Saturday, 26 November 2011

Hijrah.. Satu Ungkapan Yang Bermakna..

Sabda Nabi Muhammad SAW :
"Ingatlah, sesungguhnya syurga itu dipagari dengan perkara yang dibenci sementara  
neraka itu dipagari dengan pelbagai kesenangan hawa nafsu..."


Tergerak hati aku nak menaip hari nie.. Setelah masuknya tahun baru Hijrah iaitu 1433 Hijrah..

Hijrah.. Bagi aku satu perkataan yang indah.. Yang memberi seribu satu makna..

Bukan sekadar memperingati kisah sirah Nabi Muhammad berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah..

Namun mengenai perubahan diri.. Azam sang hamba yang ingin mengubah diri..

Menjadi yang lebih baik.. Pengorbanan dalam suatu perubahan diri..

Tak kira sama ada perangai.. Perspektif dalam kehidupan..


Kerana pada akhirnya kita akan mencari yang satu jua.. Kedamaian pada sisiNya..

Menanti sebuah keredhaanNya untuk tinggal dan beramal di muka bumi..

Dan dalam mencari erti ketenangan yang hakiki..

Aku akui selama ini aku sendiri hanyut..

Dan mengejar duniawi.. Namun lama kelamaan..


Dalam lubuk hati sanubari seorang insan bernama manusia..

Akan kembali kepadaNya.. Jika dia berusaha mencari cahaya..

Hijrah tidak seharusnya drastik.. Sememangnya ada azam setiap tahun baru..

Malah dalam tahun Masihi sekalipun kita sentiasa berazam..

Jadi, mungkin kita cuba pada tahun ini? Tambahkan ilmu..


Dan meletakkan azam itu bukan hanya pada tahun ini sahaja..

Malah pada setiap hari kita bangkit dari tidur..

" Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok insyaAllah lebih baik dari hari ini "

Moto anda sepanjang hari..

Agar menjadi pembakar iltizam dalam meneruskan kehidupan..


Gembira aku dengan sahabat-sahabat baru memeluk Islam..

Kerana mereka merasa nikmat itu.. Aku juga mahu merasai nikmat Islam itu..

Tidak mahu hanya dengan dituliskan pada kad pengenalan sahaja..

Nama sahaja Islam tapi harfiahnya sudah jauh terlepas dari landasan..

Aku mahukan ketenangan yang dirasai oleh saudara-saudaraku..


InsyaAllah.. Jalan yang kita pilih sememangnya sukar.. Jalan ke syurga bukanlah seperti jalan-jalan biasa..

Penuh onak dan duri.. Dugaan dan godaan syaitan dan nafsu kerap menguasai..

Teguhkan iman di dada.. Dan dekati sahabat yang memahami..

Carilah ilmu di mana sahaja.. Hampiri Yang Esa..

Bersihkan diri dengan mengingatiNya..

Kita pasti berjaya.. Jom sama-sama cuba berubah.. Secara perlahan dan istiqamah!


AHMAD.IQBAL.HAKIM.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433..

1 comment: