Saturday, 24 September 2011

A Simple Word But Meaningful.. Freedom..

'' As The Freedom That We Felted For Generations..

Thou Shall Must Acknowledge And Thankful For It.. As A Human.. Their Sanity Is Their Life..

When Those Which Insanity Lurks In Their Life..
Being Told And Being Pronounce As Crazy.. Their...

Hope And Dreams Of Walking Freedom In Life Are Had To Be Aided..

By A Word Call Friendship And Trust.. ''


Assalamualaikum.. 

Apa khabar semua? Harap sihat selalu.. Macam biasa la kehidupan nie..

Kadang kala sakit.. Bila sihat jangan lupa pula bersyukur..

Sebab rahmat dan musibah dariNya untuk kita berbakti dan saling memperingati..


So, hari nie agak free.. Cuti Sabtu sememangnya membuatkan aku seronok..

Boleh la aku rehat sikit... Basuh baju dan seluar..

Kemas tempat tidur sikit.. Ruang kerja aku..

Boleh kata sepanjang hari aku kat rumah.. Tak buat apa..

Boring? Itu dah jadi sinonim hidup aku.. Hehehe..

Tapi bila lagi nak merasa cuti kan? Takkan nak keluar memanjang je.. Habis duit..

Jadi.. aku indoor je hari nie..


Sepanjang minggu aku praktikal di wad psikiatri.. Aku tahu banyak perkara mengenai penyakit mental..

Kesihatan mental itu bagaimana.. Dan stigma masyarakat kepada mereka 'insan' istimewa..

Yang disisihkan.. Dan ditakuti oleh sebab minda mereka yang agak berbeza dari orang-orang norma...

Iaitu penghidap schizophernia dan bipolar...


Bagi perawat di sini.. Aku perhatikan bagi mereka bekerja dengan riang...

Ceria.. Tidak seperti apa yang dinyatakan umum.. Memberitahu bahawa orang yang bekerja di sana bermasalah..

Bagi aku TIDAK SAMA SEKALI.. oleh sebab mereka menyapa dengan mesra...

Tersenyum indah dalam menguruskan pesakit..

Tidak pula aku mendengar keluh kesah tidak berpuas hati bekerja di sini..


Namun aku mahu fokus pada perkataan ini.. 'KEBEBASAN'..

Di mana manusia yang berfikiran waras.. Sering kali tidak bersyukur.. Dengan nikmat Allah

paling tertinggi pada pandangan aku...

Apabila manusia bebas bekerja apa sahaja.. Bergaul dan berhubung.. Makan dan minum..

Serta melakukan aktiviti mereka suka..

Itu adalah pemberian Allah yang harus kita syukuri..


Mereka iaitu pesakit psikiatri masing-masing ingin keluar dari sel-sel yang usang..

Mahu bekerja dan menyara hidup keluarga.. Mahu mendirikan rumah tangga...

Pelbagai impian mereka mahu laksanakan jika mereka keluar..

Umpama seorang banduan yang menyesal atas kesalahan yang mereka lakukan...

Cuma bagi pesakit-pesakit ini.. Tiada kesalahan dilakukan..

Sebaliknya.. Cuma Allah lebih menyayangi mereka dengan memberikan pemikiran yang istimewa..


Aku tidak mahu memanggil mereka gila.. bodoh.. apatah lagi tidak berguna..

Setiap insan adalah bersaudara.. Dan diciptakan oleh Allah di dunia dengan matlamat yang sama..

Pesakit di sini dari bermacam-macam masalah.. Namun di wad mereka bersama..

Makan minum.. Tidur dan bergaul bersama...

Cuma nikmat kebebasan mereka masih tidak terasa.. Dek keterbatasan minda..

Oleh kerana masih tiada kewarasan dalam diri...


Cukuplah aku berceloteh.. Sebenarnya kita harus bersyukur dengan nikmat minda yang elok Allah telah berikan...

Serta kebebasan untuk melakukan apa sahaja asal tidak memudharatkan diri..

Ini tidak.. Penyalah-gunaan dadah.. Hedonism..

Dan pelbagai perkara yang sukar diterima akal dilakukan demi kepuasan diri..

Nikmat Allah sementara sahaja di dunia..

Takut azab seksaNya semestinya pasti.. Hargailah nikmat ini selagi ada masa..

Selagi Matahari belum terbit dari Barat..


Ahmad.Iqbal.Hakim..

Friday, 16 September 2011

Raya Tak Jadi...? Ape Tak Kena...

