Thursday, 24 March 2011

Nenek Tua Di Seberang Jalan....

Assalamualaikum to all my fellow friends....

Apa habaq semuanya? Hari nie saya nak ber'blogging' lagi...

Since follower aku dok asyik bace blog ber'motivasi' aku nie.. Terasa semangat pulak nak menaip satu lagi post malam nie...

But untuk hari nie punye aku dah lame fikir... Dari pagi tadi lagi...


Have you ever saw an old woman or an old man who wanna cross the street? Mesti anda mau tolong bukan?

Well, anda memang prihatin.. Today, it's bout our own old generation....

Yang x luput dikenang zaman.. Warga tua warisan bangsa...

Kinda cool topic? Er.. kan? ( Ok, kalau nak stop bace.. baik stop sekarang.. sebab aku dah start masuk mood bersyarah... Hahaha.. )


Situasi di Hospital...

Aku masa nie menghantar seorang pesakit ke bilik x-ray.. Kata M.A bertugas, kemungkinan dia ada closed # pada bahagian femur kanan ( # means fracture in medical term )...

Masa aku tengah tunggu gilirang nak hantar patient ke bilik x-ray..

Aku tengok lame-lame makcik tue... Usha dari atas sampai ke bawah.. " Pakcik, mak pakcik nie umur berapa? "

Dah tua dah nak.. umur 80 lebih dah...

Dalam diam aku tengok pada kedutannya.. pada setiap urat dan ototnya yang lemah... Aku rasa sedih + sayang + terkenang kembali... arwah atuk dengan nenek aku...

Sebab diorang meninggal lebih awal.. x sempat nak mintak maaf...

And pada masa yang sama.. Aku terfikir.. Kenapa manusia sekarang suka hantar orang tua mereka ke rumah kebajikan @ rumah orang tua?


Adakah disebabkan anda tiada masa nak menjaga ibu dan ayah anda yang sudah dimamah usia?

Aku sedih lihat orang tua yang tiada tempat nak bergantung... Ada yang mengemis di tepi jalan untuk makan..

Yang tidur di kaki lima beralaskan kadboard..

Wajah sedih diorang jelas terlihat.. diorang perlukan kasih sayang... dan juga perhatian dari anak-anak mereka...

X wajarlah kita menghina mereka atau menyeksa jiwa mereka biarpun mereka banyak buat salah dengan kita?

Sebab warga tua perlu dihormati dan dikasihi.. Mereka fragile.. Dan mudah sekali mendapat penyakit..

Biarpun diri mereka sihat.. Nun jauh sudut di hati mereka kesepian..

Anak-anak melawat hanya ketika waktu cuti Hari Raya Aidilfitri dan jarang sekali berjumpa ketika di waktu lapang..


Aku citer semua nie bukan sebab aku emo ke..

Banyak perasaan ke.. Tapi aku memang x boleh tengok orang tua..

Mesti rasa nak menangis.. Sebab mereka dah tempuh hidup yang panjang.. Dan pengalaman hidup mereka amatlah berharga.. Namun kita jarang sekali memanfaatkan pengalaman hidup mereka..

Sukar sekali bertegur sapa apatah lagi menghormati mereka..

Mahukah kita jadi orang Barat yang sukar menghormati orang tua.. malah mencaci mereka?


Ingatlah.. Warga tua adalah harta negara yang tidak terhingga.. Mereka harus disayangi dan dilindungi...

Mereka memerlukan perhatian kita agar mereka dapat menikmati hidup-hidup mereka yang terakhir..

Dengan senyuman kepuasan dan juga air mata kegembiraan yang berpanjangan... = )



Iqbal.Hakim

P/s : Al-Fatihah buat arwah Mok Sah yang meninggal baru-baru nie... dan juga buat arwah Mok ( Hajjah Zawiah ), Tok Ayah ( Hj. Abdullah ) dan Che' ( Taib )...
semoga roh atuk dan nenek dicucuri rahmat Allah Yang Esa... Amin..

No comments:

Post a Comment