Monday, 30 May 2011

Berkawan Biar Beribu.. Memilih Biar Yang Sekutu...

Assalamualaikum...

Selamat malam saye ucapkan hadirin hadirat sekalian...

Kerana sanggup menghabiskan mase anda jauh dari Facebook mahupun Twitter biarpun seketika (Cewah, ayat starting lawa..)

Semakin aktif jari ini menaip papan keyboard..

Yang nampak semakin hilang abjad (Yeke? Herm.. Beli keyboard baru ar pasnie..)

Bored la aku dok atas katil sekarang...

Tak tahu nak buat ape.. Sembang ngan member aku jap..

Citer pasal pengalaman hidup.. Then I realize..

HA!! Ade pun benda nak di'share' bersama hari nie ( umpama sebijik mentol menyala apabila datangnya buah tangan.. eh, maksud aku buah fikiran )


Today.. PILIH KAWAN.. Choosing the right person to be your bestest friend eva.. ( High 5 All! er.. I dunno what that means..)

Dalam melangkau usia.. Dari remaja ke dewasa...

Dari budak kecik ke dewasa... Dan seterusnya...

Kita tak boleh lari dari berkawan dengan semua orang..

Tak kira kawan rapat ke.. Kawan sebilik ke.. Kawan sekuliah ke.. Mahupun kawan sejamban ( Er.. Ada kowt.. Time 'melabur' ada yang leh ajak bersembang lak.. Isk.. isk... Hahaha.. )

Kawan lah yang banyak merubah diri kita sebenarnya..


Tipu la kalau kate cikgu atau ibu bapa mengubah diri remaja nieh..

Coz as we all know.. Teenager are the most misunderstood group..

Di mana bila-bila jer leh ngamuk.. berontak.. melawan dan memacam lagi...

Dalam hidup seseorang individu.. Kawan yang banyak main peranan..

Kalau yang baik dengan cara baiknya...

Yang jahat dengan kejahatannya.. Kitalah yang mengubahnya...


Aku citer bukan sebab ape.. Aku kawan dengan semua orang... Serius semua aku kawan..

Dari selembut sutera downy ( Lembut dalam pergerakan, pertuturan.. )

Hinggalah seganas-ganas samseng ( Siap ada tatoo lagi tue.. Gerun aku.. )

Yang penting kat sini.. Cara kita bawa diri bila bekerja mahupun belajar..

I remind you.. Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Kawan..

Padah jadinya..


Let me told you a story of my friend which from my point of view...

Baik bukan main lagi.. Siap tolong member dalam kesusahan lagi..

But when I realize that he drinks.. And HE IS MALAY..

Aku tergamam.. X tersanggup la aku nak marah mahupun maki..

Cuma aku tanya la kawan diorang.. Apesal member aku tue minum? Tak tahu ke benda tue haram?

Dia lepak ngan kaki minum semua.. Member try.. Ajak dia..

Dia pun nak try gak ar..

Pergh, bukan main senang lagi ko nak satisfy hati member erk? You die I die too ar nie?

ISH.. ISH.. ISH...


Salah konsep berkawan maknanya nie..

Aku nak ingatkan.. Berkawan biarlah beribu.. Berjuta.. Tak kisah..

Asalkan kita tahu bezakan baik dan buruk..

Alhamdulillah la.. Setakat aku sebilik ngan makhluk Allah nie..

Tak terlintas niat aku nak buat benda-benda nieh..

Kuat iman lagi.. InsyaAllah...

Jangan kondem terus member kita tue.. Doakan dia bebanyak...

Agar dia masih ada ruang untuk kembali kepadaNya..

Kalau masuk syurga... Biar masuk sekali kan?

Bukan ke best kalau macam tue? = D


Ahmad.Iqbal.Hakim

Malam Isnin.. 30 Mei 2011..


P/S : Demi masa.. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian.. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh.. Dan yang BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN.. dan yang BERPESAN-PESAN DENGAN KESABARAN... Amin..

Some Words Aren't Meant To Be Said..

Assalamualaikum dear readers and bloggers out there..

It has been a shady day in this non-stop holiday for me.. And I might say that sometimes we should move on and change..

Not just by our action.. But through our thinking..

Be rational.. Thank you..


Ber'speaking ' lak aku tadi.. Hehehe..

Agak-agak leh jadi lecturer tak? Maybe not coz i might make half of my student asleep..

Hehehe.. So back to the topic..

Ape nak diceritakan hari nie?


Seperti dikhabarkan di tajuk atas ( atau anda memang suke klik blog tanpe bace tajuk dulu.. Saya faham anda excited.. Hahaha.. )

Ada sesetengah perkataan yang tak sepatutnya kita cakap..

Nope.. Not the 'F' words.. Bukan sekali kali perkataan buruk seperti B@B!, B**** dan seumpamanya ( saya pun jadi rimas bile sebut perkataan tue secara sopan.. )

But the word IF or KALAU.


Ala.. Ape nak diherankan sangat perkataan tue.. It's just a word bai..

Setakat pakai mase sembang.. Buat ayat xder masalah..

Bro, xkisah nak pakai buat ayat karangan ker.. Nak tulis cerpen 3000 patah perkataan ke.. ( Banyak tueh.. )

Or else..

What i want to say is perkataan ini digunakan dalam keadaan apabila anda menyesal..

Regret gegiler la..

Dalam pelbagai situasi..

X caye ape saye cakap? Tengok contoh nie keyh?

- KALAU la aku leh patah balik masa lepas.. Xder dah aku nak clash ngan awek aku..

- KALAU la aku belajar leklok, xkan dah dapat fail...

- KALAU la aku buat kerja dengan tekun, xkan la kena FIRED ngan boss..

and banyak lagi.. ( mention banyak pun tak abis.. )


Ada seorang sahabat aku berpesan.. Dia kata..

Tak baik kita nak sebut kalau nieyh.. Bile menyesal dah lakukan sesuatu perkara..

Pastu nak cakap kalau leh kembali balik masa lepas semua..

That's mean kita x bersyukur dengan apa Allah nak bagi.. Dugaan Dia..

Kita sebaliknya cuba mahu menolak Qada' dan Qadarnya..

Sedangkan Allah bagi cubaan dan cabaran tue.. Untuk kita muhasabah balik..

Apa yang xkena dalam diri kita.. Ape yang perlu untuk berubah..

Jangan dikenang balik masa silam dan cuba untuk menolak apa ketentuanNya...


Allah Maha Mendengar.. Mungkin kita ditimpa musibah.. Ada hikmah disebaliknya..

Mungkin Allah nak bagi kita kesenangan...

Dan bila nikmatNya masih belum tiba.. Jangan cepat putus asa..

Coz aku pernah dengar kata-kata dari sahabat aku..

Nikmat Allah nie ada 3 cara diberikan..

1.. Kita pohon dariNya.. Dan ia akan makbul dengan segera..

2.. Jika tidak dapat dimakbul.. Percayalah.. Allah telah menetapkan perkara yang lebih baik dari itu..

Dan yang 3.. Jika tidak termakbul.. Percayalah.. Allah akan beri kesenangan di akhirat kelak..

Thanks for reading...

Sama-sama kita berubah ke arah kebaikkan.. InsyaAllah...


Me.Mine.I.Am

Monday.30/Mei/2011.Noon


P/S : Kalau malas nak bersenam kat luar or jogging.. try kemas rumah.. Sapu lantai.. Cuci pinggan.. Aku berpeluh gak buat benda-benda nie.. = D

Sunday, 29 May 2011

Maju Depan.. Miskin Jiwa..


Assalamualaikum...

2nd post for today right? Huhuhu.. Nampaknye Iqbal Hakim does have a lot of thing to share..

Especially for all.. Banyak benda aku nak cakap..

Idea mencurah-curah ke ladang gandum.. HAHAHA..

Enough talk and chat ( aren't they the same? LOL )

Nampak tajuk post aku cam berat jer kan?

Cam name tajuk bahas piala presiden pun ada gak... Nie kalau aku taip..

Benda aku nak mention sebenarnya..

PERLUKAH SEBUAH KEMAJUAN YANG KEHADAPAN? ( nampak cam lagi berat je.. hehehe.. )


Aku tengok negeri aku ( i'm staying in Kelantan.. ) di mana pembangunan tidaklah selaju negeri-negeri lain..

Takder LRT.. Tiada bangunan pencakar langit.. Apatah lagi sistem perkhidmatan wi-fi yang canggih di setiap tempat...

Namun, rakyatnya masih lagi harmoni.. ( walaupun aku sendiri tahu kadar jenayah tinggi kat sini.. )

But still, bila masuk bab sosial.. Boleh kata terkawal lagi..

I look upon negeri-negeri yang maju.. Tak mahu mention name negeri...

Kemajuan yang mereka kecapi memang nampak jelas..

Namun sosialnya remaja di sana agak teruk..

Dengan bohsia.. Mat rempit.. Dan apa-apa jua perkataan yang tak  mampu aku ungkapkan..


Membuatkan aku terfikir.. Betulkah kemajuan yang kita mahukan..

Anak-anak muda sekarang hilang identiti.. Semakin terhakis budaya Melayu..

Hendonisme.. Liberalisasi.. Dan sosialisme yang semakin menebal..

Membuatkan aku lebih risau..

Pernah sekali aku terbaca di artikel.. Di mana ada seorang pengkaji sosio-budaya..

Menyatakan bahawa apabila meningkatnya taraf kemodenan sesuatu..

Maka nilai-nilai moral akan semakin menghilang..

Tak usah lihat ungkapan 'budi bahasa budaya kita' lagi..

Kerana bagi aku zaman sekarang manusia sudah hilang satu sifat penting apabila masuknya zaman kemodenan ini..

Sifat KEMANUSIAAN...


Sibuk mengejar duniawi sehingga lupa ukhrawi..

Mengejar kebahgiaan dunia hingga lupa kasih sayang anak yang seharusnya hakiki...

Bagi aku.. Biarlah kemajuan selaras dengan agama..

Bukan mahu berpolitik dan bermain-main dengan agama..

Namun seharusnya begitu..

Rasulullah membangunkan Madinah bukan dengan kemajuan ye kawan-kawan...

Baginda membangunkan Madinah dengan agama itu sendiri...

Yang kemudiannya terbina bandar perdagangan Madinah yang tersohor.. Dan ditadbir oleh seorang pemimpin yang amat warak..

Kerana Baginda yakin.. Agamalah yang membangunkan negara..

Barulah kemajuan itu menuruti...

Aku hanya menulis untuk kita sama-sama berfikir sejenak..

Berbaloikah kita menikmati kemodenan yang kekeringan sifat kemanusiaan manusia?

Cukupkah kemajuan yang kita capai.. Atau kita masih mengejarnya lagi?

Di mana letaknya agama?


AHMAD.IQBAL

29 Mei 2011.Malam


P/S : Diri ini juga harus berfikir begitu.. InsyaAllah.. = D


Cuti Yang Best.. Er.. I Think..


 

Assalamualaikum...

What's up guys and girls.. Lame sangat dah aku x update blog nie..

Well, I have a good reason actually.. I've been sick for a week.. Sakit kepala dah dekat seminggu dah..

Pening.. But hari nie pergi klinik buat medical check-up..

Tekanan darah ok.. Demam pun tak..

M.A yang check aku tue cakap mungkin sebab panas kowt.. Cuaca sekarang nie x menentu..

Amat tepat sekali.. Kerana sekarang cuaca amat panas yang melampau and it's been goin' about a week now..


"IQBAL HAKIM, anda takder kuliah ke?"

For your information.. Aku baru jer habis exam final Semester 4 dan sekarang menikmati cuti selama 3 minggu di rumah..

And yeah.. Aku memang tak keluar jejalan like others..

Ada yang pergi Genting Highland.. not to mention berenang-renang kat Sunway Lagoon..

Hangout kat Times Square...

Aku memang jenis NERD.. Keluar jejalan je mesti nak kuar duit..

Elaun aku xder la cam dak-dak IPTA lain.. so.. Kena budget..

So, pilihan aku tak lain dan tak bukan dok rumah jer la.. Bermain dengan sakit kepala aku nie.. Huhuhu..


Ada member aku nak buat reunion.. Budak sekolah rendah aku semua..

Sowi ar weyh.. Maaf bebanyak sebab teman xdapat pergi..

Jauh tue.. kat LUMUT... Mungkin lain kali la erk..

Plan leklok.. kumpul duit dulu ke ape.. baru plan jalan-jalan dengan semua..

Nie kalau ajak aku mengejut aku susah sket.. Nak keluar duit..


And Alhamdulillah.. When I type this blog.. It's raining.. Makbul doa aku Zohor tadi..

Panas yang terlampau tengah hari tadi.. Dengan sakit kepala aku..

Terpaksa telan Voltaren dengan Stemetil tablet.. Untuk sakit kepala..

Dan syukur bau hujan yang nikmat nie sedikit sebanyak melegakan sakit aku.. = )


Enough celoteh kan? Takder idea sebenarnya.. But just to keep updating..

What's goin' on in my life.. And some says my blog is a Diari.. TQ!

Memang pun.. Hahaha...

Sebab kat sini jer nak update secara terperinci apa aku tengah buat sekarang..

Kalau setakat tengok wall kat FB x kire lengkap lagi ape korang tahu pasal aku.. Hihihi..

Ok.. I think i'm done..

TQ for reading!!


Ahmad.Iqbal.Hakim.

Dude.With.Headache.


29 Mei 2011. 6.00 petang..


P/S : i think i wanna post a video la.. leh ker erk?

p/S II : BARCELONA WINS!!!! YEAH!! BOO MAN UTD.... TRY AGAIN NEXT YEAR erk? Jangan tamak sangat... Barca tamak xper.. HAHAHA...

Sunday, 22 May 2011

Kecik-Kecik Dulu Kan..


Guli!! Ye.. Ye..




Assalamualaikum guys.. It has been a while.. Hehehe..

Last post sayin' bout teenagers these days.. How they become more 'matured' enough...

Macam mana diorang dah jadi semakin berani dalam melakukan banyak perkara...

And so much more..

Harap diorang akan jumpa jalan yang benar.. ( Sebab semua insan termasuk aku x semestinya berada di landasan benar selalu.. )

Lebih-lebih lagi diorang.. Memandangkan fasa remaja, mereka baru mengenal erti dunia..

Mencari hala-tuju..


Enough talk bout them aite? Now kite sembang pasal mase kecik-kecik dulu..

Surely semua ada pengalaman zaman kecik kan?

Aku pun ada kowt.. Lebih gempak dari korang kowt.. ( Rasenye la..)


Dulu kecik-kecik memang seronok..

Mane ada Facebook.. Twitter sumer nieyh.. Kalau faymes zaman aku dulu pun hanset 3310 je la.. ( Mase nie agak terkenal sebab hanset nie ringan.. Senang dibawak.. Lebih kecik dari hanset 'BATA' aku pernah pakai dulu.. Hahaha.. )

Permainannye? Banyak sekali.. Nie aku listkan beberapa permainan aku main dulu..