Herm.. 1/5 for me..


A Film That Is Worth To Watch For Me.. Is A Film That Have...


A Good Understandable Message In It.. A Strong Yet Tougher Plot To Be Know..

A Good And Well Balance Character That Supports The Story..

And A Really Stunning Camera Aspect Of View..

That's A Perfect Movie For Me.. = D


Assalamualaikum...

Sudah lama aku tak tengok wayang... Last citer kalau tak salah aku...

'Harry Potter And The Deathly Hollow II'. Itu pun sebab member ajak... aku ikut jer la..

So, dari hari memboringkan diri di rumah.. 

Baik aku ikut jer member aku ajak pergi tengok wayang hari nie..


Dan tibalah di GSC East Coast Mall.. Aku pun beratur beli tiket wayang..

Johny English dah habis lak dah.. 'Darn it'..

Yang ada Raya Tak Jadi.. And other malay story... Hantu Bonceng pun ada..

Disebabkan aku minat Johan Raja Lawak dengan Saiful Apek..

Aku tanpa segan silu membeli tiket.. dan tunggu hingga tukang koyak tiket..

Memanggil penonton masuk ke Hall 1...


Review pasal citer nie? Buat kali pertama aku masuk ramai orang dah ada..

Dalam Hall 1.. Tak sabar nak tengok filem lawak nie..

Aku baru perasan... Nie arahan Prof. A.Razak Mohaideen.. ( Sowi kalau silap sebut.. )

Konfem muke dia ada dalam nanti.. And most of his film were just above par je..

Tak la kata meletup ke ape.. Cukup sekadar menambah koleksi filem arahannya..


Rating aku bagi? 1/5 bintang.. Kenape terlalu sikit?

Pertama - Plot cerita yang terumbang-ambing... sekejap mayat hidup.. sekejap merompak

rumah si penyimpan mohor besar.. sekejap.. ada flashback bodoh... serius aku rasa cerita agak 

merepek..


Kedua - Watak pembantu yang amat kurang berkesan dalam citer nie.. Kononnye nak

diceritakan watak antagonis ada penolong 2 ekor yang dunggu dan baghal.. 

Namun dialog boss jahat dan kuncu agak mengikut skrip...
Nampak sangat bila bercakap tue tergagap-gagap.. EPIC FAIL!


Ketiga - Aku nampak terlampau banyak lawak sama diguna pakai oleh pelakon utama.. aku tak 

tak nak citer babak mana.. nanti korang tengok.. korang tahu la..

Keempat - Banyak sangat babak gedik dan scene yang aku rasa kalau tak ada pun lagi bagus.. 
tak la meng'komplikate' kan keadaan citer nie.. ( Banyak sangat scene 'HOT' dalam nie.. )


But citer nie dikukuhkan oleh satu bintang kerana lawak Johan Raja Lawak dan Saiful Apek 

yang agak kelakar dan mencuit hati.. 
Babak di mana Jalaludin Hassan pakai baju bayi.. Dan berlakon sebagai nyah memang aku 

gelak sakan.. Belum lagi termasuk bagaimana Shuib ( Saiful Apek ) dengan Bob ( Johan )

uruskan mayat yang diorang jumpa tue.. Hahaha..

Memang gelak sakan satu panggung wayang tue..

Terutama bila Johan Raja Lawak meniru cara percakapan orang Cina..

Hilarious indeed..


So, overall kalau nak tengok.. Sila la ke panggung berhampiran.. Tapi saya syorkan.. Bila dah 

xder option filem lain nak tengok.. baru la tengok citer nie..

Tak ada niat provoke.. but still.. tak mahu anda rasa rugi bila tengok citer nie...

Aku dapat gak la sikit pengajaran dalam citer nie.. ( Disebabkan bila nak bagi pengajaran jer.. l

lagu background jadi lain.. )

Jadi... Tontonlah citer nie.. And let me know what is your opinion on this movie.. Hihihi...


THANKS FOR READING!!


Thursday, 15 September 2011

Cari Jodoh.. Bukan Main-Main Punya Cerita..

When Someone Is Bored.. You Should Entertain Them.. Keep Them Smiling..

Coz.. When It Comes To A Moment That You Yourself Bored To Death...

That Same Person Will Try Hard Enough To Repay Back All Your Happiness..

Hehehe... ( Sendiri Tak Tahu Ape Tulis.. )
Jodoh Di Tangan Allah...

