Thursday, 29 December 2011

Ombak Iman.. Layar Dan Dayungnya..

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Harap semua sihat walafiat.. Aku? Syukur alhamdulillah sehat dan segar bugar biarpun batuk tak elok-elok lagi..


Aku tak nak bergantung sangat dengan ubat.. Kalau boleh minum air suam atau cergaskan badan.. Itu jer penting.. Paling penting sekali bersyukur selalu atas nikmat Dia...


Sebab aku manusia sering kali lalai.. Bilangan benda baik kita buat nie boleh dikira dengan jari dari benda jahat dari mulut kita utamanya..


Nasib baik aku tak buat benda-benda teruk lagi la.. Tapi tinggal solat tue dah dosa besar tau.. Dan ngumpat tue pulak dosa lebih besar dari membunuh orang..



Kita tak perasan tapi sering kali kita buat.. Aku selalu sangat buat.. Benda remeh tapi dosa tetap dosa besar.. Bukan dosa kecil..


Jadi takut pula aku nak sebarkan kebaikkan atas sebab aku buat banyak kesalahan...


Banyak dosa aku dah buat.. Tapi sebenarnya tanggapan tue silap...


Iman manusia umpama ombak.. Kadang kala tinggi menggunung dan kadang kala pasang..


Sebarkanlah kebaikkan biarpun sedikit.. Jangan biarkan orang pengaruh anda..


Macam sebelum nie aku pernah mention pasal beri nasihat..


Tak kira la siapa atau apa status orang yang bagi nasihat.. Benda baik kita ikot..


Cuma jangan ikot orang tue jer la.. Simple..



Aku rasa itu sebenarnya ujian DIA.. masa lapang dan masa surut iman ni DIA nak tengok..


Aku macam mana.. Masih berpegangkah aku dengan Al-Quran..


Solat aku cukup ke tak? ( Serius, ada tinggal gak aku.. )


Masih bersyukurkah aku dengan nikmat DIA? Berzikir dan membasahkan lidah kepadaNya?


Rasanya blogging mungkin ubatnya.. Kita menulis dan menaip atas dasar ikhlas..


Tiada yang sembunyi.. Hanya kebenaran..


Thanks ALLAH.. Blogging nie buka minda aku yang crowded nie..



Kusut masai.. Lain aku nak citer.. Lain pulak yang keluar..


Mungkin itu kehendakNya kan? Siapa tahu? " KUN FA YAKUN... "


Ma'assalamah!



p/s : pengaruh malam Jumaat kot? huhuhu.. Allah Maha Besar...

Wednesday, 21 December 2011

Celoteh Rabu : Hujan Panjang Di Rumah..

Assalamualaikum..

Setelah menaip tentang solat semalam.. Hari nie aku nak menaip tentang perkembangan terkini diriku..

Familiku dan persekitaranku.. ( So, ini adalah santai.. )

Adik aku kat Bali dan juga pak sedaraku dari Kuala Lumpur nak tahu perkembangan famili Mat Yusoff kan? Hehehe.. Meh nak citer..


Adik arifillah bakal genap 1 tahun 8 bulan nanti menjelang bulan Januari.. Dia dah banyak cakap dah sekarang..

Mulut dia tak habis-habis berzikir nama-nama Allah.. puji pujian kepada Rasulullah..

Mama kata besar nanti mesti pandai.. Sebab awal-awal lagi dah pandai ajuk cakap orang..

Kalau sebut mama dengan abah tue dah biasa.. Siap ada semangat patriotik lagi nyanyi lagu Negaraku.. ( Biarpun lirik belakang je dia ingat.. Hehehe.. )


Luqman Hakim pulak mula belajar kereta mulai Selasa, Khamis dan Ahad... Kat tempat belajar kereta...

Mengikut jejak langkah abang dan kakaknya mengisi masa cuti 3 bulan lepas SPM ( ini dah dikira tradisi adik-beradik.. Hahaha.. )

Kepenatannya dalam memandu kereta dan motor dapat dilihat dengan keadaan beliau tertiarap di atas katil dan lena dibuai mimpi indah.. = )


Mama dan abah sihat walafiat.. Semakin berseri dan bahagia.. = D Selalu menjaga makan dan minum serta mengajar erti bersederhana dalam kehidupan..

Mama biasalah.. Masakan dia pasti buat anak-anak terliur.. Hihihi..

Dan abah.. Lucu dalam tegas.. Huhuhu.. ( Kalau mama dan abah baca.. abang segan.. Hahaha.. )

Adik-adik lain semua sihat seger buger..