- Bola sepak : Aku dulu main 'beg' jer atau dalam bahase bolanye PERTAHANAN.. kitorang main kat padang bola..

Seronok tak terhingga.. Ada banyak keter parking kat padang tue.. Ape lagi.. Mangsa sepakan kitorang ar.. Pernah sekali sepak bola terkena keter.. Kemek pintu depan... Cabut lari kitorang.

Esoknye drebar keter tue cari sape bagi kemek keter dia.. Dan sejak tue.. Keter dah x parking kat padang bola.. ( Sayang keter.. hahaha.. )

- Teng-teng ( Harap maklum.. saya kecik, x tahu tue permainan pompuan.. Ok? )

- Gasing : Pergh, kenangan pahit siot.. Aku still ingat gasing plastik aku kena 'pangkah ngan member... Tobek abis gasing aku.. paku dia dah tertanam.. Hahaha..

Kepakaran aku la main gasing nie.. bab pangkah gasing memang seronok.. siap asah paku gasing tue bagi tajam..

Kalau x main kat tanah.. Main kat simen.. kat situ efek main gasing lagi power.. Sekali kena simen kuar percikan api ( Tapi xder la sampai terbakar gasing tue.. Kikiki.. )

- Rondes : Mesti korang pelik kan main ape nie? Kat tempat aku panggil bola lisut ( baseball @ softball ) dengan name nie la.. permainan same.. ada certain je yang lain..

Kayu pemukul kitorang pakai kayu papan.. Bola kitorang pakai bola tennis.. And base kitorang pakai sliper..

Ada peraturan special dalam nie.. Kalau dapat tangkap bola dua belah tangan dapat 50 markah.. Kalau sebelah dapat jadi pemukul lak.. Hehehe..



There's more but rasenye cukup la untuk tang permainan..

Karang tulis banyak korang tak bace lak.. Hahaha...

Yerp, life mase kanak-kanak sangat seronok.. Bebas je nak main kat mana-mana..

Dulu kalau sape dalam dompet ada rm 50.. budak tue dah dikire kaye..

Kalau budak tue ada komputer.. Ada PS One sekalipun.. Dia dah dikire berada... ( Status budak-budak dulu letak untuk tentukan diorang kaye ke x.. )


Mainan dalam keropok? Jajan? Usah dicakap la.. Aku dulu memang HANTU dengan menatang nie..

And still I can see it flows through time.. Adik kecik aku sekarang gile beli benda-benda tue..

Tora datang lagi la.. Dendang datang lagi la..

Jojo la.. Hahaha.. Belum dikira pelekat Digimon aku kumpul dalam buku hanya semata-mata nak dapatkan PSone.. Alahai.. Bile teringat balik..

Lucu giler..
Kalau kat tempat aku pakai sliper..

Bali jer rumah kena denda.. Sebab balik lewat sangat..

Ada sekali aku balik sampai pukul 7.00 malam.. Kena denda macam-macam..

Kena pukul dengan batang paip la.. Rotan dah lali dah..

Paling ganas.. Tido luar rumah.. Hahaha.. Itu kenangan xleh aku lupe..

But seronok.. Sebab senakal-nakal kita mase kecik..

Ayah dan ibu kita still bersabar..

Sebab diorang tahu.. Itu adalah pengalaman... Bile dia besar nanti..

Dia akan gelak seorang diri dan sedar..


AKU DULU NAKAL RUPERNYE... = D

Sekian jer.. Mekasih bace..

Old Time Are Fun.. Iqbal Hakim..

Ahad, 22 MaY 2011


P/S : What's your childhood memories? Mesti syok kan citernye... Ce citer.. Ce citer.. = P

Friday, 20 May 2011

Budak Sekolah Zaman Sekarang...

From my dad's and mom's generation.. Guru adalah seorang manusia yang amat dihormati..

Tanpa mereka.. Tak mungkin mereka berjaya sehingga kini..

Zaman aku.. Tak banyak bezanya.. Hormat guru tiada tandingannya..

Tiada belasah guru.. Tiada kurang hajar dengan guru..

Sekarang..? Satu persoalan yang membimbangkan...


Angin bayu membawa diriku.. Lalala..

Assalamualaikum to all my friends and viewers..

Terpanggil aku untuk membuat post baru pada malam nie disebabkan aku membaca blog seorang member baik aku..

Huhuhu.. Cik Cicimun.. Dengan postnya yang bertajuk ' Budak Sekolah '..

And aku boleh katakan satu perkara jer..

NOT ALL OF THEM ARE PAYING THEIR RESPECT TO THEIR TEACHERS...


Memang benar teori ada mengatakan.. Apabila satu arus permodenan melalui zaman ini..

Maka komunikasi dan teknologi semakin canggih...

Namun nilai-nilai murni makin menghakis.. Tiada lagi sifat budi pekerti..

Pelajar sekolah terutamanya sekolah menengah zaman millenium ini..

Or should I say ZAMAN FB nie.. Sudah pandai tonjolkan diri..