Assalamualaikum pembuka bicara...

Di kala semua kawan-kawan aku balik ke rumah.. menikmati keseronokan menonton televisyen bersama famili..

Aku lak terperap dalam hostel dengan member-member aku yang tak balik..

Boring terlampau.. Dengan duit keringnye...

Dengan masa terlampau banyak.. ( Ish.. x bersyukur aku nieh.. Allah bagi peluang rehat lama.. )

Senang cerita.. BOSAN!


So, i thought.. why not blog bout it? Hahaha.. ( I know.. it sucks! )

Kita sembang pasal erm.. Pasal ape erk?

Pasal cinta la.. ( Haiseyh.. jiwang lak malam Jumaat nie.. )


Old post aku ada cerita a bit bout my love story.. Cerita lama dan lapuk berabuk dah..

I wanna share about my personal taste on woman..

See.. Most man are really 'crocodile land'.. Hahaha.. ( Alah.. buaye darat da.. )

Bila melihat jer perempuan lalu.. Akan terdengarlah bunyi nyuut.. nyuut.. bunyi tikus..

Ntah dari mana bunyi tetiba aku pun x tahu..

But that's normal..


Dari pengalaman aku sebagai seorang berkromosom XY nie.. Cenderung lelaki adalah untuk berfantasi..

Seriously.. No wonder perempuan susah nak nampak pervert.. Wal-hal lelaki are ABSOLUTELY perverted..

Mereka suka bayangkan benda yang tak boleh terbayang oleh wanita..

So, mereka lebih sukakan fantasi dan angan-angan mengenai wanita..

Lebih lanjut.. sila tanya member lelaki anda ( for woman.. )


Lelaki mudah sangat dibaca oleh wanita.. Namun lelaki sukar memahami wanita..

Ini adalah fakta sebenar.. Kita sememangnya sukar memahami wanita ( kaum ADAM.. )

Entah apa kita buat kadang kala semua tak kena depan mata dia..

Hehehe...


Apa aku dah melalut pasal lelaki nie.. HIHIHI.. OK! Straight to the point bro..

What I want from a girl? Herm.. Aku dah letakkan pra-syarat kepada sesiapa yang aku nak cuba mengurat.. ( pecah rahsie.. hahaha.. )

=PERTAMA=

Mestilah memahami.. ciri ini amatlah penting bagi seorang wanita kerana dia seharusnya memahami lelaki itu sebenar.. benarnya...

For example.. Apabila lelaki tue nak keluar dengan member dia.. hendaklah dia beri peluang.. Dan tidaklah berburuk sangka..

Kalau tak.. masa kahwin nanti amatlah sukar sekali berkomunikasi..


=KEDUA=

Pandai jaga hati mak ayah aku.. INI AMAT PENTING! Kalau dengan mak ayah aku dia pandai jaga hati.. aku tabik spring!

Memang boleh bawak jadi bini.. petua orang lelaki kalau nak kahwin..

Bawak calon atau bakal bini anda ke rumah orang tua anda.. tengok macam mana dia layan..

Tak payah duduk sehari.. Cukup tengok masa jumpa jer..

BENDA PERTAMA ANDA PERLU LIHAT.. Adakah dia memanjang borak jer dengan orang tua anda? JADI DIA X LAYAK!

Adakah dia pergi ke belakang dapur.. buat air untuk mak dan ayah anda? LAYAK SANGAT JADI ISTERI!

Sebab orang yang pandai jaga hati orang tua akan tahu.. bila kita duduk di ruang tamu berbual.. Semestinya lah mereka akan buat air..

Untuk minum.. Nampaklah dia benar-benar menghargai orang tua anda..


Cukup jer la setakat nie.. Ape? Best bace? Hahaha...

Kalau bace sampai habis memang ar best.. Sebab banyak lagi nak share..

But rasenye dah cukup la.. Panjang pun bukan orang bace.. Hahaha..

So, dalam banyak-banyak nie.. Paling penting wanita itu adalah agamanya..

Kerana agamalah kita boleh dibentuk.. Dan keluarga yang tercipta bahagia.. InsyaAllah..

THANKS FOR READING!!


Thursday, 8 September 2011

Agungnya Secebis Pengalaman..

Ilmu itu mengalir apabila ianya disebarkan.. Seperti sebatang sungai yang jernih..

Pabila ilmu itu disampaikan kepada generasi seterusnya.. Maka pahala itu juga sama seperti sungai tersebut..

