Thursday, 29 December 2011

Ombak Iman.. Layar Dan Dayungnya..

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Harap semua sihat walafiat.. Aku? Syukur alhamdulillah sehat dan segar bugar biarpun batuk tak elok-elok lagi..


Aku tak nak bergantung sangat dengan ubat.. Kalau boleh minum air suam atau cergaskan badan.. Itu jer penting.. Paling penting sekali bersyukur selalu atas nikmat Dia...


Sebab aku manusia sering kali lalai.. Bilangan benda baik kita buat nie boleh dikira dengan jari dari benda jahat dari mulut kita utamanya..


Nasib baik aku tak buat benda-benda teruk lagi la.. Tapi tinggal solat tue dah dosa besar tau.. Dan ngumpat tue pulak dosa lebih besar dari membunuh orang..



Kita tak perasan tapi sering kali kita buat.. Aku selalu sangat buat.. Benda remeh tapi dosa tetap dosa besar.. Bukan dosa kecil..


Jadi takut pula aku nak sebarkan kebaikkan atas sebab aku buat banyak kesalahan...


Banyak dosa aku dah buat.. Tapi sebenarnya tanggapan tue silap...


Iman manusia umpama ombak.. Kadang kala tinggi menggunung dan kadang kala pasang..


Sebarkanlah kebaikkan biarpun sedikit.. Jangan biarkan orang pengaruh anda..


Macam sebelum nie aku pernah mention pasal beri nasihat..


Tak kira la siapa atau apa status orang yang bagi nasihat.. Benda baik kita ikot..


Cuma jangan ikot orang tue jer la.. Simple..



Aku rasa itu sebenarnya ujian DIA.. masa lapang dan masa surut iman ni DIA nak tengok..


Aku macam mana.. Masih berpegangkah aku dengan Al-Quran..


Solat aku cukup ke tak? ( Serius, ada tinggal gak aku.. )


Masih bersyukurkah aku dengan nikmat DIA? Berzikir dan membasahkan lidah kepadaNya?


Rasanya blogging mungkin ubatnya.. Kita menulis dan menaip atas dasar ikhlas..


Tiada yang sembunyi.. Hanya kebenaran..


Thanks ALLAH.. Blogging nie buka minda aku yang crowded nie..



Kusut masai.. Lain aku nak citer.. Lain pulak yang keluar..


Mungkin itu kehendakNya kan? Siapa tahu? " KUN FA YAKUN... "


Ma'assalamah!



p/s : pengaruh malam Jumaat kot? huhuhu.. Allah Maha Besar...

2 comments:

  1. tengok apa yang di beri, bukan siapa yg memberi. kan?

    ReplyDelete
  2. benci seseorang bukan kerana dirinya.. benci hanya kepada perangainya.. kerana ALLAH dah ciptakan dia sebaik-baik kejadiaan..

    and yes.. appreciate things we get. not the one who gives it..

    niat dia ikhlas ke x memberi.. semua tue antara dia dengan ALLAH.. = D

    ReplyDelete