Sudah pandai bermegah.. Merasakan diri mereka sudah dewasa?


Kenape? Why must I said this? Well, we can see from all of the things they had done..

Bashing teachers.. Merempit.. Merokok.. Dan macam-macam lagi..

Bila pukul sikit.. Marah kat cikgu.. Nak saman sekolah..

Walhal budak yang dipukul tue cuma dirotan di tangan sahaja..

Jangan salahkan guru 100%, niat mereka hanya mengajar kita erti kehidupan..

Kerana kesakitan libasan sebatang rotan itu.. Tidak dapat dibandingkan dengan..

Terseksanya mereka menempuhi alam dewasa..


Kalau zaman aku dulu.. Sama macam ayah aku...

" Cikgu.. Tolonglah pukul anak saya.. Kalau dia degil.. Ajar dia sikit.. " ( Chuckle a little.. Huhu.. )

" Didiklah dia menjadi seorang manusia yang berguna.."

" Gunakan kekerasan jika perlu.. Xper, saya x marah.. Asalkan dia kenal erti kehidupan ini.. "

" X SEMUANYA SENANG.. "

Aku ingat lagi kata-kata tue.. ( Well, tang pukul tue aku dengar la.. bawah tue aku fikir maybe dad would said that.. mungkin dia bermonolog dalaman.. = D )


Budak sekarang dengan dye rambutnya.. Gaya shuffle diorang ( harap maklum.. aku pernah jugak.. hehe.. )

Kapel ke hulur hilir.. Pegang tangan.. Buat benda x senonoh..

Diorang nie semakin berani.. Dah xder dah segan-segan macam dulu..

Zaman hanset dengan FB nie benar-benar menjadikan mereka lebih berusaha..

Menonjolkan diri..

Kalau xder awek tue.. kirenye member diorang nie LOSER la..

Kalau x try rokok ke ice baby ke.. kirenye dia nie ULAT BUKU jer...

Kalau tak try buat EHEM.. tak JANTAN la namenye..


Who knows what next... And bile dah naik zaman universiti..

Toksah cakap la.. Aku dah saksikan ramai kawan aku dah hanyut..

Dari akar umbilah kita harus didik mereka..

Mengenal erti kesusahan..

Mengenal erti penat lelah guru dan ibu bapa dalam menjadikan mereka insan berguna..

Jangan salahkan diorang x pandai mendidik..

Jangan salah mereka kerana kurang kasih sayang.. Kerana Allah beri akal untuk kita berfikir dengan hikmah..

Tiada kasih sayang ibu bapa.. Masih ada Allah sayang.. Masih ada teman..

Carilah kawan yang memahami..

Banyakkanlah berdoa wahai adik-adik.. Ianya senjata mukmin..

Kerana Andalah.. MASA DEPAN NEGARA INI.. = )


Sekian..

AHMAD.iqbal.HAKIM

Jumaat Malam. 20/5/2011


P/S : SELAMAT HARI GURU!! TAK TERLAMBAT LAGI UNTUK AKU UCAPKAN TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN AKU SEORANG INSAN BERGUNA..

Terima kasih cikgu.. = )

Thursday, 19 May 2011

Happy Birthday Dad!!

Abahku... Mat Yusoff Bin Taib..

"Toot.. Toot.. Assalamualaikum Abah.."

"HAPPY BIRTHDAY!!"

"Er.. Abang sepatutnya ucap Happy Birthday kat Abah.. Huhuhu.."

"Xper.. Abah tahu dah.. Hahaha.."

"Semoga panjang umur dan murah rezeki Abah"

"Umur masih muda... Pengalaman saja masih tua.. = )"



Assalamualaikum guys.. How are you? Hopefully anda semua sihat belaka...

Today mark the day that i wanna celebrate...

My DAD's Birthday!! ( Kebaboom! Sekali dengan bunga api keluar.. )

My dad was the person I admire the most..

Dad, if you reading this.. You don't know how much I'm proud of you..


Dah 49 tahun abahku menjalani kehidupan yang bahagia..

Di samping isteri tercinta dan juga anak-anaknya yang comel-comel perangainya.. ( pepaham je la.. hehe.. )

He work as a Navy and retired as a Navy..

Working hard so that his children could success in their life...

As much parents do..


My Dad is a great teacher..

So, I might call him GTY ( Great Teacher Yusoff )

Banyak mengajar melalui pengalaman..

Once told us how he survived in KL everyday just working and being paid with on RM 5..

How he manage his money when he is in Navy..

Hardship when working as Navy where he had to leave his family behind just to set sail..

But still.. His smiles shines.. Remembering us that all his effort was just for his family's future..


My Dad was a brave man..

He is brave because he is willing to do anything for his family..

Others might say.. Just because he work hard for his family doesn't mean he is brave..

WRONG! How much love he put in his work for his family?

Do you even realize that? X pernah terfikir kan betapa beraninya seorang ayah..

Bekerja siang dan malam..

Hidup di lautan bergelora untuk menunaikan tanggungjawab negara..

Dan juga menyara hidup keluarga? Semua orang boleh buat...

Tapi abah saya MEMANG HEBAT!