Mengalir tanpa putus.. Begitu jugalah pahalanya.. Tidak akan terputus pahala ilmunya..

Kerana ianya diamalkan dan disebar hingga ke akhir zaman.. Amin..



Ilmu.. Sains Sebagai Kebenaran.. Agama... I.S.L.A.M
Assalamualaikum pembuka bicara..

Kadang kala aku sebagai insan biasa.. Sama seperti semua.. Belajar dari pengalaman..

Baik buruknya seseorang.. Teruk atau hodohnya perangai..

Yang jernih kita ambil.. Yang keruh kita buang jauh.. Itu yang sentiasa tersemat dalam minda aku..

Hari ini mari bercerita sikit pasal perangai manusia..

Iyerlah.. manusia ada banyak perangai..

Ape kaitan intro atas dengan post nie? ( Buat-buat tanye lak erk? Hehehe.. )


Ianya mengenai 'KEDEKUT ILMU'.. Pernahkah anda berada dalam situasi berikut?


Bro A : Aiseyman, susah lak soalan nie.. Kena tanya member nieh.. Er.. Bai ( Bro.. ) tolong leh x? Tak faham la soalan no. 1 nie...

Bro B : Hallamak ( Dengan penuh riak x ingat.. ) ini kacang jer ar.. Ko leh buat sendiri.. Ikot jer ape dalam buku tuh..

Bro A : Aku habis bace khatam semua dah.. X paham lagi... Mintak ajar leh?

Bro B : Sibuk weyh aku nie.. Ko pergi cari orang laen ar.. Aku terangkan nanti ko tak faham..

Bro A : Xper la.. Ko pandai.. Tolong la...

Bro B : AH! TAKDE! BLAH!! Aku sibuk nie.. SIBUK!! ( Sambil menaip mesej kepada aweknye.. )

Bro A : .....


Ha! Nampak x? Pernah alami? Aku selalu sangat alami benda nie...

Dari zaman sekolah rendah, sekolah menengah sampai matrik.. Ada jer orang pandai.. Kedekut ilmu..

Xpernah nak tengok sama-sama senang.. sama-sama belajar tinggi..

Kalau yang malas tue.. Dibiarkan jer macam tue.. Xder pesaingan sket..

Busuk hati betul manusia macam nie..

Kedekut ilmu ini satu penyebab utama kita susah nak excel dalam studies..


And those who are repeatedly failing will lost their confidence in life..

Itu jadinya bunuh diri.. Gila x pasal.. Sebab tiadanya orang mahu share ilmu.. Mahu share apa kefahaman mereka terhadap sesuatu subjek..

Aku kalau faham sekalipun aku ajarkan balik kepada diorang.. ( Although semua buat muka tongga sebab aku baru dapat pick-up.. Whereas.. Diorang dah lame tahu.. Hahaha.. )

At least orang tahu kita faham.. Kan?


Berbalik kepada cerita aku tadi.. Hari nie adalah seorang hamba Allah yang aku rasa...

Dalam dirinya perlu ada sifat berkongsi pengalaman bekerja dan ilmu.. Kerana aku pasti..

Ilmu di dalam dirinya dan pengalaman kerjanya AMATLAH BANYAK sekali..

Namun diri aku rasa tensen memanjang.. Disebabkan dia tak mahu share pengalaman kerja..

Mahupun memberi peluang kepada kitorang untuk melihat cara dia bekerja..

Dia cakap kitorang nie PEMALAS...

Dan orang PEMALAS patut dilayan cara PEMALAS.. So, dia pun tak ajar kitorang..

Tak pernah bagi kitorang peluang pun.. Atas sebab kitorang nie student..

Ini aku memang aiming sebagai KEDEKUT ILMU..


Aku tahu bila kitorang tak faham  barulah boleh jumpa beliau.. Bertanyakan soalan..

Namun xkan setakat itu jer? Tak der mengajar kitorang... Share pengalaman dengan kitorang macam mana bekerja..

Apatah lagi nak berkongsi pendapat.. Apa yang ditanya.. Itu yang dijawab.. TITIK..

Malah.. Lain-lain soalan bukan akademik xdilayan..

Bagi aku.. Sikap macam nie memang aku tak boleh terima..

Apabila ko malas nak berkongsi pengalaman dan ilmu.. dan KEDEKUT dalam segalanya..

Trust me.. aku rasa tunggu masa jer ko merasa balik apa itu perkongsian ilmu...


