Wednesday, 16 November 2011

Celoteh Rabu : Never Ending Raindrops..

Courtesy of http://arickysuroso.wordpress.com
Bila aku mengadap jer laptop aku.. Sudden blur came into my brain.. As usual..

Simptom ' Tak Tahu Nak Post Ape ' dah keluar dah.. Mungkin banyak sangat benda aku nak share

sampaikan aku sendiri tak tahu nak cakap pasal ape.. ( Alasan xleh blah.. )


Musim hujan dah menjelma.. Jadi, bila nak sidai kain nie faham-faham la cuaca macam mana..

Memang tak kering kain jawabnya.. Terpaksa la sidai bawah kipas siling...

Musim hujan erk? Boleh jadi tajuk gak hari nie.. ( Biarpun post-post lepas DAH BANYAK mention pasal hujan.. rain.. etc )


Tinggal di negeri yang hujung tahunnya umpama winter ( sebab hujan tak berhenti.. cuaca sejuk dan kadang-kala anda boleh lihat banyak makcik jual ubi kayu dan cendawan di tepi jalan.. )

adalah satu suasanan yang kadang kala seronok dan kadang kala suram..

Suram bila dah tak boleh buat ape dah.. Duduk dalam rumah jer..

Seronok bagi kaki TIDO macam aku sebab boleh ber'hibernasi' dengan enjoynya...

Come on la.. Takkan tak ada orang tak suka nikmat tidur waktu hujan..

NAMPOK SANGAT NIPUNYE... Hahahaha..


Nak ke kedai.. Pergi mana-mana kalau ada kenderaan macam kereta.. Sememangnya anda bertuah la..

Kadang aku tengok macam-macam perangai orang bawak motor nie...

GAYA 1 : bawak motor pecut laju-laju ( sebab dia ingat kalau bawak lambat nanti habis basah baju... BIJAK! )


GAYA 2 : bawak motor dengan payung di depan ( selalunya member belakang pegang.. )  nak elak tempias air hujan..

GAYA 3 : ini paling extreme.. sebab dia dah pakai baju hujan.. kasut.. kepala... semua bersarung PLASTIK.. sebab nak pergi keje kan.. kekemasan kena ada ( GUA TABIK SPRING! )


Area tempat aku jarang banjir.. But pengalaman tentang banjir memang aku ada..

Zaman budak-budak dulu la.. Bukan macam sekarang.. Budak sekarang mengadap komputer jer..

Jadi, bila dah air takat lutut.. Kitorang terjun la dalam air tue..

Cakap je nak gaya apa.. Kuak lentang.. Kuak kupu-kupu... Semua ada..

Mandi bagaikan dah lama tak mandi dalam hidup..

Until one day my dad told me..


' Mandi la mandi oii.. Tau tak air ape korang mandi tue? Bekas-bekas tinja ( aku bersopan sikit... ) dari

tandas.. bangkai binatang.. air longkang semua dah bercampur... '

From that moment.. memang aku dah tak mandi masa banjir.. Geli dengar..

Hahahaha..


Dah la.. Kuat lak celoteh aku hari nie..

Taip blog nie perlu inspirasi ( Iyer la sangat.. ) lepas nie nak cari inspirasi lagi.. ( idea takde la tue.. )

Ok! Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment