Wednesday, 17 August 2011

Malam Nuzul Al-Quran..

semalam malam nuzul al-quran.. 17 ramadhan...

aku tengok jam kat hanset aku.. isk.. dah 8.17 pm dah nie.. siap-siap jer la..

masjid pun tak jauh mane.. jalan kaki jer la..

harap-harap xder budak balik mercun lagi.. aku serik kowt.. ( sebab terawikh lepas aku kena baling mercun.. nasib depan aku jer.. meletop kuat siot.. )

aku pun dah lame tak pergi terawikh..

niat azam tahun nie nak full terawikh berkecai lagi..

xper, aku pastikan malam nie aku pg terawikh.. malam nie malam penuh barakah kowt..


berjalan kaki.. dah sampai masjid.. solat sunat semua..

solat isya' setel.. then terus terawikh..

aku sebak dan sedih mase rakaat pertama sebab dalam solat berfikir..

selama hidup aku nie.. adakah aku benar-benar bertaubat denganNya?

dosa lepas yang belum dikira.. dosa-dosa besar tinggal solat.. dan sebagainya..

sedih sebentar dalam rakaat pertama solat terawikh..


aku tengok keliling aku.. tak kira muda dan tua semua berkumpul di masjid..

yang bermain dengan berbual toksah cerita la..

nasib baik luar masjid diorang buat karenah..

tapi ape aku nak citerkan nie dua insan yang aku asyik perhati dari awal masuk waktu isya'..

sampai habis...


seorang pakcik tua yang dah hilang kaki depannya.. mengesot laju ke saf depan...

sekali lagi aku terasa.. bukan sedih tapi malu.. malu dengan diri sendiri..

pakcik tue usaha keras nak pergi saf depan.. jemaah lain termasuk aku bergerak pun malas jer nak isikan saf depan..

lepas tue seorang pemuda OKU capik kakinya.. turut sama..

siap bersalaman dengan jemaah tanpa rasa penat dan jemu..

memohon kehadrat Allah supaya umurnya panjang dan dapat menyara keluarga...

aku.. aku jadi lebih terharu...


fikirkan kembali.. diri aku sendiri yang se-elok-elok ciptaan Ilahi..

mengapa masih tidak punya kesedaran sama seperti insan-insan yang tidak sesempurna mana..

iman mereka amatlah kukuh dan mereka tidak pernah mengeluh..

dengan kekurangan diri.. malah menjadikan kelemahan diri itu..

satu kekuatan untuk berusaha memohon keberkatan hidup..

di muka bumi Allah ini..


'Ya Allah.. Kurniakan baki Ramadhan yang ada ini untuk ku berbakti kepadaMu..

Sisa-sisa Ramadhan penuh barakah.. kurniakan kepadaku Lailatul Qadr..

Agar diriku tidak merasa rugi di dalam bulan ini..'

Amin...




IqbalHakim..

No comments:

Post a Comment