Aku sebenarnya memang marah dengan golongan nie.. Sebab diorang sendiri rugi dan dalam kerugian..

Allah dah kurniakan pahala yang tak akan putus-putus kowt kalau mengajar dan menyebarkan ilmu..

Takkan ko xnak kan? Pengalaman berharga itu penting bagi kami student..

Nak melangkah ke alam pekerjaan..

Sukar bagi aku terima.. Ada jugak yang jenis macam nie.. Sayang sekali pahala free depan mata xmerasa..


Takpelah.. Aku rasa biarlah.. Lama-lama dia sedar juga.. Yang ilmu di dunia nie.. Tak boleh dibanding dengan ILMU ALLAH.. Yang luas terbentang..

Segenap bumi semesta alam..

Allah berfirman dalam Surah Al-Luqman Ayat 27 yang bermaksud :

Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena dan segala lautan (menjadi tinta),  

dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah
Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.  "


Jadi.. Siapa yang kedekut atau kurang berkongsi ilmu tue..

Belajarlah untuk menyebarkannya.. kerana benda baik itu haruslah dikongsi..

Agar kita sendiri dapat berubah dan mendapat manfaat darinya.. InsyaAllah...

Agar sama-sama beroleh rahmat dan kesyukuran..

Dan bersama mendapat keredhaanNYA di sana.. Amin..


Sang Penyair.. AHmad.IQBal.HAKim

Saturday, 3 September 2011

Raya? Saya Tak Terasa La..


Semua nak menembak bintang! Hahaha..

blogger sekarang dah baru erk? dah ada interface baru la..


nampaknye senang la aku nak update post aku... yang dah lama x diupdatekan..

hari nie hari Sabtu.. raya ke-5..

sudah lama tidak membuka profile blogku.. sudah lama tak bertemu follower setia..

hehehe... ( although hampir kesemua post aku tidaklah berapa menarik untuk di baca.. sedih.. = X )


tahun nie raya rumah aku agak biasa jer.. tidak semeriah dulu..

why? mungkin sebab salah satunya aku dah besar panjang ( selalunya every year aku fikirkan begini.. )

dan perasaan nak beraya ke rumah kawan-kawan tidak sesemangat dulu..

mungkin aku sendiri dah rasa hilang semangat 'raya' itu sendiri..


bila zaman kanak-kanak dulu.. meriah bagai tak ingat..

sampaikan raya ke-10 ke-11 tue pun nak beraya lagi.. ( seingat aku la.. )

collect duit raya rumah sorang-sorang.. yang dulu selama nie x pernah nak datang melawat..

bila dah beraya.. bantai masuk jer semua rumah..

( dah name rumah terbuka kan? hahaha.. )

mercun dan duit raya xleh ilang dari memori diri aku.. belajar main mercun..

hidup aku memang xleh lari dari main mercun biarpun benda tue bahaya..

tapi bila fikir balik.. kes-kes tangan putus semua..

sebab mercun diorang bikin sendiri.. so, aku cakap senang jer.. tanggung sendiri le jawabnye.. hehehe..

sebab bila aku start main... aku dah fikirkan dah risiko tueh..

so.. what the heck.. maen jer la.. = D


bace jer blog justkhai.. aku perasan yang ada sesetengah sebab yang dia bagi..

mempengaruhi ketidak berminatan aku beraya tahun nie.. ( ayat xleh blah.. hahaha.. )

antaranya salah satu permainan komputer..

aku balik rumah je dah set mind.. habiskan game Starcraft 2 : Wings Of Liberty..

sememangnya raya aku x terasa.. mata terpaku badan terkaku dan punggung kebas memanjang bila nak habiskan satu mission tue..

dan lagi satu.. social network like Facebook.. everytime aku balik dari menziarahi rumah sedara..

mesti ada jer nak update dalam FB.. bukan aku je..

yang lain pun ada agak..

aku? aku jarang sangat masa raya hari tue.. sibuk men'sibuk'kan diri..


harap next year raya dengan Ramadhan especially aku akan hargainya dengan baik...

menjadikan bulan kesabaran dan bulan kemenangan nie satu peluang..

meningkatkan amalan.. dan meraikan dengan penuh kesederhanaan..

raya tak perlu berlebih-lebihan.. dan janganlah pula berkurang-kurangan..

cukuplah tidak membazir.. kan?

nice to type it.. nice to read it.. thanks!

= D


Assalamualaikum...

IQBAL.HAKIM


next blog : tradisi raya orang bujang.. = D