.. Mungkin aku jenis budak suke dok rumah jer kowt..

Tapi itu tak bermaksud aku NERD atau GEEK.. ( Walaupun nampak traits tue ada siket.. Aku akui.. )


Hari-minggu-bulan cepat jer berlalu.. Member ada yang dah kahwin..

Ada yang berbadan dua.. Ada yang dah bertunang ETC.. ETC ( Dah malas nak mention la tue.. Hahaha.. )

Aku ucapkan tahniah dan semoga Allah kurniakan kebahgiaan dunia akhirat..

Yang merasa kesusahan dan kepayahan dalam hidup.. Aku bukanlah penasihat yang baik...

Tapi aku ada satu je ayat yang boleh menyetelkan masalah... Setelah korang berusaha la..

Takkan x berusaha nak buat lak benda nie..

IAITU BERSERAH.. Kadang-kala ada jalan yang lebih baik yang telah Allah tunjukkan..


Dan aku sendiri berdosa.. Jadi, nak kembali kepadaNya memerlukan lebih dari kata-kata..

Bila kapal dah salah arah.. Nak kembali ke jalan sebenar bukan senang tau..

Tapi kita ingat la bahawa Dia menunggu kita kembali kepadaNya..


Bak kata Ustaz Idrus.. Berdoa dan terus berserah setelah berusaha..

Allah ada sebab kenapa tak kabulkan semua doa hambaNya.. Kalau dia kabulkan semua...

Nanti macam-macam benda mengarut dipohon.. Dan nie pandangan aku..

Riak akan berleluasa.. Jadi, ikhlas kan hati dengan memohon dan berharap..

Jangan putus dari berharap.. OK?


Akhir aku nak cakap mesti ada je nasihat kan? Hehehe.. Ape-ape pun aku dah luahkan..

Lega sikit bulan nie ada gak post.. Hahaha..

InshaAllah.. Yang baik dari Allah.. Yang buruk juga dariNya tapi bersandarkan kepada diri saya yang lemah ini..

Thanks for reading...

Thursday, 9 February 2012

Kasih Sayang dan RahmatMU..

Jalan lurus penuh berliku..
Peace be upon you fellow readers.. Sudah lama tidak menaip..

Jari jemari lebih sibuk melayan pesakit dari menaip di papan kekunci nan lembut..

So, a bit busy bout a 2 weeks now.. Disebabkan saye di kecemasan..

Jadi, idea mencurah ke ladang gandum tue.. tak seperti yang diharapkan la..

Tapi takder plan pun nak ber'blogging' secara kerap memandangkan belajar diutamakan ( iyer la sangat iqbal oii.. )

Tapi ( berapa banyak tapi da.. ) hamba benar-benar tiada kelapangan..


Masa di rumah je la aku spend untuk menaip.. disebabkan kesukaran internet dan sebagainya..

Aku x expect others to read this.. more likely for me to read..

Self-motivation rasanya.. betul juga sabda Nabi SAW : Setiap amalan haruslah disertakan dengan niat..

Masa aku mula-mula ber'blogging'.. expectation aku supaya follower aku ramai..

Nak jadi terkenal la katakan.. tapi sekarang..

Blog memang macam diari peribadi.. boleh share feelings sebenarnya..

Pedulikan apa kata diluar.. maki hamun.. kata gedik what-so-eva..

Itu adalah ruang anda.. tempat anda berkongsi..

Niat itu penting.. So, kalau plan nak ramai pengikut.. er.. susah sikit la..

Aku baru hari nie sedar ( yup.. sememangnya.. ) dan bila aku bukak balik blog nie..

Gelak sorang diri ada.. Insaf pun ada..

Menaip setiap perkataan yang sememangnya sudah lama terbuku di hati..


Manusia itu kompleks bukan? Hati dan perasaan... pemikiran mereka.. cukup menakjubkan ciptaan ALLAH ini..

Bercakap.. Bergaul.. Hidup dalam keluarga... Memimpin.. Mengikuti.. Mencari ilmu..

Setiap perasaan dan ideologi mereka hasil dari kuasa Allah sendiri..

Ada bersyukur atas nikmatnya.. Ada mengkaji.. Yang terleka dan yang masih tertanya tanya..

Sejarah mereka ukir dan nostalgia pahit manis mereka bina..

Allah sudah tahu dari awal lagi.. Tapi bukankah kita yang berusaha?

Usaha baik.. baik jadinya.. Buruk usahanya.. buruklah hasilnya..

Umpama menanam tanaman.. Tiada jaganya.. Tidak ada hasilnya..


Terlampau berat erk? Hahaha.. aku dilahirkan dengan pandangan ke arah lebih kompleks..

Namun apa aku cakap hanyalah simple.. Sujud dan menerima setiap kurniaanNya..

Nikmat dan musibah.. Setiap keadaan..

Selalu kepadaNya.. Kita terlampau mengagungkan duniawi.. hingga saat Dia mengingati kita..

Kita hanya ingatiNya di setiap 5 waktu tetapanNya..

Malah aku sendiri tertinggal.. bergelumang nafsu.. minda manusia perlu dibuka..

Hati mereka perlu disinar dengan cahayaNya..

Kembali kepadaNya adalah satu kewajipan kita hambaNya..

Hindari salah faham yang hanya membazirkan kotak fikiran sahaja..

Rasulullah contoh tauladan terbaik.. Cara pemikirannya..

Terbuka hatiku sedikit demi sedikit..

Mengenalinya.. Rasulullah hanya bersandarkan kepadaNya.. dan perjuangannya diredhaiNya..

Aku masih terkapai.. Tapi sedang mencari tali berpaut..


Dah bertulis.. tengok la apa aku hasilkan.. Hehehehe.. Dah jadi karya dah..

Ape-ape pun yang aku nak cakap ( for real ) is that.. Believed in HIM as HE always believed in you...

Diciptakan Adam hanyalah untuk bersujud padaNya..

Remembering me on HIM and HIS messenger.. the Prophet Muhammad..

Masih belum terlambat.. Maulidur Rasul buat semua.. = )