Tuesday, 20 December 2011

Assalamualaikum.. Dah Solat? = )

Assalamualaikum.. Peace be upon you muslimin dan muslimat..

Sudah lama tak update.. Ada pulak permintaan dari famili suruh aku post something new.. updated my life and family..

And today mungkin tidak.. sebab there has been another topic yang bermain-main di fikiran aku sekarang..

2-3 hari idea nie kerap datang dalam minda aku.. Aku dah cuba banyak kali nak post tapi mulut tak terucap.. minda tak terungkap..

Sebab topik yang aku nak sebut nie agak sensitif sikit.. Biarpun diri sendiri masih tidak sempurna dalam amalan WAJIB ini namun aku beranikan diri untuk memberitahu..

Kerana topik ini telah banyak kali membuka mata aku.. dan seluruh hidup kita dipengaruhi oleh amalan wajib ini..


SOLAT.. atau dalam Inggerisnya PRAY..

salah satu dari 5 rukun Islam yang wajib dilakukan.. Tidak dilakukan BERDOSA BESAR maknanya..

belum dikira yang meringan-ringankan solat ( erti kata lengahkan waktu... )

dan juga setiap pergerakan wajib dalam solat yang haruslah betul dan tertib..

Solat bagi aku masa mula-mula aku kecik hanyalah 5 minit waktu berada di tikar sejadah ( mungkin lebih pendek.. ) yang aku rasa AMATLAH berat...

dan setiap kali aku tertinggal masa kecil.. aku akan diROTAN dan diPUKUL oleh mak dan ayah..

sememangnya benar kerna hadis ada menyatakan bahawa jikalau anak itu tidak mengerjakan solat dan dia sudah berusia 10 tahun ( minta maaf.. umur aku dah lupa.. ) maka pukulah anak itu bukan dengan NAFSU AMARAH namun dengan niat pengajaran..

bahawa si anak tidak tinggal solat..


Lama kelamaan solat telah menjadi sebati dalam hidupku.. ( Alhamdulillah berkat usaha mak ayah.. )

Namun bila meningkat dewasa.. LUPA dan LALAI antara faktor aku tidak bersamaNya..

Mengerjakan solat yang sepatutnya.. Dan meremehkan solat..

Setiap insan tidak sempurna.. Semua PERNAH ada waktu mereka meninggalkan solat..

Termasuk aku yang menaip ini..


Allah MAHA PENYAYANG lagi MAHA BERKUASA... menunjukkan aku satu demi satu keajaiban solat.. 


Bagaimana solat merubah seorang individu.. Solat itu sendiri mengajar manusia tertib dan merendahkan diri kepadaNya..

Dari masa aku bersolat.. dengan pengalaman aku bersolat.. Dan artikel aku baca..

Aku sedari.. kehidupan kita dipengaruhi oleh solat.. Kan ada hadis sahih menyatakan jika eloknya solat seorang itu, maka tercegahlah ia dari kemungkaran..

Atau dalam erti kata lain.. SOLAT mencegah dari KEMUNGKARAN..

Maka di situ timbul satu persoalan.. Adakah kita bersolat kerana menunaikan kewajipan sahaja..

Ataupun dengan ikhlas meluangkan masa kepadaNya sahaja.. fokus dan iltizam hanya di bentangan sajadah..

Manusia yang mencari ketenangan sebenarnya harus memperbaiki kualiti solat..

Bertanya pada diri.. Solatnya diterima atau tidak?

Masihkah ALLAH sayang padaNya.. Bagiku masih belum cukup.. Masih belum sempurna solatku..


Dan kepada yang meninggalkan solat.. Fikirkan.. Rasulullah telah melalui Isra' Dan Mikraj serta menurunkan perintah solat 50 waktu kepada hanya 5 waktu sahaja..

Dan kita masih lagi berdalih dan dengan alasan TERLUPA atau TERLALU SIBUK..

Solat adalah waktu kita bersamaNya... Dan amatlah cantik solat dengan bacaannya..

Jika anda terjemah sendiri.. Adalah puji pujian bagi Allah dan juga Rasulullah...

Serta doa kepada kita moga kita dapat perbaiki diri dan mencari keredhaanNya..

Itulah sebabnya solat harus khusyuk..


Aku rasa dah cukup terang aku jelaskan.. Ini semua dari ilmu dan pengalaman aku yang masih lagi mencari erti sebenar kehidupan...

Cukuplah sampai di sini.. Rasa dah panjang sangat dah kalau anda baca.. = D

Tapi hasil taip ini dari hati aku sendiri.. Tak pernah taip sepanjang ni.. = )

Jadi, solat lah dengan sempurna.. Perelokkan yang wajib.. Perhalusi iman kita..

Istiqamah insyaAllah menyusul belakangnya.. = D


AHMAD.IQBAL.HAKIM....

2 comments:

  1. Iqbal!

    Cara menulis dah lain!keep it up.and topic pun terbaik.

    *sama2lah baiki quality and quantity solat kita lepas ni ;)

    ReplyDelete
  2. ye ke cara menulis aku dah lain? tak prepare text pun.. dari apa aku nak cakap jer la.. = D

    thanks saudari mun.. saye pun follow blog awak... hahaha..

    ReplyDelete