Dad.. Once you had told me..

That anyone can success.. Sebab semua manusia ada otak yang sama..

Cuma usaha kita jer yang menentukan kejayaan kita..

Saya pegang kata-kata itu sekarang.. Dan Selamanya...

Coz I Know One Person Who Already Succeed In His Life For Now...

That Is YOU!! = D

HAPPY BIRTHDAY!!


Ahmad.Iqbal.Hakim

Anak SULONG Mat Yusoff Dan Wan Noorazlaini..

19 Mei 2011 ( 19 Mei 1962 )

Semoga ALLAH kurniakan keberkatan dan murah rezeki kepada Abah.. = D

Tuesday, 17 May 2011

Use Your Brain.. Not Your Mouth..

As In Al-Quran And Sunnah.. There's An Advise That I Find It Really Meaningful..

Watch What You Said.. Coz The Sins Of A Fitnah Is Far More Worst Than Killing A Person..

And Also.. Word Can Be As Sharp As A Sword In A Hadith..

Once Someone Got Hurt From It.. It Will Be Last Forever..

Dan Ada Juga Pepatah Berkata.. Terlajak Perahu Boleh Berundur..

Terlajak KATA.. Buruk Padahnya..



Perut Kalau Dah Berbunyi.. 3 Set McD Pun Aku Leh Telan.. Hahaha..

 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Pa Habaq Semua? Hari Nie Cek Tulis Stylish Sket.. HeHeHe..

Bukan Pa.. Saja Nak Cari Pengalaman Menaip Cara Trendy La Katakan.. ( Padahal Semua Huruf Depan Besaq Ja.. Hahaha.. )

Asar Dah Masuk ( Waktu Saya Menaip Blog Nie.. )

Sebelum Saya Pergi Bersolat.. Ingat Nak Blogging La Pasal Satu Dua Perkara Nie..


Lenguh Lak Taip Camnieh.. Hahaha..

Ok.. 1st Of All.. Thanks For The Follower Who Support Me Towards My Blogging..

Although Some Of My Post Are Really Sensitive.. Please Forgive Me..

It's Just An Idea That Keeps Popping My Head.. Tired Waiting To Be Read By Viewers Like All Of You..

Mostly Bout Morals.. And Some Reminders..

Coz As A Muslim.. We Are Sworn To Be HIS Obeyers.. And Advising, Reminding Is Just Part Of Our Job To Be A Good Mukmin.. InsyaAllah..


Apa Saya Nak Cakap Hari Nie? Well, I'm Gonna Talk Bout Words..

No.. Not Words From Our Writing.. Or Microsoft Words Whateva..

Tatacara Percakapan.. Atau Tutur Kata..

Kenapa? Why This Days Many People Aren't Really Think Rationally Before They Talk?

Was It Really Happening? Was It Really Fun Mocking Someone Or Down Graded People..


Herm.. IQBAL, Bunyi Cam Pengalaman Diri Sendiri Je..

Yup, That's Right My Man.. Kadang-Kala Percakapan Kita Nie Boleh Menimbulkan Banyak Keraguan..

Kadang-kala Komen Biasa Dianggap Serius..

Kadan-kala Gurauan Biasa Pun Orang Terasa...

Yeah! Ini Sebenaqnya Yang Saya Mahu Perkatakan.. Mulut Manusia Semua Sama Sahaja..


Doesn't Mean You Are A Man.. You Can Escape..

Sometimes, Man Are The Worst When It Comes To Talking.. I Think.. Semua Manusia Kadang-kala Terlepas Cakap..

Tapi Kalau Selalu Tue Agaknya Sengaja Lagi Ke? HERM...


Ngumpat, Mencaci.. Rendahkan Maruah Orang.. Perlekeh.. This All From Our Feelings..

Not Trully From Our Heart.. Ada Ke Orang Marah Stop Sekejap Amik Nafas Pastu Muka Senyum Selambe?

Isk.. Susah Nak Jumpa Tue..

Kata-Kata Harus Dilahirkan Dari Minda..

Itu Sebabnya Ada Orang Cakap... Bila Nak Cakap, Fikir Dulu Akibatnya..

Fitnah Bahaya Disebabkan Khabar Angin Yang Tak Berteras..

Mungkin Itu Sebabnya Terjadi Pergaduhan..

Yang X Memberi Makna Langsung...


Apa Yang Aku Nak Cakap Sebenarnya... Apabila Bercakap.. Berfikir Dahulu Dan Tuturlah Dengan Kata-kata Baik..

Kata-Kata itu Doa Tahu Kan?

Jangan Selalu Merendahkan Seseorang.. Mengutuk Mereka.. Kadang-Kala Mereka Sendiri Tak Tahu Ape Salah Mereka.. ( Termasuklah Aku.. )

Tak Tahu Ape La Salah Aku Sampai Orang Dok Kata Aku Sombong La..

Penipu La..

Haish.. Terlebih Feeling Lak Menulis Nie..

The POINT Is That Jagalah Pertuturan Kita.. Doakan Kebaikkan Kepada Semua Orang Dari Mendoakan Balasan Teruk Dari Allah Kepada Orang Kita Benci..