Rumah depan kita nie dah pasang onin tau.. Pastu jalan dah tar baru.. nampak lain sangat rumah..

Kalau tidak dulu nampak kecik jer rumah xder tempat teduh..

Nie dah pasang.. Nampak lebih cantik.. Kemas dan jalan tar tue pun selesa kalau kita bawak motor..

Tak berlubang..


OK.. Cukop la kot update pasal rumah... Pasal abang.. tanya tuan punya badan sendiri la erk..

Apa-apa pun alhamdulillah syukur nikmat Allah.. kebahagiaan rumah dalam keadaan sederhana..

Seronok sebenarnya.. = )

So, Mekasih sebab baca... = D

Tuesday, 20 December 2011

Assalamualaikum.. Dah Solat? = )

Assalamualaikum.. Peace be upon you muslimin dan muslimat..

Sudah lama tak update.. Ada pulak permintaan dari famili suruh aku post something new.. updated my life and family..

And today mungkin tidak.. sebab there has been another topic yang bermain-main di fikiran aku sekarang..

2-3 hari idea nie kerap datang dalam minda aku.. Aku dah cuba banyak kali nak post tapi mulut tak terucap.. minda tak terungkap..

Sebab topik yang aku nak sebut nie agak sensitif sikit.. Biarpun diri sendiri masih tidak sempurna dalam amalan WAJIB ini namun aku beranikan diri untuk memberitahu..

Kerana topik ini telah banyak kali membuka mata aku.. dan seluruh hidup kita dipengaruhi oleh amalan wajib ini..


SOLAT.. atau dalam Inggerisnya PRAY..

salah satu dari 5 rukun Islam yang wajib dilakukan.. Tidak dilakukan BERDOSA BESAR maknanya..

belum dikira yang meringan-ringankan solat ( erti kata lengahkan waktu... )

dan juga setiap pergerakan wajib dalam solat yang haruslah betul dan tertib..

Solat bagi aku masa mula-mula aku kecik hanyalah 5 minit waktu berada di tikar sejadah ( mungkin lebih pendek.. ) yang aku rasa AMATLAH berat...

dan setiap kali aku tertinggal masa kecil.. aku akan diROTAN dan diPUKUL oleh mak dan ayah..

sememangnya benar kerna hadis ada menyatakan bahawa jikalau anak itu tidak mengerjakan solat dan dia sudah berusia 10 tahun ( minta maaf.. umur aku dah lupa.. ) maka pukulah anak itu bukan dengan NAFSU AMARAH namun dengan niat pengajaran..

bahawa si anak tidak tinggal solat..


Lama kelamaan solat telah menjadi sebati dalam hidupku.. ( Alhamdulillah berkat usaha mak ayah.. )

Namun bila meningkat dewasa.. LUPA dan LALAI antara faktor aku tidak bersamaNya..

Mengerjakan solat yang sepatutnya.. Dan meremehkan solat..

Setiap insan tidak sempurna.. Semua PERNAH ada waktu mereka meninggalkan solat..

Termasuk aku yang menaip ini..


Allah MAHA PENYAYANG lagi MAHA BERKUASA... menunjukkan aku satu demi satu keajaiban solat.. 


Bagaimana solat merubah seorang individu.. Solat itu sendiri mengajar manusia tertib dan merendahkan diri kepadaNya..

Dari masa aku bersolat.. dengan pengalaman aku bersolat.. Dan artikel aku baca..

Aku sedari.. kehidupan kita dipengaruhi oleh solat.. Kan ada hadis sahih menyatakan jika eloknya solat seorang itu, maka tercegahlah ia dari kemungkaran..

Atau dalam erti kata lain.. SOLAT mencegah dari KEMUNGKARAN..

Maka di situ timbul satu persoalan.. Adakah kita bersolat kerana menunaikan kewajipan sahaja..

Ataupun dengan ikhlas meluangkan masa kepadaNya sahaja.. fokus dan iltizam hanya di bentangan sajadah..

Manusia yang mencari ketenangan sebenarnya harus memperbaiki kualiti solat..

Bertanya pada diri.. Solatnya diterima atau tidak?

Masihkah ALLAH sayang padaNya.. Bagiku masih belum cukup.. Masih belum sempurna solatku..


Dan kepada yang meninggalkan solat.. Fikirkan.. Rasulullah telah melalui Isra' Dan Mikraj serta menurunkan perintah solat 50 waktu kepada hanya 5 waktu sahaja..

Dan kita masih lagi berdalih dan dengan alasan TERLUPA atau TERLALU SIBUK..

Solat adalah waktu kita bersamaNya... Dan amatlah cantik solat dengan bacaannya..

Jika anda terjemah sendiri.. Adalah puji pujian bagi Allah dan juga Rasulullah...

Serta doa kepada kita moga kita dapat perbaiki diri dan mencari keredhaanNya..

Itulah sebabnya solat harus khusyuk..


Aku rasa dah cukup terang aku jelaskan.. Ini semua dari ilmu dan pengalaman aku yang masih lagi mencari erti sebenar kehidupan...

Cukuplah sampai di sini.. Rasa dah panjang sangat dah kalau anda baca.. = D

Tapi hasil taip ini dari hati aku sendiri.. Tak pernah taip sepanjang ni.. = )

Jadi, solat lah dengan sempurna.. Perelokkan yang wajib.. Perhalusi iman kita..

Istiqamah insyaAllah menyusul belakangnya.. = D


AHMAD.IQBAL.HAKIM....

Tuesday, 6 December 2011

Seteguk Rootbeer.. Sejernih Fikiran..

Assalamualaikum.. Sudah lame aku tak blog.. Update blog amatlah kurang sekarang..


Dan aku takkan cakap pasal sebab aku tak post.. Sebab recent post pun mungkin korang dah bace..


Aku ber'blog' pun tak mengharapkan follower yang ramai..


Atau nak buat ayat terlampau 'obses' nakkan follower.. Sebab kita tahu..


Blog adakalanya untuk personal thing.. Dan kalau ada benda nak di'share'kan..


Aku share bersama..




Lepak dengan member kat kedai makan ber'wi-fi' sekarang.. Aku nampak ada ruang masa sesuai..


So, aku pun citer la sedikit sebanyak tentang aku sekarang..


Praktikal kembali di Kecemasan Dan Trauma HTA ( Hospital Tanah Merah )


Aku xnak cerita banyak sebab kalau tengok post lama aku dah ada tulis pasal kecemasan..


Jika anda memang suka bace blog saya.. Hahaha.. = D ( Promote diri sendiri.. )




Nak citer pasal life la senang siket.. Kehidupan seorang student sebenarnya amat menyeronokkan..


Bila dikenang kembali sekolah menengah.. mahupun zaman anda belajar di universiti..


Banyak kenangan dan memori bersama kawan tak kira anda spend masa kat mana-mana pun..


Macam aku la sekarang.. Kalau ada masa lapang sikit..


Jalan-jalan dengan kawan.. Masa nie la nak kenal kawan kita macam mana..


Pengalaman bersiar-siar ke air terjun ke.. pergi bandar ke..




Kebanyakkan member-member aku ( mostly yang muda.. ) tak sabar-sabar nak habis belajar..


Bagi diorang.. Belajar tue bosan.. Memboringkan.. Meletihkan dan macam-macam lagi..


Aku yang dah umur 21 tahun merasakan statement itu amatlah kanak-kanak sekali ( childish )


Sebab bila ko dah habis zaman belajar ko dan bekerja..


Responsibility amatlah berat dan tiada life.. Serius aku cakap..


Kebanyakkan member aku yang dah bekerja cakap seronok lagi zaman belajar dari zaman kerja..


Manusia kan.. Bila masanya dia berpuas hati..


Tapi buat kali nie aku bersetuju.. Sebab bila kita dah komited dengan kerja..


Masa meluangkan masa mahupun bercuti semakin sukar diperoleh..


Itu belum dikira jika ko dah berkahwin.. Dah ada anak.. Komitmen dengan anak lagi..


Dengan kerjaya lagi..




Niat aku cerita bukan nak menyuruh anda tak berkahwin ataupun tidak bekerja..


But hargailah masa anda di pengajian tinggi..


Bebanan assignment dan juga homework adalah halangan sementara..


Keseronokan anda belajar bersama kengkawan.. Manis pahit berjaga masa belajar.. Exam..


Bercinta masa sekolah hanyalah sekali..


Jangan persiakan.. Ini tidak.. Tak sabar-sabar nak bekerja.. Belum tentu anda dapat jumpa kawan anda balik..


Aku faham sebab aku pernah kehilangan dua kawan baik aku.. Aku tahu sangat-sangat..


Rasa menyesal tak dapat jumpa..


So.. Appreciate Every Life You Spend At College.. Ianya lebih berharga dari wang atau emas.. = D