Instead.. DOAKAN DIA KEMBALI KE JALAN YANG BENAR..

Kan Senang...

And... RASULULLAH TAK AJAR KITA MEMBENCI ORANG BUKAN?

Lot's Of Thinking To Do.. = )


Terima Kasih Sebab Bace.. LOL!!



AHMAD.IQBAL.HAKIM.

SELASA.17MEI2011.

p/s : Last paper tomorrow.. Ganbatte!!

Sunday, 15 May 2011

Death Does Knockin The Door...

As soon as the sun sets... All of our memories fade away that day..

Except for ones that are truly precious.. Our moment with Allah for sure.. Every moment..

Every day.. towards Him we pray.. InsyaAllah..

Solat Itu Tiang Agama...

Assalamualaikum to all my followers.. Huhuhu.. ( Gedik tak pasal.. )

Pa habaq semua? Harap semua sihat-sihat ja na... Cek sini sakit kepala bila masuk minggu exam..

Huhuhu.. Tambah lagi bila nak start minggu last exam nie..

Sakit kepale bukan main lagi.. ( Rasenye aku migrain kowt.. )


Dah lame x update blog.. Selalunya ada je topik nak ditulis..

Aku rase hari nie xder kowt.. Easy topic jer la.. Sembang pasal hal duniawi seketika..

Di samping updating pasal kengkawan aku di merata tempat..

Things happen recently.. Ada kawan aku yang menghadapi masalah..

Ada yang kemalangan dan macam-macam lagi..


Dugaan Allah nie pelbagai.. Ditimpa kepada kita tak kira senang atau susah..

Kalau yang minat drama swasta nie tahu la dugaan masa susah macam mana..

Hidup miskin.. Kematian ahli keluarga.. Kemusnahan harta benda..

Mengajar kita erti kesabaran yang tinggi..

Ketabahan yang kuat kepadaNya.. Ada seorang sahabat nabi pernah bertanya..

Mengapa orang miskin mudah ke arah kekufuran..

Rasulullah menjawab kerana mereka semakin hilang kepercayaan kepada Allah...

Dugaan Allah bukan mudah untuk ditempuh.. Bukan senang diucap dengan mulut..


Alhamdulillah aku setakat nie dikurniakan badan yang sihat serta minda yang masih boleh membezakan baik dan buruk..

Kita sering kali lalai dengan duniawi..

Itu aku dapat lihat kebelakangan ini... Aku still ingat lagi ape yang khatib Jumaat cerita masa Khutbah Jumaat..

Janganlah kita mengejar keduniaan.. kerana ianya sementara..

Perbanyakkan amalan dan sentiasa ingat MATI.. kerana ia akan jadikan kita hampir kepada ALLAH...


Masa kecil dulu aku amat naif dan takut mati..

Aku gerun bila mendengar saat orang dikafankan dan dimasukkan ke dalam kubur.

Aku takut dengan siksaan alam kubur yang di mana ada ular yang akan membelit mayat.. sehingga patah tulang rusuk..

Sekarang.. perasaan itu sukar diperoleh..

Kerana manusia semakin alpa dengan teknologi.. Semakin menjauh dari diriNya..

Semakin mengasingkan diri dari menghadapNya..

Pernah terfikir tak kita?


AHMAD.IQBAL.HAKIM.

15/5/2011 9.02 malam

P/S : Esok bersempena hari GURU.. SAYA ingin mengucapkan... SELAMAT HARI GURU KE entah berapa puluh dah... hehehe...

SELAMAT HARI GURU.. Tanpa mereka.. Tiadalah kita sebagai orang berguna... Huhuhu...

Sunday, 8 May 2011

Selamat Hari Ibu.. Mama..

A mother's love is everything to her children...

Syurga di bawah kaki ibu...

Sayangi ibu bapa kita kerana apabila kita sayangi mereka..

Kita sayangi Allah.. = )


Mat Yusoff Family.. = )

Assalamualaikum...

Dah tak larat nak tanya apa khabar memandangkan asyik ber'blogging' jer...

But bukan bermaksud aku neglected dalam belajar.. Nie pun curi masa sikit..

Penat woo duk asyik mengadap buku jer..

Enough chit-chat la hahaha.. I wanna talk bout this special day..

Pasai apa hari nie?

Hari ini ialah Hari Ibu.. Adakah anda semua lupa? ( aku pun baru tahu semalam jer.. hahaha.. )

Hari yang agak special bagi ibu-ibu di seluruh dunia...


Di mana anak-anak yang kecil akan membelikan hadiah x seberapa tapi si ibu ikhlas menerima..

Kerana terpancar keikhlasan dalam memberi..

Dan nampak ada usaha untuk menolong... And for me yang memang xder duit zaman kecik..

Maklumlah.. Bukan la orang kaya.. Biasa saje..

Akan mem'promote' diri untuk menolong mak dalam masa sehari itu..

Kirenye camnie..

' Mak hari nie rileks jer.. Nak ape bagi tahu.. Sebab mak menang kupon berehat di rumah selama sehari '

' Suke x? '


Okay.. Aku nampak semua blog mem'promote' mak diorang ( berapa banyak kali promote da)

Jadi aku pun rase nak perkenalkan ibu aku..

But aku panggil MAMA.. dari dulu lagi..

Introducing.. My Mom!
Wan Noorazaini Abdullah.. My Mom..
Inilah ibu saya.. Dia seorang yang baik hati, peramah dan mesra kepada semua orang.. ( ini ayat skema ke? huhu.. )

My mom is everything for me.. Beliaulah yang mengajar saya Bahasa Inggeris sejak kecil..

I think that's why i'm lovin' English.. Hahaha..

Memasak, menjahit seluar sekolah saye yang koyak ( dulu mase kecik sememangnya lasak.. entah baper banyak seluar terkoyak kat bawah.. Huhuhu.. )

Teach me how to appreciate life.. By making me selling 'keropok lekor'.. Hahaha..

Seronok mase kecik-kecik jual keropok lekor..


Rawat saye mase sakit.. Masak masakan sedap-sedap ( as usual.. masakan mak la terbaek! )

Teach me to be nice to elders.. hormat orang tua..

Sometimes bila dia sedih.. Aku dan adik-adik la yang menceriakan dia..

She's so strong.. She once told me bout how she manage me and my sis alone in 1992 when my dad set sails for 3 months..

Bayangkan betapa susahnya nak jaga dua orang anak kecik yang pada masa yang sama suami keluar berlayar mencari nafkah.. ( my dad is a navy by da way.. )

Ditambah pulak dengan aku mase tue demam..

Demah kepala and bagi ubat kat aku.. And also taking care my sister as well..

For me.. Dia sangat kuat dan sangat tabah..

Menempuhi pelbagai cabaran dalam hidup..


Enough erk mom.. you know i'm talkative.. Hahaha..

SO, SELAMAT HARI IBU saya ucapkan.. May everyday is Mother's Day for you..

I'll promise to be more hardworking and more responsible..

InsyaAllah..

HAPPY MOTHER's DAY..


Ahmad Iqbal Hakim Bin Mat Yusoff

21 years old boy.. Anak Mak..

Written on 8th May 2011 Sunday..

p/s : balik nanti mama buat telor pedas erk.. rindu bangat.. huhuhu...

Saturday, 7 May 2011

1st Day Of Examing..

my exam hall was pretty much like this.. ( minus the court and gymnasium.. hehe.. )

Words Are Form From Your Deepest Affection...
Love Comes From Your Deepest Feeling..
When LoVE and WordS are combined...
It become more than just a affection or feeling..
It Last ForevEr.. FoR EterNitY.. 


Just a short update from my daily days.. Hahaha..

Coz I'm commited not to open my Facebook account ( but still i checked my e-mails for updates.. Hahaha.. )

Owh.. Almost forgot one crucial thing..


ASSALAMUALAIKUM to all my dear customer and unwillingly handsome reader..
Not to mention pretty gurls out there... Huhuhu..

Today I've just finished my first paper on Health Community and the respond is WHOA!!

What the 'TOOT'.. I was preparing for the spot topic when all of the sudden..

Psychiatric topics showed more that i imagined...

BUMMER!! 


And of course last night i was struggling like a mad man.. a mad scientist who needs success...

A warrior which thirst for victory ( good metaphor man.. Hahaha.. )

All of my friends feared my.. just because...

Nope.. not my knowledge or expertises..

It's because I studied like a crazy last night.. Until i can't feel all my limbs moving at all..

Last night study was a burden thing for me.. To catch up almost 30 sub-topics in a day..


When answering paper today.. Really stress out to find that the spot i read.. wasn't there..

ADOI!! TENSION BETUL!!

But well, that's the price you have to take when aiming only at the spot.. ( Pftt... Dang it!)

The surrounding was as usual.. People reading notes..

Some of them aren't prepared ( like me.. )

Some are confident enough when walk in.. When ended came in sad.. ( I know how it feels.. Huhuhu.. )

Also the person in charge of the exam.. Well, let's just say her voice is more suitable for kareoke rather then yelling us to sit down quietly when we all know..

ehem.. ' PEOPLE TALKS AITE?'


'SEMUA SILE DUDOK!!! DIAM, JANGAN BISING OKEH!!?'

Just gotten worst.. When i tried to answer the question i'm drowzie.. and didn't realize that i wrote so many weird stuff..

like.. "HYPERTENSION IS BECAUSE OF A BLOOD IN THE SHOP??"

Yup, totally restless at that time..

So, i asked permission to finished early.. and went to bed to pay-back all my snooze hours..

Yeah.. Here i am typing.. Huhu..

An Experience That I'll Always Have To Go Through.. All Day..

WISH ME THE STRENGTH  GUYS!!


AHMAD.iqbal.Hakim.

Do.It.Best.For.Next.Paper
Saturday isn't it? 7th May 2011..

P/S : My sis is now attending exam too.. but only for today.. wish her luck.. and 1 more thing...
Can somebody remind me.. WHEN IS MOTHER'S DAY actually? I think i wanna buy something for my Mom... = D